Sunday, February 24, 2013

THE TROUBLE OF PROCESSED VITAMINS


Kita rasa selamat dan sihat apabila kita menelan suplemen vitamin setiap hari. Kita juga rasa yakin bilamana dedak kambing yang kita beli, atau garam jilat, atau rumusan makanan kambing kita ditambah vitamin sintetik dalam dos yang tinggi. Kita semua sanggup keluarkan belanja yang lebih tinggi untuk rasa selamat membeli 'tambah nilai', baik untuk makanan kita sendiri atau pun makanan ternakan.

Kita disarankan mengambil vitamin secara jangka panjang untuk sifat antioksidannya yang boleh memanjangkan umur dan meningkatkan prestasi kesihatan. Tak kisahlah samada vitamin sintetik atau vitamin yang sumbernya organik (macam minyak hati ikan). Itu kita katakan vitamin diproses.

Kita tertipu.

Tertimbus dalam kepalsuan yang direka reka syarikat farma, syarikat jualan langsung (cosway, amway, zhulian, shaklee blah blah blah...), dan entah apa entiti bisnes lagi. Semuanya bergabung dan dengan licik memperdaya secara halus demi mengaut keuntungan lumayan.

Masing masing mengisytihar rumusannya terbaik, mengandungi segala spektrum vitamin dalam bentuk organik yang mudah diserap badan. Kononnya formulasi mereka lebih baik daripada makanan segar yang diciptakan Tuhan. Mereka isytihar produk mereka lebih pekat, lebih mantap, lebih high performing daripada sayur mayur, ayam, ikan, kerang, udang, daging, susu, bijiran, dan apa apa yang dicipta Tuhan.

Berani mereka katakan mereka lebih pandai dari Tuhan!

Karut sekarut karutnya.

Sebagai contoh, para penyelidik dari Institut Karolinska di Sweden telah menjalankan kajian ke atas 31,000 sukarelawan berumur 45 ke 79 tahun. Semua sukarelawan ini diberi pelbagai jenis vitamin pada pelbagai tahap dos. Kajian dibuat jangka panjang.

Salah satu penemuan mengejutkan (salah satu ye, dan ada banyak lagi) ialah didapati mereka yang kerap mengambil suplemen vitmin C, atau vitamin E, atau kedua duanya sekali - lebih mudah mendapat katarak (penyakit mata yang membolehkan kebutaan).

Tu diaaa.. kita dok ingat hari hari telan vitamin mahal mahal, susah nak dapat sakit. Rupanya meningkatkan risiko penyakit. Berapa banyak antara kita yang dah kena tipu?

Para penyelidik itu juga mendapati mereka yang berumur 65 tahun ke atas lebih berisiko sekali ganda mendapat katarak apabila mengambil suplemen tersebut setiap hari. Dan yang anehnya, mereka yang tidak mengambil suplemen, tapi cuma makan makanan segar didapati tiada risiko katarak.

Haa... makanan segar yang Tuhan jadikan untuk kita sememangnya dah seimbang, bukan setakat nisbah vitamin aje, tapi ntah segala macam chemical yang kita sendiri pun tak tahu. Terbukti memelihara kesihatan dan membiakkan umat manusia semenjak Nabi Adam.

Kita pula dok memandai kata vitamin ciptaan kita yang mencecah juta juta IU lebih baik dari yang diciptakan Tuhan. Bengong sungguh. Orang dulu dulu tak dak pun pil pil vitamin ni, tak yah keluar duit pun nak sihat. Apasal kita sekarang dihujani iklan iklan yang mengatakan kalau nak sihat, kena beli suplemen itu ini, kena beli alat senaman gini gitu, kena keluarkan duit banyak banyak baru boleh sihat?

Kesihatan boleh dibeli ke? Kesihatan hanya untuk orang berduit sahaja ke?

Kalau tengok cara hidup Rasul, kita akan tahu sepasti pastinya bahawa kesihatan tidak boleh dibeli. Kesihatan diperoleh dengan disiplin, dan makan makanan sesegar mungkin.

Ok. Balik kepada cerita keburukan vitamin diproses. Untuk kambing pula.

Aku tiada suplemen vitamin untuk kambing aku. Dan aku tidak menggunakan garam jilat bervitamin. Aku juga tidak menambah tepung vitamin ke dalam dedak kambing aku.

Aku cuma ada Hematofos. Dan ianya digunakan very sparingly. Hanya ketika kambing sakit, nampak betul betul anemik tak larat. Aku cuma gunakan untuk jangka pendek. Takde program pemberian vitamin berjadual atau jangka panjang.

Tak perlu sebenarnya. Sebab foraj segar dan mikrob dalam perut kambing dah cukup menghasilkan vitamin. Melainkan ketika kambing sakit. Masa ni baru kita guna vitamin. Dos tinggi pun takpe. Barulah kena pada tempatnya.

Atau pun mereka yang bela kambing susu. Dok perah hari hari. Macam tu takpelah guna vitamin dos tinggi. Sapa sapa yang bela kambing pedaging jenis semi intensif tak yah langsung suplemen vitamin ni. Mengarut sungguh la. Tapi cara intensif mungkin berbaloilah. Pasal kambing tak cukup cahaya matahari, foraj segar pun terhad.

Apa apa pun, makanan rumusan Tuhan adalah yang terbaik dalam dunia baik bagi manusia mahu pun binatang ternakan. Rumusan manusia semuanya downgrade kualiti dan bersifat jangka pendek. Jangan sekali kali kita berani isytihar rumusan ciptaan kita adalah yang terbaik dalam dunia walau nampak seimbang, hebat serba serbi, kerana banyak lagi yang kita belum tahu.

Ilmu kita tak akan setanding dengan ilmu Tuhan.

Salam. 

7 comments:

  1. Salam prof alwi,
    Prof ni mcm tau2 je apa yg tengah sy pkirkn.sblm ni sy ada pkai tepung multivitamin.cmpur kt rmput napier.skrg ni vitamin tu dh abis,cdg nk bli lg.tapi mggu lepas sy ada trbaca artikel psl vitamin ni.dia ckp -kmbing yg lepas bebas mragut xperlukan vitamin tmbahan kerana msa meragut tu,kmbing akn pilih rumput yang dia perlukn aje (rumput mmpunyai vitamin trsendiri). So dgn pnerangan prof,muktamad sy kluarkn multivitamin dr diet kmbg sya.
    Sy ada stu soalan,kalo kambing stress apa yg kita perlu buat?msa kursus jpv dia kta bg tepung multivitamin ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. stress tak teruk - blood supplement

      stress akut - hormon..... adrenalin kot(aku dah lupa)

      aku tak pernah guna ubat stress. kambing bukan keluar masuk (takdak trading).

      blood derived B complex lebih berkesan dari synthetic B complex

      Delete
  2. itik si bapak si kung fu panda pernah berkata - kata pada panda tu..

    " the secret is,
    the secret is..
    the secret is NO SECRET!!"

    apa kaitannya dgn kekal sihat?

    tak ada apa-2 rahsia, melainkan jalan di depan mata.

    Alwi dah guide kita semua Tuan-2 Penternak sekalian.. guide kita dan tunjukkan jalan yg sepatutnya kita pilih.

    Kenapa, mengapa dan apa besar sgt EGO yg Tuan-2 Penternak semua mahu menegak benang yang basah???!!!

    (*semangat election 2013. Pilih yg beriman!, jgn pilih psy gangnam style kepala hotak hang)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Are you ready for Psy? Nooo!!!

      Are you ready for BN? Nooooooooo!!!

      Are you ready for kepimpinan ulama? Yessssssss!!!

      Delete
  3. Alwi,

    tu sawit sapa tu? belum mature lagi ko dah bantai dgn kambing ko. Tak ke kambing tu makan anak pokok sawit tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak makan sawit muda tu, dia makan keliling je. Kalau ada yang cuba cuba dekat, aku sergah haha

      Delete
    2. memang patuh tahap master servant kambing serta keturunan kambing-2 ko.

      mmm...manusia ni pun kena digembala supaya terlatih.

      Good job!

      Delete