Hipotesis.
Part One.
Selama
ini aku tak pernah ambil pusing, atau merenung sejenak berfikir dalam
dalam mengenai pengembaraan luar biasa Nabi Agung kita dalam Isra'
Mikraj. Sehinggalah beberapa hari yang sudah, selepas aku mendengar
ceramah seorang ustaz berkenaan keajaiban pengembaraan tersebut. Di
surau alhuda pekan langkap, di mana aku sedekah kambing dua ekor,
dimasak kurma - boleh rujuk post : Burn Baby Burn!!
Selepas
mendengar ceramah tersebut, aku buat keputusan untuk selidik lebih
lanjut. Allah telah menggerakkan hati aku untuk menyelak surah AnNajm
(Bintang). Aku tak pandai bahasa Arab, jadi aku buka tafsir Inggeris
dan Melayu.
Kalau
boleh nak aje aku copy dan paste semua terjemahan surah AnNajm ni
tapi aku tak pandai pula bab bab ni, sebab kalau kita baca semua kita
akan lebih mudah faham dan nampak jelas kehebatan isra' mikraj dan
keagungan serta kebenaran kalamullah.
Orait.
Aku cerita ringkas background isra' mikraj ni. Fokus pada mikraj. Aku
guna kefahaman sains berdasarkan ayat AlQuran bukannya jalan cerita
yang biasa kita dengar dari ustaz uztazah.
So
isra' mikraj adalah pengembaraan fizikal Nabi kita berjumpa Tuhan di
Arasy. Berlaku pada tahun kesedihan dimana Nabi kita banyak kematian
orang orang yang paling rapat dengannya. Kembara ini adalah fizikal
dan spiritual, bukannya roh semata mata. Ada pandangan kata jasad
Nabi ada je di Mekah, cuma roh je yang mengembara. Aaaa pandangan ni
muncul sebab isra' mikraj adalah terlalu pelik tak masuk akal, jadi
nak cover kepelikan tu pandangan ni kata roh aje yang kembara, macam
dalam mimpi.
Bukan.
Kembara ini benar benar terjadi. Jasad dan roh. Kalau kita tuan puan
ambil sedikit masa buat research pasal ilmu kosmos dan sifat
sifatnya, juga ilmu sains yang lain lain, kita akan dapati semakin
banyak pengetahuan kita berkenaan sains, semakin possible senario
isra' mikraj ni.
Now,
aku rate isra' mikraj sebagai kembara teragung dalam sejarah alam
semesta. The greatest adventure in the history of the universe.
Bukan tahap dunia, bukan tahap bintang, bukan tahap galaksi, tapi
tahap alam semesta.
Belum
ada lagi sebarang makhluk yang mampu mengalami pengembaraan sebegini
hebat. Belum ada lagi sebarang makhluk yang dapat berjumpa zat Tuhan
berhadapan. Dekat. Sangat dekat. Jarak dua anak panah antara Nabi
Agung kita dengan Sang Pencipta, Allah Tuhan Sekalian Alam.
Isra'
Mikraj adalah dan tetap menjadi pengembaraan paling luar biasa dalam
sejarah alam semesta. Suatu peristiwa yang menggunakan jumlah tenaga
(energy) yang sangat menakjubkan. Ianya jauh melebihi kehebatan
peristiwa pengembaraan Adam, Hawa dan Iblis setelah dikeluarkan dari
"syurga", dan dihantar menghala ke Bumi.
Ok.
Nabi kita dalam Isra' Mikraj diiringi ketua malaikat, Jibril
Alaihissalam. Masa Isra' yakni dari Mekah ke Baitul Maqdis di
Palestin di mana Nabi menunggang buraq dan Jibril di sebelah Nabi
sepanjang perjalanan, dan masa Mikraj di mana buraq telah
ditinggalkan - dan Jibril menggunakan kebijaksanaan dan kekuatan
luar biasanya membawa dan melindungi Nabi dari Baitul Maqdis ke
Sidratul Muntaha.
Sidratul
Muntaha adalah sempadan terakhir Nabi kita sebelum dia dibawa
berjumpa Tuhan Yang Maha Agung di ArasyNya. Bersendirian. Sidratul
Muntaha ialah kawasan di mana Jibril, makhluk yang dijadikan dari
cahaya, antara makhluk Tuhan yang paling kuat dan yang paling rapat
denganNya, dengan segala kekuatan luar biasanya tidak mampu menembusi
malah akan jadi binasa.
Aaa
ini penting, sangat penting untuk mengetahui sifat Sidratul Muntaha -
sempadan, dan Jibril boleh musnah. Sidratul Muntaha bukan Arasy Tuhan
ye. Aku ada jumpa artikel yang kata Sidratul Muntaha ni singgahsana
Tuhan. Salah besar dah ni. Kena rujuk Surah AnNajm baru kita tahu.
Sekarang
tuan puan saksikan kehebatan surah AnNajm (53 : 1-18), ayat demi
ayat, perlahan semakin perlahan, renung dan lemaskan akal kita. Surah
AnNajm ada 62 ayat, yang ada di sini cuma sebahagian.
Demi
bintang semasa ia menjunam, (1)
Your
companion [Muhammad] has not strayed, nor has he erred,
Rakan
kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu),
tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak
sesat (dengan kepercayaan yang salah). (2)
Nor
does he speak from [his own] inclination.
Dan
ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam)
menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. (3)
It
is not but a revelation revealed,
Segala
yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain
hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. (4)
Taught
to him by one intense in strength -
wahyu
itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang
amat kuat gagah, - (5)
One
of soundness. And he rose to [his] true form
Lagi
yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya
(kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, - (6)
While
he was in the higher [part of the] horizon.
Sedang
ia berada di arah yang tinggi (di langit); (7)
Then
he approached and descended
Kemudian
ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai
sedikit demi sedikit, (8)
And
was at a distance of two bow lengths or nearer.
Sehingga
menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua
hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi; (9)
And
he revealed to His Servant what he revealed.
Lalu
Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat
Jibril) apa yang telah diwahyukanNya. (10)
The
heart did not lie [about] what it saw.
Hati
(Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya. (11)
So
will you dispute with him over what he saw?
Jika
demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah
dilihatnya itu? (12)
And
he certainly saw him in another descent
Dan
demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril,
dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, (13)
At
the Lote Tree of the Utmost Boundary -
Di
sisi "Sidratul-Muntaha"; (14)
Near
it is the Garden of Refuge -
Yang
di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa". (15)
When
there covered the Lote Tree that which covered [it].
(Nabi
Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini
ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh
makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.
(16)
The
sight [of the Prophet] did not swerve, nor did it transgress [its
limit].
Penglihatan
(Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat
(akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan
tidak pula melampaui batas. (17)
He
certainly saw of the greatest signs of his Lord.
Demi
sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar
tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan)
Tuhannya. (18)
...........
Tuan
puan, perhatikan ayat 14 di mana Sidratul Muntaha maksudnya "Utmost
Boundary". UTMOST. Ultimate boundary. Absolute
boundary. Sempadan Terakhir.
POINT
OF NO RETURN.
Masuk
aje sempadan ni, tiada harapan untuk patah balik, hanya kemusnahan
yang menanti.
Bagi
sesiapa yang mengkaji ilmu kosmos, akan segera kenalpasti suatu
fenomena kosmos yang kita namakan EVENT HORIZON, yang hanya wujud
betul betul berhampiran lubang hitam (Black Hole).
Black
Hole ni tuan puan, wujud pada setiap pusat galaksi, dan ada yang
wujud antara galaksi. Black Hole ni yang dok bagi graviti pada
galaksi, yang dok tahan ratusan bilion bintang dalam setiap galaksi
agar terus mengorbit. Takdak black hole, habih berterabur semua
bintang bintang dan galaksi.
Yang
buat takjubnya sang black hole ni ialah sifatnya yang makan apa
sahaja yang melintas di depannya. Macam vacuum cleaner kat rumah
kita. Bezanya vacuum cleaner kat rumah kita kecik, takat mampu sedut
habuk. Yang block hole ni saiznya mega mak datuk muat berbilion
matahari. Dia akan tarik apa sahaja sekuat kuatnya. Apa sahaja hatta
bintang bintang super gergasi sekali pun. Tiada yang mampu terlepas
termasuk cahaya. Termasuk cahaya.
Tuan
puan, cahaya adalah benda paling pantas dalam alam semesta. 300,000
km per saat. Tak de dah benda lain lagi laju dari cahaya. Akan tetapi
selaju mana pun cahaya, masih tidak mampu lari dari kuasa tarikan
black hole.
Dan
event horizon ialah kawasan sekeliling black hole, suatu sempadan di
mana sebaik sahaja apa apa benda (termasuk matter dan antimatter,
energy dan dark energy) berada dalam kawasan event horizon, tiada
sekelumit harapan untuk mereka melepaskan diri.
Zero
chance for escape. Absolute zero.
Semua
benda, asal masuk event horizon, hanya menanti saat kemusnahan.
Semuanya akan 'dikisar selumat lumatnya' dalam black hole, termasuk
cahaya. Cahaya boleh dan akan binasa dalam lubang hitam.
Cool...
rupanya energy dan cahaya akan lumat binasa dalam black hole. Yang
kita dok belajar ialah tenaga tidak boleh dimusnahkan, hanya boleh
ditukar, begitu cahaya. Rupa rupanya dalam black hole semuanya
binasa.
Dan
Jibril, dan semua malaikat, adalah dijadikan dari cahaya. Malaikat
juga adalah makhluk Tuhan, mereka hidup dan mereka akan mati. Dan
tempat mati mereka adalah.....
Lubang
Hitam.
Dan
Sidratul Muntaha adalah Event Horizon, kawasan sekitar black hole. No
Escape Zone.
Tuan
puan, dalam ayat ke 15 surah AnNajm, adalah diberitakan syurga
Jannatul Makwa adalah berhampiran Sidratul Muntaha. Hipotesis aku
(hipotesis ni jangkaan aje) ialah barangkali ada planet berhampiran.
Habitable planet. Seakan Bumi atau jauh lebih baik dari Bumi. Tapi
aku tak berani nak cakap lebih, itu nak kena lebih banyak kajian.
Mungkin saintis akan datang boleh merungkai misteri tersebut.
By
the way dalam ayat ke 16, diberitakan :
"When
there covered the Lote Tree that which covered [it].
(Nabi
Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini
ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh
makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.
(16)"
Aaa
tuan puan Nabi ada cerita masa Mikraj dia nampak Baitul Makmur. Macam
Kaabah kita jugalah. Bezanya manusia keliling atau tawaf Kaabah, yang
keliling Baitul Makmur ni malaikat malaikat dan makhluk makhluk
kosmos. Tawaf yang tidak putus putus. Tidak pernah putus. Kerana
terlalu banyak makhluk kosmos yang mendatanginya.
Dan
Nabi cerita kepada kita, selepas tawaf Baitul Makmur, yang merupakan
suatu pemandangan yang sangat menakjubkan, semua makhluk makhluk ni
akan masuk ke Sidratul Muntaha (event horizon) untuk bertemu saat
kematian mereka. Nabi kata mereka mereka ini tidak akan muncul
kembali, tetapi terus diganti dengan makhluk makhluk lain yang
bertawaf pada Baitul Makmur.
An
endless procession. Sama dengan sifat black hole yang berterusan
menarik apa sahaja ke dalamnya.
Senario
yang diterangkan Nabi berkenaan sifat Baitul Makmur yang berhampiran
Sidratul Muntaha, dan juga ayat ke 16 surah AnNajm, begitu juga ayat
ke 14 surah AnNajm menguatkan hipotesis aku yang Sidratul Muntaha ni
sebuah event horizon berhampiran sebuah lohong hitam.
Ayat
pertama surah AnNajm juga menguatkan hipotesis ini, di mana Allah
bersumpah "Demi bintang semasa ia menjunam" - ini
menggambarkan saat saat peristiwa bintang sedang ditelan lohong hitam
dimana ianya adalah peristiwa yang terlalu menakjubkan, pasti
menggetarkan jiwa sesiapa yang melihatnya.
................................
Now,
if Sidratul Muntaha is an event horizon, where exactly is the black
hole that hosted it?
Guys,
I do not know the exact or precise location of it.
Hipotesis
aku ialah Sagittarius A*.
Sagittarius
A* adalah lubang hitam di pusat galaksi Bimasakti kita. Dia ni bukan
lubang hitam biasa biasa tapi mega size. Monster black hole. Buat
masa ini jisimnya 4 billion matahari. Tak tahu lah dah berapa juta
bintang dan makhluk kosmos ditelannya. Jaraknya adalah 26,000 tahun
cahaya dari kita.
Aaaa
26,000 tahun cahaya ye. Maksudnya cahaya ni kan lajunya 300,000 km
sesaat, seminit dah berapa jaraknya? Kalau satu jam dah berapa jauh?
Satu hari? Satu tahun? 26,000 tahun?
Aku
malas nak kira tapi cincai cincai pun bertrillion trillion trillion
kiloooooooometer juga lah dari Bumi. Insane distance. Itu jarak
sagittarius A* yang merupakan black hole terdekat dengan kita.
Supermassive black hole yang second terdekat dengan kita jaraknya 55
juta tahun cahaya. Mak aihh tak lalu nak kira jarak dalam kilometer.
Tuan
puan dalam surah AnNajm, Tuhan juga merujuk dirinya sebagai Lord of
Sirius. (Ayat ke 49)
And
that it is He who is the Lord of Sirius
Dan
bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan (Pencipta) "Bintang Syikra"
Sirius
ni bintang yang paling bersinar waktu malam, dan terdekat dengan
kita. Kenapa Tuhan sebut nama bintang ini dalam surah AnNajm yang
sewaktu dengan peristiwa Isra' Mikraj?
Aku
tak tahu dengan benar benar jelas, tapi apa yang aku tahu ialah
Sirius ni bintang berkembar dan juga fenomena unik dalam galaksi
Bimasakti, dan kebarangkalian adalah tinggi Sirius adalah salah satu
pit stop Nabi kita semasa Isra' Mikraj.
Dan
aku fikir bila Tuhan sebut nama bintang ini berdekatan cerita ketika
Mikraj, maka kemungkinan sangat besar Sidratul Muntaha juga adalah
dalam lingkungan Sagittarius A*. Yeah aku tak rasa supermassive black
hole yang lain, terlalu jauh untuk dicerap dan dikaji oleh kita.
Of
course, Sidratul Muntaha boleh sahaja berada pada mana mana saja
lubang hitam dalam alam semesta. Allah lebih mengetahuinya.
.............................
Apa
implikasi Sidratul Muntaha = event horizon?
Kepada
semua saintis especially saintis Islam, banyak pengetahuan baru
sedang terbentang luas menanti untuk diteroka. Aku bukan saintis
tetapi aku akan cerita sedikit apa yang aku faham. Sedikit je. Banyak
lagi implikasinya berderet deret.
Pertamanya,
Isra' Mikraj Nabi kita mengesahkan kewujudan multiple universe. Alam
semesta kita bukan dia sahaja yang wujud, tetapi ada saudara
saudaranya. Ye.. pasal Nabi kita telah masuk ke dalam Black Hole dan
masuk ke alam semesta lain. Dan salah satu alam tersebut ialah Arasy
Tuhan Yang Maha Besar.
Keduanya,
Black Hole menjadi pintu untuk ke alam lain. Worm Hole. Masalahnya,
ialah semua benda akan binasa bila masuk black hole. Termasuk
malaikat. Tetapi Nabi kita, manusia biasa yang luar biasa, berjaya
masuk dan keluar kembali sihat walafiat tanpa sebarang masalah.
Subhanallah. Bukan sekali keluar masuk. Tapi berkali kali.
Aaaa
ingat tak masa Nabi kita terima perintah solat dari Allah? Kan bila
Nabi dapat arahan solat 50 kali, keluar dari Arasy, keluar dari
Sidratul Muntaha, Nabi Musa suruh patah balik minta kurangkan jumlah
solat? 50 jadi 40 jadi 30 sampailah jadi 5 waktu aje. Bukan sekali
Nabi Musa suruh ni, berkali kali. Sahih Nabi kita keluar masuk Black
Hole.
Tuan
puan, cerita Nabi Musa suruh Nabi kita kurangkan solat ni juga
menyebabkan timbul suatu hipotesis baru. Kan Tuhan kata syurga
Jannatul-Makwa berhampiran Sidratul-Muntaha, betul kan? Maknanya
probability tinggilah Nabi Musa yang menghuni Jannatul Makwa ni. Asal
Nabi kita lepas keluar je event horizon ni, terus Nabi Musa tahan
suruh patah balik masuk Arasy. Maknanya betul betul hampir lah dengan
Sidratul Muntaha.
Hmmm...
Nabi Musa kan Ulul Azmi, nabi pangkat tinggi, bukan tahap biasa
biasa, jadi possible lah dia paling hampir dengan Arasy untuk
menggambarkan kedudukan tingginya. Kan dia dapat berdialog dengan
Tuhan di Bukit Tursina dan mendapat Taurat, ingat tak?. Haaa betul
betul taraf tinggi Nabi Musa ni, nabi nabi lain belum dapat nikmat
bercakap dengan Tuhan.
Walaupun
Nabi Musa pangkat tinggi, tapi Nabi Agung kita, Muhammad SAW adalah
yang paling mulia. Satu satunya Nabi, satu satunya manusia, satu
satunya makhluk dari sekian banyak makhluk penghuni langit dan bumi
yang diberi keistimewaan masuk berjumpa dengan Tuhan Yang Maha Besar.
Itulah keistimewaan yang paling besar pernah dianugerahkan kepada
sebarang jenis makhluk. Private audience with God Himself.
Menyaksikan
kehebatan zat Tuhan dengan mata kepala, dengan pancaindera yang fana.
Inilah nikmat yang sangat sangat sangat besar. Hanya Nabi Agung kita
yang mendapat nikmat ini. Nabi Musa pun tak dapat lagi.
Ok.
Kat mana aku tadi ha?
Ye.
Implikasi Sidratul-Muntaha = Event Horizon.
Well,
aku rasa dah tak larat nak cerita. Penat menaip dan berfikir. Jadi
aku kena ambil rehat, renung balik, baru sambung. Ini adalah post
terpanjang aku. Betul betul terbakar neuron dalam otak aku. Sok nanti
ada masa aku sambung ceritalah.
Salam
hormat!
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ اْلأَقْصَا الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ ءَايَاتِنَآ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
ReplyDeleteMaha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Al Isra’ : 1