Wednesday, May 15, 2013

GOVERNMENT FARM VS COMMERCIAL FARM


Sebelum aku masuk cerita sebenarnya, aku nak sentuh pasal suatu post sebelum ini.

Dalam post "WE ARE BEING WATCHED", aku ada tulis pasal agensi agensi yang sedang memantau aktiviti kita. Tak lama lepas aku publish post tu (rasanya tak sampai seminggu), memang diorang datang buat site visit ke ladang. State dan federal level. That is quick. Cepat dan cekap betul. Terkejut aku dengan keefisyienan diorang ni. Mungkin kebetulan, mungkin juga tidak.

Tapi ini membuatkan aku terfikir, blog dan media sosial boleh dijadikan landasan sesuai untuk menyuarakan permasalahan penternak. Ok, probably not sebab aktiviti berpersatuan lebih baik dan berkesan dalam menjana perubahan. Cumanya blog dan media sosial yang lain boleh membantu kita menguatkan suara kita dan mempercepatkan kemasukan jemaah baru. Recruiting is made easier. Yeah its a really useful influence gathering tool for any body hoping to enact changes.

Ok, masuk pula cerita untuk post kali ini : Ladang Gomen VS Ladang Komersial.

Aku tak akan sentuh pelbagai aspek perbezaan. Satu je aku nak cerita. Orait. Ada satu ladang gomen ni. Dah lama wujud. Luas. Cantik, indah lagi mendamaikan. Fasiliti mengkagumkan. Kalau kambing sakit sakit, tak risau pasal banyak vet kat situ. Marketing pun takdak masalah pasal dah lama wujud dan tersohor seantero malaysia. Berbaris baris penternak menunggu nak beli baka dari ladang gomen ni.

Kambing yang dibela ada dua jenis, menjurus kepada pembiakan. Boer ada, saanen ada. Maknanya revenue ada dua stream - daging dan susu.

Now, get this - ladang gomen ni untuk tahun sudah ada 200 ibu kambing (boer + saanen). Jualan tahun sudah nilainya $70,000.

Ladang aku pula untuk tahun sudah ada 100 ibu kambing. Jualan hampir $100,000. Dan ini adalah jualan majoriti pedaging (harga biasa biasa). Tak campur jualan susu kambing.

100 induk vs 200 induk - and yet this 100 only breeders can significantly outperform the 200 breeders in generating revenues.

Resources aku langsung tak mampu menandingi resources ladang gomen ni. Tapi bila sampai bab kecekapan, aku percaya ladang komersial macam ladang kita adalah lebih cekap daripada ladang gomen.

Tuan puan pembiak kambing, aku dah banyak kali tekankan dari awal blog aku lagi, betapa kritikalnya kadar kelahiran sebagai petunjuk primer kejayaan sesebuah operasi pembiakan pedaging. Kidding rate is absolutely critical - takdak kompromi atau toleransi. Saiz dan kadar kenaikan berat badan sepatutnya jatuh nombor dua.

Bila aku jejak aje kaki kat ladang gomen ni, aku terus scan cari mana anak anak kambing. Berbeza dengan kebanyakan penternak baru yang sibuk bertanyakan berat pejantan dan betina yang ada dalam kandang, dan terpana dengan saiz kambing. Sebabnya aku tahu, sebagai seorang pembiak, kehadiran anak kambing DAN nisbah anak kambing kepada ibu kambing dalam ladang adalah petunjuk kepada setinggi mana kecekapan pembiakan.

Dan bilamana aku melihat situasi anak kambing dan nisbahnya kepada ibu di ladang gomen ini, aku tahu kenapa revenue mereka rendah. Bilangan anak kambing yang dihasilkan terlalu sedikit, tidak padan dengan jumlah ibu kambing yang ada. Bila anak sikit, jualan pun sikitlah. Kita sebagai pembiak bergantung kepada jualan anak kambing sebagai punca utama pendapatan.

Tuan puan pembiak kambing, setiap tahun aku akan jumpa penternak baru yang keras kepala, yang bermati matian percaya saiz dan kenaikan berat badan adalah faktor utama kejayaan operasi pembiakan. Banyak sumber atau punca nasihat geng sebegini adalah dari pihak importer. Aku penat berperang ideologi ngan diorang ni, last last tengok aje lah. Biasanya tahun kedua dan tahun ketiga kita nampaklah geng geng ni menggelabah. Kelam kabut bila hasil tak nampak nampak.

Satu lagi ye, pakar ekonomi ternakan ruminan pun ada masalah 'ideologi' ni. Sebenarnya banyak orang jpv sendiri susah nak percaya bila aku cerita aku dah lapan tahun buat pembiakan 100 peratus tanpa trading atau importing. Boleh ke survive? Ada profit ke?

Well, sepertimana yang aku ceritakan, bila kita jadikan kadar kelahiran sebagai KPI, most likely kita akan berjaya. Jangan berpaksikan saiz dan kenaikan berat badan sepertimana yang dah terpahat dalam pemikiran sekian banyak orang jpv, importer, dan penternak baru.

Tuan puan, aku berharap contoh di atas yang merupakan salah satu dari sekian banyak contoh yang dah aku ceritakan dalam blog ini dapat dijadikan panduan kita semua.

Mana satu kita nak pilih? 200 ekor ibu kambing dengan revenue $70,000 setahun (more work, less profit) ATAU 100 ekor ibu kambing dengan revenue $100,000 setahun (less work, more profit)?

Which one?

*Sebenarnya revenue aku patut $110,000 ke $120,000 untuk tahun sudah, tapi aku ni management tunggang langgang, tak cukup cekap. Kalau aku cabinet minister, dah lama kena pecat ni, tak dapat capai target KPI kihkih..

*Dan kalau aku implement Standard Operating Procedure tahap BoDen, aku yakin KPI seterusnya profitability ladang aku akan terus melonjak walaupun cuma 100 induk, insya allah. Err.. tapi tulah, banyak betul kerja kena buat, hmmm...

*Revenue ladang aku tahun sudah yang aku cerita di atas hanyalah jualan kambing hidup. Pure livestock sales. Tak masuk side income yang lain. Kalau tuan puan buat khidmat sembelih, lapah,masak;jual dedak, ubat dan suplemen;baja kompos;susu;atau apa apa sajelah – dah tentu lebih tinggi.

19 comments:

  1. Askum wt. Hey..i will be the first again to comment!!

    :) fanatik dgn Alwi!

    Ko baru sedar ke media massa yg menyebabkan ramai YB tumbang pru lepas?

    Yup..it is a good tools to share, to give our opinion and it can be access to everybody in the world..with out any pay / without Gov birokrasi etc..

    Keep it up!

    The truth will will a the end of the day!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku memang slow banyak lah bab bab social media ni. Facebook pun x lepas lepas lagi nak faham.

      Delete
  2. 1'll be the 2nd commentator here..:-)

    revenue den tahun lpas xsmpai 3k.hehe.jauh lg prjlanan nk cecah 6angka ni.byk lg kna blajar dgn prof.alwi ni..btw jomler g Pondok Tanjung Sabtu ni..mkn jagung bakar weh.sedap tu.haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for the invitation.

      ko ni kira cepat perkembangan projek. aku tahun kedua mana cecah 100 ekor lagi.

      Delete
  3. it's good to see you back in action sifu alwi!!!

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum en. Alwi,
    Saya baru mencebur diri dalam penternakan kambing kampung kacuk boer. Ubat ape yang berkesan untuk sakit kulit (kurap) dan kecacingan. Sebab kambing saya kuat makan tapi nampak tulang tongkengnye. Ada jenis tumbuhan yang kambing tidak boleh makan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nak kongsi pengalaman pasal penyakit kuit kurap.

      Biasa kurap ada 2 jenis yang jenis julat dan yang ada mites dipanggil mange.2 jenis kurap saya rawat dengan 2 jenis ubat berbeza.kalau yang jenis kulat saya pakai ubat yg ada malathion 1%. 2 kali letak sembuh. Kalau yg mange.saya pakai yg ada permethrin.yg ni lagi power.sekali letak terus sembuh.biasa syampu kutu utk manusia ada malathion.dan ubat yg ada permethrin ni utk kudis scabbies.kat farmasi ada jual.cuma kena tengok active ingredient kat packaging dia.


      Harap tak kena marah dengan saudara alwi sebab soalan tu ditujukan kepada dia.

      Delete
    2. terima kasih atas perkongsian ilmu. Budi baik en. hanya DIA yg dapat balas.

      Delete
    3. Terima kasih el cabras hambrientos bantu jawab hehe

      Delete
    4. saya guna malathion 57% 30ml tambah air 60 70 liter (dalam tangki hitam), lepas tu celup kambing. baru sempat buat sekali. haha. 1 lagi yang boleh guna, amitraz.

      Delete
    5. Saudara don..kat mana nak cari malathion 57%.nak mandikan kambing saya jugak la mcm ni.

      Delete
    6. saya cari di kedai hardware, racun serangga tu.

      Delete
  5. Salam.. Well done Sdr. Alwi... lagi banyak yang di tulis/blog, lagi ramai yang baca, lagi ramai yg buka mata.. and eventually lagi meningkatlah your revenue. InsyaAllah..
    Ni yg buat saya tak sabar nak tambah induk kambing nih, tapi banyak pulak lah kekangannya..isk..isk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tambah kambing yaaa!!

      ada banyak lagi kawasan saya nampak masa datang itu hari.

      Delete
  6. Good to see you up and running. A question, if I may: how well do these local breeds perform as milking goats? A gallon a day? 2 gallons? Thank you in advance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. usually 500 - 750ml per day which is just enough for the kids.

      BUT,

      with proper nutrition production can be boosted unbelievably to 2000-4000ml per day. I have seen how it can be done.



      Delete
  7. Salam.sy nk bljar nk dptkn 100k sthun.

    ReplyDelete