Saturday, February 16, 2013

GETTING FAT IS EASY!


Getting fit is a much different story.

Ada penternak dan feedmaker yang overconfident dengan feed formulation yang dia hasilkan. Ada yang isytihar formulasi dia adalah yang terbaik untuk kambing, pasalnya bila kambing makan dedak formula dia ni, kambing cepat jadi gemuk gemuk bulat berkilat.

Hanya kerana nampak kambing cepat naik berat badan dalam tiga empat bulan, atau susu banyak bertambah, terus isytiharkan formulasi makanan dia ampuh lagi berdaya saing. Sesuai untuk pembiakan jangka panjang. Padahal ada yang langsung tak buat lab test pun. Pehhh.

Perangkap.

Yang memusnahkan penternak yang nak jadi pembiak.

Bahaya bila hasil jangka pendek dijadikan landasan utama program jangka panjang(lebih empat tahun).

Tuan tuan, sebenarnya senang sangat nak gemukkan kambing kita. Jaaaauhhh lebih senang berbanding membiakkan kambing kita. Contohnya dedak kering yang biasa kita guna tu. Tak kisahlah jenis energy concentrate atau protein concentrate. Baik dedak jenama baru atau jenama berpuluh tahun. Baik murah atau mahal. Baik yang buat lab test setiap 6 bulan, atau yang buat tiap tiap bulan. Baik yang ada exhaustive nutrient analysis, atau pun yang basic analysis je.

Semuanya lari nisbah omega 3 : omega 6, melainkan yang guna flaxseed.

Lari tunggang langgang. Terbalik semuanya. Omega 6 pula lagi tinggi dari omega 3. Dan kajian menunjukkan nisbah omega 3:6 yang tidak seimbang mempercepatkan kadar obesiti. Perasan tak, sekarang banyak orang obes dalam planet bumi ni, dan situasi obesiti sebegini tidak pernah terjadi dalam sejarah manusia semenjak turunnya Nabi Adam?

(Sesiapa nak tahu lebih lanjut pasal omega 3:6 boleh rujuk post lama aku kat sebelah, takpun google aje).

Yaa, nenek moyang kita zaman dahulukala, sumber utama makanan mereka ialah makanan segar. Segar bugar. Masih terpelihara nisbah omega 3:6 yang sesuai. Sebab tu kekuatan dan kelasakan mereka menjadi legendary.

Orang sekarang banyak sangat makanan diproses, dan semua makanan diproses lari nisbah omega 3:6. Itu pasal lah banyak sangat kes obesiti dan masalah kesihatan.

Sama juga bagi ruminan. Makanan yang paling sesuai nisbah omega 3:6 adalah foraj segar (rumput dan dedaun). Dan omega 3 paling tinggi dalam tumbuhan adalah pada pucuknya.

Maka kambing yang dapat lepas bebas meragut memiliki peluang lebih cerah untuk mendapat kuantiti omega 3 yang lebih tinggi. Ini memperbaiki nisbah omega 3:6. Justeru kesihatannya terpelihara. Fit. Lasak. Susah nak obes.

Obesiti kan terbukti menurunkan kesuburan. Turun jatuh breeding vitality. Nampak dari luar memang sedaplah, lemak berlipat lipat bulu berkilat kilat, tapi bila sampai masa mengawan, kondem. Kondem habih!

Kita nak membiak, jadi kita nak kambing kita kuat mengawan, breeding vitality tinggi, barulah berhasil usaha pembiakan kita. Fitness kambing kita adalah prioriti bagi seorang pembiak. Untuk itu, foraj segar (yang betul nisbah omega 3:6, penuh vitamin dan enzim hidup) mesti dijadikan makanan utama (primary).

Kalau nak gemukkan kambing, tunggulah bila kita masukkan dalam fasa penggemukan. Masa tu gunalah apa apa formulasi pun, yang sememangnya lari nisbah omega 3:6, kita jadikan makanan utama. Foraj segar jadi makanan sekunder sebagai sumber roughage. Atau pun tak guna foraj segar langsung, guna silaj dan hay sebagai makanan sekunder. Sahih kambing kita cepat gemuk, cepat obes.

Senang sangat gemukkan kambing. Jadi kalau ada penternak atau feedmaker yang claim makanan rumusan dia terbaik dalam dunia ini, sangat sesuai dijadikan makanan utama untuk program pembiakan jangka panjang (watch my words!!)- ketahuilah itu adalah kepalsuan yang mahu dijadikan kebenaran.

Diorang ni (feedmaker) sebenarnya buat makanan penggemuk. Ada pelbagai peringkat kesan penggemukan. Ada yang cepat gemuk, ada yang lambat gemuk. Ada yang tumpu pada susu, ada yang tumpu pada pedaging. Ada yang buat untuk pelbagai peringkat umur. Macam macam. Myriad. Tapi semuanya makanan penggemuk. Makanan jangka pendek.

Makanan pembiak, makanan jangka panjang, makanan terbaik untuk ruminan adalah makanan yang rumusannya milik Tuhan. Rumput segar. Dedaun segar. Sahih terang benderang ruminan boleh membiak. Keturunan demi keturunan.

Fresh forage is still, and will always be, the best!

*Itu baru omega 3:6. Belum lagi enzim dan vitamin. Seorang very professional feedmaker yang dah berpuluh tahun pengalaman, cerita kat aku, dedak ni kalau boleh, beli yang betul betul freshly made, dan bila beli hari ni, kalau boleh habiskan hari ni juga. Pasalnya vitamin yang ada cepat sangat degrade, walau pun ditambah tepung vitamin sintetik. Dan dia pun mengaku - fresh forage is still the best.

*Juga belum masuk cerita masalah penyerapan unsur zink dalam soya basah. Soya basah ada phytate yang tinggi, dan ini menghalang penyerapan zink ke dalam sistem badan. Hasilnya kandungan zink dalam darah jadi rendah. Zink rendah memperlahankan metabolisme badan (senang gemuk weh!). Tapi dalam masa yang sama, zink rendah menurunkan kualiti sperma dan libido. Maka kambing yang makan soya basah jadi cepat betul gemuk tapi ada masalah kesuburan.

Jadi tuan tuan penternak, kena pandai bezakan siapa pembiak, siapa penggemuk. Tujuan lain lain, dan metod dan kepercayaan antara keduanya sangat berbeza. Seorang pembiak tulen yang dah lebih empat tahun operasi pembiakannya, tanpa pertukaran signifikan sistem, kambing, dan makanan dalam masa empat tahun tersebut, dan prestasi pembiakan kambing memuaskan - maknanya apa yang dia buat betul lah, jadi nasihat dia kita lebih percaya.

Salam hormat!

*Kepada bro zaki dari ladang Nurternak di Kedah yang melawat ladang aku itu hari, terima kasih diucapkan. Juga kepada Hj Rahim dan isteri dari Berkat Jaya Farm di Sg Buloh yang datang melawat. Terima kasih. Nanti besok ada masa aku melawat ladang tuan tuan!

21 comments:

  1. saya ni kira silent reader blog ni tapi hrni dapat hidayah utk komen plak.. hehehe

    keep writing, en.alwi! sesungguhnya blog ni byk bg ilmu & buat sy byk berfikir.. antara entri yg menarik perhatian sy ialah rahsia daun ubi, kontroversi soya, silage & napier.. almost 4 tahun belajar (teori shj) di ipt dlm bidang ternakan definitely tak cukup dan mmg ada kontra dgn apa yg sy belajar.. dah tentu sy kagum dgn prestasi ladang en.alwi yg mencontohi gembala cara nabi sbb silibus di ipt semuanya berprinsipkan 'dasar pandang ke barat'..

    sy teringin & harap sgt 1 hari nnt sy dapat kelapangan masa utk melawat ladang en.alwi.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih iyou kerana sudi baca blog.

      Teori dengan pengalaman memang lain lah. Boleh lawat, takde masalah.

      Thanks again!

      Delete
  2. Salam prof alwi..

    Sejak folo blog ni sy dpt bnyk ilmu.slh stunye psl soya bsah.tahun lepas saya ada bg soya basah selama 6 bulan. Effect dia batch bebiri saya kurang besar berbanding batch sblmnye.

    Lagi satu saya banyak dengar rungutan dari rakan penternak tentang kesuburan dan kegemukan. Pejantan yang gemuk malas nk mengawan. Ini banyak terjadi pada ladang intensif. Mcm kata prof, bebiri ni kurang mkn forage segar,banyak makan hampas soya,dedak n silaj.

    Saya ada pertanyaan kt prof, ada beza dedak starter dgn breeder?boleh tak kita bg dedak starter pada induk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. starter tinggi protein. sesuai untuk anak, kurang sesuai untuk induk.

      Delete
  3. t.kasih banyak2 dgn prof sebab blog tuan banyak membantu saya sebagai penternak baru ni..ilmu yang dikongsikan oleh prof ni sebenarnya jabatan Haiwan pun mungkin x tau sebab sewaktu saya kursus penternakan kambing selama seminggu apa yang diceramahkan sangat bertentangan pasal perkara seperti sayo,napier dan daun ubi tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, baguslah pergi kursus. Dapat pelbagai pandangan.

      Delete
  4. nmpknya pengkomen2 tegar blog alwi dh pencen ni.hehe..prof aku nk tnya psal Phytate tula.cmner nk neutralize kn phytate tu?dgn Fermentasi boleh kan..jadi kalu bt silaj soya okla patutnya..tp soya bkn sng nk bt silaj ni sbb klembapan tinggi..msih ada yg xfaham hakikat silaj ni utk kesan pembiakan jangka panjang wlaupun prestasi kndang dh mncerminkn sgalanya..hehe..

    org Barat skrg jd pelik bila mkn dging lmbu yg mkn rmput spenuhnya..diorg prefer yg dh dfeedlotkn n dsuapkn dgn mknn penggemuk mcm grain,pelet dll..ape daaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. The best way nk kurangkan phytate nie ialah dengan fermentasi. Kita proses hampas soya ni sbijik cam nk buat tempe. kene pakai bakteria apa ntah. kalo org kampung panggil dia ragi tempe

      Delete
    2. orang jawa makan tempe power2. orang kelantan makan budu pun power2. semuanya peram.

      hampas soya, peram, keringkan, jadikan serbuk, campur dalam konsentrat. ini style indonesia, dia peramkan/silajkan by product, 4 5 hari, kemudian jemur 2 3 hari, kemudian hancurkan, campur dengan bahan baku dedak yang lain.

      tapi, dedaun segar is the best.

      mana ada pencen bro isal. dok baca gak, online guna HP je kat rumah, nak komen jenuh gak. hahaha.

      Delete
    3. den xfaham part knapa diorg nk jemur 2-3 hari tu ust.don..silaj stkat den tau prlu dgunakn scepatnya slepas dibuka tong/tmpt smpnan sbb bkteria aerobik mula brfungsi utk degrade nutrien yg ada dlm silaj bila trdedah pd udara.sbb tu msa simpn tu prlu keadaan anaerobik(tnpa oksigen)..ahhh caner tuuu..hehe

      Delete
    4. pengkomen2 tegar,
      hehe..apa buleh buat..

      aku rase kalo jabatan tu berfungsi, tak la kita dok nak blog- blog sangat ni..

      ni balik ofis, dok mengadap computer lagik haha..

      kita buat ni pun nak tolong bangsa kita jugak..

      Delete
    5. soya sebenarnya banyak antinutrients, bukan phytate je. orang dulu tak banyak makan makanan berasaskan soya, cuma dibuat kondimen.

      the best way untuk dijadikan makanan ruminan - kena lalu banyak proses pemanasan. macam soybean meal. tapi masih ada sedikit antinutrient.

      Delete
    6. Tegar pun tegar lah. Haha. Jangan taksub sudah. Beza Tegar dan Taksub tu. Moga2 yang belajar di blog alwi ni jangan terus naik power jadi super saiya. Kena timbang2 sendiri mana yang boleh ambil dan mana tak sesuai.

      Kalau projek tak jadi, salah kita sendiri. Blog macam ni setakat peringatan yang bagus dari orang lama

      Delete
    7. Betul lah tu. Masing masing ada impian dan kekangan yang berbeza. Jalan yang ditempuhi pun berbeza.

      Delete
    8. artikel saya bagi menjawab style indonesia tu. hehe. Aerobic Stability of Silage pandangan saya sahaja. mungkin betul mungkin tidak. kalo salah tolong perbetulkan.

      tegar ok lagi, taksub nanti, gambar prof Alwi jadi poster letak dalam bilik tidur. hahaha.

      Delete
    9. Kita cedok semua ilmu dr blog rakan2, sesuaikan dengan kawasan n kambing kita. mana yang sesuai kita amalkan di kandang kita. kata org tua2, kita buat sistem kita sendiri dr pengalaman rakan2.

      Delete
    10. Komen ko memang tak bole blahla ustaz don. Gambar alwi gantung memang ...... Gambar kambing ok lagi la. Ada masalah besar tu.

      Kandang kambing mengembek, kandang lembu menguak.

      Kena ukur baju dibadan sendiri juga.

      Baik ko highlight perkara ni alwi. Tak pasal2 kena saman sebab nasihat dalam blog. Walaupun dah ada disclaimer. Hehe

      Delete
    11. Hahaha.. Kalo dh taksub, kronik jadinya.. Baik prof alwi hati2.

      Delete
  5. Bagi can orang lain le. Nampaknya makin ramai komen. Nanti crash blog percuma ni dengan traffic yang main tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.sjak alwi min aktif update blog n blas komen mkin mningkat trafik ni..tp bguslah rmai org brpeluang mnuntut ilmu yg brguna dlm blog nih..nnti agk2 bleh dpt Blogger Of The Year ke??haha

      Delete
    2. takde apalah.

      bukan ada polis trafik yang kawal trafik. Bagi je lah comment.

      Delete