Thursday, May 30, 2013

THE INCREDIBLE POTENTIAL OF SEMI INTENSIVE

Kadar kelahiran secara mudahnya ialah jumlah anak kambing per tahun dibahagi bilangan ibu kambing yang beranak per tahun. Kadar kelahiran mestilah dikira berdasarkan keseluruhan kambing yang beranak sepanjang setahun tersebut. Tidak boleh kita ambil sebahagian kecil kambing yang beranak untuk mewakili kadar kelahiran keseluruhan.

Contohnya kita bela jamnapari 100 ekor. Tak aci kalau kita ambil yang grup elit sahaja 10 ekor. Sekali semua beranak dapat anak 25 ekor. Kemudian kita kata kadar kelahiran kita 2.5 - aaaa ini tidak tepat. Kita kata misrepresentation. Sebetulnya kena kira untuk keseluruhan kawanan kambing, baik yang elit, median, mahupun low performer.

Satu lagi, kita mesti tunggu cukup setahun. Kita kira per tahun ye, bukannya per musim beranak, bukannya per 8 bulan, bukannya dua tahun tiga kali beranak, bukannya setiap 6 bulan beranak. Per tahun lebih tepat, lebih menggambarkan situasi sebenar.

Bagi seorang pembiak kambing pedaging, target kidding rate per year ialah 1.8. Maknanya semua ibu menghasilkan 1.8 anak sepanjang setahun, atau 100 ibu menghasilkan 180 anak dalam tempoh setahun. 1.8 adalah textbook figure, accepted worldwide, petanda yang menunjukkan sesebuah operasi pembiakan kambing pedaging mencapai tahap yang sangat memuaskan.

Kalau kita pembiak dapat kidding rate 1.8, dah kira excellent profit lah ni. Dan berdasarkan pandangan peribadi aku, dan berdasarkan parameter semasa ladang aku, minimum kidding rate bagi seorang pembiak pedaging kacukan tempatan ialah 1.5 per tahun. Boleh cover cost, ada acceptable profit untuk kita, kira safe zone lah, cumanya well...so so.

Sapa yang bela boer belum cross darah tempatan, hangpa kena target kidding rate 1.1 atau 1.2 untuk profitability DAN target pasaran baka. Kalau target pasaran pedaging, hmmm.... sakit juga dibuatnya. Kalau kita ada 100 ekor ibu boer, make sure dapat 110 anak dan dapatkan harga jualan >$800 per ekor. Kiranya sasaran ialah setiap produced unit harga lebih 1 dinar. Baru boleh survive. (Pure blood boer normal kidding rate under tropical climate is 0.78 per year - keep that in mind, and if you do better than this - congratulation!!).

Now bagi baka besar besar macam jamna atau saanen yang lebih menjurus kepada susu, ciri yang dikehendaki sebenarnya lower kidding rate. Yep it's true sebab kita nak susu banyak, so kita nak tempoh laktasi panjang. Lagi panjang kidding interval, lagi sikit anak, lagi menepatilah parameter baka susu. Aaaa aku rasa ramai yang tak nampak ni. Terbalik sebenarnya parameter pedaging banding susu ni. So tuan puan kena aware.

Tak kena sebenarnya cross baka susu dengan baka tempatan untuk operasi pembiakan pedaging. Salah metodologi dah ni. Yang cantiknya crosskan baka pedaging macam boer dengan baka tempatan, aaa ini baru kena dengan target kita sebagai pembiak pedaging.

Tapi takpa, buat masa ni realitinya kita masih tahap cincai. Banyak lagi kena belajar. So takpe, sebat je lah apa apa cross pun. (Personally I never prefer jamna blood and its derivative- average carcass is only 42%)

By the way, satu lagi realiti cuaca tropika yang aku nak sebut di sini - baka besar besar sebenarnya rendah kadar kelahiran per tahun melainkan buat high input husbandry. Always remember this fact - selalu orang claim dasat dasat pasal baka besar dia tapi rekod tak simpan, dan dia tak bagitau yang dia buat high input. Very misleading. So please be aware. Don't let ourselves be easily misled.

Ok, baru nak masuk tajuk. Huh terbabas saja aku ni.

Tuan puan, kadar kelahiran di ladang aku ialah 2.3 buat beberapa tahun terkini. Bila aku dah phase out kambing awal yang takdak disiplin (yang lahir dari sistem extensif), dan juga keluarkan boer pureblood, dan mula mengikut sunnah para anbiya' yakni mengembala kambing - barulah ladang aku terasa 'turbocharged', nampak jelas pertambahan prestasi.

Especially part mengembala tu yang betul betul boost aku punya kidding rate performance melebihi 1.8.

Now get this - adalah sangat... boleh, kidding rate kita melebihi 2.3... boleh menjangkau an incredible 2.95.... and maybe all the way to mind blowing 4.0.

It is possible.

Very much possible.

Tuan puan, 2.3 tu aku dapat dengan menggunakan pejantan single birth dari dulu sampai sekarang, dan majoriti induk adalah single birth. Kalau kita select twinner untuk pejantan dan induk, of course kidding rate kita boleh melonjak drastik.

Dan 2.3 aku dapat dengan menggunakan low input husbandry. Aaahh.. kalau kita naikkan input kita? Setara dengan mereka yang buat high input husbandry? Atau melebihi mereka? Hmmm...

Dan kalau kita menggunakan DNA selection tool - salah satunya Marker Assisted Selection untuk upgrade kualiti baka dan kewarisannya? hmmmm....

Incredible it will be.

Semi intensif ni sebenarnya kita boleh jadikan high input kalau kita nak, dan pastinya pulangan kita atau output kita lebih baik daripada masa low input.

Dari segi potensi pulangan per unit pelaburan, aku berpendapat sistem semi intensive give much better bang per buck daripada sistem intensif. Yeah.. apalagi jika darah tempatan ada sebagai paksi.

Now, balik semula kepada kidding rate, sememangnya kita boleh dapatkan kidding rate yang lebih tinggi dengan macam macam cara. Banyak juga tech yang available untuk kita kan? - Kandang air cond anybody? - cumanya nak pilih cara yang paling mudah dan murah.

And that is using local blood as the base, together with semi intensive system - gembala bertongkat. The surefire way to extract incredible performance in goat breeding operation.

Apa tunggu lagi?

Get local.

Be a shepherd.

God bless us.


Salam. 

16 comments:

  1. Kidding rate 2.3!! Phuhhh...dahsyat tu!! Peluang begini memang wujud bagi penternak yang ada padang ragut yang luas, ladang sawit/getah berpuluh ekar. Kalau tak ada pdg ragut yang luas nak wat camana ye? Setakat nak menggembala dalam kawasan seluas 1-2 ekar setiap hari di tempat yang sama pun boleh jadi masalah gak tu. Ada cadangan alternatif tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawasan terhad berpagar, tak yah gembala. Dapat turun ke tanah akan improve mood dan kesihatan. will perform.

      Delete
  2. Salam Prof,

    Kesimpulan di sini, Ambil darah boer masuk dalam darah tempatan. Buat sistem semi intensif. Kemudian serasikan darah campuran tu sehingga menghasilkan darah tempatan dominan tapi ada sikit darah boer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Then akan capai pencapaian tahap maksima Semi intensif?

      Delete
    2. keep crossing!

      nanti aku akan buat post pasal ni.

      Delete
  3. Susah jga sbnarnya nk dptkn kidding rate mcm prof.alwi ni.nmpk sng je pkai baka kacukn kmpung,sistem semi intensif,mngembala.tp bila smpai pelaksanaan tunggang langgang jdnya.org xde pnglmn cmnila gayanya.hehe..Alhamdulillah den ada pngkatan dr sgi klhiran kmbr n mortality ank smpi crai susu.tahun ke2 ni kira oklah cket..

    0.78% kidding rate utk Boer PB dlm iklim tropika?mmg jhanam ler jwbnye nnti.hehe.1.1% n 1.2% pun kalu dpt kira bgus dah tu cma market pula mslh nk jual psaran baka.bela kmbg kcukn kmpg jela sng.haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk pembiak baru, memang mudah bela kambing yang ada darah tempatan.

      esok dah mahir, boleh main main darah eksotik.

      polisi kerajaan masih favor darah eksotik, aku tak nampak ada perubahan dalam masa terdekat.

      Delete
  4. tengah bulan hari tu, saya menyaksikan kelahiran kembar 3 di kandang saya walaupun survive 2 ekor je, tu pun sebab kena abuse. kid abuse. kelahiran ketiga ibu tu, dan bapak kelahiran single yang merupakan anak kepada ibu tu. hahaha, sumbang mahram. dan semestinya, kacukan kampung.

    memang best kalo dapat capai level prof alwi. 2.3 tu. nak capai 4.0 pun tak jadi masalah sebenarnya, tapi makan masa. cara paling simple macam prof alwi cakap la, dari maternal parent dari kelahiran kembar. lagi cantik kalo induk betina dari keturunan triplet quadruplet.

    50% genetik jantan turun kepada anak. so, untuk dapat generasi ketiga yang lebih 2.0, mungkin 3.0, tok dia harus kelahiran kembar. nak dapat kembar ni bergantung kepada ovulasi induk, lagi cekap ovulasi, lagi banyak telur dihasilkan untuk disenyawakan. ^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kidding rate tinggi, infra dan kapasiti kandang kena cukup. ruang kena ada. can be overwhelming kepada yang tak cukup pengalaman.

      Delete
    2. kena standby botol susu la jawabnya. haha. tak sanggup dah, ada seekor nyusu botol pun dah pening.

      Delete
  5. Salam Prof.
    bab kidding or breeding rate ni ja saya tak brape setuju ngan kiraan prof.

    contohnya, kalau setiap ibu beranak dua ekor setahun (setiap kali 2 ekor), maknanya, kadar adalah 2.0 dikira PADA TAHUN TERSEBUT.

    Dan tahun depan plak, kesemua ibu beranak beranak 2 ekor jugak (tetapi DUA KALI atau 2 pusingan, setiap kali beranak 2 ekor) pada tahun tersebut. Kalau ikut pengiraan prof pada tahun itu, maka kadar jadi 4.0?

    tapi kiraan saya senang je..let say, untuk 2 tahun (berturut-turut) tersebut, jumlah kadar tersebut (2.0+4.0) perlu dibahagi kepada 3 (kerana terdapat tiga kelahiran BAGI SEEKOR IBU bagi tempoh DUA tahun)

    jadi PURATA KADAR=(2.0+4.0)/3 = 2.0

    kadar PURATA 2.0 lebih menggambarkan keadaan sebenar, kerana bagi saya, potensi setiap ibu beranak dua ekor setiap kali, CUMA pada tahun pertama ia beranak sekali sahaja dan pada tahun kedua, ia beranak dua kali.

    itu sebabnya tahun pertaman kadar hanya 2.0 dan tahun kedua jadi 4.0.

    tapi itu bukan nya IDEAL KES..
    ada juga kambing beranak 2 kali bagi 2 tahun..
    ada juga tak beranak langsung bagi tempoh tersebut, kalau tak singkir..
    ada juga beranak ikut suka..
    ada juga beranak seekor sekali je

    tapi, itu lainlah..maknanya tak ikut 'normal proescedure'

    itu yg saya observed selama ni..saya mungkin silap, tapi saya masih 'follow what I understand'..to be figure more meaningful

    saya mungkin silap

    ReplyDelete
    Replies
    1. your cakculation does seem very complex.

      my established kidding rate per year, until now, belum lagi exceed 2.3.

      boleh naik kalau buat kaedah kaedah di atas.

      Delete
  6. Kidding rate 1.8 memang cukup bagus untuk semi-intensif low cost seperti yg diamalkan oleh Prof.

    But it is not good enough for intensive system.. whatever intensive system

    ReplyDelete
  7. Assalam Tuan,
    Setelah sekian lama mengikuti blog tuan. Hari ni teringin pulak utk participate. Pertanyaan saya seperti berikut:
    a. Jika satu batch di dalam ladang adalah campuran jenis berbeza (contoh local, boer, jamna). Perlukah kiraan kidding rate di asingkan ikut klasifikasi instead of total farm population? (pedaging dan susu ada targe berbeza)
    b. Jika target 1.8 kidding rate adalah optimum bagi pedaging di mana akan menghasilkan profit, adakah lonjakan melebihi paras 2.0 akan mengurangkan profitability, memandangkan dengan kidding rate lebih dari 2.0 ada kemungkinan, ibu melahirkan kembar dua atau lebih. Bukankah kembar lebih dari dua meningkatkan kos pembiayaan?
    Terima kasih tuan atas perkongsian ilmu selama ini. Saya doakan tuan dan usaha tuan, diberkati dan sentiasa mendapat rezeki yang lebih baik. In sya Allah.
    salam
    Gembala Kelana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gembala Kelana ada web presence ke?

      kidding rate lebih 2.0 tidak semestinya banyak kelahiran triplet. tiada kenaikan kos sebaliknya penurunan kos.

      sebaik baiknya asingkan menurut baka.

      terima kasih di atas doa tuan.

      terima kasih sekali lagi.

      Delete