Monday, June 3, 2013

KIDDING RATE : A LITTLE MORE..

Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih kepada mr zaki dari nurternak enterprise di atas pandangannya yang sedikit berbeza dengan aku. Panjang lebar penerangannya pasal kidding rate. Petanda yang baik untuk industri bilamana ada discourse atau debate pasal performance indicators untuk sebuah ladang pembiak.

Menunjukkan semakin meningkatnya tahap pemburuan ilmu di kalangan pembiak kambing, dan itulah tujuan aku menulis blog, mencetuskan perang mencari ilmu sesama kita pembiak kambing. Kena pula kita passionate dalam mepertahankan pandangan kita, tak kisahlah salah betul, tapi dah tentu kena cari ilmu dalam usaha kita menegakkan kepercayaan.

Syabas aku ucapkan kepada mr zaki blog nurternak.

Baik, aku rasa aku dapat apa yang nak disampaikannya. Average kidding rate, kena kumpul data untuk dua tahun. Ni memang kena sabar banyak, dan formulasi lebih kompleks daripada apa yang aku gunakan. Well, bro zaki memang well versed dalam matematik, dan aku pula lemah lutut dan lemah otak bila sampai matematik. Memang tak lalu tengok rumus panjang panjang.

Formula yang aku gunakan adalah yang paling simple, dan sebenarnya kalau kita review banyak research pasal kidding rate, formula yang aku gunakan adalah diterimapakai di merata tempat. Yeah aku rasa tak lari jauh konklusinya bilamana dua dua formula kita gunakan. Terpulanglah kepada tuan puan nak guna mana satu.

Ok, figura demi figura yang aku quote dalam post sebelum ini bukanlah aku reka atau main sedap tulis je, tapi ada reference, ada study.

Contohnya bila aku quote boer yang belum cross local blood di mana kidding rate nya 0.78 per tahun. Tu pakar kambing aussie sendiri yang publish dia punya study - boer reproduction under hot and humid condition. Tapi memang kita boleh exceed kadar tu kalau pengurusan baik.

Paling tinggi aku pernah dengar ialah 1.4 per tahun (local climate yea - tropical). Makanan cukup, dan pengurusan jenis heavy interference. Atau kita bela boer kat kawasan gunung di mana suhunya lebih sejuk, justeru kurang ancaman heat stress - boleh juga dapat 1.4. Dan kalau bela boer dalam kandang air cond (very high input!) boleh la kot lebih 1.4.

Bila masuk cerita jamna pula, ini payah sikit. Pasalnya geng jamna kat malaysia ni selalunya tak simpan rekod. Aku pelik sungguh la. Dok bela ratus ratus dan ribu ribu ekor takde juga kira kidding rate.

Ok jamna ni ada darah tropika, so baik sikit lah kidding rate nya. Berdasarkan kajian indonesia, jamna fullblood yang dibela secara intensif memiliki kadar kelahiran 1.6 per tahun (jamna tulen bela cara semi intensif atau extensif tak menjadi yea - kidding rate jatuh mendadak). Aaahh sekarang tuan puan nampak bagaimana prestasi sebenar baka besar besar dalam keadaan cuaca tropika.

Tiada baka besar jenis tulen yang boleh capai 1.8 per tahun dalam cuaca tropika. None of those big sized exotics can break 1.8 - except under high input husbandry.

Cuaca tropika kita sememangnya sangat mencabar kepada ruminan - zon cuaca yang paling kurang kekondusifan nya berbanding tiga zon cuaca lain; panas dan kering, temperate, dan artik. Memang betul betul berasap kepada mana mana kambing dari zon cuaca yang berbeza bila nak adapt kepada cuaca kita.

Tapi bila kita incorporate local blood ke dalam program pembiakan kita (kita crosskan dengan darah tempatan) - baik boer atau jamna atau nubian atau saanen - kidding rate lebih tinggi DAN ada hybrid vigor.

Boer cross local boleh lebih 1.8, jamna cross local pun boleh lebih 1.8. Janji ada darah kita.

Bagi sesiapa yang sukakan darah eksotik macam jamna atau boer tulen, takde masalah bela walau pun kidding rate rendah dengan syarat : modal tinggi, target pasaran baka, dan jual harga tinggi.

Tapi kepada pembiak baru yang modal kecik di tepi pantai sedang terfikir untuk belayar menghadapi lautan luas terbentang, adalah lebih baik mencari pengalaman dengan membiakkan darah tempatan. Our effort will be greatly aided by the very existence of our own blood. Darah kita akan bantu kita belayar dengan lebih baik, lebih pantas dan lebih jauh, memungkinkan kita sampai ke destinasi kita.

Sebenarnya kan, darah kita tak pernah hampakan kita, cuma kita je yang teragak agak tak yakin. Kita sendiri kena mulakan dengan diri sendiri, kena percaya diri sendiri, kena percaya dengan keunggulan dan kehebatan darah yang mengalir dalam tubuh sendiri. Darah yang telah mengisi segala urat temurat keturunan kita, darah yang telah terbukti kemampuan menghasilkan keturunan demi keturunan tak putus putus, yang telah mengisi segenap penjuru dan ceruk tanah air kita.


Itulah darah kita yang mulia..    

2 comments:

  1. Masa saya mula2 start minat nak ternak kambing ni, saya disajikan blog2 pasal jamnapari, boer. Anak 6 bulan dah ratus2. Masa tu tak nampak lagi kelebihan kambing tempatan. Bila dah lama, dah study, baru saya sedar kepentingan darah tempatan. Bila baca blog prof, semakin kuat instinct saya untuk mula dengan kambing kampung. Bila mula baca laman web oversea, semakin faham kepentingan darah tempatan. Even tokey kambing yang saya beli pun suggest macam tu, sebab apa, sebab senang nak jaga dan lebih tahan penyakit.

    REFUGA! Cacing "Pelarian" Penyelamat Kambibng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Darah tempatan akan tetap unggul sehingga hujung hayat dunia.

      Darah kita adalah yang terhebat untuk tanah air kita!

      Delete