Monday, February 25, 2013

SIKIT LAGI USAIN !!!


dan Super Goat...

Usain Bolt adalah manusia terpantas dunia buat masa ini. Rekod 100m dalam 9.58 saat (top speed 45km/j) membuatkan dia tergolong antara manusia yang elit fizikalnya. Superhuman.

A near perfect sprinter, but not yet a perfect sprinter

Tapi berdasarkan kajian kajian oleh Human Performance Unit dari beberapa universiti Barat, secara teorinya, otot badan kita mampu memecut kepada 65km/j. Err.. teori lah, sebabnya banyak kekangan perlu diambilkira. Contohnya bagi kebanyakan manusia, pecutan paling laju boleh dibuat ialah 43km/j. Sebabnya atas 43km/j, tendon quadriceps akan terkoyak dari lutut.

Selain itu, berdasarkan kajian Alun Williams dari Manchester Metropolitan University yang diterbitkan dalam Journal of Physiology, beliau mengatakan ada 23 gen yang mempengaruhi potensi fizikal atlit pecut. Contohnya gen yang mengawal oxygen intake, muscle endurance, muscle contraction, dan lain lain.

Didapati Usain Bolt ada 21 gen atlit pecut.

Sikit lagi nak dapatkan 23.

Kalau ada semua 23 gen ini, maka Usain Bolt mampu benar benar menjadi jaguh pecut terhebat dalam sejarah manusia. A true blue absolute sprinter.

Kebarangkalian satu individu untuk muncul dengan semua 23 gen dianggarkan 1 dalam 1212 trillion. Omakkk kauu.... jenuh nak menunggu macam ni. Memang kena buat genetic engineering, baru menurun kebarangkalian, baru mudah muncul super atlit.

Dan aku terfikir bagaimana situasinya dengan kambing. Ada tak kajian genetik yang telah merungkai apa dan berapa banyak gen yang mempengaruhi potensi kambing pedaging? Dari segi kecekapan penukaran makanan, kecenderungan fat distribution dan sebagainya?

Kalau berdasarkan pemerhatian mata kasar para pembiak memanglah ada banyak kajian, pasal kita pembiak banyak buat fieldwork dan eksperimen. Cross sana cross sini, cuba macam macam teknik. Tapi kajian genetik ini menerobos masuk ke dalam, sains di sebalik semua itu. Rasanya belum ada kan?

Maybe in progress. Sebab ilmu genetik ni dikira baru. Genome sequencing pun tak banyak buat, baru berapa ekor kambing yang dah dibaca kandungan genetiknya kan? hmmm... kalau lebih banyak usaha kita curahkan untuk ilmu genetik, pasti kita dapat kenalpasti apa dan berapa banyak gen yang mengawal potensi kambing pedaging.

Ini bakal merevolusi dunia penternakan. Memudahkan kita memilih benar benar sifat pedaging terbaik. Lebih tepat daripada penggunaan darah keturunan, tak yah dah sibuk sibuk fullblood certificate. Sangat menjimatkan masa kita. Sekarang ni banyak sangat guessing game, dok teka teka berdasarkan mata kasar. Jadi boleh berlaku banyak kesilapan dalam meneka neka.

Senang cerita, bagi aku, ilmu genetik ni memudahkan kebarangkalian muncul super meat goat. Kalau dulu 1 dalam 1 billion, maka ilmu genetik ni memungkinkan 1 dalam 100 juta. Haaa kan baik punya cerita.

Dulu kita menunggu setiap 100 tahun muncul seekor kambing luar biasa. Kali ni kita boleh pendekkan masa menunggu. Mungkin 25 tahun sekali, muncul seekor kambing luar biasa. Mungkin juga dua tiga ekor sekali muncul.

Super Goat.

How exciting...

6 comments:

  1. Alwi..aku ada pandangan berbeza..

    Masih ko ingat kat kategori prestasi kambing 20% : 30%, 30% dsb yg ko post sebelum ini.

    Prestasi cemerlang dan lemah adalah mewakili 10% atau ketegori minoriti kan?

    Sama juga manusia..ada miskin kaya dsb. Dalam 'kelemahan' *pada pandangan kita, sebenarnya Allah buat itu kesempurnaan.

    .....

    perkataan terbaik, terkuat, terhebat.. sering diimpikan oleh kita hamba Tuhan.

    sedangkan kita sendiri tidak tahu difinisi sebenar perkataan itu.

    ..*aku lebih suka mijoriti dari pada terlalu lemah dan terlalu kuat..sebab itu mewakili minoriti.

    ..20:80

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10% elit, 70% median, 20% weak.

      bagi tempoh tertentu, akan muncul super elit. ianya suatu anomaly.

      Delete
    2. Susah nk dpt ktegori elit tu.rmai kwn2 pntrnak duk tnya prof ada lg ka pejantan baka utk djual.msing2 trtarik dgn Van Persie den.hehe..hari ni ada sorg pntrnak dtg nk beli kmbg jntan putih yg prof jual kt den itu hari.den ckp itu utk smbelih bolehlaa xssuai bt baka.tp dia nk jgak bt baka.amiklaa hrga ttp hrga smbelih..hehe

      Delete
    3. ooo yang putih tu?

      Dah besarlah dia tu, aku ingat ko semelih buat lauk. Tapi dia pun ok juga, tak silap aku sama keturunan dengan pejantan aku sekarang. Kalau tak silaplah.

      Delete
  2. ikut pengalaman prof...banyak2 jenis kambing yang prof pernah kacuk dengan kacang..jenis kambing yang mana paling sesuai dikacuk dengan kacang?

    ReplyDelete
  3. nubian cross ok. boer cross pun ok.

    boleh try macam macam baka untuk pejantan. tapi tak perlu guna fullblood.

    ReplyDelete