Wednesday, February 6, 2013

BILA CIKGU SUHAIMI BERSMS..


Astonishing.. astonishing... astonishing ....

Series of insights. Not one but several insights.

Cikgu suhaimi dah ikut blog aku dari awal. Sama dengan fairul, sama dengan isal. Bezanya cikgu suhaimi ialah very loyal but silent reader selama ini sehinggalah dia mendedahkan identitinya semalam. Melalui sms.

Cikgu suhaimi ni umur 32. Sekarang mengajar di sebuah sekolah berasrama penuh integrasi. Dan dia pernah membiak kambing masa remaja. Gembala masa muda muda.

Ini adalah sms keempat daripada dia:

"Masa sekolah dulu, dari tingkatan 1 sehingga form 6, saya memang gembala kambing. Bermula dengan seekor ibu kambing tua, yang secara kebetulan tak jadi nak sembelih untuk kenduri maulud nabi, sebab didapati dia bunting. Maka saya pelihara sehingga dapat anak jantan. Kemudian berkembang biak sehinggakan ada satu ketika, berjumlah lebih 40 ekor.

Rutin harian, balik sekolah pukul 2.30 hingga 6 petang, jaga kambing. Berkawan dengan kambing. Baca buku dengan kambing, tuisyen dengan kambing. Pidato depan kambing. Sampai la masuk USM, tak payah bergantung PTPTN pun, cukup dengan duit jual kambing. Tambah tambah dapat biasiswa lagi. Alhamdulillah. Namun sedihnya tak boleh lagi jadi gembala kambing, sebab sibuk jadi gembala anak orang."

........ aahh how heartwarming, thought provoking, and the far reaching effect shepherding has on economics, and personality.

Dan ini adalah sms kelima daripada beliau :

"Apa yang menariknya kambing kacang saya ini, jenis beranak kembar 3. Alhamdulillah sepanjang jadi penjaga mereka, memang takde yang kena penyakit pelik pelik. Yang mati pun ada la seekor dua, sebab kena patuk ular.

Cuma kambing saya dulu tak seperti kambing lain, sebab tinggal di kawasan kampung yang penuh sawah padi. Maka mereka cukup gemar makan keladi senduk, anak rumput kedah, dan rumput jagung yang penuh dalam sawah. Mereka sanggup turun dalam sawah berlumpur dan berair, walau pun paras air sampai tahap bawah perut mereka. Alhamdulillah metabolisme mereka kuat, sebabnya ... sama seperti teori yang prof cerita dalam blog. Konsep genetik vs diteiminisme alam sekitar."

......... astonishing resistance, incredible resilience of pure local blood. Dan aku belum pernah dengar kambing digembala meragut sampai ke tahap ini, tahap 'berenang' dalam sawah yang penuh air.

Kambing kacang ini dibawa ke sawah padi selepas padi habis dituai, maknanya ketika tanah direhatkan, ketika tumbuhnya pelbagai jenis rumput liar yang pantas tumbesarannya. Biasanya tempoh rehat ini antara sebulan ke dua bulan.

Menurut cikgu suhaimi, tiada 'ill effect' kepada kambing kacang gembalaannya, walau pun dibawa berenang dalam sawah, walau pun wujud inbreeding. Dan ini menyebabkan aku menilai semula keyakinan aku terhadap darah tempatan.

Sebelum ini, keyakinan aku tinggi pada darah kita sendiri. Tetapi selepas pendedahan cikgu suhaimi, maka keyakinan aku semakin memuncak pada darah tempatan. Kombinasi gembala dengan darah tempatan adalah suatu kombinasi yang sangat dinamik, kombinasi yang boleh menganjak paradigma, kombinasi yang boleh membawa kepada suatu dimensi baru, dan kombinasi yang mampu mengubah ketidakpercayaan kepada kepercayaan.

Terima kasih cikgu suhaimi atas kesudian berkongsi pengalaman.

*Aku telah edit post aku sebelum ini “PONDOK TANJUNG-MY POINT OF VIEW”, untuk mencerminkan perubahan pandangan aku.

*Terima kasih juga kepada pak domba dari gunung santubong, sarawak yang menelefon aku semalam dan berkongsi sedikit pengalaman dan kepercayaannya pada darah tempatan. Pak domba telah berada dalam dunia kambing selama 7 tahun. Berumur 38 tahun. Tak jauh bezalah dengan aku. Tapi aku segan kalau dipanggil 'pak' haha.. terasa tua lah pula, jangan marah pak domba! TQ again to pak domba!!

2 comments:

  1. Alwi.

    Jadi maksudnya di sini, selain darah tempatan, apa padangan ko pasal adaptation..

    Setiap benda hidupkan boleh adaptasi dengan persekitaran.

    Mcm teori evolusi..(walaupun aku tak setuju dgn teori monyet>manusia).

    Boleh hurai sikit pasal ini?

    "sifat adaptasi haiwan (kambing) dgn alam sekitar."

    Jika ko boleh berubah pandangan..takkan kambing pun tak pandai berubah utk survival?

    jeng jeng..

    ReplyDelete
  2. saya ada baca sikit. jawapannya berkait rapat dengan natural genetic modification. flow dia macam ni, (dari yang saya baca & assumption saya based on cerita Cikgu Suhaimi).

    adaptation = genetic modification = genotype (genetik, DNA, darah tempatan) + environment (cuaca kita, sawah, gembala) + genotype & environment interactions (adaptation) = phenotype (traits) -> altered genotype -> natural selection (the survival of the fittest) = current state of goat.

    saya dah pening. hahaha. good luck!

    ReplyDelete