Wednesday, June 5, 2013

TAMAK

Untuk perhatian Sime Darby, TNB, Pejabat Tanah. Juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Suara seorang penternak kecil.

Berhampiran tempat aku, ada estet Sime Darby. Memang luas seluas luasnya estet ni, sampaikan Teluk Intan dia kepung, dan pekan besar ni takde option nak berkembang melainkan makan tanah estet ni.

Ada line api TNB memotong kawasan estet ni, dan ada parit besar selari dengan line api ni. Parit besar ni diselenggara Jabatan Pengairan dan Saliran. Ada dua orang penternak yang bela lembu kambing kat sini. Seorang penternak kecik yang merupakan kawan aku, dan seorang lagi penternak besar.

Kawan aku ni kecik aje operasinya, kambing 30 ekor lembu 30 ekor. Penternak besar ni pula ada kambing 20 ekor, dan lembu 300-400 ekor. Ternakan masing masing lepas dalam estet Sime Darby ni lah.

Dua dua sewa tanah JPS untuk dibuat kandang, masing masing 1 ekar jenis TOL, dibayar kepada Pejabat Tanah. 1 ekar sewanya 400 setahun.

Yang buat tak bestnya ialah bilamana sang penternak besar menekan dan menindas si penternak kecil. Macam macam cara dibuatnya untuk menghalau penternak kecik keluar daripada estet Sime Darby ni. Dia nak bolot semua kawasan tanpa ada belas kasihan kepada rakan ternak lain.

Aku tak akan cerita detail apa yang dia buat kepada sang penternak kecil, pasal memang panjang senarai kezalimannya dari dulu sampai sekarang. Senang cerita dia guna 'strong arm tactics' termasuklah threat and intimidation. Dan dia pay off atau merasuah semua pihak berkaitan demi memuaskan cita citanya. Lagi tak bestnya dia takde segan silu curi ternakan orang. Lembu orang dia claim dia punya. Sawit orang (dan sawit estet) pun dia claim dia punya.

Betul betul beraja di mata bersultan di hati.

Baru baru ni dia pasang pagar betul betul bawah line api TNB. Nak buat kandang fidlot lembu. Tiang pagarnya konkrit 2 kaki x 2 kaki. Amik kau... kena guna backhoe nak tanam tiang pagar tu. Yang hairannya TNB senyap aje walhal laporan dah dibuat. Bukan ke struktur kekal tak boleh buat bawah line api?

Satu perkara yang mengejutkan juga ialah bila kawan aku sang penternak kecik ni pi Pejabat Tanah nak renew lesen TOLnya, boleh pula Pejabat Tanah kata fail hilang. Aii sebelum ni elok aje renew tiap tiap tahun, ada aje failnya, macam mana pula tiba tiba hilang? Takkan tikus bawak lari?

Penternak besar ni makin besar cita citanya, dan makin hilang kewarasannya. Greed certainly brings out the worst in people.

Satu lagi yang banyak orang tak puas ati pada estet Sime Darby ni ialah monopoli kontrak. Dulu kerja kerja ladang diagih agihkan kepada banyak kontraktor kecil. La ni satu orang je bolot semua. Potong buah, kutip buah, pruning, baja, buat jalan semuanya dia. Tapi tetap juga dibalun buah sawit estet walau kontrak lumayan habih semua dia sapu. Banyak sangat ketirisan dalam pengurusan estet Sime Darby ni. Aku pun pening kepala nak cerita.

Orang kampung dan sang penternak kecik yang sedang ditindas lebih tahu cerita cerita ni. Aku cuma tolong sampaikan. Nak minta pandangan tuan puan.


Macam mana nak buat menentang kezaliman ye?

6 comments:

  1. Salam,

    Kenapa tak dilaporkan sahaja perkara sebegitu kepada pihak pengurusan Sime Darby?

    ReplyDelete
  2. Ya. Jumpa pengurus ladang, slow talk.

    Boleh hantar pada SPRM, mereka akan buat yang selanjutnya.

    Buat hubungan dgn pihak berkaitan.

    ReplyDelete
  3. Dalam isu ini, salah satu perkara adalah PR - public relation.

    Disamping sibuk mengembala, kita kena aktif juga dalam menjalinkan hubungan dgn pelbagai pihak, sama ada pihak berkuasa atau juga 'samseng'. Kerana mereka ini dicipta Allah ada hikmahnya kpd kita.

    Lagilah, Tn Alwi sebagai SU persatuan seluruh Malaysia, maka, hubungan dgn pelbagai pihak akan memberikan banyak advantages kpd apa saja isu.

    Good luck.

    ReplyDelete
  4. Salam

    Susah nak bagi pandangan, sebab bila berhadapan dengan orang tamak, dia sanggup buat apa sahaja. Lupa dosa, pahala entah ke mana... Apa dia ingat, bolot selagi ada.

    Cuba bincang dengan otai2 dalam persatuan, mesti mereka ada kabel bagus...itu lebih baik dari bertindak sendirian.

    Dan jangan lupa minta kepada Allah. Bukankan ubun-ubun kita semua di bawah kekuasaanNya?

    ReplyDelete
  5. Salam. Saya yang 'post on June 5, 2013 at 11:46 PM'

    Selepas berjumpa dengan Pengurus Ladang, adakah pengurus ladang tersebut mengambil apa2 tindakan selepas itu? Boleh saya tahu, apa nama ladang itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Pengurus ladang tiada apa tindakan.

      Nama ladang ialah Selaba Estate, Jalan Changkat Jong.

      Delete