Sunday, February 24, 2013

JAM BADAN : PENGHAPUS LEMAK...dan PENGGANDA LEMAK


Post kali ni mungkin berguna kepada mereka yang membuat penggemukan, atau pun mereka yang obses dengan kenaikan berat badan kambing.

Profesor Carl Johnson dari University Vanderbilt, Nashville melaporkan dalam jurnal Cell bahawasanya jam badan (body clock/biological clock) mengawal metabolisme badan. Si profesor ni mengkaji hubungan insulin dengan jam badan. Insulin ni kan mengawal penukaran gula yang kita makan kepada tenaga yang boleh diguna badan.

Didapati insulin tidak dikeluarkan secara tetap sepanjang masa tetapi menurut jam badan. Apabila jam badan mengisyaratkan waktu siang dah sampai puncak (tengah hari), maka metabolisme badan pun memuncak, pengeluaran insulin juga memuncak.

Waktu tengah hari inilah segalanya menjadi cekap. Sangat cekap.

Apa yang kita makan termasuklah makanan bergula tinggi atau berkarbohidrat tinggi atau berlemak tinggi, kebanyakannya ditukar kepada tenaga yang segera diguna badan. Dan lemak dalam badan juga lebih mudah 'dibakar' ketika ini. Badan susah sikit nak simpan makanan berlebihan sebagai lemak dalam badan.

Susah nak gemuk kalau kuat makan tengahari. Wujud kesan penghapus (fat burner effect).

Berlawanan apabila malam menjelang di mana jam badan dah mula mengisyaratkan kepada badan untuk merendahkan metabolisme. Semua sistem jadi slow termasuklah pengeluaran insulin. Dah kurang cekap dalam bab menukar gula kepada tenaga. Jadi apa yang kita makan ketika malam mudah ditukar kepada lemak.

Senang nak gemuk kalau kuat makan malam. Wujud kesan pengganda (fat multiplier effect).

Dan ini menyebabkan aku terfikir, barangkali ada baiknya dalam situasi penggemukan, kita bagi kambing kita makan dedak sebelah malam. Mungkin lebih cepat gemuk. Mungkin lebih cepat naik berat badan.

Menurut kajian profesor tu lagi, ketika jam badan haru biru (contohnya ketika penukaran shift kerja bagi pak guard atau pekerja kilang, atau jet setting traveller) maka badan lebih lebih lebih senang mengumpul lemak. Fat multiplier effect menjadi lebih dramatik berbanding kuat makan malam.

Dan ini juga membuatkan aku terfikir, barangkali boleh buat dalam situasi penggemukan, 2 minggu malam bergelap, 2 minggu malam terang benderang. Bagi kelam kabut jam badan kambing kita, bagi kacau bilau metabolisme badan, bagi lebih pantas kenaikan berat.

Amaran : Aku sama sekali tak rekemen praktis ini untuk pembiakan. Penggemukan mungkin boleh guna bagi sesiapa yang nak fine tuning dia punya praktis, atau yang nak kejar extra edge ketika penggemukan.

Aku sendiri? Tak berminat nak buat walau pun ada kelebihan bagi dedak sebelah malam, walau ada kelebihan bagi makanan ketika jam badan haru biru. Pasalnya aku bukan kejar berat hidup. Aku kejar fat distribution yang kena pada tempatnya.

Yaa aku nak daging kambing aku lebih sedap. Jadi aku nak lemak dalam daging. Aku tak nak lemak luar daging. Makan dedak sebelah malam ketika jam badan dah slow, ketika metabolisme badan dah slow, atau ketika kambing stress akibat jam badan haru biru, hanya memudahkan pengumpulan lemak di luar daging.

Berat hidup memanglah cepat naik, tapi lemak luar daging yang banyak. Jadi kurang berkualitilah daging yang dihasilkan.

Terpulanglah kepada kita para penternak kambing sekalian. Nak pilih mana satu.

Salam.

4 comments:

  1. org beli kambing, sebab nak masak kari, barbeq, nak rasa daging tu.

    Aku heran org pelihar kambing sebab tanduk, telinga, kulit warna warni, badan tinggi dsb.. utk apa itu semua?

    lagi menambahkan kehairanan aku bila sistem intensif... sebab, rasa kambing sudah tentu saaagaat berbeza dgn kambing yg lepas ragut + gembala.

    mmm..apa aku ckp ni..???

    (*aku dah sembelih lebih 10 ekor kambing. Aku makan dan rasa kambing tu. Memang daging kambing banyak pada kambing yg lepas ragut.

    kita nak makan daging kan??..bukan nak makan tulang, kulit, tanduk dan teliga.

    daging kambing banyak walaupun kambing tu kambing kampung yg saiz kecil.

    dari pernyataan aku ini, mencerminkan

    SEMI INTENSIF satu kewajipan yang pasti jika ingin berjaya dalam industri ini-sebab kita ternak kambing-mau makan daging kambing-)

    Salam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sebab tersirat kenapa morfologi (sifat fizikal) ada peranan dalam prestasi kambing

      nanti aku cerita

      Delete
  2. betul tu prof,alwi sbb orang yg mkan malam brisiko tnggi utk gemuk..jd kalu apply kt kmbing pun sma tp mslhnya sapa nk bg makan mlm2 ni.tido lg best..

    Bro Myrigi psrn kmbg ada 3jnis kmbg pdaging,baka n susu.bdan tnggi ssuai utk kmbg susu,kulit,tnduk n sifat luaran mgkin lbih kpd baka(kmbg yg brwarna-warni lg snang jual)..kmbg pdaging mcm biasa dgingla fktor utma.bkn smua pntrnak bleh bt sstm semi intensif ats kekangan n hlngan msing2.jd brgntunglah pd keativiti n usaha msg2 utk bt yg trbaik guna sstem yg brsesuaian dgn prskitaran..yg pnting output cntik..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa masing masing kena pilih sistem yang sesuai dengan sumber dan kekangan.

      Delete