Friday, January 11, 2013

CHAOS THEORY


Aneh.

Salah satu cabang bawah dia ialah complexity theory. Dan post ini aku tujukan kepada pakar pakar pembiakan yang bertaraf doktor falsafah. Untuk dinilai dan dibuat model penilaian yang sesuai. Barangkali logaritma yang digunakan lebih kompleks daripada logaritma untuk expected progeny differences. Biar hangpa doktor doktor pakar ni yang pening. Lagi pun hangpa ni dah biasa serabut serabut kepala.

Ok ceritanya macam ini. Cerita ikan sardin untuk dijadikan renungan. Dalam tahun 1930an tangkapan ikan sardin di California, Amerika Syarikat mencecah 500,000 tan setiap tahun. Tetapi 1950an dan 60an menyaksikan kejatuhan dramatik tangkapan ikan sardin, cuma 5,000 tan setiap tahun.

Daripada 500,000 tan per tahun kepada 5,000 tan per tahun.

Total collapse. Malapetaka.

Pakar pakar ikan semuanya terlopong. Sebab sebab yang diutarakan ialah overfishing, dan perubahan persekitaran (corak angin, suhu permukaan laut). Tetapi tiada siapa yang dapat membuktikan dengan tepat sebab sebenarnya.

Jadi untuk mengelakkan malapetaka berulang, maka kerajaan negeri California mula mengawas dan merekod data data tangkapan dan pembiakan ikan sardin. Selama 50 tahun. (Observe and record, extensively and very long term - bila kita nak buat macam ni? South Africa lebih 30 tahun nak bangunkan baka boer. Banyak pemerhatian dibuat dan data dikumpulkan. Kita pun kenalah lalu jalan yang serupa, ramai ramai observe dan simpan rekod, baru boleh bergerak ke arah penambahbaikan industri).

George Sugihara, seorang mathematician dan theoretical ecologist telah mengkaji data data yang terkumpul selama 50 tahun tersebut. Kesimpulannya sangat mengejutkan. Dia mengatakan berdasarkan teori kompleksiti, kejatuhan dramatik populasi sardin bukan disebabkan overfishing. Bukan juga disebabkan perubahan cuaca.

Get this straight. Perhatikan betul betul.

Overfishing? Bukan
Perubahan cuaca? Bukan

Tetapi ianya disebabkan oleh amalan nelayan melepaskan ikan sardin yang kecil, dan cuma menangkap atau membawa pulang ikan sardin yang besar.

Pulak dah.. Bukan ke selama ini kita dinasihatkan bila memancing, cuma tangkap yang besar besar? Yang kecik kecik disuruh kita lepaskan kembali ke dalam air? Beri peluang ia membesar? Kan nampak logik?

Tetapi menurut Sugihara, amalan tersebut (tangkap yang tua, lepaskan yang kecik) boleh membawa kepada population boom and population bust. Boleh meledak dan boleh jatuh mendadak walau sumber makanan untuk ikan sardin mencukupi.

Sebaliknya Sugihara menyarankan agar nelayan nelayan tangkap sardin yang belum cukup matang dan melepaskan sardin matang kembali ke dalam laut. Katanya ini membenarkan populasi sardin yang stabil. Salah satu sebabnya ikan sardin yang matang (tua) ada lemak badan yang mencukupi jika ada sebarang krisis makanan, jadi membolehkan ia terus membiak menghasilkan anak anak sardin.

Bayangkan sebuah akuarium besar yang cuma mengandungi seekor ikan besar. Bila kita tak bagi cukup makanan, ikan besar itu akan kurus dan kurus. Dia susah nak mati. Jadi populasi stabil. Sekarang cuba bayangkan akuarium besar tu ada beribu ribu ekor ikan kecik kecik. Kalau makanan tak cukup, berderet deret akan mati. Kadang kadang makanan cukup pun boleh banyak juga yang mati atas pelbagai sebab. Jadi populasi tak stabil.

Yang penting di sini bagi Sugihara, untuk menghasilkan populasi yang stabil dan sentiasa produktif, sardin tua perlu dibiarkan hidup. Jangan dikorbankan.

Kalau yang muda muda dibiarkan, populasi sardin samada boleh explode (meletup keluar) atau implode (meletup kedalam). Boom or collapse. Dan itu tak stabil.

Dan cerita sardin ini membawa aku kepada kambing. Berdasarkan pengalaman aku, ada kemungkinan benar teori complexity sugihara ni. Masa aku mula mula bela kambing dulu, aku terbeli betina betina tua terlebih matang. Kurus dan sakit. Tapi sekejap je nak repair dan pulih kembali. Dan masa itu kadar kelahiran aku tak tinggi. Biasa je. Tapi stabil lah.

Dan bila kambing mula beranak pinak, maknanya banyak induk muda muda yang masuk production. Dan kadar kelahiran kambing aku pun naik dan terus naik. Bila makin banyak yang masuk tempoh puncak, lagi boom, lagi tinggi kadar kelahiran.

Malangnya, sampai suatu ketika, 2012, kadar kelahiran yang tinggi ini tidak seiring dengan keupayaan aku untuk menerimanya. It collapse. Banyak mati. Jadi kita kena seimbang sebenarnya. Kena ada 'core' yang dah tua, 'season', betul betul matang. It help to stabilise the population and thus our harvest. Kalau banyak sangat yang muda muda, nanti dia boom boom, kita pula yang collapse jatuh terduduk.

Melainkan kita ada kapasiti. Kandang kita cukup ruang, makanan pun cukup, dan pengurusan pun bagus. Barulah kita bersedia menerima population explosion.

Well, itu lah pandangan aku berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku untuk 2012. Pasal tu aku kurangkan bilangan induk, dan banyak jual yang muda muda dara dara. Biar diorang boom boom kat kandang penternak lain yang masih kosong. Takpa. Tak jadi masalah.

Kalau boom boom kat ladang aku, takut infra dan carrying capacity kawasan ragut aku tak cukup, jadi masalah banyak mati pula. Langsung tak efisien.

By the way, I can be completely wrong on this. Pasal tu aku minta doktor doktor pakar pakar pembiakan kambing ni buat kajian lanjut. Khas di bawah zon cuaca kita. Boleh pakai ke idak chaos theory ni di tempat kita?

Salam.

8 comments:

  1. Assalamualaikum wt.

    Alwi, selalu ada gambar, mana semua gambar tu? Kasi masuk la dalam post.

    Sy suka tgk gambar-sambil-baca-post.

    ReplyDelete
  2. Aku setuju!

    Sebab ko dah perhati, aku belum. Jadi aku setujulah!

    Salam.

    ReplyDelete
  3. den heran sbnarnya,bila msa la ko gi mndpatkn mklumat ttg kajian2 ni sbnrnya.den baca journal cket pun mcm nk pitam.hehe..Chaos Theory ni lbih kpd kseimbangan antra tua dan muda laa.den rasa Alex Ferguson gna teori nila sbb tu pmain veteran Man united mcm Paul Scholes dan Ryan Giggs ttp dikekalkn dlm skuad dia.hehe..

    agak2 brapa peratus induk tua dan muda dlm kndg prof?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah kot. Pasal tu MU mantap lagi. Chelsea yang bengong, sibuk nak tendang keluar semua yang tua tua padahal peak performer.

      percentage induk tua dan muda? Haa boleh buat post juga tu, nanti nanti..

      Delete
  4. Yang muda dikasihi. Yg tua disayangi. Itukan dah nama kehidupan. Tuhan cipta dah cukup sempurna.

    Kita jer tukang perosak.

    ReplyDelete
  5. Yang tua tua adalah sumber kebijaksanaan. They passed the wisdom, so society is much more stable

    ReplyDelete