Sunday, June 30, 2013

AKU BELUM HABIS MAKAN KEREPEK!

Post aku sebelum ini "Adakah aku merepek?" sebenarnya belum habis lagi. Dan bila El Cambras Hambriento beri komen, aku dapati aku kena luaskan lagi apa yang aku belum cerita.

Sebenarnya aku dah taip panjang isi untuk post kali ini, tapi bila aku pergi solat jemaah kat surau, dan balik dari situ, aku tengok anak pompuan aku sibuk main tekan tekan laptop - habih hilang semua apa yang aku tulis. Aiiii hilang semangat aku nak update blog.

Jadi ini versi lain. Jauh berbeza dengan yang original.

Ada tiga situasi yang menggalakkan pertumbuhan pantas populasi organisma. Pertamanya bila dia fikir ada banyak ruang lagi untuk membiak. Breeding always require space, or the illusion of space.

Keduanya bila dia fikir sumber makanan lebih dari cukup. Malangnya bila sampai bab sumber makanan ni, kita tak boleh buat ilusi macam ruang. Nak tak nak makanan memang kena cukup, dan lebih dari cukup.

Ketiga bila wujud ancaman kepupusan. Masa ni survival instinct kick in, keperluan tenaga untuk pembiakan jadi super efficient. Tapi aku tak akan sentuh faktor ketiga ni. Cuma situasi pertama dan kedua.

Bila kita berjaya mewujudkan dua situasi di atas, ternakan kita akan pantas berkembang biak. Growth. Explosive growth.

Dan darjah kepantasan pembiakan ni semakin tinggi untuk organisma kecil berbanding organisma besar, di mana organisma besar ni semakin kuat daya menentang tumbesarannya, maka semakin banyak sumber diperlukan untuk melawan daya menentang itu. Hmmph.. senang cerita feed conversion ratio (FCR) untuk haiwan besar makin tinggi (makin tak cekap) berbanding FCR untuk haiwan kecil.

Makna yang tersirat ialah bagi lembu, kena pula yang saiz besar besar, lebih banyak tenaga diperlukan untuk pencernaan, jadi kapasiti fungsi pembiakan kena dikorbankan - jadi perlahan. Breeding vitality tak tinggi, tak cukup robust.

Manakala bagi kambing, sebab saiznya kecil banding lembu, kena pula kambing yang saiz sederhana sedang sedang (40kg ke bawah) - tak setinggi mana tenaga diperlukan untuk pencernaan - jadi lebih banyak tenaga boleh allocate untuk fungsi pembiakan. Haa kambing punya breeding vitality adalah lebih tinggi dan lebih robust banding ngan lembu.

Justeru bila breeding vitality tinggi, kidding interval pendek pendek tidak mendatangkan masalah kepada breeding capacity. Yep, inilah apa yang aku cuba terangkan kepada ECH.

Lagi satu, dalam eksperimen aku tu, aku bukannya menambahkan bilangan anak kambing setiap kali beranak. Aku cuma memendekkan kidding interval. Bila beranak, majoritinya tetap dua anak. Kadang kadang je terlebih, bila ibu tu saiz besar.

Aaaa... bila beranak dua senang nak maintain energy input > energy output. Baik pada kambing atau baik pada kita. Pasal kita delegate tanggungjawab besarkan anak kepada ibu kambing. Kita cuma pastikan makanan ibunya cukup.

Bila beranak lebih dua ekor ni yang susah sikit, sebab jelas terang lagi bersuluh, nak tak nak kita kena expend input lebih besar. Susu botol, masa kita, tenaga kita - pendek kata bila lebih aje dua, kita makin kelam kabut. Kita dah ambil alih tanggungjawab besarkan anak kambing.

So sebenarnya aku fikir eksperimen aku memendekkan kidding interval tidak akan mempengaruhi future breeding capacity secara negatif. Kambing punya breeding vitality tinggi, dan aku cuma target dua anak setiap kelahiran.

In fact, apa yang aku buat, sebenarnya positively affect future breeding capacity.

Yeah, I add more spring, or dynamism into my goat breeding potential.

TAPI,

Ada satu benda yang buat aku risau.

Bila guna supplementation, dan maksud aku ialah dedak atau konsentrat, dan bila semakin tinggi kuantiti suplemen digunakan - aku akan hilang independence. Aku akan hilang kebebasan, I will lost my freedom.

Aku kena bergantung kepada pengeluar dan pembekal dedak. Kalau terputus bekalan, atau harga melambung pecah bumbung, boleh jadi kacau bilau operasi pembiakan aku apalagi kalau aku dah masuk full gear. Aiseyman.. mana boleh macam ni.

Salah satu tujuan rasul rasul semuanya jadi pembiak dan pengembala kambing ialah untuk menjaga kebebasan diri mereka. Mereka tidak mahu bergantung kepada mana mana manusia. Mereka hanya bergantung kepada anugerah alam semulajadi dari Tuhan - padang rumput, matahari, dan air.

Apa yang aku buat ialah menambahkan risiko ke dalam bisnes aku. Well, bila risiko bertambah, untung pun bertambah lah. Tapi tu lah, aku mungkin hilang kebebasan sepenuhnya.

Its a trade off. I have to wisely balance it.


Hmmm...

Friday, June 28, 2013

ADAKAH AKU MEREPEK?

"It only seems impossible until it is done - Nelson Mandela"

Salam sejahtera kepada semua penternak kambing dalam multiple universe,

Dulu aku ada sebut pasal kadar kelahiran kambing sebenarnya boleh lebih 1.8 per tahun. Bukan sahaja lebih 1.8, tapi boleh lebih 2.3, boleh juga cecah 2.95, malah boleh dapat 4.0.

Kadar kelahiran 1.8 ni maknanya kalau kita ada 100 ibu kambing, kita dapat 180 anak dalam tahun tersebut. Kalau 2.3 maknanya 100 ibu kambing dapat anak 230 ekor per tahun. Kalau 4.0 maknanya 100 ibu kambing dapat anak 400 ekor per tahun.

Bila kita buka buku tempatan pasal kambing (jpv atau mardi), dan kertas kerja projek ternakan kambing yang biasa dihantar ke bank pertanian, semuanya guna parameter kidding rate tidak melebihi 1.8 per tahun. Betul tak?

Doktor penyelidik Jpv dan Mardi semuanya susah nak percaya kadar kelahiran kambing boleh lebih 1.8. Ada sesetengah yang advance sikit memang kata boleh, tapi diceduk dari australia dan south africa - boer di tempat asal mereka (zon panas dan kering), atau di negara cuaca temperate, buat semi intensif boleh dapat 2.1, 2.2.

Tetapi aku boleh dapat 2.3, alhamdulillah. Dengan menggunakan sistem low input. Bukannya sistem high input. Dan takdak genetik baik baik, pejantan pun bukan jenis kembar.

Dan bila aku kata kadar kelahiran boleh pecah 2.3, boleh cecah 2.95 sehinggalah 4.0 - aku tahu ada kalangan doktor kambing, dan penternak, hatta yang berpengalaman pun, cakap aku merepek. Ada yang pakat gelak, dan mungkin juga ada yang kata aku insane. Dah tak waras. Si alwi ni tengah berkhayal, dah tertelan sekilo air daun ketum agaknya..

......mmmm

Let us see.

Aku dapat kidding rate 2.3 per year, dan purata jarak kelahiran 8.1 bulan, dengan opex aku pada $0.27 per ekor per hari. Opex tu masuklah dedak, gaji pekerja, garam, ubat dan whatever variable cost. Maknanya dengan 300 ekor kambing, opex aku sebulan ialah $2430.

Kira ok lah, kira low input. Ada kawan aku kambing 400 ekor, opex sebulan $15,000. Haa pada input macam dia ni sahih tak boleh buat operasi pedaging, kena target pembakaan. Tapi dia ni pun kaya, Porsche Cayenne ada, Porsche 911 Turbo pun ada, jadi dia tak kisah sangat pasal survivability bisnes kambing dia. Ada bisnes lain yang boleh tolong support usaha perkambingan kalau kambing tak untung pun.

So, sekarang aku push opex aku kepada $4000 sebulan pasal aku tengah buat eksperimen skala besar. Dulu aku tak bagi suplemen kepada kambing yang beranak dua (dan tiga atau empat), tapi sekarang aku bagi. Tak semua kambing beranak dua aku bagi, sebab petak beranak tak cukup. Tapi adalah dalam 30 ekor satu satu masa.

Bila opex $4000 sebulan, dan purata harga jualan per ekor ialah $500, maknanya aku kena jual sekurang kurangnya 8 ekor per bulan untuk cover opex. Yep, it is.

Eksperimen masih berjalan, dah masuk bulan kelapan, dah lapan bulan lah opex berlegar tahap $4000 per bulan. Dan selain supplementation untuk kambing beranak dua itu, aku juga employ seorang lagi pekerja. Sebab tu opex aku naik, walhal sebenarnya tak perlu pun.

Dan berdasarkan pemerhatian aku, semua ibu kambing yang beranak dua, dan diberi supplementation - penting ni - betul betul penting - kidding interval (jarak kelahiran) semuanya jatuh bawah 7 bulan.

Semuanya.

Walaupun bagi mereka mereka yang sebelum ini purata jarak kelahirannya 10 ke 12 bulan.

Tuan puan kalau masih ingat dalam post aku yang terdahulu, aku ada sebut 50% induk aku memiliki kidding interval 7 bulan ke bawah.Lagi 50% purata jarak kelahirannya 7 bulan ke atas. Masa tu opex aku $2500 sebulan, dan purata jarak kelahiran semua kawanan kambing aku = 8.1 bulan.

La ni dah lain.

Asal bagi aje supplementation, kidding interval akan jatuh ke bawah 7 bulan, ... dan sudah pasti kidding rate per year melonjak.

Jadi nak pecahkan 2.3 tidak mustahil.

It is ... technically feasible,

Surprisingly easily achievable.

Dan itu belum lagi buat genetic upgrade.

Adakah masih ada di kalangan tuan puan yang fikir aku merepek? Masih berdongeng? Masih berkhayal?

No sir.

This is real, this is the magic of sunnah, this is the amazing potential of our blood.


Masih tak percaya?

Wednesday, June 26, 2013

IS IT KRAMER VS KRAMER?

Almost.

Z vs Z.

Aku geli hati ketawa sendirian bila aku baca komen komen yang begitu panjang dalam  post THE PAWN. Bini aku pun jadi pelik tengok aku, dok tanya aku buang tabiat ke. Quite a joy to read the 'friendly' banter in there. Beautifully traded insults. Some choice words.

I want to say thank you to mr zaki nurternak for leaping to my defence. His arguments was certainly passionate. Emotionally charged. Very passionate. Maybe too passionate.

And thank you too to mr anonymous for some 'barblike' comments. You are right when you said I am young - naive to be more precise. Have to learn how to better judge people.

I am autistic, I cannot read the full meaning of facial expression and body language. Its my handicap. I will always be less adept in a social situation compared to normal people. I will always be less adept in judging people. I will always be less adept in guessing people's true intention.

It has been like that since I am small. I will not be able to shake it out. I never will. Its already engraved in my personality.

I find books are easier to understand than people.

And I think I know who mr anonymous is. Mmm no no no....

I certainly, exactly know who is mr anonymous.

Yeah, when the time is right, I will listen to your side of the arguments. Though I have already listen to you, tabling your arguments during the very first meeting of persatuan pembiak. The very first meeting, during which protem committee was established. Remember?

Nevertheless, we will meet again.

Gentlemen,

Trading views, and sharing beliefs are what drives society forward. Arguments are good for the advancement of culture. We always have the need for more and more persuasive arguers. The more they are, and the more persuasive their arguments - the faster our rate of development.

And I realized how important emotion is in expressing our views.

It can decide whom people chose to believe when presented with arguments. An irrational view when laced with the right emotion at the right time can become hugely powerful, can defeat a rational view no matter how rational.

We humans are always like that. It is our soul.

Emotion is the magnet.

Therefore, use emotion liberally, and creatively express it, either orally or in writing, to win our argument.

Now, I am hoping to see more and more creatively created, and traded, insults between our politicians in the august house, the Parliament. My life will be more colorful and interesting for sure.

Yeah, get angry.


Salam!

Tuesday, June 25, 2013

THE STUNNINGLY INTENSE MIGHT OF GABRIEL

THE STUNNINGLY INTENSE MIGHT OF GABRIEL

Hipotesis. Part Two.

Belah kiri planet Musytari (Jupiter), belah kanan ialah Bumi. 1300 bumi boleh muat masuk dalam Musytari. Dan Malaikat Jibril adalah bersaiz sebesar Musytari.

Saiz planet planet dalam sistem solar. Kecik benar Bumi kita ni. 

Nabi Agung kita, Muhammad SAW kita dua kali melihat Ketua Malaikat, Jibril dalam rupanya yang asal (rujuk surah AnNajm). Kali pertama ketika wahyu pertama diturunkan. Kali kedua semasa Mikraj.

Nabi kita cerita Jibril memiliki 600 sayap pada sebelah kanan, dan 600 sayap lagi pada sebelah kiri. 1 sayap melitupi seluruh langit dari timur ke barat, maknanya 1 sayap Jibril dapat menutup planet bumi kita keseluruhannya. Maka keseluruhan sayap Jibril dapat menutup 1200 bumi. Baru cerita sayap, belum badannya lagi.

Nak tambah cerita lagi, bilamana ketika Mikraj, Nabi bertanya kepada Jibril, adakah malaikat yang lebih besar daripadanya. Jibril menjawab Israfil adalah jauh lebih besar daripadanya, saiz Jibril yang sebegitu besar hanya muat dalam sehelai bulu pelepah dari sekian banyak sayap Israfil, sang malaikat yang meniup Sangkakala, petanda bermulanya Hari Kiamat.

Dan bila Nabi bertanya kepada Israfil, adakah malaikat yang lebih besar daripadanya, Israfil menjawab ada. Lapan malaikat penanggung Arasy Tuhan Yang Maha Besar. Israfil yang besarnya jauh meninggalkan Jibril pun rupa rupanya hanya muat dalam sehelai bulu pelepah dari sekian banyak sayap malaikat penanggung Arasy.

Uh oh... these cosmic guys are mind bogglingly massive. Truly the titans of the universe, or maybe multiverse.

Ragu ragu dengan saiz Jibril? Dan malaikat lain?

Dulu aku ingat ini exaggeration, bukannya hadis yang kuat. Tapi setelah aku selidik, dan berdasarkan sains kosmologi yang terkini - aku tidak lagi ragu ragu.

Ok, berdasarkan description Nabi Agung kita, Jibril ada 600 sayap belah kiri dan kanan, dan setiap sayapnya mampu menutup bumi. Maka saiz Jibril adalah sekurang kurangnya 1200 bumi. Campur badannya, lebih lah 1200 bumi.

Now apa benda yang saiznya +-1200 bumi?

Musytari (Jupiter) - planet terbesar dalam sistem solar. Saiznya boleh memuatkan 1300 bumi. A gas giant. Kalau digabungkan semua planet planet dalam sistem solar, Musytari masih besar 2.5 kali ganda.

Itulah saiz Jibril, lebih kurang saiz Musytari.

Haa penting ni, keep in mind saiz Jibril adalah lebih kurang saiz planet Musytari. Ada sebab kenapa saiz Jibril sebesar itu.

Ok. Kemudiannya dalam AlQuran banyak kali Tuhan berfirman mengatakan betapa kuat, betapa gagah perkasanya Jibril. Banyak kali. Termasuk surah AnNajm - where Gabriel is described as "intensely powerful".

Kalau Tuhan banyak kali berfirman menerangkan kekuatan Jibril, maknanya Jibril betul betul perkasa. Luar biasa. Benar sebenar benarnya. Oh aku terlupa nak cerita. Makna Jibril ialah - God is my strength.

Dan Jibril menunjukkan keperkasaannya ketika Mikraj, salah satu peristiwa yang paling mencabar kekuatan dan kebijaksanaannya - membawa Muhammad SAW pergi dan balik dari Baitul Maqdis ke Sidratul Muntaha. Safely. Tak sampai satu malam.

Tuan puan, sebelum ini aku pernah hipotesis yang Sidratul Muntaha ialah sebuah event horizon yang ada pada setiap lohong hitam. Lohong hitam mega yang terdekat dengan kita ialah Sagittarius A*, berjarak 26,000 tahun cahaya. Lohong hitam kedua terdekat, jaraknya 55,000,000 tahun cahaya. Tak kisahlah mana mana lohong hitam pun yang ada dalam alam semesta, yang jelasnya jarak minimum ialah 26,000 tahun cahaya. So just assume Sagittarius A* is the mega black hole that hosted the Sidratul Muntaha. Assume.

Kita tahu cahaya (photons - massless, tiada jisim) adalah benda paling pantas dalam alam semesta. Light (or photons) is the universe speed limit. Nothing can go faster than it.

Nothing.

Aaa kena ingat rule pertama ni. The speed of light is the universe constant. Dah set masa mula mula terbentuk alam semesta ini.

Itu satu. Kemudiannya para saintis pengkaji cahaya mendapati, adalah MUSTAHIL untuk mana mana jisim mencapai halaju cahaya. IMPOSSIBLE. Walau pun sebesar elektron (atom terdiri daripada nukleus, proton, dan elektron).

Sebabnya? Makin laju jisim tersebut, makin berat, dan makin kuat daya menentangnya. Semakin berganda dan berganda tenaga yang diperlukan untuk memecutkan jisim tersebut kepada halaju cahaya. Exponential increase in energy requirement.

To increase just a single electron to the speed of light would require more matter and energy that exist in the whole universe.Bugger. Oh man!

Memang betul mustahil untuk benda lain selain cahaya mencapai halaju cahaya. Tak boleh langsung. Kalau elektron yang sebegitu kecil dan ringan pun tak boleh, apalagi manusia. Lagi lagi spaceship, hatta yang terkuat dan termaju binaannya sekali pun. Seluruh jisim dan tenaga dalam alam semesta bergabung pun tak mampu nak menggerakkan ia kepada halaju cahaya.

Ok itu sebahagian undang undang cahaya. Dan Jibril pula adalah dijadikan daripada cahaya. Maka Jibril boleh bergerak sepantas cahaya. Dan salah satu sifat cahaya ialah -- kepada observer luar, cahaya ambil masa untuk sampai ke suatu destinasi, tetapi bagi cahaya itu sendiri, destinasinya adalah instant. Poof! Terus sampai. Well, tak sempat habiskan poof! tu, dah sampai.

Boleh faham ke ni? Ok. Contohnya ialah kita perhatikan cahaya matahari ambil masa 8 minit baru sampai ke bumi. Tetapi bagi cahaya matahari itu, yang sedang bergerak pada halaju cahaya 300,000 km sesaat, dia tak rasa pun dia ambil masa 8 minit, dia rasa dan dan tu juga dah sampai ke bumi. Bukan split second. Instant.

Maknanya Jibril dan malaikat lain, boleh sampai pada Sagittarius A*, atau mana mana lokasi dalam alam semesta - instant.

Itu kalau Jibril atau malaikat lain bawak diri dia sahaja. Aaahhh... masalahnya sekarang ialah dalam Mikraj, Jibril kena bawa Nabi Muhammad SAW ke Sagittarius A*. Jasad. Mortal. Daripada tanah. Manusia biasa yang sudah tentu tidak mampu menempuhi perjalanan selaju cahaya.

Dan ingat ye, walau pun Jibril bergerak pada halaju cahaya, boleh sampai instant ke Sagittarius A*, manusia manusia di bumi, sahabat sahabat Nabi, pengikut pengikut Nabi tetap rasa, pasti rasa - 26,000 tahun pergi dan 26,000 tahun balik. 52,000 tahun kemudian baru Nabi sampai ke Baitul Maqdis setelah memulakannya 1400 tahun yang lalu - sekiranya Jibril membawa Nabi mengembara pada halaju cahaya. 50,000 tahun akan datang, baru Nabi muncul. Semua orang dah lama mati. Masuk tahun hijrah 53400 bukan 1434 macam sekarang.

Tak boleh. Tak boleh. Tak boleh.

Isra' Mikraj kan satu malam je, malahan tak sampai pun satu malam penuh?

Ye. Tuan puan yang dihormati, Isra' Mikraj hanya SATU malam. Kita kena ingat fakta ni baik baik. Satu malam sahaja.

Pergi dan balik Nabi kita ke Sagittarius A* yang berjarak puluhan ribu tahun cahaya (atau mana mana supermassive black hole dalam alam semesta yang berjarak jutaan tahun cahaya) TIDAK memungkinkan pengembaraan tersebut dibuat sama laju dengan laju cahaya.

Archangel Gabriel must move faster than light....

Wait a minute... kalau bergerak pada halaju cahaya akan menghancurkan jasad Nabi, tambahan pula adalah mustahil kerana memerlukan jumlah tenaga yang terlalu besar tidak mampu dibekalkan oleh seluruh alam semesta - macam mana pula boleh bergerak lebih laju dari cahaya?? Lagi mustahil ni?

Aaaaa.... sekarang kita dah mula nampak apa yang membezakan Jibril dengan malaikat malaikat lain. Kita dah mula nampak kenapa Allah kerap mengatakan betapa bijak dan gagah perkasanya Jibril. Kita dah mula nampak kenapa Jibril diangkat sebagai ketua alam langit. Kita dah mula nampak kenapa Jibril yang dipilih untuk pengembaraan ini.

Hanya Jibril yang terdaya melakukan Mikraj. Dari Baitul Maqdis ke Sidratul Muntaha.

Di mana malaikat lain hanya mampu bergerak selaju cahaya, tidak mampu memecah dinding dan undang undang alam semesta - Jibril memiliki amaun tenaga yang sangat besar sehingga dia mampu bergerak lebih pantas dari cahaya, dan dalam masa yang sama mampu melindungi Nabi sepanjang perjalanan.

How did Archangel Gabriel do this seemingly impossible upon impossible task?

WARP.

During Mikraj, Archangel Gabriel enter warp speed, a speed which breaks the barrier of the speed of light. And not only several times faster than light, but hundreds of times faster, and maybe thousands or even millions of times faster than light.

Uh oh... ribuan kali lebih pantas daripada cahaya...

Ye. Jibril hanya memiliki masa beberapa jam, mungkin beberapa minit sahaja untuk pergi balik Sagittarius A*, dan membawa Nabi dengan selamat. Dia mesti bergerak pada kelajuan tersebut.

Now, warp speed ni bukannya kita yang bergerak. Kita langsung tak bergerak pun. Apa yang kita gerakkan ialah space-time (dimensi ruang masa) keliling kita.... ahhh macam orang luncur air. Wave surfer. Dia tak bergerak pun, dia cuma gunakan ombak keliling dia untuk menggerakkan dirinya. Ombak yang bergerak.

Maknanya Jibril bijaksana untuk manipulasi space time, dia menggerakkan persekitarannya. Mmmm... bayangkan kita sebagai surfer, kita yang cipta ombak tersebut. Laju mana ombak tersebut terpulang kepada kita. Kita bukan kayuh surf board tu, kita cipta ombak yang menolak surf board.

Ok. Saintis dah kira kira, untuk sebuah spaceship masuk warp speed ni (macam cerita Star Trek USS Enterprise), kena pandai manipulasi exotic matter dan dark energy DAN saiz spaceship yang diperlukan untuk membawa manusia dengan selamat IALAH SEBESAR MUSYTARI (JUPITER).

Perhatikan! To enter warp speed, one need to be the size of Jupiter.

Archangel Gabriel is the size of Jupiter.

Yeah... Jibril dalam bentuk asalnya adalah sebesar planet Musytari, benar benar menepati gambaran Nabi kita berkenaan saiznya.

Kemudiannya, bila entiti bersaiz Jupiter masuk warp speed, saintis telah mengenalpasti kewujudan suatu fenomena unik yang dinamakan Alcubierre Bubble. 'Buih' ni akan terhasil mengelilingi entiti tersebut semasa warp speed. Apa yang ada dalam buih ini?

Ketenangan yang sangat tenang. Sehelai rambut pun tidak bergerak walaupun diluar buih ini kelam kabut semuanya bergerak lebih pantas dari cahaya. Apa sahaja yang berada dalam buih ini tidak akan terganggu dengan situasi luar buih. Selamat. Serene and calmness.

Ahh.. ini explanation yang paling viable untuk pengembaraan Mikraj Nabi bersama Jibril. Ketua malaikat ini masuk warp speed, dan Nabi Muhammad SAW sentiasa berada dalam Alcubierre Bubble ini sepanjang perjalanan ke Sidratul Muntaha. Jadi tiada ancaman kebinasaan ke atas jasad Nabi sepanjang perjalanan yang sangat merbahaya itu.

Ok. Aku dah terangkan sebelum ini, di mana adalah mustahil untuk menggerakkan benda berjisim kepada halaju cahaya hatta sebesar elektron kerana seluruh tenaga alam semesta dikumpulkan masih tidak cukup untuk membekalkan tahap tenaga yang sepatutnya.

Warp speed yang lebih laju dari cahaya masih perlukan tenaga, ... atau pun anti tenaga. Dan juga anti graviti dan anti matter. Archangel Gabriel has to find a way to manipulate all these exotic matter and energy in order to power this remarkable journey since all the ordinary matter and energy in the universe are not enough.

I don't know how exactly Archangel Gabriel withdraw the required power - dia lebih bijak dan lebih tahu - tapi aku tahu jumlah tenaga yang diperlukan pastilah sangat sangat sangat besar.

Tuan puan,

Mikraj is a very spectacular cosmic event. Suatu pengembaraan di mana seluruh penghuni langit dapat melihat keperkasaan luar biasa yang dipamerkan oleh ketua mereka, Jibril Alaihissalam dan keistimewaan yang diberi kepada Muhammad SAW, kekasih agung Allah Tuhan Maha Besar.

Cuma penghuni Bumi yang tidak nampak signifikan peristiwa Isra' Mikraj ini. Terkebil kebil tak percaya melainkan Saidina Abu Bakar. Termasuk aku, yang sekian lama membiarkan peristiwa ini masuk telinga kanan keluar telinga kiri, tanpa hasrat merenung dan berfikir mengenainya.

Namun setelah aku berfikir sejenak, nyatalah peristiwa ini menambah keyakinan dan iman aku kepada Tuhan dan kebesaranNya. Benarlah kata kata Tuhan dalam surah AnNajm yang menggambarkan pengembaraan Isra' Mikraj :

"He certainly saw of the greatest signs of his Lord.
Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya." (18)

Dan benarlah kata kata Tuhan yang menggambarkan kekuatan dan kebijaksanaan Jibril :

Taught to him by one intense in strength -
wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, - (AnNajm : 5)

One of soundness. And he rose to [his] true form
Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, - (AnNajm : 6)

....................

God Is My Strength.

That is Gabriel,


the Arch Angel.

Warp speed (faster than light travel) will create Alcubierre Bubble. But need a spaceship the size of Jupiter.

Monday, June 24, 2013

SIDRATUL MUNTAHA - EVENT HORIZON?

Hipotesis. Part One.

Selama ini aku tak pernah ambil pusing, atau merenung sejenak berfikir dalam dalam mengenai pengembaraan luar biasa Nabi Agung kita dalam Isra' Mikraj. Sehinggalah beberapa hari yang sudah, selepas aku mendengar ceramah seorang ustaz berkenaan keajaiban pengembaraan tersebut. Di surau alhuda pekan langkap, di mana aku sedekah kambing dua ekor, dimasak kurma - boleh rujuk post : Burn Baby Burn!!

Selepas mendengar ceramah tersebut, aku buat keputusan untuk selidik lebih lanjut. Allah telah menggerakkan hati aku untuk menyelak surah AnNajm (Bintang). Aku tak pandai bahasa Arab, jadi aku buka tafsir Inggeris dan Melayu.

Kalau boleh nak aje aku copy dan paste semua terjemahan surah AnNajm ni tapi aku tak pandai pula bab bab ni, sebab kalau kita baca semua kita akan lebih mudah faham dan nampak jelas kehebatan isra' mikraj dan keagungan serta kebenaran kalamullah.

Orait. Aku cerita ringkas background isra' mikraj ni. Fokus pada mikraj. Aku guna kefahaman sains berdasarkan ayat AlQuran bukannya jalan cerita yang biasa kita dengar dari ustaz uztazah.

So isra' mikraj adalah pengembaraan fizikal Nabi kita berjumpa Tuhan di Arasy. Berlaku pada tahun kesedihan dimana Nabi kita banyak kematian orang orang yang paling rapat dengannya. Kembara ini adalah fizikal dan spiritual, bukannya roh semata mata. Ada pandangan kata jasad Nabi ada je di Mekah, cuma roh je yang mengembara. Aaaa pandangan ni muncul sebab isra' mikraj adalah terlalu pelik tak masuk akal, jadi nak cover kepelikan tu pandangan ni kata roh aje yang kembara, macam dalam mimpi.

Bukan. Kembara ini benar benar terjadi. Jasad dan roh. Kalau kita tuan puan ambil sedikit masa buat research pasal ilmu kosmos dan sifat sifatnya, juga ilmu sains yang lain lain, kita akan dapati semakin banyak pengetahuan kita berkenaan sains, semakin possible senario isra' mikraj ni.

Now, aku rate isra' mikraj sebagai kembara teragung dalam sejarah alam semesta. The greatest adventure in the history of the universe. Bukan tahap dunia, bukan tahap bintang, bukan tahap galaksi, tapi tahap alam semesta.

Belum ada lagi sebarang makhluk yang mampu mengalami pengembaraan sebegini hebat. Belum ada lagi sebarang makhluk yang dapat berjumpa zat Tuhan berhadapan. Dekat. Sangat dekat. Jarak dua anak panah antara Nabi Agung kita dengan Sang Pencipta, Allah Tuhan Sekalian Alam.

Isra' Mikraj adalah dan tetap menjadi pengembaraan paling luar biasa dalam sejarah alam semesta. Suatu peristiwa yang menggunakan jumlah tenaga (energy) yang sangat menakjubkan. Ianya jauh melebihi kehebatan peristiwa pengembaraan Adam, Hawa dan Iblis setelah dikeluarkan dari "syurga", dan dihantar menghala ke Bumi.

Ok. Nabi kita dalam Isra' Mikraj diiringi ketua malaikat, Jibril Alaihissalam. Masa Isra' yakni dari Mekah ke Baitul Maqdis di Palestin di mana Nabi menunggang buraq dan Jibril di sebelah Nabi sepanjang perjalanan, dan masa Mikraj di mana buraq telah ditinggalkan - dan Jibril menggunakan kebijaksanaan dan kekuatan luar biasanya membawa dan melindungi Nabi dari Baitul Maqdis ke Sidratul Muntaha.

Sidratul Muntaha adalah sempadan terakhir Nabi kita sebelum dia dibawa berjumpa Tuhan Yang Maha Agung di ArasyNya. Bersendirian. Sidratul Muntaha ialah kawasan di mana Jibril, makhluk yang dijadikan dari cahaya, antara makhluk Tuhan yang paling kuat dan yang paling rapat denganNya, dengan segala kekuatan luar biasanya tidak mampu menembusi malah akan jadi binasa.

Aaa ini penting, sangat penting untuk mengetahui sifat Sidratul Muntaha - sempadan, dan Jibril boleh musnah. Sidratul Muntaha bukan Arasy Tuhan ye. Aku ada jumpa artikel yang kata Sidratul Muntaha ni singgahsana Tuhan. Salah besar dah ni. Kena rujuk Surah AnNajm baru kita tahu.

Sekarang tuan puan saksikan kehebatan surah AnNajm (53 : 1-18), ayat demi ayat, perlahan semakin perlahan, renung dan lemaskan akal kita. Surah AnNajm ada 62 ayat, yang ada di sini cuma sebahagian.

By the star when it descends,
Demi bintang semasa ia menjunam, (1)

Your companion [Muhammad] has not strayed, nor has he erred,
Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah). (2)

Nor does he speak from [his own] inclination.
Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. (3)

It is not but a revelation revealed,
Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. (4)

Taught to him by one intense in strength -
wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, - (5)

One of soundness. And he rose to [his] true form
Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, - (6)

While he was in the higher [part of the] horizon.
Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit); (7)

Then he approached and descended
Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit, (8)

And was at a distance of two bow lengths or nearer.
Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi; (9)

And he revealed to His Servant what he revealed.
Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya. (10)

The heart did not lie [about] what it saw.
Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya. (11)

So will you dispute with him over what he saw?
Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu? (12)

And he certainly saw him in another descent
Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, (13)

At the Lote Tree of the Utmost Boundary -
Di sisi "Sidratul-Muntaha"; (14)

Near it is the Garden of Refuge -
Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa". (15)

When there covered the Lote Tree that which covered [it].
(Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. (16)

The sight [of the Prophet] did not swerve, nor did it transgress [its limit].
Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. (17)

He certainly saw of the greatest signs of his Lord.
Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya. (18)

...........

Tuan puan, perhatikan ayat 14 di mana Sidratul Muntaha maksudnya "Utmost Boundary". UTMOST. Ultimate boundary. Absolute boundary. Sempadan Terakhir.

POINT OF NO RETURN.

Masuk aje sempadan ni, tiada harapan untuk patah balik, hanya kemusnahan yang menanti.

Bagi sesiapa yang mengkaji ilmu kosmos, akan segera kenalpasti suatu fenomena kosmos yang kita namakan EVENT HORIZON, yang hanya wujud betul betul berhampiran lubang hitam (Black Hole).

Black Hole ni tuan puan, wujud pada setiap pusat galaksi, dan ada yang wujud antara galaksi. Black Hole ni yang dok bagi graviti pada galaksi, yang dok tahan ratusan bilion bintang dalam setiap galaksi agar terus mengorbit. Takdak black hole, habih berterabur semua bintang bintang dan galaksi.

Yang buat takjubnya sang black hole ni ialah sifatnya yang makan apa sahaja yang melintas di depannya. Macam vacuum cleaner kat rumah kita. Bezanya vacuum cleaner kat rumah kita kecik, takat mampu sedut habuk. Yang block hole ni saiznya mega mak datuk muat berbilion matahari. Dia akan tarik apa sahaja sekuat kuatnya. Apa sahaja hatta bintang bintang super gergasi sekali pun. Tiada yang mampu terlepas termasuk cahaya. Termasuk cahaya.

Tuan puan, cahaya adalah benda paling pantas dalam alam semesta. 300,000 km per saat. Tak de dah benda lain lagi laju dari cahaya. Akan tetapi selaju mana pun cahaya, masih tidak mampu lari dari kuasa tarikan black hole.

Dan event horizon ialah kawasan sekeliling black hole, suatu sempadan di mana sebaik sahaja apa apa benda (termasuk matter dan antimatter, energy dan dark energy) berada dalam kawasan event horizon, tiada sekelumit harapan untuk mereka melepaskan diri.

Zero chance for escape. Absolute zero.

Semua benda, asal masuk event horizon, hanya menanti saat kemusnahan. Semuanya akan 'dikisar selumat lumatnya' dalam black hole, termasuk cahaya. Cahaya boleh dan akan binasa dalam lubang hitam.

Cool... rupanya energy dan cahaya akan lumat binasa dalam black hole. Yang kita dok belajar ialah tenaga tidak boleh dimusnahkan, hanya boleh ditukar, begitu cahaya. Rupa rupanya dalam black hole semuanya binasa.

Dan Jibril, dan semua malaikat, adalah dijadikan dari cahaya. Malaikat juga adalah makhluk Tuhan, mereka hidup dan mereka akan mati. Dan tempat mati mereka adalah.....

Lubang Hitam.

Dan Sidratul Muntaha adalah Event Horizon, kawasan sekitar black hole. No Escape Zone.

Tuan puan, dalam ayat ke 15 surah AnNajm, adalah diberitakan syurga Jannatul Makwa adalah berhampiran Sidratul Muntaha. Hipotesis aku (hipotesis ni jangkaan aje) ialah barangkali ada planet berhampiran. Habitable planet. Seakan Bumi atau jauh lebih baik dari Bumi. Tapi aku tak berani nak cakap lebih, itu nak kena lebih banyak kajian. Mungkin saintis akan datang boleh merungkai misteri tersebut.

By the way dalam ayat ke 16, diberitakan :

"When there covered the Lote Tree that which covered [it].
(Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. (16)"

Aaa tuan puan Nabi ada cerita masa Mikraj dia nampak Baitul Makmur. Macam Kaabah kita jugalah. Bezanya manusia keliling atau tawaf Kaabah, yang keliling Baitul Makmur ni malaikat malaikat dan makhluk makhluk kosmos. Tawaf yang tidak putus putus. Tidak pernah putus. Kerana terlalu banyak makhluk kosmos yang mendatanginya.

Dan Nabi cerita kepada kita, selepas tawaf Baitul Makmur, yang merupakan suatu pemandangan yang sangat menakjubkan, semua makhluk makhluk ni akan masuk ke Sidratul Muntaha (event horizon) untuk bertemu saat kematian mereka. Nabi kata mereka mereka ini tidak akan muncul kembali, tetapi terus diganti dengan makhluk makhluk lain yang bertawaf pada Baitul Makmur.

An endless procession. Sama dengan sifat black hole yang berterusan menarik apa sahaja ke dalamnya.

Senario yang diterangkan Nabi berkenaan sifat Baitul Makmur yang berhampiran Sidratul Muntaha, dan juga ayat ke 16 surah AnNajm, begitu juga ayat ke 14 surah AnNajm menguatkan hipotesis aku yang Sidratul Muntaha ni sebuah event horizon berhampiran sebuah lohong hitam.

Ayat pertama surah AnNajm juga menguatkan hipotesis ini, di mana Allah bersumpah "Demi bintang semasa ia menjunam" - ini menggambarkan saat saat peristiwa bintang sedang ditelan lohong hitam dimana ianya adalah peristiwa yang terlalu menakjubkan, pasti menggetarkan jiwa sesiapa yang melihatnya.

................................

Now, if Sidratul Muntaha is an event horizon, where exactly is the black hole that hosted it?

Guys, I do not know the exact or precise location of it.

Hipotesis aku ialah Sagittarius A*.

Sagittarius A* adalah lubang hitam di pusat galaksi Bimasakti kita. Dia ni bukan lubang hitam biasa biasa tapi mega size. Monster black hole. Buat masa ini jisimnya 4 billion matahari. Tak tahu lah dah berapa juta bintang dan makhluk kosmos ditelannya. Jaraknya adalah 26,000 tahun cahaya dari kita.

Aaaa 26,000 tahun cahaya ye. Maksudnya cahaya ni kan lajunya 300,000 km sesaat, seminit dah berapa jaraknya? Kalau satu jam dah berapa jauh? Satu hari? Satu tahun? 26,000 tahun?

Aku malas nak kira tapi cincai cincai pun bertrillion trillion trillion kiloooooooometer juga lah dari Bumi. Insane distance. Itu jarak sagittarius A* yang merupakan black hole terdekat dengan kita. Supermassive black hole yang second terdekat dengan kita jaraknya 55 juta tahun cahaya. Mak aihh tak lalu nak kira jarak dalam kilometer.

Tuan puan dalam surah AnNajm, Tuhan juga merujuk dirinya sebagai Lord of Sirius. (Ayat ke 49)

And that it is He who is the Lord of Sirius
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan (Pencipta) "Bintang Syikra"

Sirius ni bintang yang paling bersinar waktu malam, dan terdekat dengan kita. Kenapa Tuhan sebut nama bintang ini dalam surah AnNajm yang sewaktu dengan peristiwa Isra' Mikraj?

Aku tak tahu dengan benar benar jelas, tapi apa yang aku tahu ialah Sirius ni bintang berkembar dan juga fenomena unik dalam galaksi Bimasakti, dan kebarangkalian adalah tinggi Sirius adalah salah satu pit stop Nabi kita semasa Isra' Mikraj.

Dan aku fikir bila Tuhan sebut nama bintang ini berdekatan cerita ketika Mikraj, maka kemungkinan sangat besar Sidratul Muntaha juga adalah dalam lingkungan Sagittarius A*. Yeah aku tak rasa supermassive black hole yang lain, terlalu jauh untuk dicerap dan dikaji oleh kita.

Of course, Sidratul Muntaha boleh sahaja berada pada mana mana saja lubang hitam dalam alam semesta. Allah lebih mengetahuinya.

.............................

Apa implikasi Sidratul Muntaha = event horizon?

Kepada semua saintis especially saintis Islam, banyak pengetahuan baru sedang terbentang luas menanti untuk diteroka. Aku bukan saintis tetapi aku akan cerita sedikit apa yang aku faham. Sedikit je. Banyak lagi implikasinya berderet deret.

Pertamanya, Isra' Mikraj Nabi kita mengesahkan kewujudan multiple universe. Alam semesta kita bukan dia sahaja yang wujud, tetapi ada saudara saudaranya. Ye.. pasal Nabi kita telah masuk ke dalam Black Hole dan masuk ke alam semesta lain. Dan salah satu alam tersebut ialah Arasy Tuhan Yang Maha Besar.

Keduanya, Black Hole menjadi pintu untuk ke alam lain. Worm Hole. Masalahnya, ialah semua benda akan binasa bila masuk black hole. Termasuk malaikat. Tetapi Nabi kita, manusia biasa yang luar biasa, berjaya masuk dan keluar kembali sihat walafiat tanpa sebarang masalah. Subhanallah. Bukan sekali keluar masuk. Tapi berkali kali.

Aaaa ingat tak masa Nabi kita terima perintah solat dari Allah? Kan bila Nabi dapat arahan solat 50 kali, keluar dari Arasy, keluar dari Sidratul Muntaha, Nabi Musa suruh patah balik minta kurangkan jumlah solat? 50 jadi 40 jadi 30 sampailah jadi 5 waktu aje. Bukan sekali Nabi Musa suruh ni, berkali kali. Sahih Nabi kita keluar masuk Black Hole.

Tuan puan, cerita Nabi Musa suruh Nabi kita kurangkan solat ni juga menyebabkan timbul suatu hipotesis baru. Kan Tuhan kata syurga Jannatul-Makwa berhampiran Sidratul-Muntaha, betul kan? Maknanya probability tinggilah Nabi Musa yang menghuni Jannatul Makwa ni. Asal Nabi kita lepas keluar je event horizon ni, terus Nabi Musa tahan suruh patah balik masuk Arasy. Maknanya betul betul hampir lah dengan Sidratul Muntaha.

Hmmm... Nabi Musa kan Ulul Azmi, nabi pangkat tinggi, bukan tahap biasa biasa, jadi possible lah dia paling hampir dengan Arasy untuk menggambarkan kedudukan tingginya. Kan dia dapat berdialog dengan Tuhan di Bukit Tursina dan mendapat Taurat, ingat tak?. Haaa betul betul taraf tinggi Nabi Musa ni, nabi nabi lain belum dapat nikmat bercakap dengan Tuhan.

Walaupun Nabi Musa pangkat tinggi, tapi Nabi Agung kita, Muhammad SAW adalah yang paling mulia. Satu satunya Nabi, satu satunya manusia, satu satunya makhluk dari sekian banyak makhluk penghuni langit dan bumi yang diberi keistimewaan masuk berjumpa dengan Tuhan Yang Maha Besar. Itulah keistimewaan yang paling besar pernah dianugerahkan kepada sebarang jenis makhluk. Private audience with God Himself.

Menyaksikan kehebatan zat Tuhan dengan mata kepala, dengan pancaindera yang fana. Inilah nikmat yang sangat sangat sangat besar. Hanya Nabi Agung kita yang mendapat nikmat ini. Nabi Musa pun tak dapat lagi.

Ok. Kat mana aku tadi ha?

Ye. Implikasi Sidratul-Muntaha = Event Horizon.

Well, aku rasa dah tak larat nak cerita. Penat menaip dan berfikir. Jadi aku kena ambil rehat, renung balik, baru sambung. Ini adalah post terpanjang aku. Betul betul terbakar neuron dalam otak aku. Sok nanti ada masa aku sambung ceritalah.


Salam hormat!