Wednesday, January 9, 2013

A NOTE ON DEATHS


Bila kambing aku hilang atau tak dapat dikesan, atas pelbagai sebab, aku malas nak fikir panjang, aku tulis sebagai mati. Kalau kambing aku beranak pramatang pun aku rekodkan sebagai mati. So mortaliti aku memang tinggilah walau pun tak berapa tepat kriteria aku.

Tahun 2012 mixed fortune untuk aku. Record deaths tapi dalam masa yang sama record profits. Pelik gak ni. Mortaliti tinggi menyamai tahun pertama aku bela kambing. Kelemahan pengurusan, salah aku sendiri. Malu dibuatnya apalagi bila mendedahkan kepada tatapan umum.

Probably ada kaitan dengan chaos theory yang aku akan post tak lama lagi.

Anyway, berdasarkan research research yang aku semak, bagi sistem semi intensif atau extensif dalam cuaca tropika, kadar kematian 20% ke 30% adalah normal. Figure textbook 5% atau 10% kematian sahaja adalah pengurusan yang sangat ketat. Very heavy involvement. High input. Dan dalam zon cuaca panas dan kering.

Tetapi...

Pengalaman aku sendiri aku pernah dapat kadar kematian cuma 8% pada tahun 2008. Masa tu aku ada 120 ekor kambing. Now perhati baik baik.

120 ekor tanpa guna sebarang jenis dedak atau supplementation untuk induk induk semua status.
120 ekor tanpa ada cukup segregation, tanpa pengawasan kelahiran, tanpa botol susu.
120 ekor tanpa pengurusan high input.

Dan aku mengamalkan mass deworming setiap 3 bulan. Masa itu.

Memang seronoklah masa tu. Tak banyak mati. Tetapi aku dah mula terfikir sampai bila aku nak bergantung harap kepada chemical dewormer. Wonder effect tapi pasti akan berakhir. Pasti. Masa tu nanti silap haribulan, total collapse aku punya herd. Berderet deret mati.

2008 aku dah mula dengar banyak resistance timbul sana sini. Local dan international. Devastating effect kepada ladang ladang yang mengalaminya. Ahh tak boleh jadi. So aku buat keputusan untuk buat selective deworming.

So my mortality start trending up. Naik dan naik, apalagi tanpa pengawasan yang cukup. Dan 2012 menyaksikan kematian tertinggi. Peak. Tetapi takpa. Biar susah sekarang.

Dan berdasarkan rekod aku sekarang, kematian dah mula stabil dan menurun. Masih dengan selective deworm tanpa pengawasan yang cukup. Tapi masih terlalu awal buat kesimpulan. Kena habiskan 2013 tengok macam mana.

Jadi tuan tuan pembiak sekalian, jangan ketagih dengan penggunaan dewormer baik chemical mahu pun herbal. Lebih baik guna cara genetik, biarkan kambing yang darahnya semulajadi lasak membiak keturunannya. Tapi tu lah, kita sebenarnya tersepit. Dilema.

Survivability kita sebagai pembiak lebih penting. Overriding factor.

So strategi yang aku recommend ialah selective deworm. Kalau mass deworm, buatlah 4 bulan sekali atau 5 ke 6 bulan sekali. Buat pada dos yang agak tinggi, jangan underdose. Dan jangan ikut nasihat sesetengah pihak yang suruh kita bantai ivermec setiap bulan bagi tiap tiap ekor kambing.

Parah kita dibuatnya masa akan datang. Risk of total collapse.

I don't use ivermec as a dewormer. For now.

Salam!

6 comments:

  1. Memang la dia suruh buat mass deworming. Unat cepat habis kena beli lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul gak tu, kedai ubat ni memang untung besar besaran.

      Delete
  2. Assalamualaikum Prof

    lama betul tak update, sekali update, tu dia.. berkepuk2 masuk..

    saya ada download PDF dengan tajuk yang sangat menarik, kambing, kondominium untuk parasit. tapi tak baca lagi. hehe. sekarang tak dapat nak update, adapter problem, ni pun dari opis. hehehe.

    mencegah adalah lebih baik dari merawat. saya nak kongsi dari satu journal yang saya baca mengenai. prevention ini dapat memastikan survival rate pada kadar yang tinggi. dalam journal tersebut, dibahagikan 4 kaedah prevention. 1, biosecurity. 2, resistance & resillience. 3, sanitation. 4, pasture management.

    Biosecurity - antaranya, pengurusan haiwan yang dijangkiti. cara perolehan haiwan, operasi ladang dan sebagainya.

    Resistance & Resillience
    -Resistance, kapasiti semulajadi untuk meminimumkan jangkitan parasit. mestilah LOCAL BLOOD. darah tempatan yang semulajadi develop untuk cuaca tempatan.

    -Resilliance, boleh membiak dan berfungsi secara normal walaupun dibebani parasit. ini yang kita mahukan, masih boleh survive, boleh berkembang walaupun dibebani parasit dari dalam mahupun luar.

    Sanitation - intipatinya, kurangkan risiko kambing terdedah dengan larva cacing dan parasit luar. kebersihan kandang, tinja diurus dengan baik, bekas makanan & minuman dinaikkan, bedding kemas, sisa makanan dibuang.

    Pasture Management - guideline yang diberikan, larva boleh bergerak sejauh 12 inci, dan memanjat sehingga 2 inci. jadi, kepadatan pastura sangat penting, supaya kambing tak tertumpu dalam satu kawasan, jauh dari tinjanya. rumput mestilah sekurang-kurangnya 3 inci tinggi. secara semulajadinya, kambing ni adalah browser, dia banyak makan di atas, berjalan jauh. maka terjawablah petua 12 x 2 inci ni. Paddock rotation juga penting. lepas selesai satu paddock, paddock lama dimesinkan, buang rumput lama. cepat kering, UV banyak. larva akan berkurangan.

    inilah serba sedikit kaedah pencegahan yang dinyatakan dalam journal tersebut.

    kalau rawatan, ada beberapa gak. antara yang penting adalah dapat mengesan tanda-tanda kecacingan. kemudian membuat selective deworming.

    lama tak komen panjang dalam blog prof Alwi ni. hehehe.

    jemput singgah, Projek Kambing Muda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Don! Ko komen panjang panjang ni baik buat post dalam ko punya blog haha.

      Kambing kondominium parasit? Oh aku ingat lembu aje bela dalam kondo haha

      Delete
  3. As-salam prof.alwi..dlm byk2 data,data kidding rate yg den tnggu2 sbenarnye.hehe..dr pmrhatian,pmbcaan n kajian den dapati mslah Gastro Intestinal Nematodes(GIN) mnyumbang kpd 80% mslh kpd pntrnak lepas ragut kambing.Kbergntungn kpd dewormer sintetik hnya brsifat jangka pendek dsebbkan mslah resistance trhdap dewormer oleh GIN trsebut.Manakala dewormer herba masih belum trbukti kberkesanannya untuk skala besar..untuk jangka panjang GENETIC RESISTANCE adlh jwapannya dan kaedah ini sdang dikaji oleh institusi kajian di US..dan den buat kputusan untuk gunakan kaedah slective deworming diperingkat awal pmbiakan wlaupun risiko amat besar dari sgi mortality..bak kata pepatah "berakit-rakit kehulu,berenang ketepian,bersakit dahulu,brsenang kemudian"..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kidding rate nanti aku kira. Slow sikit pasal manual.

      Memang betul GIN major problem bela kambing semi intensif.

      Delete