Wednesday, May 22, 2013

BILA PINTAF JADI ONLINE


Bagi pembiak kambing yang baru baru, ada dua skim bantuan kambing yang tuan puan boleh apply kepada jpv. Yang pertama ialah skim PINTAF di mana dananya adalah dari kerajaan negeri. Yang kedua ialah skim TRUST di mana dananya adalah dari kerajaan persekutuan - buat masa ini skim TRUST sedang digantung kerana ketiadaan dana - puncanya aku tak boleh cerita publicly kat sini. Privately boleh la.

Ok. Skim PINTAF dan TRUST adalah berkaedahkan pawah di mana kita akan bayar balik dengan anak kambing berumur 6 bulan ataupun cash money. PINTAF biasa kita dapat 10 kambing betina + 1 pejantan manakala TRUST kita dapat 20-25 betina + 1 pejantan.

Dua dua skim kita boleh mohon, dan kita boleh dapat serentak. Cumanya jangan lupa TRUST sedang on hold bermula 2012.

Sekarang aku cerita PINTAF kat perak. Negeri lain aku tak pasti tapi lebih kuranglah kot. Kerajaan negeri perak peruntukkan 1 juta untuk skim PINTAF ni. So lebih kurang 1000 ekor kambing dibekalkan kepada penternak perak. Ada 10 daerah, dan setiap daerah hanya diperuntukkan 10 penternak. Makanya allocation terhad tapi permohonan terlalu banyak.

Jpv keluarkan syarat kepada pembekal kambing seperti dibawah. Tuan puan teliti dengan cermat cermat betul betul .

Betina boer kacukan F3 F4 pada harga $970. Berat 25kg-35kg dan umur pada 12-18 bulan.

Pejantan boer kacukan pada harga $1700. Berat mesti lebih 35kg pada umur 18 bulan.

Jpv akan beli kambing 1000 ekor untuk diagihkan kepada penternak seluruh perak pada harga sebegini. Cuma kambing betina kita perlu bayar balik samada dengan anak atau tunai. Kambing pejantan kita TAK perlu bayar.

Dah teliti betul? Orait. Jangan lupa ye. Makanya kalau tuan puan terima kambing tidak menurut spesifikasi ini, tuan puan boleh tolak. Aku tak akan cerita isu isu panas sensasi luarbiasa yang menyelubungi skim ini. No no no, kerana fokus aku kali ini adalah penambahbaikannya ye..

Bermula 2013, skim PINTAF jadi online. Dulu dulu manual. Tahun ini adalah tahun pertama online. Semua permohonan akan dibuat secara online pada bulan januari. Keputusan sapa dapat sapa tak dapat, masing masing boleh semak sendiri pada bulan jun.

Bila online ni, senang banyak kepada pentadbir kerana ada database dan mudah mengesan pola permohonan yang agak aneh. Tak cukup syarat atau terlebih syarat, atau permohonan bertindih. Contohnya jpv mudah dapat kesan 8 permohonan pada alamat yang sama tapi menggunakan nama berbeza. Penternak ni suruh semua suku sakat sedara mara tok nenek dia apply sekaligus. Mungkin nak meninggikan kemungkinan lulus permohonan. Pehh.. ada juga orang macam ni.

And then, kaedah penilaian kelayakan penternak berbeza dengan kaedah sebelum ini. Dulu penternak daerah A akan dinilai oleh pegawai daerah A juga. Sekarang penternak daerah A akan dikunjungi dan dinilai pegawai jpv daerah C. Aaaa... baguslah ni, kuranglah kemungkinan nepotisme kronisme favoritisme.

Baik baik, ada dua benda yang aku sangat suka bila jpv buat macam ni, jadikan PINTAF online. Yang pertama menambah kecekapan. Yang kedua proses menjadi semakin telus, semakin transparent.

Tahniah aku ucapkan kepada jpv kerana mula mengambil langkah ini. Aku excited dengan perubahan ini kerana semakin cerah peluang bantuan sampai kepada tangan yang sepatutnya.

Dalam masa yang sama, aku sangat berharap jpv dapat mengetatkan seketat ketatnya pawaian kualiti kambing yang dibekalkan. Dapatkan kambing kelahiran tempatan, takpelah boer pun. Lebih baik beli daripada golongan pembiak - dah tentu kambing membiak, bukannya importer yang selalunya hentam keromo bawak masuk kambing slaughter protocol. Haa kalau buat macam ni, pasti dapat meninggikan kemungkinan kejayaan program pembiakan - which is the primary objective of PINTAF.

Ok, probably apa yang aku tulis ni fall on deaf ears - atau lebih tepat turn to blind eye, tapi takpe, aku nak ucapkan syabas kepada jpv kerana menjadikan PINTAF online. Semoga jpv menjadi semakin telus, semakin cekap, dan semakin disegani.

Syabas JPV! 

9 comments:

  1. Salam tuan.

    Skim pintaf dan trust ni niatnya baik.tapi execution hancus.yg selalu dpt org yg politically connected.

    Saya pernah terlibat dgn trust lembu.hantar pegi area utara.sesampai depan rumah ada pejero dan mercedes.kandang lembu takde.last2 dia jual lembu kpd driver lori yg hantar.lembu tak sempat turun dr lori pun.terus pusing balik negeri asal.penerima report lembu mati.end of story.a sad story.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Selalu jadi macam tu kan. Takde kandang tapi boleh dapat lembu kambing. Harapnya lepas penambahbaikan, ada perubahan ketara pada skim pawah mewawah ni.

      Delete
    2. We need better documentation or recording. This can really help in addressing controversial issues surrounding these schemes.

      Delete
    3. Bnyk kes pnyelewengan.nk raya,xde duit,jusl kmbing pintaf.siap bleh kauteam dgn jpv lg.declare kmbg mati.org yg brharap kt pintaf xdpt,kroni n established name yg dpt dlu.klo nk dicrite,mmg buat sakit hati je.

      Delete
    4. hahaha.. sebenarnya memang panas betul skim pawah ni. Berderet deret panjang ceritanya.

      harapnya ada perubahan sedikit demi sedikit bermula dengan online ni.

      jadilah. Dari langsung tak berubah.

      Delete
    5. Harap2 mcmtu la.smoga jpv bri bantuan seadil2 nya pasni

      Delete
  2. Pintaf and trust bagus tapi orang yang terbabit dalam hal ini tak guna langsung..tipu kuat...Kerajaan dah keluarkan bajet tapi dorang yang sebat macam kat Perak dulu........alih2yang di tuduh kerajaan tipu padahal orang2 yang di percayai itulah yang songlap.....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...sy nak mohon macam mana ya...sy ada lagi tapak kadang lembu...ayah sy..macam mn nk mohon ya..sy org teluk intan perak...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...sy nak mohon macam mana ya...sy ada lagi tapak kadang lembu...ayah sy..macam mn nk mohon ya..sy org teluk intan perak...

    ReplyDelete