Thursday, January 10, 2013

POTONG KUKU KAMBING


Kambing yang turun ke tanah meragut ada satu kesenangan : tak payah susah susah nak potong kuku. Sentiasa pendek, jadi memudahkan dianya berjalan. Kalau kambing 24 jam duduk aje atas kandang, memang selalu kena potong kuku. Baaaanyaaakk kerja weh!

Tak potong takpe, tapi susah lah sang kambing nak berjalan. Jadi licin lantai kandang. Macam ice rink. Kesian betul tengok kambing kambing kuku panjang macam kasut aladin masa nak berjalan. Terkial kial. Kejap kejap jatuh.

Pejantan kuku panjang tak boleh memberikan nafkah batin kepada kambing betina. Nak kejar betina pun tak lepas. So kepada penternak kambing yang buat sistem intensif, memang biasalah bab bab potong kuku.

Aku jarang jarang potong kuku kambing aku. Adalah empat lima ekor anak kambing dalam setahun yang kena potong kuku. Jenis bengong sikit, tak reti reti ikut kawan kawan sebaya lain turun ke tanah. Kambing yang besar besar takdelah. Pasal semuanya ikut lepas meragut. Jadi kuku pendek pendek. Cuma kadang kadang rasa nak buat manicure pada kambing kambing tertentu. Adjust adjust sikit, make up sikit sikit.

Oleh kerana wujud keperluan tersebut, aku pun belilah pemotong kuku kambing dari sebuah kedai vet. Beberapa tahun yang lalu. Tak ingat bila sebenarnya. Kedai vet mana aku tak nak bagitahu, censored 18sx pasal aku nak buat damning review.

Inilah gunting khas untuk potong kuku kambing. Imported. Harga mak datuk tan sri datin sri rm160.
Slow, clumsy, painful, unproductive, and expensive. In short, just like dumb ass george bush.


Yang ini pula, gunting khas untuk pruning pokok bunga. Cap Remax. Sebat aje utk potong kuku kambing. Harga rm25 je.
Easy, fast, painless, and cheap. It works. Awesome! 

Aku ni mudah teruja bila tengok benda benda berkaitan kambing. Jenis tak fikir panjang. Banyak dah sebenarnya kerugian aku bila asyik membeli, tapi lepas tu tersadai tak digunakan. Macam cerita gunting kuku kambing kat atas ni lah.

So rakan rakan sekalian, tak payah susah susah keluar duit banyak banyak beli pemotong kuku kambing yang mahal mahal kat mana mana kedai vet sekali pun. Baik pi kedai hardware, beli je pruning shear. Lagi efektif, lagi berhasil, lagi jimat duit kita!

11 comments:

  1. Semua benda yang dibeli di kedai Vet jadi mahal. Mark up harga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mark up, top up.

      pharmaceutical industry has one of the highest profit margin. Either for human or animals.

      Delete
    2. Salam... saya beli gunting pokok kat Mydin...RM6.00 jer satu. Potong kuku kambing ok jer.. ahaks..

      Delete
    3. Murah ye, 6 lawan 160. Pehhh... thousand percentage punya jimat. By the way Remax ni double click, tak sakit tangan guna, tak banyak expend energy, tak payah tekan kuat kuat.

      Delete
    4. Suadara Alwi...opps sorry Prof Alwi, saya penternak baru... baru masuk bulan ke 3, Mula dengan 7 ekor kambing... ha..ha.. segan nak citer. Kandang pun alahai, ciput jer.. 20x10ka. Saya dah browse berpuluh2 blog penternak kambing yg ada kat Malaysia nih.. tapi saya paling impressed dgn blog dan posting2 saudara dah saya baca kesemuanya..malah sentiasa tertunggu2 posting yang baru.. sebab banyak benda saya nak belajar nih... Bolehke kalau nak bertandang ke kandang saudara?? Saya orang Tg. Tualang, tinggal di BBBangi..

      Delete
    5. Tg tualang? Kat malim nawar kan? 50 - 60km dari ladang aku. Aku pun hometown bandar baru bangi.

      Baguslah mula kecik kecik. Yang million million ni banyak tersungkur aje. Except for a a very few.

      Boleh datang, takde masalah.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. xpernah guna dan xpernah potong kuku kambing.hehe..mula2 mnternak hairan jgak tgok kuku kmbing xprnah lepas(intensif) panjang2 macam capal org arab hujung naik ke atas..tgok kmbing den xade pulak mcm tu,ingtkn pnyakit ke ape.haha..rupanya mmg mcm tu kmbg jnis intensif sbb jarang brjalan so mmg kuku pnjang n kena potong.masa beli 3ekor kmbg intensif kuku mmg pnjang den biarkan dan lepas ragut,lama2 pendekla sandiri..tp kena beli gunting tu utk potong pokok bunga.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada satu kandang aku pegi penuh dengan kambing bercapal aladin. tahap ekstrem. kesian kambingnya..

      Delete