Friday, October 26, 2012

SILAP!!!


Raya haji tahun ni memang penat tertonggeng aku dibuatnya. Tak cukup manpower so kelam kabut dibuatnya. Dalam dok sibuk menjual kambing dan melayan pelanggan (kena buat kerja kandang lagi + musim beranak + kena main sms + kena jawab call + kena layan anak bini lagi), aku terlepas pandang satu benda.

Aku terbabas jual seekor kambing jantan yang nak dijadikan pejantan. Aku jual tanpa tengok rekod betul betul. Adehh sayang betul! Pasalnya budak jantan ni umurnya baru 4.4 bulan tapi berat dah 30 kilo. Perut kosong belum makan rumput lagi. Tanpa sebarang deworming.

Kacukan boer, anak kepada Laksam no tag 638 (kelahiran ke 638). Nenek dia Lasagna 162 (kelahiran ke 162) kacukan boer juga. Moyang dia Losin no 8 (kelahiran ke 8). Atas moyang (amende ntah aku tak tahu) ialah induk terawal aku yang diberi nama Makcik.

Makcik ni kacukan kampung dan british alpine. Tuan dia dah reject nak buat kambing potong je. Kiranya nak cull lah. Dah tua sangat. Body tak cantik plak tu. Memang sahih lagi terang benderang gred takai punya. Aku plak pi beli harga sekilo rm10. Aku bukan tahu kambing reject ke idak. Pertama kali nak beli kambing. Ingatkan dah pergi kursus 3 bulan, dah pandailah pilih kambing. Hahaha kena kelentong juga..

Tapi aku tak marah pada yang jual.. sebabnya dari kambing yang sakit nilah aku banyak belajar.

Makcik ni kecik je, in fact induk terawal aku yang paling ringan dan kurus. Aku panggil Makcik sebab nampak dia paling tua dan geriatric dalam semua geng induk awal aku. Pertama kali sampai kandang, terus jatuh sakit. Selsema meleleh leleh, kurus tahap anorexia, jalan slow macam nak tumbang dan ada kutu babi. Malam malam aku selimutkan dia dengan guni, siap buat baju khas untuk dia daripada guni lagi. Kesian tengok dia terketar ketar malam malam.

Pasang pelita dan ubat nyamuk lagi untuk dia hehehe (jangan ikut lagu ni yea...)

Dan Makcik menjadi cikgu kambing aku yang paling hebat tanpa aku sedar. Ilmu yang dicurahkannya melebihi gabungan ilmu ilmu dalam segala kursus kambing yang aku pernah pergi. Padahal dia buat perangai kambing dia je, takde pula bentang laptop buat presentation kat aku. Atau charge ringgit malaysia 1500 per kepala untuk attend kursus yang dia buat.

Ni gambar dia.



Makcik... from worse performer to excellent performer, dan kambing yang menjadi cikgu besar aku sepertimana Socrates + Plato + Aristotle kepada tamadun Greek purba.. yaaaaa..

Dan keturunan Makcik juga meluas dan menjadi dalam kawanan kambing aku walau pun pada awalnya Makcik adalah worst performer kambing aku. Aku pelik juga macamana plak boleh jadi dari tahap worst ke tahap one of the best performer. Maybe that is the beauty of sexual mating, enhanced by the vigor of hybridization, and by which we can never accurately predict the outcome.

Ada elemen probability. Tak macam cloning kan? Sebijik sebijik keluar macam induk dia. Boring betul klon klon ni. Tak best langsung!

Anyway balik kepada budak jantan umur 4.4 bulan yang beratnya 30 kilo tadi. Untuk menyedapkan hati aku yang keralatan kerana terjual dia ni, aku pun katalah kat diri sendiri. Takpa takpa maknya si Laksam ni baru first kidding, kalau nak buat bapak, tunggulah third atau fourth parity, dan berkembar. Barulah sedap sikit selection untuk buat bapak kambing.

Haa biasaklah nak sedapkan sikit hati sendiri aiiii..

Oklah tuan tuan pembiak sekalian. Itu je cerita aku kali ni. Jumpa lagi.

Salam Aidiladha!

Monday, October 22, 2012

THIS BLOG IS NOT FOR EVERYONE!


Sesiapa yang selalu mengikuti perkembangan blog ni akan mendapati banyak idea idea yang diketengahkan adalah counter culture, anti establishment, contrarian, against popular beliefs. Pendek cerita menongkah arus.

So isi kandungan blog ini tidak sesuai dibaca oleh mereka mereka yang selesa dengan ideologi dan kepercayaan semasa. In fact aku menggalakkan golongan sebegini to stay away from this page. Kalau baca blog aku ni, buat serabut sakit kepala sakit hati je. Tak pasal pasal kena telan panadol. Tu nasib baik panadol, kalau tiba tiba blood pressure naik macam roket apollo masa tengah launching? Lagi haru dibuatnya.

Tak yah la baca blog aku ni, kecik je pun. Tak famous langsung. Baik baca blog kambing lain yang lebih masyhur, yang lagi tinggi hit rate dia, lagi banyak gambar gambar menarik berderet deret. Aman damai, ringan, tidak mendatangkan sebarang kejutan mara bahaya kepada medula oblongata dan bacaan sistolik darah. Boleh baca sambil rilek rilek minum nescafe black gold, atau english tea, dan makan karipap frozen mak siti.

Kalau baca blog aku sambil minum kopi, takut tiba tiba tersedak tersembur keluar plak semua kopi dalam mulut tu. Habih rosak laptop tu, tak pun ipad. Free free aku kena maki. So lebih baik jangan baca demi kesihatan jantung dan tekanan darah yang lebih baik.

Ok?

Jangan kata aku tak bagi early warning yea..

Sambung sikit post sebelum ini. Ada pun mamalia berdarah panas. Darah panas ni penting untuk membolehkan kapasiti otak yang semakin besar. Otak yang besar membolehkan berfikir, tetapi dalam masa yang sama menggunakan banyak tenaga, 20 - 40% of total energy used per day. Jadi otak memerlukan power supply yang stabil. Sebab tu darah kena sentiasa panas, tidak ikut turun naik suhu persekitaran. Baru boleh membekalkan voltan dan arus yang stabil kepada otak.

Otak kita ni sebenarnya incredibly full of fat and cholesterol. Dan pembinaan otak ni sangat kritikal masa kita baby, masa kita menyusu. Sebab itu susu ibu adalah antara makanan yang paling tinggi dan pekat lemak tepu dan kolesterol. Sifat susu ibu yang full cream ini membolehkan pembentukan otak yang optimum seterusnya kemampuan berfikir akan datang.

DHA ke, taurina ke, aplha beta bla bla bla.... itu semua memang ada dalam susu. Sebahagian struktur lemak lah tu. Saja saja je marketing gimmick nak dazzle dan confuse kita sebagai consumer. Omputih ni ingat kita bodoh ka?

Anyway, mamalia macam kita masa peringkat baby, memang sistem pencernaan direka dan dilengkapi untuk memudahkan penghadaman susu. Cepat hadam, dan cepat susu dimetabolisasikan untuk tenaga dan tumbesaran.

Tapi lain pula ceritanya bila kita dah dewasa. Perut kita dah kurang 'ngam' dengan susu dan produk susu. Pasalnya mikrob dalam perut dah berubah populasi. Lebih cenderung kepada penghadaman bijirin, daging, buah, dan sayur.

Tambah tambah macam kita ni, ketamadunan maritim. Duduk dekat dengan laut. Lebih banyak makan hasil laut. Dan dah bergenerasi membiak dengan hasil mahsul laut. Lagi kurang ngam dengan susu.

Lain sikit dengan yang duduk dekat steppes, desert atau jauh dari laut. Diorang ni memang bergantung kepada ternakan ruminan dan hasilnya. Memang minum dan makan susu dan produk susu sampai ke tua. Udahnya susah nak jumpa ikan.

Dan, semua budaya mereka ni ada susu yang diperam untuk membantu memudahkan penghadaman. Mereka tahu bukan mudah seorang dewasa menghadamkan susu sepertimana mudahnya seorang baby mencerna susu. Tu yang macam macam produk susu diperam, nak tambah probiotik, nak tambah mikrob spesifik hadam susu, baru boleh hadam susu. Takdak benda ni, mau kembung perut dibuatnya.

Yogurt ka, keffir ka, cheese dan lain lain semuanya satu tujuan, memudahkan penghadaman susu dan produk susu bagi seorang dewasa.

Dan ini membawa aku kepada suatu kesimpulan, sebenarnya probiotik yang diiklankan sebagai keajaiban pencernaan dan yang sewaktu dengannya adalah lebih sesuai kepada mereka yang dietnya banyak susu dan produk susu.

Yang tak suka susu memang membazir aje kita dok telan probiotik. Tak membantu langsung. Baik kita makan sayur mayur ulam ulaman. Itu prebiotik yang akan membantu pertumbuhan mikrob sedia ada dalam perut kita. Lagi senang punya cerita.

Atau pun makan budu dan cencaluk. Predigested. Baaaanyaaakk probiotik yang benar benar hidup, lebih special dari serbuk probiotik dalam kapsul, lebih berkesan daripada yogurt. Yaa lebih sesuai untuk kita yang hidup dalam budaya maritim.

Dan sudah mula muncul beberapa kajian yang meragui kesan baik probiotik komersial dalam pasaran, melainkan untuk mereka mereka yang ada penyakit khas usus. Haaa.. alah tuan tuan, nenek moyang kita mana pernah makan pun probiotik. Tak jadi apa pun tak makan. Hidup juga 90 tahun, 100 tahun.

Baik kita makan ulam cecah sambal budu cencaluk belacan. Lagi kaw kaw punya prebiotik dan probiotik. Dua dua kita dapat. Lagi sihat sistem pencernaan kita. Ikut je jalan nenek moyang yang telah dibentangkan kepada kita.

Oh masuk cerita kambing sikit. Berdasarkan kita punya example, ruminan kita pun tak yah ambik probiotik tambahan atau EM. Rumput segar tu dah cukup cantik, dah cukup prebiotik. Melainkan kita nak kurangkan bau masam taik, atau pun kambing kita tak cukup makan rumput segar.

Barulah guna. Barulah adil. Barulah kena pada tempatnya.

Keadilan.

Knowledge is power!

Saturday, October 20, 2012

EM IN FEED : AN UNEASY VERDICT


Kontroversi lagi aku ni. Sapa sapa tak suka kontroversi, jangan baca. Pi baca blog blog kambing lain yang lemah lembut tak panas. Blog aku ni banyak cili, panas berapi. Pasal lori cili dari cameron eksiden tertumpah semua cili 6 tan masuk dalam blog aku. So sapa sapa yang tak tahan cili, please do not proceed to read.

Warnings given.

Ok. EM adalah effective microorganism. Mikrob baik. Probiotik. Aku nak cerita pasal EM dalam makanan kambing. Atau minuman kambing. Depa yang dok jual dan promote EM ni kata menatang ni bagus. Teknologi yang baik. Sangat bagus untuk mempercepatkan tumbesaran kambing pasal meningkatkan kecekapan pencernaan (lower Feed Conversion Ratio) dan mengurangkan bau. Ada juga yang claim daging lebih sedap. Ianya dicapai dengan meningkatkan jumlah mikrob baik dalam perut kambing.

Sebenarnya beban menghadamkan rumput yang susah dicernakan memang terletak pada bahu mikrob (bakteria, virus, protozoa, fungi) dalam perut ruminan. Mikrob inilah berusaha gigih memecahkan selulosa dalam dinding sel tumbuhan. Dah pecah dinding sel, baru boleh diserap khasiatnya. Takdak mikrob ni, memang rumput tak boleh dicernakan. Dok lagu tu jugalah. Tak jadi apa.

So bila banyak mikrob dalam perut, secara teorinya lebih cekaplah penghadaman makanan. FCR jadi rendah. Less feed to gain the same amount of body weight. Or same amount of feed to gain more body weight. Jadi feed cost cheaper, atau kambing lebih cepat berisi. EM supposedly can help achieve that.

Right?

mmm... not so fast. Teknologi EM yang wujud sekarang tidak efektif kepada semua penternak ruminan. Hanya sebilangan yang mendapat manfaatnya. Nak kena tengok sistem macam mana. Mengejutkan tapi aku ada penerangannya.

Tuan tuan yang dimuliakan, rumput segar ni bersifat prebiotik. Prebiotik (perhatikan ejaan aku betul betul) membantu perkembangan probiotik dalam perut. Ruminan yang cukup makan rumput segar akan mempunyai well developed rumen, omasum, abomasum, small and large intestine. Dalam erti kata lain, ruminan yang cukup makan rumput segar akan cukup prebiotik dalam perut untuk membantu mencipta suasana kondusif bagi mencapai populasi mikrob (dan probiotik) yang seimbang (balanced microbe population).

Cukup rumput segar, cukuplah prebiotik, maka cukuplah probiotik, dan cukuplah mikrob dalam perut. Efficient lah perut, dalam kondisi yang terbaik, sentiasa bersedia untuk low FCR. Tak perlu penambahan EM.

Bagi mereka yang buat sistem semi intensif di mana kambing cukup makan rumput segar, EM tidak diperlukan. Kalau kita guna juga EM, kita dapat very insignificant advantage yang tidak berbaloi dengan kos yang kita keluarkan.

Kalau buat intensif tapi diet kambing cukup rumput segar pun tak payah guna EM. Yang aku nak tekankan di sini ialah sekiranya makanan kambing kita sebahagian besarnya rumput segar dan pada paras yang cukup, maka EM tak perlu langsung. Tak beri kelebihan.

Yang berbaloi guna EM ialah ruminan yang makanannya banyak bergantung kepada dedak atau silaj atau soya basah atau apa apa yang bukan rumput segar. Sebabnya ruminan yang tak cukup rumput segar, sistem pencernaannya tidak sempurna, tidak terbangun sepenuh, tidak cekap. Mikrob tak cukup, so memang ada kesan (visible effect) bila guna EM.

Dedak mana ada prebiotik atau probiotik. Silaj pun sama. Tak kisahlah silaj jerami padi,silaj pelepah sawit atau silaj batang jagung. Silaj ni tuan tuan sebenarnya kurang cekap untuk pencernaan kambing. Tapi penambahan EM akan akan memperbaiki available digestible nutrient.

Tetapi kena ingat tuan tuan, silaj dari sumber dan pembuatan yang terbaik pun hanya hampir menyamai kualiti rumput segar. Itu fakta. Kalau ada yang dok heboh kata silaj lebih baik dari rumput segar, maka kebenaran telah disorokkan, diselewengkan.

Now, aku dah terbabas, tapi tak pa, sambung sikit cerita silaj. Silaj ni bukan tak boleh guna. Boleh guna especially bagi mereka yang terhad sumber rumput segar, atau yang malas nak cari rumput segar. Tapi kena bubuh EM dan support dengan dedak.

Kalau guna silaj semata mata sebagai makanan (as a single feed) untuk program pembiakan - it will fail spectacularly. Tambah concentrate (dedak) takpa. Baru ok. Baru berisi kambing. Tapi kan, kambing yang membesar dengan makan silaj, mikrob dalam perut dia akan berbeza dengan mikrob dalam perut kambing yang biasa makan rumput segar. Vastly different.

So kalau kita beli kambing biasa silaj, lepas tu suruh dia makan rumput segar, memang susut badan dia. Dramatik juga penyusutannya. So cara yang terbaik mengurangkan penyusutan ketara berat badan, gunakan dedak yang sama dengan tempat asal kambing tu. At least mikrob dalam perut dia dah biasa dengan dedak tu, boleh cernakan. Memang ambik masa nak rebuild mikrob dalam perut ruminan yang jauh berbeza jenis pemakanan.

emm.. mana tadi, yaa EM. So yang dok promote EM ni akan quote impressive figure, macam kenaikan berat badan yang phenomenal, dan tunjuk gambar kambing kurus jadi kambing gemuk berkilat lepas makan EM.

Aaaa... aku perhatikan kajian kesan EM ni banyak dibuat di research station. Kerajaan punyalah. So ladang ladang kerajaan apa realitinya tuan tuan? It is not run as a commercial enterprise, it is not profit driven, it is run by people on comfortable salary. Kambing tak cukup makan rumput. Kambing lebih banyak makan dedak. Kambing tidak berada dalam kondisi yang terbaik. Their rumen is not well developed.

Tuan tuan pi tengok sendiri ladang kerajaan macam mana. Aku pernah kerja tanpa gaji kat ladang kerajaan, aku ada melawat ladang ladang research, dan aku berinteraksi dengan penyelidik penyelidik dan mereka yang jadi farm hand ni.

Realitinya eksperimen di ladang kerajaan dibandingkan dengan eksperimen di ladang sebenar boleh jadi sangat jauh berbeza. Result terbalik pun ada.

Bila kambing tak cukup rumput segar, atau tak cukup makan, memanglah ada kesan yang sangat ketara bila diberi EM. Mikrob dalam perut dia yang sebelum ini lemah kerana tak cukup prebiotik (rumputlah), akan dapat bantuan dalam bentuk populasi baru EM.

Mana mana ruminan yang tak cukup rumput segar memang akan dapat kesan bila guna EM. Tapi kalau dah bagi cukup rumput segar, atau lepas meragut, maka EM tak diperlukan. Ikut pengalaman aku pun, di mana aku pernah guna probiotik dalam bentuk serbuk campur dalam dedak, atau jenis cecair campur dalam minuman, kesannya tidak memuaskan.

Kenaikan berat adalah serupa, cuma bulu yang cepat sikit berkilat. Bulu berkilat ni kalau cukup lemak bawah kulit. So itu aje kesannya. Mempercepatkan bulu berkilat. That does not impress me. Sebabnya kambing aku cukup makan rumput, jadi ada cukup prebiotik, so that the microbes are in a very conducive environment.

So kalau aku nak boost weight gain, tambah dedak sikit dah. Tak yah guna EM.

Aaa tuan tuan yang dihormati, bukan semua teknologi itu berkesan pada semua tempat. Tak kisahlah teknologi Jepun ka, Korea ka, Planet Marikh ka. Kita jangan cepat teruja dan melatah bila orang dok heboh sana sini. Aku sendiri pun dah habih beribu ribu ringgit test macam macam produk, ubat itu ini, suplemen itu ini, dedak itu ini, bla bla bla.... Excited sangat. Last last balik ke asal.

Balik ke asal. Asal.

Rumput segar. Bagi cukup cukup. Sepertimana yang Tuhan Maha Bijaksana dah jadikan. Guarantee itulah yang terbaik. The best type of feed on the planet.

So itulah pandangan aku berkenaan penggunaan EM dalam makanan kambing. EM lebih sesuai kepada ruminan yang tak cukup intake rumput segar, atau tak cukup makan (limited feed availability). Kepada pembiak semi intensif, atau ekstensif, tak yah tinggikan input kita nak guna EM. Yang intensif pun kalau cukup rumput segar memang tak perlu EM. Kesannya insignificant.

Marah geng EM dengan aku ni. Tapi pandangan aku ni hanya terpakai kepada teknologi EM yang wujud sekarang. Akan datang mana tahu ada revolusi dalam EM yang betul betul boleh upheaval industri ternakan. Masa tu, boleh berubah lah aku punya viewpoint.

mmm.. jangan salah faham ye. EM boleh guna, tapi tengoklah situasinya. Dan ini adalah pandangan peribadi aku sendiri yang terbit dari pengalaman. Tuan tuan punya experience mungkin berbeza. Kita boleh kongsi bersama.

Apa apa pun, knowledge is power!

Let us hunt it wherever it is.

Salam.

Thursday, October 18, 2012

1000th MILESTONE


All praise to the Lord who has created everything in pairs, and Who has willed the beast for us, and Who has provided the necessary sustenance for them to multiply.

I bow before your Might, I kneel before your Generosity, and I lie prostrate before your Greatness.

Thank you my Lord, for what You have given to me.

Salam tuan tuan pembiak kambing di seluruh solar system,

Tuhan telah berkenan menganugerahkan aku dengan kelahiran anak kambing ke 999 dan 1000. Alhamdulillah. Ni gambar si kembar yang lahir pada 14 oktober baru baru ni. Dua dua jantan. Nampak macam baik je. Tak taulah besar nanti macam mana.



Maknya nama Rina. No tag 45. Rina ni pun kelahiran sini. Kelahiran ke 45. Pasal tu no tag dia 45. Umur Rina 5.5 tahun. Kali ni merupakan kelahiran ke 7 (seventh parity). Dia ni dah keluarkan 9 anak setakat ni. Jadi kidding ratio dia 1.29. Which is not really good. But still profitable sebab aku buat low input husbandry. Yang buat best sikit pasal dia ni banyak anak jantan. Daripada 9 anak, 8 jantan 1 je betina. So peratusan jantan 89%.

Aku sekarang dah mencapai full capacity. Jadi lebih prefer banyak production anak jantan. Tapi tulah tung tang tung tang 7 tahun average ratio jantan:betina sama juga. 50:50. Ada juga teknik teknik yang aku dengar boleh meninggikan peratusan kelahiran jantan tapi aku tak apply pun teknik teknik tu. Kalau low input punya teknik aku mahu lah. Kalau high input aku nak kena analisis dulu, boleh dapat tak net positive return.

Anyway Rina punya average kidding interval ialah 8.7 bulan. Maknanya setiap 8.7 bulan dia beranaklah. Boleh lagilah. Normally 50.61% kambing betina aku dalam group yang memiliki kidding interval setiap 5, 6, dan 7 bulan. Maknanya separuh induk aku boleh la dikira fast breeder. Makan rumput je tu. Haa kalau up sikit plane of nutrition boleh bertambah laju lagi kadar pembiakan.

Apa nak ragu ragu darah kampung ni, bukan darah sapa sapa pun, darah kita juga. Sahih boleh membiak. Laju plak tu.

OK. Kidding interval 8 bulan ni kira normal. Laju pun idak, slow pun idak. Biasalah. Dan ada juga yang slow breeder. Kategori setiap 10, 11, 12 bulan dia punya kidding interval. Tapi tak banyaklah. Geng macam ni adalah 12% daripada keseluruhan induk.

Slow breeder macam ni kita boleh cull. Tapi kalau buat low input husbandry, apa kisah. Sebat jelah buat induk. Masih profitable walaupun tak maksimum. Kalau high input husbandry ye memang tertonggeng kita dibuatnya. Rugi tu.

Mmm.. dan pada 14 oktober, hari yang sama juga, Don Jenal telah melawat kandang aku. Pukul 7 malam sampai kandang buat lawatan mengejut. Kandang aku memang tak dak letrik, so guna lampu suluh pasang kat kepala buat tour of duty sambil berperang dengan nyamuk.

Kalau isal keratong agro adalah pelawat terawal maka dengan ini Don Jenal telah dicertify sebagai pemegang rekod pelawat terlewat kat kandang aku. Nasib baik aku tak dak ritual khas masa Don Jenal ni datang. Hahaha.

Don Jenal berpeluang mengambil gambar anak kambing yang ke 999 dan ke 1000 kat ladang aku. So aku adalah saksi, bukan aku kelentong. Yaa...

Terima kasihlah kepada Don Jenal yang melawat kandang aku ni. Siap bawak 5 awek cun lagi. Bukan sorang makwe, 5 orang makwe wehh. Dasat betul ko ni Don Jenal. Memang layak ada title Don nihh.. kat mana ko menuntut ilmu menarik awek ni? Dengan Ashley Cole, Chelsea punya left back ka? Hehehe...

Oklah tuan tuan jumpa lagi..

Terima kasih juga kepada Cikgu Shobri dan keluarga dari Bukit Hijau Farm di Kedah yang sudi melawat kandang aku pada 22 september yang lalu. Terima kasih juga kepada pelawat pelawat lain yang sudi berkunjung. Bila pulaklah aku nak pergi visit kandang tuan tuan ye...

Tuesday, October 16, 2012

RETURN OF THE GOATBOY


Lama betul warm up aku ni. Aiii sorilah tuan tuan yang dihormati, aku kena takeover kerja gembala selama 5 hari. Bukan setakat gembala tapi kena jaga 350 ekor kambing. Seorang. Memang tertonggeng terkangkang juga lah dibuatnya haha. Takdak masa nak update blog. Kena pula musim beranak.

Dah 3 tahun aku delegate kerja gembala kepada kuli. Sekarang aku kembali jadi goatboy. Pehh dah longgar berkarat aku punya skru skru kat lutut dan kaki. Macam nak tercabut. Dasat dasat.

Aku gembala 200 ekor - mak kambing, dara kambing, teruna kambing, bapak kambing. Yang tinggal kat kandang 150 ekor anak anak kecik. Bila gembala 200 ekor ni, memang kena betul betul observant, jalan non stop, nak berenti sekejap makan nasi pun susah. 3 jam pertama memang kritikal kita punya fokus.

Aku bawak bekal sandwich. Isi tuna banyak banyak, sayur banyak banyak, cream atau cheese banyak banyak. High fat diet. Wajib untuk sustain aku punya energy and willpower expenditure. Aku prefer sandwich daripada nasi sebab boleh makan sambil berjalan jaga kambing. Kalau makan nasi kena berenti duduk bersila dulu. Habih mengadap nasi, kambing hilang ntah ke mana. So aku lagi suka bawak bekal sandwich.

aaahh... my beloved sandwich. Biasa aku bawak 3 ketul buat bekal masa gembala. Sedap weii..

Air minum 2 liter. Kalau hari panas memang habih aku telan 2 liter tu. Tapi sekarang ada hujan, mendung, takdelah panas sangat, so fluid intake 1 liter je.

Parang pun bawak. Pendek sangat pun tidak, panjang sangat pun tidak. Kurang sikit sehasta. Baru praktikal. Kalau jumpa pokok liar daun cantik cantik boleh la tebang bagi kambing. Berebut rebut kambing makan.

Tapi parang ni kambing tak takut, tak faham. Kena ada tongkat. Tongkat tu belasah je kayu apa pun. Janji mesti lebih tinggi dari bahu kita. Baru betul betul jadi gembala. Baru kambing kita iktiraf kita sebagai master. Baru lebih senang jaga.

Tongkat yang panjangnya lebih dari bahu kita adalah penting, sangat penting untuk memudahkan tugas pengembalaan. Kalau kita perhatikan dalam mana mana budaya pastoralist, semuanya ada tongkat gembala yang panjang.

Dan selama 5 hari aku jadi gembala, aku terlupa undang undang ini, dah lama sangat tinggal tugas gembala. Tu yang terkangkang, tercabut skru lutut dibuatnya. So kepada rakan rakan pembiak yang menjadi pengembala, jangan lupa undang undang ini.

Aku gembala jalan kaki je. Jauh lebih efektif berbanding naik motor, atau naik kuda. Motor bunyi bising. Kalau ada anak kambing jatuh parit, kita tak dengar. Kalau ada gerombolan anjing nak menyerang, kita pun tak perasan. Kalau ada parit, jalan lecak pun susah juga bawak motor. Kena pulak bawah sawit, banyak pelepah berduri kat tanah. Memang kejap kejap pancit tayar motor dibuatnya.

Kuda aku si Diego tu tinggi sangat. Kalau kawanan kambing masuk sawit rendah, dah tak boleh buat apa. Dia lompat parit pun tak berani. Dan ada banyak parit bawah sawit. Kuda racing macam tu lah. Racing laju laju boleh. Tapi obstacle crossing tak reti plak. Daripada kuda, keldai lebih baik. Kuda padi tak boleh gak, nakal sangat. Keldai lebih mendengar arahan, dan tak takut anjing.

Sapa sapa tahu kat mana ada jual keldai terlatih?

Tuesday, October 9, 2012

WARM UP...


Salam hormat rakan rakan pembiak sekalian,

Lama aku tak update. Pekerja aku cuti balik indon. So aku sibuk betul sekarang ni. Kerja tak habih habih. Kena pula musim demam. Aku demam, anak bini pun ikut demam. Muntah cirit birit. Rotavirus punya hal. Pelik sungguh wabak ni. Pegawai kesihatan kat tempat aku masih belum dapat pinpoint sumber sebenar rotavirus ni.

Anyway aku sibuk sangat sekarang ni. Hari hari banyak masa kat kandang. Tak beli suratkhabar, tak check internet, sampaikan hari apa pun aku tak tahu. Belanjawan itu hari aku langsung tak tahu menahu. Ada cerita baik ka untuk penternak?

Aduh laa dah lama tak menulis, jari dah jadi berat, synaps dan neuron aku pun hilang ntah ke mana. So aku nak mula dengan cerita ringan ringan dulu. Warm up dulu ECU (electronic control unit) aku ni.

Ok. Cerita salah satu kesilapan yang aku pernah buat dulu. Tuan tuan jangan ikut.



Perhatikan betul betul leher anak kambing kat atas. Ada macam bengkak kat leher dia. Ini dinamakan gemuk susu. Maknya terlebih susu. Dulu masa mula mula aku bela kambing 7 tahun dulu, aku menggelabah bila tengok anak kambing jadi macam ni. Saspen sungguh tengok leher bengkak.

Aku ingat dia sakit. Aku pun sibuk lah administer antibiotik. Bila tak surut lagi bengkaknya, bantai ubat cacing plak. Siap bagi iodin supplement lagi kat mak dan anaknya, ingatkan goiter ka, beguk ka.

Memang bengong gak aku masa tu. Ntah apa yang aku pikir. Last last bila buat research sikit, baru tahu fenomena gemuk susu yang membuatkan leher anak kambing jadi bengkak.

Itulah bila difikirkan balik, kesiannya anak kambing tu aku kerjakan. Dah elok sihat bulat bulat, aku sibuk cucuk macam macam. Memang kerja bodoh dan sia sia. Membahayakan lagi ada. Nasib baik takde apa apa anak kambing tu.

Anyway, anak kambing jantan dalam gambar di atas adalah kacukan cair boer (tak pekat dah boernya). Namanya Ozil, umur 49 hari, berat 14.5kg, belum pandai makan apa apa selain susu. Maknya Osiloskop no tag 643 pun kacukan boer. Pertama kali beranak. Nenek dia nama Opium bernombor tag 128 adalah kacukan boer F1 – ada rupa boer.

Moyang dia Oprah adalah fullblood boer. Darah boer kat kandang aku dah mencapai empat generasi. Darah kampung dah 6 generasi. Atas moyang atau lepas cicit aku tak tahu nak panggil apa.

Pengalaman aku bela boer ni, secara jujurnya aku lagi suka kacukan boer dengan darah tempatan berbanding fullblood boer. Kacukan lagi senang bela dan beranak.

Tuan tuan, kacukan boer kat ladang aku kalau tengok dari aspek weight gain rate memang impressive berbanding yang kuat betul darah kampungnya.

Osiloskop dan Opium tu dua dua betina. Dua dua ada kembar. Umur 8 bulan 33 kilo beratnya. Makan rumput je lak tu. Lepas. Takde bottle raised. Selective deworming. Takde masalah masa beranak.

Sekali lagi – betina, kembar, makan rumput. 8 bulan 33 kilo.

Sama atau hampir sama dengan prestasi fullblood. Kalau bagi dedak, bagi deworming berjadual, bagi supplementation itu ini? May exceed fullblood performance.

La ni Osiloskop umurnya 1.2 tahun dan Opium 4.3 tahun (osiloskop ni anak keberapa opium aku tak checklah). Aku cadang simpan dululah buat induk. Nak tengok macam mana penghasilan seterusnya. Si Opium tu konsisten beranak setiap 8 bulan, dah 5 kali beranak, jumlah anak 9 ekor, jadi kidding ratio 1.8. 67% anak jantan. Pretty good.

So dengan fullblood, aku lost money, tapi dengan kacukan aku make money. Pembiakan fullblood kurang menjadi, tapi pembiakan kacukan menjadi jadi. Itulah kesimpulannya.

Waittt.... ini semua under aku punya enforcement of low input husbandry. Kalau kita buat high input husbandry, fullblood menjadi jugak kot. Tapi kena bersedialah dengan input tinggi. Ok tuan tuan.

Salam!!