Wednesday, September 11, 2013

BILA ORANG SETIU DATANG

Aku fikir Lembah Kaprima sudah mati.

Rupanya satu masih hidup. Sedang bangkit. Yang bongsu.
_________________________________

Salah satu kesan sampingan overcaffeinated ialah ketidakstabilan sistem perkumuhan. Terutamanya sebelah pagi. Makanya aku ada ritual dan protokol ke tandas setiap awal pagi. Ini membuatkan situasi aku tak berapa stabil sepertimana tidak stabilnya isotop radioaktif plutonium 235. Atau mana mana isotop yang sewaktu dengannya.

Jadi kepada pelawat yang ingin mengunjungi sebelah pagi, awal awal pagi, atau sesiapa yang cuba memecah rekod isal keratong agro - ada risiko besar sebesar besarnya dimana tuan puan kena tunggu urusan kestabilan aku selesai.

Dan aku juga ada ritual lap cermin kereta awal awal pagi. Tapi ni takpe boleh ditangguhkan kalau kecemasan, tak macam ritual di atas.

So, aku minta maaf kepada semua pelawat pelawat yang tertunggu tunggu. Banyak banyak mohon ampun zahir dan batin.
_____________________________________

Hariz. 27. Baru dapat anak. Overseas graduate nun kat UK. Engineering. Balik Malaysia join bisnes bapak dia. Belah pagi monitor kilang bata. Belah petang monitor ladang kambing.

Lembah Kaprima Hulu Seladang.

Aaaaa.... aku betul betul ingat Lembah Kaprima dah jadi gajah putih. Terkejut aku bila dapat panggilan Hariz kata nak melawat ladang aku. Jauh ooo setiu ke sini.

Anyway, background ringkas lembah kaprima berdasarkan past knowledge aku (Hariz tiada kaitan). Ini adalah projek negeri, dana pun dari negeri. Terengganu. 30 juta.... mmmm... tasty. Setiap daerah ada lembah kaprima. Masing masing peruntukan 3 juta. Ada ladang nukleus di... aku pun lupa dah kat mana.

Anchor company - Kaprima. Gunapakai idea dan sistem Kamuda, tetapi jauh lebih agresif dari segi pemasaran. Brutally aggressive and opportunistic. Hinggakan Terengganu menjadi negeri hotbed industri perkambingan suatu ketika dahulu. High flyer.

Excellent businessman? Yes. Yes. Yes.
Excellent breeder? NO. NO. NO.

Dari awal projek lembah kaprima dimana objektifnya ialah pembiakan, menjadikan Terengganu pengeluar/pembiak kambing terbesar di Malaysia - ianya adalah bersandarkan input trader dan importer, bukannya input pembiak. So as usual, it is bound to fail.

Baka yang digunakan bukanlah baka kaprima, atau baka tempatan, tetapi baka import. Jamnapari, boer, dan peranakan ettawa.

Weee... it is a tall order to breed all this imported breeds. Warganegara asing yang tidak melalui medical screening secukupnya, tetapi dianugerahkan pasport dan sijil kewarganegaraan sebaik kaki mencecah tanah melayu, dan certified proper and fit to breed.

Excellent stuff for nightmare.

Sebab tu kelam kabut projek lembah kaprima sebelum ni. Walaupun semua peserta ada financial muscle, tapi mereka tak cukup dan takde pengalaman membiak. Jadi semuanya khusyuk mendengar menelan bulat bulat, akan mutiara hikmah para importer, atau madah berhelah puak puak ni - dan kita semua tahu penghujung ceritanya.
_________________________________

Ok ok ok itu ceritera silam berasaskan apa yang aku tahu. Balik kepada Hariz.

Semua tujuh lembah kaprima gagal, dah terbiar, melainkan yang Hulu Seladang ni. Dia peserta terakhir. Dia masuk ketika pengarah dah bertukar. Kini Hariz dah 3 tahun menguruskan Lembah Kaprima Hulu Seladang.

Aaa kiranya nak buka chapter baru. Sama macam Projek Boer Nasional di Pondok Tanjung, bukak chapter baru. Bagus lah.

Hulu Seladang adalah least developed portion berbanding tujuh lagi lembah. Kawasan diperuntukkan adalah dalam 50 ekar. Berpagar. Ada anak sungai (macam lalah river goat farm juga ni). Dah ada kandang siap dibina masa awal awal dulu. Mewarisi lebih 400 ekor induk jamna cross dari peserta peserta lembah terdahulu. Jumlah keseluruhan kambing sekarang adalah dalam 600 ekor.

Fuh best best. Kawasan cantik, kandang dah ready built, kambing pun free - terima kasih banyak banyak lah jpv terengganu sekarang ni. Agreement dia ialah 30% keuntungan disalurkan kepada rakyat termiskin dalam E-Kasih setiap tahun. Good.

Walaupun nampak semuanya free, tapi Hariz bagitau banyak juga modal dah keluar untuk renovasi dan upgrade fasiliti. Lepaslah juga Audi Q7 seketul.

To be frank, sebenarnya Hariz berhadapan tugas berat lagi mencabar. Dia yang bongsu asalnya kini bertukar menjadi yang sulung. Dia kena bina semula reputasi lembah kaprima, bersama sama jpv terengganu dan rakan rakan penternak yang lain. Menegakkan semula dan mengibarkan bendera lembah kaprima. Many will be sceptics, tetapi aku nampak 'enjin' dan 'steering wheel' lembah kaprima kali ini adalah berpaksikan pembiak. Finally some sense of order. Bukan lagi macam dulu dulu bertunjangkan importer yang penuh dengan kekalutan dan akhirnya kebinasaan.

So Hariz dah start follow blog aku 8 bulan yang sudah. Thanks Hariz. Ada antara recommendation dalam blog ini dia laksanakan, termasuk yang nampak radikal. Dan nampak ada perubahan positif. Kambing lebih cergas, lebih produktif, lebih subur. Pregnancy rate and kidding rate has been positively going up.

Dan aku nak ambil kesempatan di sini, aku nak bagitau tuan puan sebenarnya aku dapat banyak positive report daripada banyak pembiak kambing yang ikut recommendation aku. Dan ini bukan jalan aku, tetapi jalan Nabi dan Rasul Rasul Allah. Ini bukan jalan alwigoatfarm ye. Aku tak layak dapat kredit. Semuanya telah ditunjukkan oleh para anbiya' terdahulu daripada kita. Jadi mereka lah yang patut dicontohi. Jangan ikut aku. Aku banyak silap lagi tak cukup disiplin. Ikutlah jalan mereka para rasul allah. Sama sama kita memburu legasi dan sunnah para anbiya'.

Kepada Hariz, dan ayahnya, terima kasih kerana sanggup melawat dari jauh. Hampir hampir memecah rekod isal sebagai pelawat terawal kalau bukan kerana masalah aku yang terlebih dos kafein.

Thanks again Hariz. May God bless your effort. May you rise and continue waving the flag of lembah kaprima. And may you prove the sceptics wrong.

Goodluck!

* Terima kasih juga kepada puan noor aini nasir dari sg buloh yang datang melawat. Beliau juga melihat banyak perubahan positif kepada kambingnya bila menurut cara anbiya' menternak kambing. Semoga kita semua terus tabah membiakkan kambing.

For freedom!












10 comments:

  1. Prof, terima kasih banyak atas kunjungan. Rasa ralat pulak tak ajak ke rumah. Maaf. Kedatangan prof sangat memberi semangat kepada saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Prof, terima kasih banyak atas kunjungan. Rasa ralat pulak tak ajak ke rumah. Maaf. Kedatangan prof sangat memberi semangat kepada saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Tuhan mempermudahkan niatmu menurut jalan para nabi. Amin.

      Delete
  3. salam alaika prof,

    lama den xmngomen kt blog ni.stakat baca jer.hehe..waa mkin rmai yg follow blog ni n mkin trbuka utk mnerima idea n sstm pntrnkan yg agk radikal ni.Smuge mkin rmai la yg broleh manfaat dr prkongsian prof ni n makin rmai yg brjya dlm bdg pntrnakan kmbing..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks isal. elyas singgah semalam. kawan baik ke?

      Delete
    2. Elyas Qudri Farm ka?kndg dia kt area Kuala Nerang so agk dekat dgn border bkit kayu hitam.boring2 den gi ler sana melepak n makan buah kt dusun dia.haha..prnah mntrnak dlm 200ekor kmbg semi intensif dlu dia ni.tp ada mslh kwsn ragut diambil utk perumahan jd bru nk start balik kt Kuala Nerang tu..kwsn dia mmg cntik,berpotensi besar.hehe

      Delete
  4. saya ada buku Mikro Kaprima. akan dikaji dahulu, panduannya bagus untuk beginner.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun ada. idea and presentation is great, but implementation is way way waaayyyyy of the mark. reality can be shocking for all of us.

      Delete
  5. ...i wish i can put my foot straight to my dream now..

    but life goes on..

    still looking for the ground to step in.

    ReplyDelete
  6. asssalamualaikum tuan..soon saya planned nk ambik alih lembah kamprima kat hulu terengganu..sekarang ni tgh mengkaji lagi faktor2 kegagalan projek tu dan tengah cari idea untuk majukan lembah tu.harap jika pihak tuan ada sebarang cadangan dan idea,harap pihak tuan dapat kongsikan dan membantu saya untuk menghiduokan kembali lembah kaprima.cadangan dan bantuan pihak tuan amatlah saya harapkan..kalau boleh sy nk berguru dengan tuan.ini contact saya 0134484662.zakwan..

    ReplyDelete