Monday, May 27, 2013

F-1 F-2 F-3 F-4

Window of Ozil.

Aku buat low input husbandry, dan aku segan. Segan betul bila orang datang melawat ladang aku. Sebabnya takde apa nak tunjuk yang luarbiasa sikit. Ladang aku low tech (takde tech pun), rumput tak tanam, mesin chopper pun takdak, makanan pun takde ramuan sendiri - main beli dah siap aje, EM pun tak guna.

Sistem pun tunggang langgang, hygiene jangan ceritalah - hanya kepada hardcore breeder. Pelawat biasa jangan datang. Bahaya kepada kesihatan. Sistem aku tak guna botol susu kepada anak kambing, takde jadual cucuk mencucuk dan deworming - bila perlu baru guna. Aku tak bergantung sangat kepada ubat baik chemical mahu pun herba. Aku lebih bergantung kepada disiplin mengembala.

My farm is very spartan, very basic, nothing to show off.

Absolutely not impressive.

Dan aku menggunakan baka kacukan tempatan di mana induk asal aku ialah baka kampung dan berat cuma 20-25kg. La ni majoriti induk berat 30-40kg kg hasil cross dengan pejantan cross berat 50-60kg. Aku takdak baka baka eksotik atau fullblood. Takdak baka besar besar yang mampu menjadikan pelawat ooh aah. Aku menggunakan baka biasa biasa, yang sering dipandang low class, yang absolutely zero chance nak menang pertandingan kambing.

Again, nothing impressive.

Akan tetapi tuan puan, aku dah melihat bagaimana hebatnya transformasi yang berlaku apabila kita benar benar mengikut jalan yang telah dibentangkan kepada kita oleh para anbiya'. Aku merasai sendiri betapa meriahnya kandang yang penuh dengan anak anak kambing apabila kita istiqamah mengembala kambing kita sebagaimana sunnah para nabi. Aku menyaksikan bagaimana ladang aku bertukar daripada tenggelam timbul hampir saja lemas kepada menguntungkan apabila aku iktikad tanpa ragu ragu dengan jalan para rasul yang pasti membawa kemenangan.

Tuan puan, aku pernah cerita sebelum ini di mana ternakan kita mesti masuk master-servant relationship, baru ternakan kita tunduk kepada kita, baru dia akan perform untuk kita.

Dua kaedah yang digunakan untuk memastikan kambing kita tunduk kepada kita ialah gembala bertongkat yang pasti jadi low input husbandry, atau pemberian makanan (sistem intensif) yang selalunya jadi high input husbandry.

Dua dua kaedah akan mendatangkan hasil, akan ada output yang tinggi, tetapi aku akan pilih gembala bertongkat kerana ianya memastikan kita memiliki kebebasan (freedom) - menghilangkan kebergantungan kita terhadap orang lain (pembekal makanan, orang tengah, subsidi kerajaan contohnya).

Tuan puan aku pernah cerita juga, betapa banyak lagi potensi untuk penambaikan operasi pembiakan yang belum diteroka. Bagi sesiapa yang buat low input husbandry, memang wujud fleksibiliti tinggi dalam bereksperimen kerana mereka memiliki less cost pressure berbanding mereka yang mengamalkan high input husbandry.

Sekarang aku nak cerita eksperimen aku dengan Ozil. Aku pernah cerita pasal dia sebelum ini. Boleh rujuk post Lazy Fat Ozil.

Dulu aku pernah cuba biakkan boer. Darah boer pureblood. Bukan fullblood tapi dekatlah dengan status fullblood. Sipi sipi. Oleh kerana aku tak puas hati - they don't fit my low input husbandry requirement, separuh mati, yang lain habih semua aku jual melainkan seekor. Seekor. Yang asalnya aku reject bila baru sampai sebab ada hernia, tapi remarkably perform better than her boer group. Yeah, I keep just one. Dan dianya menjadi moyang kepada Ozil. Keturunannya adalah satu satunya boer bloodline pekat yang aku ada.

Now read this closely, very close, unforgivingly close.

Eksperimen aku dengan Ozil ialah mencairkan kepekatan darah boernya. Moyangnya si Oprah pekat betul darah boernya, tapi bila sampai si Ozil, dah makin cair. Susu pekat condensed milk jadi susu cair evaporated milk, lebih kurang macam itu lah perumpamaannya.

Orang lain sibuk F1, F2, F3, F4, makin pekatkan darah boer... aku terbalik pula F -1, F -2, F -3... makin cairkan darah boer.

Hasilnya ialah Ozil, yang beratnya 53kg ketika umurnya 7.7 bulan.

That is very close, real close, or on par with fullblood performance. Fullblood harga pejantan at least >$3000, ada yang cecah belas belas ribu, puluh puluh ribu pun ada - berat semua atas 90kg.

Aku punya? Cross, dah tentulah murah. Pejantan 60kg aje, mak dan nenek Ozil 50kg je.

Kesimpulan eksperimen mudah aku ialah makin cair darah boer makin baik prestasi dari segi saiz dan kenaikan berat. Ini memang mengundang banyak ketidakpercayaan daripada pakar pakar pembiakbakaan. They are going to disagree with me.

Well, aku rasa diorang akan menang. Argument aku sebenarnya lemah. Pasal eksperimen aku satu keturunan aje. Yep, I know for sure it is not convincing enough, and does not lend enough credibility. Lagi pun baru awal eksperimen.

Nevertheless observation aku memang menarik, kerana aku boleh mencapai fullblood performance hanya dengan menggunakan baka baka biasa. Yeah it is certainly eye opening, thought provoking and certainly challenging the establishment.

Ozil telah membuka sebuah tingkap ke masa hadapan.

Memperlihatkan potensi yang boleh dicapai dengan darah tempatan.

Menghakis dinding ketidakyakinan terhadap darah suci yang mengalir dalam tubuh kita sendiri.

Menguatkan keyakinan kepada mereka yang mengibarkan bendera darah tempatan.


Yakinlah dengan kehebatan darah yang mengalir dalam tubuh kita!

8 comments:

  1. Salam...
    aku pun skrg xsuka baka2 eksotik FB?why?FB xfit dengan sistem semi intensif.pejntan utama aku (dh mati) adalah dorper cross.Berat?Almost 90kg.Walaupun berat tapi dia fit,sebesar motor kris aku.yg penting dia boleh mengawan dgn induk st ines n bb.skrg ak msih mcari pejntan dorper cross yg tinggi n fit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Very difficult in finding quality bucks from a proper semi intensive system. Good luck hunting!

      Delete
  2. perjalanan saya jauh lagi. darah Boer akan dimasukkan dalam akhir sekali, fullblood atau purebreed, tapi sebagai terminal sire je. Untuk dapatkan maternal parent, saya akan buat rotational cross breeding antara kambing kampung dengan dairy. Prolific & daya tahan penyakit kambing kampung kena ada. Baru dapat cut cost rawatan. haa..

    ReplyDelete
  3. Aku post ini. Melawan arus. Sama seperti post-2 yg melawan arus yg lain. Sebab..

    Aku juga bersifat seperti engkau. :)

    "Kita melawan arus..tetapi sebenarnya ada satu sudut, kita sgt TAKSUB dgn satu pegangan KEBENARAN."

    Baca dan faham benar-2 maksud ayat di atas.

    Dalam kes aku skrg, aku cuma fokus kpd 10 ekor kambing cross. Percubaan utk masukkan baka kampung tidak berjaya kerana sumber yg relevan belum ada. Namun, dari segi pengurusan kambing-2 ini, memang aku guna sebijik cara ko. Selective deworming, gembala, tiada cucuk sana sini,kandang aku lagi setinggan tak secanggih ko...

    apa pun,

    keep it up.

    (sedang berusaha cari tanah, kumpul modal, ..demi mencapai cita utk menjadi pengembala kambing sepenuh masa).

    ReplyDelete
    Replies
    1. kandang setinggan tak dak masalah janji kambing perform

      TQ for your support!

      Delete
  4. salam prof..
    memandangkan post nie berkaitan darah..
    ada 1 persoalan yg hendak ditanya berkaitan dengan darah ni..

    prof selalu berkata perlunya darah tempatan dan saya bersetuju dengan itu..
    persoalannya..camner nak tulis ek??

    target saya adalah untuk pedaging..
    so..

    adakah saya perlu jantan yg besar macam boer atau boer cross untuk dikahwinkan dengan kambing kampung ataupun sebaliknya??

    kerana melalui pemerhatian saya..

    saya mempunyai 2 pejantan..
    1boer cross (si putih) (2yr+, 42kg),
    1 xtau la baka cross apa (bang tam) (2yr++, 45kg+)mungkin jugak kampung cross..

    si putih nie xmenunjukkan sifat dominan dan agresif berbanding dengan bang tam nie yang pantang jumpe betina..manjang je nak memanjat dan sangat2 agresif..

    walaubagaimanapun si putih pernah xbalik kandang pasal ikut betina orang (biasa berlaku bile saya xda di rumah dan orang lain hanya melepaskan kambing dan bukan menggembala)..

    anak yang terhasil dari kedua2 pejantan pun berbeza tahap kenaikan beratnya yang mana anak si putih lebih cepat naik berat badannya berbanding anak bang tam..

    mungkinkah saya perlu membela betina boer cross atau boer tempatan untuk keep crossing supaya tujuan saya tercapai??
    perlukah saya menyingkirkan salah seekor untuk memberikan kuasa dominan kepada mereka kerana induk saya baru ada 10 ekor disamping ada 4 pejantan muda yang baru nak gatal??

    minta penjelasan dan pencerahan dari yang berpengalaman..

    ReplyDelete