Wednesday, September 25, 2013

SAMA SAMA KITA MEMBURU KEAJAIBAN ALQURAN

Dan kehebatan Sang Pencipta.
____________________________

Finally some serious responses to my Hypothesis series. Many thanks to all commentators.
____________________________

Facebook aku sekarang ni cuma ada 177 likes (dan aku masih tak tahu tahu macam mana nak 'like' page orang lain), tetapi 106 sedang bercakap mengenainya.

That is some healthy number of 60% - for a blog that has not got pictures, and serious undertone. Just a pure, and frank expression of my thoughts.

Maknanya walau sasaran aku sangat terhad, tetapi post aku ada menjana minat dan membangkitkan diskusi. Jadi terima kasih sekali lagi kepada semua pembaca.
____________________________

Thanks to Tuan Es Emdi - who had succinctly, beautifully, and candidly capture my thought process. He knows how I think. Yes - "I Believe, then I start searching". It is not - "I Doubt, therefore I will argue".

And I believe, firmly, in the Holy Words of God - Kalamullah.
_____________________________

Aku nak umumkan di sini, sekali lagi, yang aku anti ateis. Aku tidak suka golongan yang menafikan kewujudan Tuhan. Dan aku juga anti evolusi atau anti Darwinism. Aku tidak dapat menerima teori evolusi Darwin yang penuh dengan kecacatan. Aku telah isytihar perang kepada golongan yang menyebarkan fahaman evolusi.

Aku percaya kepada kesempurnaan Sang Pencipta.
_____________________________

Sepertiga AlQuran dipenuhi fakta sains. Dan Alquran meminta kita melihat, berlumba lumba memburu, tabah menggali, dan merenung sedalam dalamnya tanda tanda penciptaan Tuhan yang ada pada alam sekeliling kita. Baik di bumi, dalam bumi, dasar lautan, mahupun ke seluruh langit dan alam semesta.

AlQuran juga dipenuhi fakta sejarah. Dan Alquran berulangkali menyuruh kita berjalan sedaya dayanya pada mukabumi memerhati runtuhan dan peninggalan tamadun silam agar menjadi pengajaran. Agar kita tahu siapa lebih hebat, Tuhan atau makhluk ciptaanNya.

Kedua duanya, sains (tanda tanda penciptaan) dan sejarah (tanda tanda peninggalan). Gabungan kedua duanya akan lebih menjernihkan pandangan kita kepada kehebatan dan kekuatan Sang Pencipta. Rasa kagum yang tidak putus putus.

Dan aku nampak, AlQuran bukan milik generasi terdahulu, atau milik generasi sekarang sahaja, atau milik generasi terkemudian daripada kita sahaja.

Kehebatan AlQuran adalah untuk milik semua umat Muhammad SAW, daripada dulu, sekarang, hinggalah kiamat. Inilah sebesar besar mukjizat. Tidak tertanding dari zaman Adam AS. Mukjizat yang bukan milik seorang Nabi sahaja, tetapi mukjizat yang dikurniakan menjadi milik seluruh umat Muhammad SAW, dan boleh menjadi tatapan harian.

Sememangnya kita adalah umat yang istimewa kerana dianugerahkan sebegitu rupa. Satu satunya umat yang berkongsi mukjizat dengan Nabinya. Tiada umat lain yang serupa kita.

Dan AlQuran bukan milik ulamak, bukan milik wali wali, bukan milik para ahli tafsir sahaja, tetapi adalah bacaan yang sangat hebat untuk apa sahaja profesion dan upaya semua umat manusia hatta yang kanak kanak atau cacat sekali pun. Jurutera, sejarawan, saintis, penternak, petani, nelayan, doktor dan apa sahaja jenis pekerjaan boleh membaca AlQuran. Kita semua boleh berterusan memburu dan menggali kehebatan dan rahsianya, yang tidak akan habis habis sehinggalah Hari Kiamat.

AlQuran sentiasa segar, dan terbuka untuk tafsiran mana mana generasi. Tanpa perlu rasa takut, atau gentar untuk meluahkannya. Sekiranya kita katakan cukup sudah tafsiran umat terdahulu, maknanya kita menafikan kehebatan AlQuran sebagai suatu gudang ilmu yang infiniti.

Sebagaimana umat terdahulu tidak dapat menafsirkan air sebagai prasyarat kehidupan; dan fenomena kosmos terkini yang baru sahaja dijumpai generasi kita tetapi rupa rupanya sudah lama diungkapkan dalam AlQuran (contohnya black hole, dan orbit planet planet) - kita juga tahu banyak lagi rahsia dalam AlQuran yang hanya akan dijumpai oleh generasi akan datang.

Kita tak boleh katakan mana mana tafsiran adalah muktamad. Kita tak boleh rasa selesa dengan tafsiran generasi terdahulu, dan menolak kemungkinan kewujudan tafsiran baru, kerana keengganan kita membolehkan golongan anti Tuhan, dan Zionis, mengaut menggali sedalam dalamnya untuk kepentingan mereka, dan akhirnya mengelirukan kita.

Jangan gentar dengan tafsiran baru. AlQuran memang sentiasa meminta kita merenung dan mentafsir hatta sepatah perkataan pun. Semua tafsiran tafsiran itu akan terkumpul dan membukit memperlihatkan kehebatan AlQuran sebagai kebenaran kata kata Tuhan yang tiada sebarang kecacatan.

Tuan puan pembaca yang beriman kepada Tuhan yang Satu,

Kita tidak nampak Tuhan kita, kita tidak dengar Tuhan kita, kita tidak rasa Tuhan kita - tetapi Tuhan beritahu kita, lembut, dalam KalamNya -

Lihatlah betapa banyaknya tanda tanda penciptaan dalam alam semesta, dan lihatlah betapa banyaknya tanda tanda peninggalan umat umat terdahulu yang tersimpan baik dalam lipatan sejarah,

Burulah, galilah, renunglah, dan lemaslah sepuas puasnya akan Tanda tanda yang kita lihat. Jadilah detektif, jadilah pemburu, menurut klu klu dan jejak jejak yang ditinggalkan; ada masa kita buntu, ada masa kita salah, ada masa kita balik ke asal;

Tetapi jangan sesekali putus asa memburu.

AlQuran mesti terus digali, AlQuran wajib terus diteroka, AlQuran mesti terus ditafsir. Oleh sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat dan tahap ilmu, asalkan manusia itu bersyahadah yang Allah Tuhannya yang Satu, dan Muhammad itu Pesuruhnya.

Keajaiban AlQuran menanti nanti kita menerokanya, dan keajaiban AlQuran adalah milik kita semua, umat Muhammad SAW. Pandangan dan tafsiran kita akan berbeza beza, keseronokan dan kekaguman kita menghayati AlQuran pun akan berbeza beza. Tetapi itulah sifat ajaib AlQuran - gudang ilmu manifestasi pengetahuan Allah yang infiniti - sentiasa segar, sentiasa baru, sentiasa terbuka dengan tafsiran terkini.

Apa yang pasti kita semua akan terus memburu kehebatan Sang Pencipta, Tuhan Yang Maha Agung!

Salam hormat!




1 comment:

  1. well said. abandoment of ijtihad stifled thinking and led to the decline of science & tech in islam.

    ReplyDelete