Tuesday, February 5, 2013

PONDOK TANJUNG : MY POINT OF VIEW


This post is not to blame JPV, atau Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) atau SBBC.

Aku kena bagitau siang siang, pasal kes mahkamah tengah berjalan, karang tak pasal pasal aku masuk mahkamah. Post ini cuma nak menyatakan pandangan aku pasal lokasi Pondok Tanjung.

Sebelum tu, nak kena bagi intro kepada sesiapa yang blur. Pondok Tanjung adalah lokasi kepada Program Boer Nasional. Salah satu projek di bawah seliaan NCIA (badan yang menguruskan NCER=Northern Corridor Economic Region). Sasaran ialah 10,000 ekor kambing boer pembiakan tempatan.

Ambitious? yes. But less ambitious than Projek Dorper ECER kat Pekan, Pahang - sasaran 25,000 ekor dorper.

Luas kawasan 2000 ekar, milik JPV. Asalnya hutan, probably hutan dara kalau tak silap aku. Balak dah tebang, tak tau masuk poket sapa. 1000 ekar untuk JPV sebagai ladang nukleus, dan 1000 ekar lagi untuk multiplier farms yang diuruskan SBBC. All acreage are not fully utilised yet.

Modal? Jangan tanya aku, ada yang kata 15 juta, ada yang kata 30 juta, ada juga yang kata 50 juta. Aku pun tak tahu mana satu yang betul. Pedulikan, yang confirmnya juta juta lah.

Sekarang peringkat multiplier tidak diuruskan SBBC, tapi syarikat lain. Nama xxxxxx yyyyyy (aku pun tak ingatlah). Obviously ada masalah yang membawa kepada court case. No, I don't know the details, so please don't ask.

Ok, konsep 3 tier nukleus-multiplier-commercial sebagai model pembangunan usaha pembiakan kambing adalah betul. Pretty good concept, sebab memberi peluang kepada penternak kecik macam aku mendapat genetik bagus kelahiran tempatan.

Well, theoretically... implementation is another story.

Now, kali pertama aku dengar projek boer nasional pondok tanjung aku pun check lokasi. Dekat dengan selama, dekat dengan taiping. Perak lah. But then, I realized something more important. Pondok Tanjung terletak di tengah paya air tawar terbesar di semenanjung. The largest inland fresh water swamp in the peninsular, maybe Malaysia.

The laaaaaaaaaaargest.

Dang!

That is not good. Pengalaman aku sebagai pembiak dan pengembala kambing menyedarkan aku betapa bahayanya kawasan berpaya kepada kambing, atau ternakan ruminan. Konsentrasi parasit dan patogen yang sangat tinggi akan mengancam serius prestasi ruminan kita.

Tak boleh bergantung harap kepada dewormer kalau kita berulang kali bawa ternakan kita ke kawasan yang tinggi konsentrasi parasit. Dan bukan setakat cacing je tapi pelbagai jenis patogen yang aku sendiri tak tahu spesis dan kesannya.

Aku tak akan bawak kambing aku masuk kawasan lembah, atau kawasan yang mana banyak tumbuh pokok pokok cenderung air macam keladi, kangkung dsb, atau kawasan yang tanahnya lembik lembik banyak air sampai terbenam benam kaki kambing.

Dan aku juga tak akan mengambil rumput dan dedaun dari kawasan sebegitu untuk diberi makan kepada anak kambing.

No no no. Its a strict no no.

Kepada pembiak baru, beware. Avoid swampy area, do not let the goat browse in such high parasite concentration zone. Jangan bunuh kambing kita senyap senyap perlahan lahan tanpa kita sedar.

Kawasan paya ni sesuai ternak ikan atau udang atau kura kura atau whatever organisms that needs and loves water, but very unsuitable for ruminants. The amazingly high number of parasites and pathogens can easily overwhelm the goats immune system, walau pun ada local blood except maybe, for pure local blood (kacang fullblood).-- sawah berbeza dengan paya-- sebab tu aku guna istilah 'maybe'.

Dan ini membawa aku balik kepada cerita pondok tanjung.

Pondok tanjung terletak dalam paya air tawar terbesar. Maknanya rumput kat situ tinggi konsentrasi parasit dan patogen. Dan ini mungkin menerangkan kenapa berlakunya kematian besar besaran kat situ.

hmm.. I'm sorry for them. Did they realize this? I don't know.

mungkin nampak kot, sebab ada usaha draining. Tak tahulah pula kalau draining effort tu sebab nak bagi senang buat kerja atau nak mengurangkan konsentrasi parasit dan patogen.

tapikan usaha draining ni sebenarnya boleh backfire. Calamitously. Pasalnya paya air tawar tu dah lah terbesar, dah ratusan tahun pula tu. Bila kita cuba mengubah ekosistem, pasti keseimbangan yang telah sekian lama wujud berterabur. Lari jauh jauh calibration dia.

Kita ingat kita boleh control alam, mudah nak terraforming, tapi dah banyak contoh contoh kemusnahan alam besar besaran hasil kerja manusia. Dan dalam kes pondok tanjung ni, aku fikir draining effort tu menyebabkan wujud parasit dan patogen baru, dan meledaknya populasi sesetengah parasit dan patogen sedia ada.

Memang boleh effect kat kambing. Devastating.

Large scale terraforming macam kat pondok tanjung akan ambil masa bertahun tahun sebelum ekosistem kembali stabil dan berada pada titik keseimbangan. Dan membawa masuk kambing pada fasa kritikal, pada fasa ekosistem sedang kacau bilau memang sangat berisiko. Kambing pun dah kacau bilau pasal dari pelbagai sumber luar dan dalam negeri, tambah lagi rumput yang kacau bilau banyak parasit dan patogen - pehh memang tuannya pun ikut kacau bilau.

So that is my view point. And I can be wrong, of course.

I'm just a tiny weeny little guy, without any reputation.

Nobody really listens to me.

Oh crap!

16 comments:

  1. paya + parasit tinggi + kambing = masalah.

    Ok paham.

    Thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat ko bukit bukau, jadi gembala kambing kat tempat yang tinggi sikitlah. Kawasan lembah kena hati hatilah. sekali sekala masuk takde masalah. aku pun buat macam tu.kadang kadang terbabas hehehe

      Delete
  2. pemilihana lokasi amat penting.

    Memang betul, ada beberapa kadang yg telah sy lawat - kawasan paya, walaupun intensif, disebabkan sumber air..

    juga nampak bermasalah.

    ReplyDelete
  3. dekat dengan kampung saya. insya Allah, bulan 5 ni, jadi balik semenanjung, nak p singgah. orang yang urus tu, kata sekarang tengah baik pulih, up balik. kenal di FB. hehe. sambil-sambil buat kambing, ada jagung gak. nak p tanya batang jagung la ni. haha.

    kawasan rumah saya kawasan banjir. buat masa ni belum ada masalah lagi la, sebab jarang tengok kambing saya meragut kat situ, bawah pokok sawit. redup sangat, banyak paku pakis je. tapi dok target tanah bawah kabel TNB tu. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yusof kan..

      baguslah tengah pulihkan balik. A lot of reputation at stake here. Nanti aku nak pi melawat. Baru je dijemput tuan yusof untuk ke sana.

      Delete
    2. ya, en yusof. insya Allah, takda aral melingtang, sampai la saya.

      Delete
    3. Ni dok sebut nama aku 2 3 kali ni memang nak kena menyampuk.. hehe..

      mai la.. mai la..
      boleh bertukar idea..
      setakat mana hangpa buleh bagi pandangan, aku dengaq..
      kat mana boleh improve, aku akan usaha..

      nak kata kawasan ni tak boleh bela kambin pun tak kena jugak..
      NBBC mola tahun 2009, dari 2009 tu elok ja masa mat no dok jaga.. hehehe..

      Satu Pak Lurah ada pesan sama aku..
      Mau meniaga, mau ada 3 ilmu..
      ilmu 1, ilmu barang..
      ilmu 2, ilmu dagang..
      ilmu 3, ilmu orang..

      Hangpa mai la weiii.. buleh sembang..
      nak tulih ni, biaq alwi ja lah.. haha..
      aku tak reti tulih...

      Anon ni adalah Yusof..

      Delete
  4. tak jauh dari rumah aku..lebih kurang 0.75 jam sampai la.

    aku pernah pergi tapi kat pintu pagar ja. pagar depa kunci. memang kawasan 'berpaya' memang kaw. hutan muda dulu..tapi payanya taklah seteruk seperti kat projek dorper di pekan Pahang tu (kat sana depa bagi masuk..aku sempat bersembang dengan pak guard sahaja..kandang tak pergi sebab depa tak bagi waktu cuti/lagipun dia kata penyakit pun problem gak..dapat la info skit..)

    tak tahulah sebelah belakang..tapi memang parit depa buat memang dalam dan luas..aku tengok belah depan saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru aku perasan kawasan ni ada satu tasik yang luas..kalau dulu sapa biasa naik keretapi untuk ke utara, pasti akan lalu tasik ni...

      http://idristalu.blogspot.com/2012/02/jambatan-keretapi-di-tasek-merah-perak.html

      Delete
    2. pondok tanjung adalah water catchment and reservoir untuk bukit merah dan kawasan sekitar. Industri arowana perlukan air yang sumbernya dari pondok tanjung ni lah.

      Locals kata kawasan pondok tanjung biasa banjir setahun sekali. Tapi lepas pondok tanjung ditebang, banjir dua tiga kali setahun. Takde tempat yang nak 'tangkap dan simpan air'.

      Malaysia kan annual rainfall tinggi. Memang kena ada water catchment and reserve. Kalut malut jadinya takde kawasan sebegini.

      Delete
  5. No..no.. Alwi. LISTEN! LISTEN! LISTEN!.. We listen to you. You're not a tiny weeny little guy.. but you're a tiny little diamond which was long hidden under the sand..
    Sebagai seorang geologist (yang passionate dgn penternakan kambing..isk...isk), your point of view in this matter (about the swampy area) is very very true.. Kawasan paya memang sebuah ekosistem yang sensitif.Dia ada fungsi dia tersendiri.. tapi bukan untuk bela kambing/ruminants. Salute you bro!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TAJ, that's funny hahaha...

      You are a geologist, mmm.... ada satu soalan. Malaysia kita ni ada banyak potensi tak untuk guna air bawah tanah? Banyak ke kita punya supply? Betul ke underground water reserve kat tapah lebih luas dari saiz singapura?

      Hehe banyak soal pula aku ni, tak tahu lah ada kaitan ke idak dengan you punya bidang ni..

      Delete
    2. ada satu jab (*tak ingat nama) ada sediakan peta air bawah tanah di seluruh negeri di Msia.

      Delete
  6. Kat Malaysia memang banyak air bawah tanah... cumanya chemical content air tanah tu berbeza-beza dari satu tempat ke tempat yang lain..Mungkin ada yang banyak Fe, Ca, CO3, Mg, dll..bergantung kepada jenis bedrock (batuan dasar di bawah tanah tu). Samada sebsar Singapore atau tidak itu tak pasti.. kena buat study dulu..he..he..

    ReplyDelete
  7. bukan salah ibu mengandung

    ReplyDelete
  8. x pkrja ladang pondoktanjgFebruary 15, 2013 at 8:09 PM

    mmg x di nafikan,ad kebenaran kata2 en alwi

    ReplyDelete