Tuesday, June 25, 2013

THE STUNNINGLY INTENSE MIGHT OF GABRIEL

THE STUNNINGLY INTENSE MIGHT OF GABRIEL

Hipotesis. Part Two.

Belah kiri planet Musytari (Jupiter), belah kanan ialah Bumi. 1300 bumi boleh muat masuk dalam Musytari. Dan Malaikat Jibril adalah bersaiz sebesar Musytari.

Saiz planet planet dalam sistem solar. Kecik benar Bumi kita ni. 

Nabi Agung kita, Muhammad SAW kita dua kali melihat Ketua Malaikat, Jibril dalam rupanya yang asal (rujuk surah AnNajm). Kali pertama ketika wahyu pertama diturunkan. Kali kedua semasa Mikraj.

Nabi kita cerita Jibril memiliki 600 sayap pada sebelah kanan, dan 600 sayap lagi pada sebelah kiri. 1 sayap melitupi seluruh langit dari timur ke barat, maknanya 1 sayap Jibril dapat menutup planet bumi kita keseluruhannya. Maka keseluruhan sayap Jibril dapat menutup 1200 bumi. Baru cerita sayap, belum badannya lagi.

Nak tambah cerita lagi, bilamana ketika Mikraj, Nabi bertanya kepada Jibril, adakah malaikat yang lebih besar daripadanya. Jibril menjawab Israfil adalah jauh lebih besar daripadanya, saiz Jibril yang sebegitu besar hanya muat dalam sehelai bulu pelepah dari sekian banyak sayap Israfil, sang malaikat yang meniup Sangkakala, petanda bermulanya Hari Kiamat.

Dan bila Nabi bertanya kepada Israfil, adakah malaikat yang lebih besar daripadanya, Israfil menjawab ada. Lapan malaikat penanggung Arasy Tuhan Yang Maha Besar. Israfil yang besarnya jauh meninggalkan Jibril pun rupa rupanya hanya muat dalam sehelai bulu pelepah dari sekian banyak sayap malaikat penanggung Arasy.

Uh oh... these cosmic guys are mind bogglingly massive. Truly the titans of the universe, or maybe multiverse.

Ragu ragu dengan saiz Jibril? Dan malaikat lain?

Dulu aku ingat ini exaggeration, bukannya hadis yang kuat. Tapi setelah aku selidik, dan berdasarkan sains kosmologi yang terkini - aku tidak lagi ragu ragu.

Ok, berdasarkan description Nabi Agung kita, Jibril ada 600 sayap belah kiri dan kanan, dan setiap sayapnya mampu menutup bumi. Maka saiz Jibril adalah sekurang kurangnya 1200 bumi. Campur badannya, lebih lah 1200 bumi.

Now apa benda yang saiznya +-1200 bumi?

Musytari (Jupiter) - planet terbesar dalam sistem solar. Saiznya boleh memuatkan 1300 bumi. A gas giant. Kalau digabungkan semua planet planet dalam sistem solar, Musytari masih besar 2.5 kali ganda.

Itulah saiz Jibril, lebih kurang saiz Musytari.

Haa penting ni, keep in mind saiz Jibril adalah lebih kurang saiz planet Musytari. Ada sebab kenapa saiz Jibril sebesar itu.

Ok. Kemudiannya dalam AlQuran banyak kali Tuhan berfirman mengatakan betapa kuat, betapa gagah perkasanya Jibril. Banyak kali. Termasuk surah AnNajm - where Gabriel is described as "intensely powerful".

Kalau Tuhan banyak kali berfirman menerangkan kekuatan Jibril, maknanya Jibril betul betul perkasa. Luar biasa. Benar sebenar benarnya. Oh aku terlupa nak cerita. Makna Jibril ialah - God is my strength.

Dan Jibril menunjukkan keperkasaannya ketika Mikraj, salah satu peristiwa yang paling mencabar kekuatan dan kebijaksanaannya - membawa Muhammad SAW pergi dan balik dari Baitul Maqdis ke Sidratul Muntaha. Safely. Tak sampai satu malam.

Tuan puan, sebelum ini aku pernah hipotesis yang Sidratul Muntaha ialah sebuah event horizon yang ada pada setiap lohong hitam. Lohong hitam mega yang terdekat dengan kita ialah Sagittarius A*, berjarak 26,000 tahun cahaya. Lohong hitam kedua terdekat, jaraknya 55,000,000 tahun cahaya. Tak kisahlah mana mana lohong hitam pun yang ada dalam alam semesta, yang jelasnya jarak minimum ialah 26,000 tahun cahaya. So just assume Sagittarius A* is the mega black hole that hosted the Sidratul Muntaha. Assume.

Kita tahu cahaya (photons - massless, tiada jisim) adalah benda paling pantas dalam alam semesta. Light (or photons) is the universe speed limit. Nothing can go faster than it.

Nothing.

Aaa kena ingat rule pertama ni. The speed of light is the universe constant. Dah set masa mula mula terbentuk alam semesta ini.

Itu satu. Kemudiannya para saintis pengkaji cahaya mendapati, adalah MUSTAHIL untuk mana mana jisim mencapai halaju cahaya. IMPOSSIBLE. Walau pun sebesar elektron (atom terdiri daripada nukleus, proton, dan elektron).

Sebabnya? Makin laju jisim tersebut, makin berat, dan makin kuat daya menentangnya. Semakin berganda dan berganda tenaga yang diperlukan untuk memecutkan jisim tersebut kepada halaju cahaya. Exponential increase in energy requirement.

To increase just a single electron to the speed of light would require more matter and energy that exist in the whole universe.Bugger. Oh man!

Memang betul mustahil untuk benda lain selain cahaya mencapai halaju cahaya. Tak boleh langsung. Kalau elektron yang sebegitu kecil dan ringan pun tak boleh, apalagi manusia. Lagi lagi spaceship, hatta yang terkuat dan termaju binaannya sekali pun. Seluruh jisim dan tenaga dalam alam semesta bergabung pun tak mampu nak menggerakkan ia kepada halaju cahaya.

Ok itu sebahagian undang undang cahaya. Dan Jibril pula adalah dijadikan daripada cahaya. Maka Jibril boleh bergerak sepantas cahaya. Dan salah satu sifat cahaya ialah -- kepada observer luar, cahaya ambil masa untuk sampai ke suatu destinasi, tetapi bagi cahaya itu sendiri, destinasinya adalah instant. Poof! Terus sampai. Well, tak sempat habiskan poof! tu, dah sampai.

Boleh faham ke ni? Ok. Contohnya ialah kita perhatikan cahaya matahari ambil masa 8 minit baru sampai ke bumi. Tetapi bagi cahaya matahari itu, yang sedang bergerak pada halaju cahaya 300,000 km sesaat, dia tak rasa pun dia ambil masa 8 minit, dia rasa dan dan tu juga dah sampai ke bumi. Bukan split second. Instant.

Maknanya Jibril dan malaikat lain, boleh sampai pada Sagittarius A*, atau mana mana lokasi dalam alam semesta - instant.

Itu kalau Jibril atau malaikat lain bawak diri dia sahaja. Aaahhh... masalahnya sekarang ialah dalam Mikraj, Jibril kena bawa Nabi Muhammad SAW ke Sagittarius A*. Jasad. Mortal. Daripada tanah. Manusia biasa yang sudah tentu tidak mampu menempuhi perjalanan selaju cahaya.

Dan ingat ye, walau pun Jibril bergerak pada halaju cahaya, boleh sampai instant ke Sagittarius A*, manusia manusia di bumi, sahabat sahabat Nabi, pengikut pengikut Nabi tetap rasa, pasti rasa - 26,000 tahun pergi dan 26,000 tahun balik. 52,000 tahun kemudian baru Nabi sampai ke Baitul Maqdis setelah memulakannya 1400 tahun yang lalu - sekiranya Jibril membawa Nabi mengembara pada halaju cahaya. 50,000 tahun akan datang, baru Nabi muncul. Semua orang dah lama mati. Masuk tahun hijrah 53400 bukan 1434 macam sekarang.

Tak boleh. Tak boleh. Tak boleh.

Isra' Mikraj kan satu malam je, malahan tak sampai pun satu malam penuh?

Ye. Tuan puan yang dihormati, Isra' Mikraj hanya SATU malam. Kita kena ingat fakta ni baik baik. Satu malam sahaja.

Pergi dan balik Nabi kita ke Sagittarius A* yang berjarak puluhan ribu tahun cahaya (atau mana mana supermassive black hole dalam alam semesta yang berjarak jutaan tahun cahaya) TIDAK memungkinkan pengembaraan tersebut dibuat sama laju dengan laju cahaya.

Archangel Gabriel must move faster than light....

Wait a minute... kalau bergerak pada halaju cahaya akan menghancurkan jasad Nabi, tambahan pula adalah mustahil kerana memerlukan jumlah tenaga yang terlalu besar tidak mampu dibekalkan oleh seluruh alam semesta - macam mana pula boleh bergerak lebih laju dari cahaya?? Lagi mustahil ni?

Aaaaa.... sekarang kita dah mula nampak apa yang membezakan Jibril dengan malaikat malaikat lain. Kita dah mula nampak kenapa Allah kerap mengatakan betapa bijak dan gagah perkasanya Jibril. Kita dah mula nampak kenapa Jibril diangkat sebagai ketua alam langit. Kita dah mula nampak kenapa Jibril yang dipilih untuk pengembaraan ini.

Hanya Jibril yang terdaya melakukan Mikraj. Dari Baitul Maqdis ke Sidratul Muntaha.

Di mana malaikat lain hanya mampu bergerak selaju cahaya, tidak mampu memecah dinding dan undang undang alam semesta - Jibril memiliki amaun tenaga yang sangat besar sehingga dia mampu bergerak lebih pantas dari cahaya, dan dalam masa yang sama mampu melindungi Nabi sepanjang perjalanan.

How did Archangel Gabriel do this seemingly impossible upon impossible task?

WARP.

During Mikraj, Archangel Gabriel enter warp speed, a speed which breaks the barrier of the speed of light. And not only several times faster than light, but hundreds of times faster, and maybe thousands or even millions of times faster than light.

Uh oh... ribuan kali lebih pantas daripada cahaya...

Ye. Jibril hanya memiliki masa beberapa jam, mungkin beberapa minit sahaja untuk pergi balik Sagittarius A*, dan membawa Nabi dengan selamat. Dia mesti bergerak pada kelajuan tersebut.

Now, warp speed ni bukannya kita yang bergerak. Kita langsung tak bergerak pun. Apa yang kita gerakkan ialah space-time (dimensi ruang masa) keliling kita.... ahhh macam orang luncur air. Wave surfer. Dia tak bergerak pun, dia cuma gunakan ombak keliling dia untuk menggerakkan dirinya. Ombak yang bergerak.

Maknanya Jibril bijaksana untuk manipulasi space time, dia menggerakkan persekitarannya. Mmmm... bayangkan kita sebagai surfer, kita yang cipta ombak tersebut. Laju mana ombak tersebut terpulang kepada kita. Kita bukan kayuh surf board tu, kita cipta ombak yang menolak surf board.

Ok. Saintis dah kira kira, untuk sebuah spaceship masuk warp speed ni (macam cerita Star Trek USS Enterprise), kena pandai manipulasi exotic matter dan dark energy DAN saiz spaceship yang diperlukan untuk membawa manusia dengan selamat IALAH SEBESAR MUSYTARI (JUPITER).

Perhatikan! To enter warp speed, one need to be the size of Jupiter.

Archangel Gabriel is the size of Jupiter.

Yeah... Jibril dalam bentuk asalnya adalah sebesar planet Musytari, benar benar menepati gambaran Nabi kita berkenaan saiznya.

Kemudiannya, bila entiti bersaiz Jupiter masuk warp speed, saintis telah mengenalpasti kewujudan suatu fenomena unik yang dinamakan Alcubierre Bubble. 'Buih' ni akan terhasil mengelilingi entiti tersebut semasa warp speed. Apa yang ada dalam buih ini?

Ketenangan yang sangat tenang. Sehelai rambut pun tidak bergerak walaupun diluar buih ini kelam kabut semuanya bergerak lebih pantas dari cahaya. Apa sahaja yang berada dalam buih ini tidak akan terganggu dengan situasi luar buih. Selamat. Serene and calmness.

Ahh.. ini explanation yang paling viable untuk pengembaraan Mikraj Nabi bersama Jibril. Ketua malaikat ini masuk warp speed, dan Nabi Muhammad SAW sentiasa berada dalam Alcubierre Bubble ini sepanjang perjalanan ke Sidratul Muntaha. Jadi tiada ancaman kebinasaan ke atas jasad Nabi sepanjang perjalanan yang sangat merbahaya itu.

Ok. Aku dah terangkan sebelum ini, di mana adalah mustahil untuk menggerakkan benda berjisim kepada halaju cahaya hatta sebesar elektron kerana seluruh tenaga alam semesta dikumpulkan masih tidak cukup untuk membekalkan tahap tenaga yang sepatutnya.

Warp speed yang lebih laju dari cahaya masih perlukan tenaga, ... atau pun anti tenaga. Dan juga anti graviti dan anti matter. Archangel Gabriel has to find a way to manipulate all these exotic matter and energy in order to power this remarkable journey since all the ordinary matter and energy in the universe are not enough.

I don't know how exactly Archangel Gabriel withdraw the required power - dia lebih bijak dan lebih tahu - tapi aku tahu jumlah tenaga yang diperlukan pastilah sangat sangat sangat besar.

Tuan puan,

Mikraj is a very spectacular cosmic event. Suatu pengembaraan di mana seluruh penghuni langit dapat melihat keperkasaan luar biasa yang dipamerkan oleh ketua mereka, Jibril Alaihissalam dan keistimewaan yang diberi kepada Muhammad SAW, kekasih agung Allah Tuhan Maha Besar.

Cuma penghuni Bumi yang tidak nampak signifikan peristiwa Isra' Mikraj ini. Terkebil kebil tak percaya melainkan Saidina Abu Bakar. Termasuk aku, yang sekian lama membiarkan peristiwa ini masuk telinga kanan keluar telinga kiri, tanpa hasrat merenung dan berfikir mengenainya.

Namun setelah aku berfikir sejenak, nyatalah peristiwa ini menambah keyakinan dan iman aku kepada Tuhan dan kebesaranNya. Benarlah kata kata Tuhan dalam surah AnNajm yang menggambarkan pengembaraan Isra' Mikraj :

"He certainly saw of the greatest signs of his Lord.
Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya." (18)

Dan benarlah kata kata Tuhan yang menggambarkan kekuatan dan kebijaksanaan Jibril :

Taught to him by one intense in strength -
wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, - (AnNajm : 5)

One of soundness. And he rose to [his] true form
Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, - (AnNajm : 6)

....................

God Is My Strength.

That is Gabriel,


the Arch Angel.

Warp speed (faster than light travel) will create Alcubierre Bubble. But need a spaceship the size of Jupiter.

6 comments:

  1. tulisan yang menarik anak muda,
    ingat apa-apa pun ....disinilah letaknya keimanan kita pada Yang Maha Besar. walaupun kita mentafsirkan ianya dengan akal, gunakanlah mata hati untuk bijak mencari yang Haq.

    ReplyDelete
  2. Prof.,
    well said for both articles..

    but,
    science subjects like this almost 'taboo' among 'conservatives'..and general populations. if presented to scientist, that ok lah.

    ReplyDelete
  3. I find this very insightful MashaAllah! To be honest I'm not really fond of modern astronomy. I always thought that sometimes modern astronomers make up their findings/research. However, I believe your hypothesis of modern astronomy corroborates with the truth of Quran.

    Disini saya ingin kongsikan ayat Al-quran yang berkaitan dengan hipotesis prof:-

    The angels and the Spirit will ascend to Him during a Day the extent of which is FIFTY THOUSAND YEARS. -Quran [70:4]
    (Sagittarius A* = 50000years back & forth??)

    O company of jinn and men, if ye have power to penetrate (all) regions of the heavens and the earth, then penetrate (them)! Ye will never penetrate them save with (Our) sanction. -Quran [55:33]

    Saya bersetuju dengan hipotesis prof. dimana Jibrail A.S. mungkin menggunakan warp speed. Mungkin beberapa peristiwa dalam al-quran bole menerangkan hal ini(penggerakkan space-time):-

    Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu). -Quran [18:25]

    Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? " Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?" Ia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari". Allah berfirman:" (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging ". Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". -Quran [2:259]

    Saya fikir ayat2 diatas menjelaskan pengerrakan space & time dimana pemuda2 al-kahfi bole tidur sehingga 300tahun tanpa apa2 perubahan berlaku kepada mereka. Sama juga dengan didalam sura al-baqarah dimana makanan tidak berubah setelah 100tahun.

    Allahu'Alam

    ReplyDelete
  4. hebat. sangat hebat. syabbas mere bai! talk the think!

    ReplyDelete
  5. Satu cara dgn 'warp speed'..tapi..ada satu cara lagi..iaitu kemungkinan bertukarnya struktur molekul jasad nabi kpd bersamaan dgn cahaya sebagaimana kejadian cahaya utk malaikat Jibril..Allah maha berkuasa..mampu mewujudkan sesuatu yg tak ada..apatah lagi mahu menukar struktur molekul jasad.. Sedangkan malaikat & iblis mampu bertukar bentuk..mungkin saudara boleh mengkaji bab pertukaran molekul biasa kpd cahaya..Wallahualam..

    ReplyDelete
  6. aku pelik lah orang berdebat soal ni..kan sudah jelas peristiwa itu di sebut mukjizat(perkara yang melanggar hukum fizik dan terjadi sepenuh nya dengan kehendak Allah,maksudnya qada dan qadar di mansuhkan oleh Allah bila berlaku mukjizat)..contoh nya Allah kecilkan matahari dan matahari itu masuk di dalam saku baju(mustahil sampai kiamat ikut hukum fizik)

    ReplyDelete