Tuesday, September 10, 2013

10,000 JAM

Salam hormat kepada semua pembiak kambing,

I realized I am too basic.

Ladang aku adalah sangat asas dari segi prinsip dan infra. Very basic, very spartan. Low tech, low input, and totally unimpressive. Nothing to show really.

Income aku pun terhad. Satu sumber sahaja. Kambing hidup. Livestock. Absolute focus. Sampai sekarang masih lagi tiada multiple source of revenue.

Senang cerita, tak yah datang ladang aku buat lawatan. Takde apa pun. Satu benda special pun takde. Ladang lain lagi canggih manggih dari ladang aku ni. 

Tapi dalam masa yang sama, oleh kerana sangat bergantung harap kepada program pembiakan yang merupakan satu satunya punca keuntungan - memaksa aku agar menjadi cekap dalam pembiakan. It forced me to be really good at what I am doing. Good, real good.

Kalau aku tak cekap dalam satu satunya kemahiran yang aku ada, aku akan gulung tikar. Selamat jalan bye bye bye..

And no no no aku tak mahu bayangkan senario sebegitu.

Seorang pakar psikologi yang aku dah tak ingat namanya, dan dia mengkaji kaitan kejayaan dengan masa yang kita curahkan - kajiannya menyimpulkan 10,000 jam adalah jumlah masa minimum yang diperlukan untuk kita dapatkan status expert.

10,000 jam.... kalau 8 jam sehari kita bergelumang dengan kambing, hari hari, maka ianya ambil masa sebanyak 1250 hari atau 3.42 tahun. Senang kira 3.5 tahun.

3.5 tahun biakkan kambing... hari hari konsisten 8 jam, baru kita berani kata kita ada expertise sebagai pembiak kambing. Dah 10,000 jam baru ada kemahiran, baru menjadi pembiakan, baru dapat reputation, baru stabil usaha ternakan, baru lah berani kata kita ada skill.

Barulah berani sikit lantang ke depan, barulah berani buat kursus, barulah boleh dishortlisted untuk anugerah tani.

Yaa aku fikir semua usahawan melalui saat saat kritikal sebegini, mengumpul 10,000 jam sebelum nampak bibit bibit kejayaan usaha mereka. Selagi 10,000 jam belum di bank in, selagi itu kita berhempas pulas bersusah payah dalam usaha kita.

Dan pakar psikologi itu turut berkata, kurang kurang 20,000 jam diperlukan untuk capai status master. Expert of expert.

Hmm.... 20,000 jam baru boleh capai pangkat master breeder. ohh aku tak lepas. Takde harapan nih..

Aku buat sorang sorang selama 3 tahun pertama. Masa tu cepatlah bank in 10,000 jam (lebih 8 jam sehari main dengan kambing). Lepas tu guna pekerja sampailah sekarang. Makin lama makin pendek masa dengan kambing. Adalah purata sejam sehari ngan kambing. Pun kemungkinan besar tak sampai sejam sehari.

Semua pekerja je yang buat. Aku takat check kambing, dan bagi rawatan sikit sikit. Jarang jarang. Lagi banyak masa habis dengan pelawat dan customer. Dan keluarga. Dan melawat. Dan menulis. Dan membaca. Dan berangan angan  pakai sut iron man. Dan jadi kapten starship meneroka alam semesta.

Yaaa.... aku expert dan master berangan angan, bukannya expert apalagi master breeder kambing.

Oh crap!


I'm hopeless!!

2 comments:

  1. salam prof.
    kadang-kadang kena jugak tukar 'selera'.. bila balik 'bercuti' baru dapat idea baru, hehe..

    10K atau 20K jam tu, saya anggap kena buat 'slow and steady' not 'fast and kaput...

    ReplyDelete
  2. Salam tuan zaki,

    Ye, slow and stacy hehe. Nak tak nak kena bersabar, dan percaya ada cahaya di hujung terowong kegelapan.

    Susah dulu sebelum senang kan?

    ReplyDelete