Monday, May 20, 2013

PONDOK TANJUNG : THE REVIEW


Beberapa hari yang sudah, aku pi projek boer nasional di pondok tanjung. Isal ngan don jenal yang sibuk dok ajak aku ni, oklah ni, lagipun memang dah lama dijemput project manager pondok tanjung beberapa bulan yang sudah. So rombongan kitorang ada isal, don jenal, dan beberapa rakan penternak lagi. Facebook gang. Muda muda semuanya. Aku yang paling tua aiii...

Yang melayan kedatangan kitorang hari tu ialah saudara Yusof Ishak, project manager pondok tanjung. Lepas ni aku panggil tuan Usop. Sempoi, very humble person, very hands on, memang ada background agriculture (aquaculture), dan berjiwa muda (dok guna Golf R - I love that hot hatch!).

Kalau tuan Usop guna Golf R turbo stratified injection rear wheel drive buat masuk ladang, aku pun ada jugak hot hatch aku - four wheel drive naturally aspirated Kubota L1500DT convertible - ekor belakang boleh convert dari plow jadi bucket hehehehe....

Orait,orait, let's get serious.

Post aku pasal pondok tanjung sebelum ini adalah berdasarkan cerita sebelah pihak - SBBC. Ada juga input dari jpv, penduduk setempat, suratkhabar, vets, dan penternak2 lain. Maknanya aku tak dapat complete picture berkenaan projek mega size ni.

Bila aku pi pondok tanjung, tengok sendiri, dan di'presentation'kan oleh tuan Usop - sekarang aku dapat gambaran sebenar. Aaaa... sekarang kita tau, mana satu cerita yang betul, mana satu yang palsu.

Ok, aku repeat sekejap background pondok tanjung. Banyak penternak kambing yang baru baru memang tak tahu benda ni. Ringkas aje lah. Mana lalu nak cerita panjang panjang.

Projek Boer Nasional ni adalah salah satu projek pertanian impak besar dalam Northern Corridor Economic Region : NCER (Perlis, Kedah, Penang, Perak). Badan yang menyelia ialah Northern Corridor Implementation Authority : NCIA.

Kaedah yang mahu digunakan ialah nukleus (jpv - betul betul sebelah pondok tanjung je)--- multipliers --- commercials. Samalah macam Mardi dok buat ni, ARB (nukleus) --- multipliers (250 ekor) --- commercials (50 ekor).

Now, tanah yang digunakan ialah tanah jpv 2000 ekar. Sebelum ni hutan dara. Dan sememangnya ia adalah kawasan berpaya - paya air tawar terbesar di semenanjung. Tanahnya lembik dan berbukit bukau - undulating terrain. Maknanya kalau nak harvest rumput besar besaran guna traktor, memang mencabar betul ni. Kejap kejap terbenam dan mudah traktor terbalik.

Sasaran NCIA ialah 10,000 ekor boer di pondok tanjung ni. Modal yang diperuntukkan ialah 50 juta. Yeah you heard that right. 50 juta weii... bukan 15 juta bukan 20 juta. Federally funded - direct from EPU. Dan SBBC dilantik oleh NCIA untuk menguruskan program pengganda ni. Ok dari 50 juta tu, SBBC diperuntukkan 29 juta manakala NCIA 21 juta. NCIA buat infra ladang, manakala SBBC kena buat kandang, beli kambing buat induk, dan jalankan skim pengganda.

50 juta tu bukan bagi sekali berdebuk, tapi berperingkat, dan belum lagilah diperabihkan. Tapi aku rasa dalam 30 juta telah dibelanjakan.

Bila projek juta juta ni almaklumlah orang orang politik ni mulalah gatal tangan, sibuk nak cubit sana cubit sini. Bila orang politik campurtangan, tuan puan boleh tahu ending dia macam mana - sebijik NFC 250 juta tu. Iye... ada isu kondo juga. Aku pun hairanlah, geng geng politik ni minat betul jadikan kondo sebagai investment. Memang betullah tu boleh bela lembu kambing dalam kondominium hehehe..

So SBBC sebenarnya tiada kepakaran membiakkan kambing. Nak beli kambing berkualiti pun tak lepas. Baik yang dibeli local birth (kelahiran tempatan) mahupun yang diimport. Boer local birth yang dibeli cuma 400 ekor, lagi 4000 import. Haaa pelik gak ni ye, aku rasa banyak aje boer kelahiran tempatan dalam malaysia ni.

Bila kita nak bela baka asing ni, elok sangatlah beli kelahiran tempatan. Kurang banyaklah risiko kematian besar besaran. Banyak sangat dah pengalaman kawan kawan kita ni yang demam terkejut bila cuba biakkan kambing import yang baru jejakkan kaki ke tanah malaysia ni.

Breeding failure rate memang abnormally high bagi kambing yang merentas zon cuaca. Transport stress je dah berderet deret mati, belum lagi usaha nak membiakkan. Takpalah mahal sikit pun boer kelahiran tempatan, dia dah 'ngam sikit' dengan cuaca kita ni, takdaklah pening sangat kita dibuatnya. (kalau ikut aku, bela aje local cross, lagi senang, terus perform; buat semi intensif untuk take advantage kawasan bukit bukau - no need for tractors then).

Itu satu. Bila masuk bab kematian kambing ni, aku rasa nak cerita pun ngeri. Betul betul macam nazi punya death camp masa perang dunia ke2. Atau pun pol pot kat cambodia. Masa episod kematian besar besaran ni (3000 ekor bawak masuk, 1800 mati dalam masa yang singkat) - kambing mati memang terbiar aje atas kandang bawah kandang. Terbiar. Ter...biar... Menakutkan sungguh la.

Bila dah jadi macam tu, bila nampak sangat incompetency SBBC, maka NCIA takeover by force. Sebab tu dok tengah legal wrangling ni. Contractual dispute. Masa NCIA take over, boer yang tinggal 1200 ekor. Terpaksa dipindahkan ke sebuah kandang di kedah kerana nak buat massive cleansing exercise di pondok tanjung.

Dah selesai pembersihan, kambing di kedah dipindahkan balik. Adalah 700 ekor. Pejantan 3 ekor. Pehh.. jadilah. So NCIA buat kandang baru di pondok tanjung untuk menempatkan yang baki ni. La ni tinggal 300 ibu, dan 300 anak. Maknanya 600 ekor lah.

Ok, tuan usop kita sebelum dia rescue pondok tanjung - director pertanian yang menyelia seluruh projek pertanian di bawah NCIA. La ni dia vice president NCIA. Elok elok cover semua projek sebelum ni, sekarang dia fokus satu aje - projek boer nasional pondok tanjung. Baguslah, pasal a lot is at stake here.

Tapikan, aku dapat bayangkan betapa peningnya berada dalam kasut tuan usop kita ni. Campurtangan politik dah tentu kena berhadapan, negative publicity lagi (very negative pula tu), restricted funding, legal wrangling, kambing punya hal lagi. And I know he spent, and still spending a lot of time trying to put out the fires, the long trail of fires created by SBBC. Serabut kepala dibuatnya.

Anyway aku respek tuan usop. Sungguh. Sebabnya dalam keadaan 'tangan dia terikat' - dia masih mampu melakukan transformasi terhadap usaha pembiakan boer di pondok tanjung. Buat masa ini, dengan 300 ibu boer dan 300 anak - I think he's doing ok. It's a normal breeding indicator for a boer operation. Bukan senang nak capai ni, aku tau dia kena tidur kat ladang tinggal anak bini, kena naik kandang malam malam tengok kambing.

Aku tau seteruk mana negative publicity which is surrounding pondok tanjung. Dan aku juga tahu betapa ramainya rakan pembiak yang sangat meragui kemampuan tuan usop kita dalam mengemudikan turnaround plan pondok tanjung.

Well give him some time. Sok nanti dah selesai dispute dengan SBBC, he will be much faster. Aku percaya dengan kemampuan dia. Yeah because I love underdog situation, where everything seems to be going against us, where everyone belittle us. And I think yusof ishak is the type who thrives on that kind of situation.

I see change, I see hope, I see light.

I see...

A new Pondok Tanjung.

*Keep up the good work, tuan usop. N thanks for being a loyal reader of my blog.

*Kepada geng pembiak muda yang ada sekali dalam rombongan, aku jemput hangpa semua jadi ahli persatuan pembiak kambing malaysia. Thanks everybody!










27 comments:

  1. Ada kemungkinan projek akan berjaya tak kalau ditukar dari boer kepada kampung/kampung cross?

    ReplyDelete
  2. the terrain are very suited for high performing local cross breeding program. Semi intensive system can easily solve problems posed by the terrain,



    ReplyDelete
  3. Mungkin mereka masih kurang yakin dengan darah tempatan/pribumi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah we have an uphill battle trying to convince those policymakers

      Delete
  4. Macam mana nak ambik balik kerugian kematian sehingga 1800 ekor, wallahhualam.Kita seekor mati pon sedih. Mudah2han en. usop berjaya dalam usahanya.
    kalau dilihat pada pembaziran yang dilakukan..... banyaknye...juta2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gomen (barisan nasional) biasanya write off, sama macam NFC aiii...

      turnaround plan pondok tanjung melibatkan banyak revenue stream, hopefully it will bear fruits in the future

      Delete
  5. Saya taktau sangat pasal pondok tanjung ni.tapi saya hairan, kalau SBBC tu tak kompeten dalam menternak kambing. Macam mana SBBC boleh dipilih nak pilot mega project mcm ni? Kalau orangg yak pandai bela kambing.bagi la 5-10 ekor dulu buay belajar.bukan bagi 3000 ekor kambing.

    There goes the taxpayers' money.

    ReplyDelete
    Replies
    1. political connection, sebijik macam NFC - macam mana ntah shahrizat n family boleh dilantik mengurus?

      Delete
    2. saya doakan agar tuan usop akan berjaya dengan turnaround plan beliau. semoga pondok tanjung berjaya demi memakmurkan lagi industri kambing di malaysia. saya juga berharap agak NCIA membenarkan darah pribumi untuk diserap ke dalam pondok tanjung.

      Delete
    3. yeah we really hope for local blood to be incorporated. insya allah it will likely bring success

      Delete
  6. kampung saya dekat dengan pondok tanjung. dulu lalu semak je, sekarang dah cerah. at least ada perubahan. tengok tulang bersepah tu cukup menyayat hati. kambing saya mati baru berapa ekor pun dah rasa nak terduduk, ni plak mati punya banyak, dibiarkan bawah kandang, dibiar mereput. memang akan berterusan mati la kalo macam tu.

    rasa kecik je bila otai jumpa otai. hahaha. susah kalo nak buat semi intensif secara mengejut. kena bawak masuk kambing yang biasa semi, dan lepas sikit2 kambing yang tak pernah turun ke tanah. tuan usop pernah try semi, sekejap, sebab mesin breakdown, tapi kambing dia mengalami keguguran. culture shock kot, seronok sangat berlari.

    apa pun, harap tuan usop dapat teruskan usaha membaik pulih pondok tanjung. kami yang dah p ni tau la. yang tak pernah p tu, don't judge the books by its cover too much.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baka zon panas kering macam boer payah nak jumpa parasit tapeworm n fluke. So they are not genetically resistant. Pondok tanjung berpaya - baaanyaakk tapeworm n flukes. Kalau boleh handle infestation dua parasit tu, takde masalah nak buat boer semi intensif.

      Delete
    2. kasi pinjam pejantan alwi goat farm la.. bagi power.. hehehe

      Delete
  7. Pondok Tanjung adalah scebis kisah kgagalan projek pntrnkan skal a MEGA dr plbgai kisah lain cth:Kaprima,NFC,ECERDC Telaga Papan,dll.Tp yg pnting Post-mortem utk dikaji punca/faktor kegagalan trsebut,untuk djadikn rujukan projek akn datang.Tapi mslhnya den tgok bnda yg sama diulang balik,mcm mana nak berjaya..

    Den harap Tuan Usop dpt mncari seorang konsultan utk bhgian kambing,ciri2 mstilah pembiak kmbing yg brjya,skla trnakan besar dan berpnglmn mntrnak at least 5tahun.Senang citer dptkn nsihat n idea alwi utk projek ni.InsyaAllah mgkin ada hrapan utk dslamatkan.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua projek mega kambing yang jenis 'instant' akan menemui kegagalan. Bukan di Malaysia sahaja tapi di seluruh dunia.

      kena expand gradually.

      kena mahir jadi pembiak dulu.

      Delete
  8. sy bdak muda yg dtg ari 2...insyallah sy akan daftar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Thanks for your support!

      Delete
    2. bro alwi nnt bleh x tnjukkan kat dalam blog cara nk cucuk kambing dengan baik...klau bleh tnjuk gambar skali...tq

      Delete
  9. TUAN ALWI MCM MANA NAK MASUK AHLI, SAYA DI SABAH NI.

    ReplyDelete
  10. saya rasa tuan punya blog ini patut mendengar cerita daripada pihak sbbc jugak. Ladang ini disekarang dimajukan oleh oblong burger......ladang jagung juga dimajukan oleh oblong burger.. tolong semak apa connection antara oblong burger dengan saudara yusoff..

    ReplyDelete
  11. Salam semua pembaca2 blok ini. Sy rasa apa yg ditulis oleh penulis ini setelah diceritakan oleh usop, 95% adalah tipu. Cakap dgn usop, jgn cuba nak tipu manusia2 yg tak tahu apa2. Jgn sampai sy cabar usop utk berdepan dgn kenyataan. Kepada Tn punya blok ini, usop tu menceritakan yg terbalik. Jpv pun tahu kelentong usop tu. Dlm meting pun dia cuba kelentong tapi Allah swt maha berkuasa & maha mengetahui. Cakap dgn usop tu, jgn cuba menipu lagi nanti dibalas Allag swt dgn balasan yg seadilnya. Sbbc memang terainaya.

    ReplyDelete
  12. Salam, betul ke aku dengar owner Oblong burger itu isteri yusof? Jika benar apa yang aku dengar nampaknya pondok tanjung dh jadi sarang kroni..

    ReplyDelete
  13. Nampak gaye projek lembing kat Malaysia kena pi mahkamah le, ate bior bebenor kome. Dari dulu teman dah cakap bela kerbau je.

    ReplyDelete
  14. Pondok tanjung tu sesuai bebenor bela kerbau tanah paya.

    ReplyDelete
  15. Kami orang kampung sini dah nasihat kat DR hewan bagi buat projek kerbau besar-besaran kat pondok tanjung tapi nak buat kambing. Dah kutai kami duk mohon projek kerbau tak di ikut nasihat orang tempatan.

    ReplyDelete
  16. Salam tuan, boleh sy dptkn no tlfon ladang pondok tanjung..sy pljr fakulti perubatan veterinar upm..bercadang untk buat praktikal di sini..

    ReplyDelete