Tuesday, October 16, 2012

RETURN OF THE GOATBOY


Lama betul warm up aku ni. Aiii sorilah tuan tuan yang dihormati, aku kena takeover kerja gembala selama 5 hari. Bukan setakat gembala tapi kena jaga 350 ekor kambing. Seorang. Memang tertonggeng terkangkang juga lah dibuatnya haha. Takdak masa nak update blog. Kena pula musim beranak.

Dah 3 tahun aku delegate kerja gembala kepada kuli. Sekarang aku kembali jadi goatboy. Pehh dah longgar berkarat aku punya skru skru kat lutut dan kaki. Macam nak tercabut. Dasat dasat.

Aku gembala 200 ekor - mak kambing, dara kambing, teruna kambing, bapak kambing. Yang tinggal kat kandang 150 ekor anak anak kecik. Bila gembala 200 ekor ni, memang kena betul betul observant, jalan non stop, nak berenti sekejap makan nasi pun susah. 3 jam pertama memang kritikal kita punya fokus.

Aku bawak bekal sandwich. Isi tuna banyak banyak, sayur banyak banyak, cream atau cheese banyak banyak. High fat diet. Wajib untuk sustain aku punya energy and willpower expenditure. Aku prefer sandwich daripada nasi sebab boleh makan sambil berjalan jaga kambing. Kalau makan nasi kena berenti duduk bersila dulu. Habih mengadap nasi, kambing hilang ntah ke mana. So aku lagi suka bawak bekal sandwich.

aaahh... my beloved sandwich. Biasa aku bawak 3 ketul buat bekal masa gembala. Sedap weii..

Air minum 2 liter. Kalau hari panas memang habih aku telan 2 liter tu. Tapi sekarang ada hujan, mendung, takdelah panas sangat, so fluid intake 1 liter je.

Parang pun bawak. Pendek sangat pun tidak, panjang sangat pun tidak. Kurang sikit sehasta. Baru praktikal. Kalau jumpa pokok liar daun cantik cantik boleh la tebang bagi kambing. Berebut rebut kambing makan.

Tapi parang ni kambing tak takut, tak faham. Kena ada tongkat. Tongkat tu belasah je kayu apa pun. Janji mesti lebih tinggi dari bahu kita. Baru betul betul jadi gembala. Baru kambing kita iktiraf kita sebagai master. Baru lebih senang jaga.

Tongkat yang panjangnya lebih dari bahu kita adalah penting, sangat penting untuk memudahkan tugas pengembalaan. Kalau kita perhatikan dalam mana mana budaya pastoralist, semuanya ada tongkat gembala yang panjang.

Dan selama 5 hari aku jadi gembala, aku terlupa undang undang ini, dah lama sangat tinggal tugas gembala. Tu yang terkangkang, tercabut skru lutut dibuatnya. So kepada rakan rakan pembiak yang menjadi pengembala, jangan lupa undang undang ini.

Aku gembala jalan kaki je. Jauh lebih efektif berbanding naik motor, atau naik kuda. Motor bunyi bising. Kalau ada anak kambing jatuh parit, kita tak dengar. Kalau ada gerombolan anjing nak menyerang, kita pun tak perasan. Kalau ada parit, jalan lecak pun susah juga bawak motor. Kena pulak bawah sawit, banyak pelepah berduri kat tanah. Memang kejap kejap pancit tayar motor dibuatnya.

Kuda aku si Diego tu tinggi sangat. Kalau kawanan kambing masuk sawit rendah, dah tak boleh buat apa. Dia lompat parit pun tak berani. Dan ada banyak parit bawah sawit. Kuda racing macam tu lah. Racing laju laju boleh. Tapi obstacle crossing tak reti plak. Daripada kuda, keldai lebih baik. Kuda padi tak boleh gak, nakal sangat. Keldai lebih mendengar arahan, dan tak takut anjing.

Sapa sapa tahu kat mana ada jual keldai terlatih?

3 comments:

  1. Assalamualaikum prof..pergh mmg lama tak update blog,tiada informasi terkini tak ceria hidup.Rajin2 lah mnyampaikn ilmu berguna mlalui blog nih.hehe..

    Diego tu elok jual kt den jer..Sawit kt felda tanam serentak so tak ada mslah sawit tinggi rendah sume same jer.hehe..

    ReplyDelete
  2. Prof Isal nak jadi koboi lah plak...hehehe

    ReplyDelete
  3. koboi kampung je..bwak tali senang nak tangkap lembu..hehe

    ReplyDelete