Friday, February 15, 2013

BILA ARB DATANG...


Kepada sesiapa yang nak tahu amende sebenarnya ARB, boleh rujuk blog link kat sebelah. ARB sekarang ada 1000 lebih ekor kambing boer. Kat Kluang Johor. Ladang pembiak. Nukleus.

ARB buat official visit ke ladang aku semalam. Yang datang ialah current chief, Dr Johari, dan pengurus ladang, Hj Jamsuri. Dr Johari dan Hj Jamsuri pertama kali sampai ladang aku. Dr Khusairy yang merupakan ketua ARB sebelum ini dah sampai tiga empat kali ladang aku, tapi bukan official visit, dan bukan atas kapasiti sebagai ketua ARB.

Kiri: Dr Johari, Ketua ARB           Kanan: Hj Jamsuri, Pengurus Ladang ARB

Gambar atas takde pemandangan kandang. Gambar ni baru proper sikit, nampak kandang kambing dan kuda. Yang pakai baju purple tu tak tahu sape. Penyibuk betul!

Aku dah bagitau awal awal kat Dr Johari yang ladang aku ialah ladang 'hardcore'. It's bare minimum, no fancy infra, kurang mesra pelawat, taik kambing taik kuda taik kucing segala macam taik bersepah sepah.

Tak macam ladang ladang multiplier sebelum ini - bersih berkilat kilat memancar mancar, suci dari debu. Ladang aku hanya sesuai kepada penternak kambing tegar tegar, yang dah biasa cium bau taik binatang, atau pegawai pegawai yang biasa turun naik kandang senget benget.

Ok, ARB datang untuk berbincang mengenai upgrading genetik kambing aku menggunakan darah boer. Bantuan pejantan dan kepakaran teknikal akan diberikan. Long term project. 3 + 3 tahun.

Ini bukan multiplier. Aku tak berminat dengan skim multiplier. Aku lebih percaya dengan prestasi induk betina aku sekarang yang terbukti lasak dan produktif.Jadi aku tak mahu 250 induk boer. Lebih baik macam ini. Upgrade. Bagi ada bentuk boer yang uniform dalam kawanan kambing aku.

Bentuk. Shape. Warna tak kisah. Sebat aje kaler apa pun.

Bentuk yang rendah, dan berisi. Bahasa lain - gemuk pendek.

Tuan tuan pembiak kambing, true meat breed mesti pendek. Rendah. Tak boleh tinggi. Kaki pendek, centre of gravity rendah, baru boleh banyak daging melekat pada rangka.

Bagi pembiak baka susu yang mengejar potensi jumlah pengeluaran susu (watch my words!!), dia akan prefer rangka yang semakin meninggi, berlawanan dengan rangka untuk pedaging tulen. Kerana semakin tinggi rangka badan kambing, semakin banyak ruang untuk kantung susu yang lebih besar dan puting yang panjang.

Puting yang panjang memudahkan pemerahan susu, dan kantung susu yang lebih besar, of course, menambah kuantiti susu. Jadi bagi pembiak baka susu, ciri kambing yang mendatangkan kelebihan ialah rangka tinggi. Tetapi rangka tinggi menyebabkan daging kurang.

Jamnapari tulen sebenarnya kambing susu. Aku memang pelik banget kalau ada penternak yang kata jamnapari sesuai dijadikan pedaging. Salah ciri dah tu sebenarnya. Sama macam nubian tulen, atau saanen tulen, atau shami tulen.

Tetapi jangan risau, kita jangan pening, remember - mixed blood still rules! Buat masa inilah...

Anyway, upgrading aku tak akan sampai ke tahap pureblood. Aaaa... pasalnya apa yang aku nampak kalau kita betul betul kejar ciri spesifik sesuatu baka, samada pedaging tulen atau susu tulen, input kita semakin meninggi dan meninggi. (Reasoning aku akan cerita dalam post mendatang - tak tahulah bila).

Aku buat low input husbandry. Kalau semakin ramai pembiak yang mencapai status 'advanced', yang betul betul faham konsep low input high input, low output high output - baru aku bergerak ke arah pureblood atau pun, fullblood, di mana besar kemungkinan menjadi high input husbandry (tak kisahlah boer ke, kacang ke - marah pula orang ARB ngan aku ni karang, diorang dok baca ni).

Realitinya industri kita masih peringkat tunas. Belum kembang mekar. Objektif kita melahirkan semakin ramai basic breeder. Advanced breeder? Akan sampai masanya bila basic breeders dah banyak. Dan cara terbaik melahirkan banyak basic breeder ialah menggalakkan mereka memilih low input husbandry.

Bila dah survive, masa tu kita ada option.

High input ----> Incredible output

Bukan lagi high input - high output.

Salam!

*Aku rasa ramai yang tak faham post kali ni. Sorry!!

*Aku tak kata aku nak bela boer. Jangan salah faham. 

*Terima kasih kepada pasangan suami isteri, Shukri dan Raha dari petaling jaya yang datang melawat. Memang nampak bersemangat. Kuat memburu ilmu. Good luck to the both of you!!

*Terima kasih juga kepada orang terengganu yang telah 'mengebas' kambing aku. Pergi balik ada kot 1200km. Pengsan adik aku yang jadi drebar lori haha!

12 comments:

  1. ada benda missing di sini..

    Apa komen Dr ARB selain daripada nak supply baka boer tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thats private hehe

      Memang dalam betul imaginasi ko ni weh!

      Delete
  2. prof...maksudnya sekarang ni tuan guna betina dan jantan kacangka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Induk asal je kuat kacang. pejantan darahnya dah bercampur campur. aku pun tak tahu. kena buat DNA sequencing baru tahu haha

      Delete
    2. saya pun baru menternak..setakat ni campur dgn anak baru sebelas ekor...yang jantannya aku x tau asal usulnya..pemilik asal cakap ferral kacuk dengan kacang sudah konon..x tau betulkah..tapi bentuk badannya memang besar berbanding kambing kacang..t.kasih prof.alwi..

      Delete
  3. Bro.. tengok pic kat atat tu..Phuhh kagum! Brutalnya kambing kau.. mengharung semak samun tepi parit. Tak kena belit sawa/patuk ular ke?? Baka camni yang saya nak cari nih..Saya dah tersilap beli hari tu.. beli dari jenis yang tak pernah turun kandang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan takat harung, ada juga yang buat pandelela style. Terus terjun masuk parit! Hahaha. Dapat pingat olimpik takpe, ini menyusahkan tuan gembala pula nak buat rescue operation haha

      Delete
  4. Wah2... ARB pun dtng. Siap offer lg. Silap baka ni, prof alwi nk dwarf. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku bukan nak buat boer. cuma nak dapatkan bentuk.

      Delete
  5. aku rasa mslh bsar jgk nk cri calon ldg pngganda utk projek ARB ni.slain prasarana n fasiliti yg dprlukn ada lg ke yg brmnat dgn darah Boer Fullblood utk projek trnkan jngka pnjang.tkut Blood pressure naik ke thap Full je nnti.hehehe

    den ada trbca psal fkta kmbing susu.."makin tinggi susu dihasilkn induk,makin tinggi potensi seragn cacing n pnyakit pd induk tu"..btul ka prof??jd bg sape yg nk bela kmbg susu scra semi-intensif kt Malaysia ni lupeknlah niat suci anda.intensif pling ssuai utk kmbg susu ye ust.Don CH.hehe..aku gi Ar-Raudhah ada kmbing Pygmy@African Dwarf mgkin xsma dng Nigerian Dwarf tp hsil susu shari dlm 1.5liter.boleh than dgn saiz bdan yg comel lote tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul lah tu. makin tinggi kuantiti susu, makin mudah dapat serangan penyakit.
      makin cepat naik berat badan, makin senang nak kaput.

      boleh bela kambing susu cara semi. guna yang ada darah tempatan.

      Delete
    2. haha Blood jadi Full. Bloody Fool hehehe pandai ko manipulasi ayat ni isal.

      Delete