Friday, September 27, 2013

IBN SINA - SELF TAUGHT MASTER

Ibn Sina banyak 'ruminate'.
___________________________

Pemikiran Ibn Sina sangat mempengaruhi ilmu perubatan. Dan apa yang banyak orang tidak tahu ialah Ibn Sina ada sifat autistik. Very subtle, almost undetectable. Seperti Albert Einstein. Seperti Isaac Newton. Juga Lionel Messi. In fact, banyak saintis hebat ada situasi autistik dan kurang pandai bab bergaul dengan manusia lain.

Ibn Sina mengatasi ilmu gurunya pada umur 14 tahun. Dan bermula saat itu, Ibn Sina tiada lagi mentor. Yang menjadi mentor ialah diarinya. Rekodnya yang dibuat setiap hari. Beliau akan menyemak kembali catatan hariannya dan akan merenung sedalam dalamnya apa yang telah berlaku - mencari sebarang 'pattern' yang timbul.

Beliau juga banyak observasi, dan bila mendapat kitab - beliau akan 'ruminate' atau hadamkan perlahan lahan, patah demi patah, berulangkali sehinggakan orang lain melihat dirinya pelik.

Beliau senantiasa tenggelam dalam imaginasi, lemas dalam berfikir.
Diam beliau adalah diam yang sangat sangat berisi.

Dan banyak doktor sezaman dengannya sukar menerima fahamannya.
________________________________

Well, aku bukan Ibn Sina, atau Einstein, atau Newton, atau Messi - tetapi aku ada sifat yang sama dengan beliau.

Banyak 'ruminate', banyak merenung berulangkali, patah demi patah - dan sifat inilah yang menjadi guru yang sangat berguna buat aku.

Aku bela kambing ni cuma ada satu mentor, dan mentor itu bukanlah pembiak tetapi importer. Mentor terbesar dalam hidup perkambingan aku ialah - observasi aku pada kambing, dan rekod yang aku simpan. Ada orang keluar masuk dalam hidup aku, dan meninggalkan buah fikiran yang sangat baik, tetapi sumbangan terbesar akan kekayaan ilmu kambing masih lagi observasi dan catatan.

Kita kena buru ilmu sendiri. Jangan harapkan guru sahaja. Guru hanya sebagai fasilitator,.... atau tempat berlawan hujah. Kita kena ajar diri sendiri, barulah ilmu manusia berkembang biak. Kalau kita harapkan guru semata mata sebagai sumber ilmu, takde harapan ilmu nak membiak. Macam tu ajelah. Sepesen serupa lagu tu jugaklah.

Kita kena contohi Ibn Sina - ilmuwan tersohor dunia - ajar diri sendiri. Self taught master.

Salam!

*By the way, Ibn Sina dalam kitabnya Canon of Medicine dan The Book of Healing - menyatakan: makanlah apa yang tumbuh dari sekitarmu, kerana apa yang muncul dari tanah yang sama dengan munculnya darah kita, adalah yang terbaik dan paling tinggi manfaat kesihatannya.

Senang cerita, makanlah makanan tempatan atau 'local produce'. Kurangkan makanan import, atau daging import. Daging tempatan memiliki nilai perubatan lebih tinggi daripada daging import. Daging australia untuk orang australia lah, dan daging tanah melayu adalah yang terbaik untuk anak anak melayu.

Hasil tempatan untuk orang tempatan!

No comments:

Post a Comment