Thursday, September 12, 2013

BILA ELYAS DATANG

Kedah. Bujang. Tak lama lagi kahwin. Baya Isal. Baya baya Don Jenal payah sikit nak jumpa.

Penternak dan bakal penternak yang biasa, yang majoriti datang melawat ladang aku dalam 27-35 umurnya. Nak keluar dunia pekerjaan yang penuh dengan office politics, tali leher, traffic jams , dan ketaatan absolut (atau pura pura) kepada boss. Dah sampai seru nak jadi tuan, dan menentukan destinasi sendiri. Dah sampai seru untuk berjuang mencapai kemerdekaan diri sendiri.

Ok. Elyas ni sebenarnya dah biasa bab menternak ni. Ayah dia dulu tukang kebun sekolah. Belah petang bela kambing. Biakkan kambing. Dan Elyas biasalah turut serta membantu jaga kambing.

Yang bestnya, walau pun ayah dia kerja tukang kebun sekolah, dan kita semua tahu setakat mana income level nya, tetapi berkat bela kambing sebagai hobi masa lapang, ayah dia mampu memiliki 3 bidang tanah.

Jumlah keluasan tanah... jeng jeng jeng.... 58 ekar.

Aaaa terlopong aku dibuatnya.

Dan jumlah kambing yang dibela tidak melebihi 200 ekor satu satu masa. Sistem low input. Low tech. Elyas kata kandang memang buruk dan murah. Buat sendiri je, guna material terbuang.

Ini betul betul pembiak sejati ni. Kalah aku. Peduli apa kandang cantik cantik stainless steel. Yang penting kambing menjadi. Membiak. Barulah betul betul baik ROI. Fabulous return on investment.

Kambingkan real asset. Dan aset ialah apa yang mendatangkan wang kepada kita. Kandang ni takat support je. Susut nilai pun tinggi. Bagi naik prestij boleh lah, tapi untuk generate real income? I don't think so, especially bagi pembiak yang baru nak bertatih.

Skill membiak dah ada dah cukup power, usaha ternak dah stabil, barulah kita sibuk sibuk nak upgrade fasiliti. Kena lah pada tempatnya.

Bagi pembiak baru yang biasanya modal kecik, jangan habiskan duit kat kandang. Lebih baik berhabis untuk kambing, dan memburu ilmu pembiakan. Tetapi bagi penternak yang memang ada kapital besar, suka hatilah nak buat kandang macam mana pun. 2 tingkat pun takpe. Atau 88 tingkat, sama tinggi ngan menara kembar.

Kepada Elyas, aku ucap terima kasih kerana sudi melawat ladang aku yang tunggang langgang ni.

Dan kepada mana mana pihak yang tak yakin dengan jalan seorang pembiak kambing, atau mana mana penternak yang hampir putus asa - renung renungkan lah cerita Elyas ni. Kasi naik balik semangat. Dan disiplin.

Teruskan memburu ilmu membiak!


Salam!

2 comments:

  1. Sebenarnya byk yg sy perlu bljr dan cari kembali terutama dalam soal hal semasa utk kembali menternak nie... TQ En. Alwi,,, krn byk input dan nasihat yg mudah utk difahami...

    ReplyDelete