Thursday, September 13, 2012

TRADISIONAL VS MODEN


1900 – populasi manusia 1 billion.

2012 – populasi manusia 7 billion.

Dalam sekurun sahaja, umat manusia berkembang pantas, sangat sangat pantas. Sebenarnya meletup. Tapi jangan risau bagi sesiapa yang mendokong fahaman malthus (and I am definitely not malthusian) , selepas ini pertambahan populasi manusia menjadi perlahan dan makin perlahan. Expected to stabilise at 10 billion.

Ledakan umat manusia dalam masa 100 tahun sahaja adalah disebabkan 2 advances (teknologi) – sanitation and modern medicine. Sanitation ni merujuk kepada sistem kumbahan najis (toilet lah) yang cekap justeru membolehkan pertumbuhan bandar bandar yang semakin padat, dan dalam masa yang sama mengurangkan risiko jangkitan penyakit dengan drastik. Bandar yang padat membolehkan lebih banyak ruang wujud untuk pertanian, so lebih banyak food supply. Bila wujud abundant food supply (food security), manusia lebih pantas membiak.

Modern medicine ni pula teknologi perubatan, spesifiknya vaksin dan antibiotik yang boleh dihasilkan dalam kuantiti besar. Jadi penyakit boleh dikawal dengan lebih berkesan. Actually sangat berkesan. Kadar kematian jatuh menjunam tak macam zaman dulu, dan purata jangka hayat manusia semakin meningkat.

Bukan ke food security penyumbang utama kepada population growth?

Well, food security adalah syarat utama untuk manusia membiak. Kalau makanan tak cukup (not secure) maka manusia tidak akan berfikir dan tidak mampu untuk membiak, sebaliknya sibuk mencari makanan dan menghabiskan sebahagian besar tenaga untuk mencari makanan. Tak dak energy allocation untuk membiak.

Syarat utama. Manusia membiak, tapi slow. Macam keretapi enjin wap. Peledak utama population growth adalah sanitasi dan ubat moden. Ada dua benda ni, dia jadi macam bullet train. Main point aku ialah penyakit (disease) yang banyak mengorbankan manusia. Sebaik sahaja ada sanitasi dan ubat moden(vaksin, antibiotik), banyak penyakit dapat dielakkan. Dan bila muncul penyakit dapat dikawal. Itu pasal umat manusia meletup populasinya.

Dan ini membawa aku kepada kambing dan usaha membiakkan mereka. Cara mana yang kita nak guna? Tradisional dan organik? Moden dan konvensional?

Kalau tradisional, tak berapalah nak guna ubatan zaman moden ni, macam antibiotik, vaksin, dan chemical dewormer. Lagi suka guna herbal, atau alamiah. Mana yang ekstrem sikit, dedak pun tak mahu guna. Manakala mana mana penternak yang suka style modern, tak kisah pun guna ubat canggih canggih ni.

Bagi aku, syarat utama adalah cukup makan (enough feed). Syarat utama yang mesti dipenuhi sebelum pembiakan kambing menjadi. Basic rule ni pun ramai yang tak lepas termasuk aku hehe. Lepas daripada tu, nak guna kaedah organik atau konvensional, terpulang.

Tetapi, berdasarkan pengalaman aku, food security + modern medicine = pembiakan kambing yang lebih pantas berbanding food security + traditional medicine. Jangan salah faham ye, dua dua pun membiak juga, tapi yang lebih pantas dan lower input adalah food security + modern medicine. Sepertimana yang terjadi kepada ledakan populasi manusia sekarang.
Marah pula geng geng jual ubat herba ni.

Rileklah, pada pandangan aku traditional medicine sesuai sangatlah untuk penternak kecil. Kambing 20 – 30 ekor bolehlah, cantiklah tu guna. Pasalnya food security takde masalah, so risk of disease kurang. Tapi bagi mereka yang nak ke peringkat seterusnya, seriously lebih prefer modern medicine. That will include me.

Dulu masa aku mula mula jadi pembiak kambing, biasalahkan, tinggi dan penuh idealisme. Organiklah, guna ubat kampunglah, tak nak guna dedaklah – memang tinggi traditionalism aku. Masa kambing sikit. Bila dah banyak, traditionalisme bertukar kepada modernisme.

Sebabnya antibiotic really works, concentrate also really works, and chemical dewormer really really works. My life is much more easier with them. My farm is easier to manage, and more productive.

Chemical dewormer and antibiotic are very powerful tools, and as always with power, it is easily abused. Yang ni aku nak caution, yang ni aku tak suka, yang ni aku nak elakkan dalam husbandry aku. Banyak penternak salah guna bila nampak keberkesanannya.

Cerita SpiderMan “with great power, comes great responsibility” - Peter Parker

Haa yang ni nak kena pandai. Bila power di tangan kita, mesti ada rasa tanggungjawab, jangan guna sesuka hati. Kejap kejap cucuk, asyik asyik cucuk, dah lah salah ubat plak tu. Memang abuse of power. Kena ada ilmulah, baru praktis kita ada keadilan, baru jadi seimbang, baru jadi low input husbandry.

Contohnya kambing makan tanggung. Bagi makan dedak dan rumput kaw kaw punya. Bulat bukan main kambingnya. Tapi inject ivermectin atau administer albendazole setiap 1 - 2 bulan. “Nak bagi kambing tambah bulat, gemuk berkilat kilat, biar orang yang datang jadi geram tengok” kata penternak x ni. Ni dah jadi abuse of power lah. Not a responsible breeder. Kambing makan tanggung apa pula nak bagi ubat cacing setiap 1 – 2 bulan. Setahun sekali dah cukup. Tak guna pun takpa.

Bila tak ada rasa tanggungjawab dalam menggunakan ubat moden ni, tu yang jadi widespread resistance. Dan salah satu sebab aku mengamalkan low input husbandry (selective deworming, antibiotic as necesssary, no milk replacer) adalah untuk mengelakkan kesan buruk penyalahgunaan ubat moden. Demi memanjangkan jangka hayat produktiviti ladang aku.

Ubat moden memang berkesan dalam mempercepatkan pertumbuhan populasi kambing, dan juga manusia.

Jangan salah guna.

Salam.

*Aku bukan hard core advocate ubat moden, sebab ada masanya aku guna ubat kampung dan ubat herba.

*Herbal dewormer (bawang putih, neem, wormwood, st john's wort, pinang, sirih, condensed tannin, etc) walau pun takde resistance risk, tapi protective period dia pendek sangat, tak macam chemical dewormer. Kena lebih banyak buat research. Maybe kena tubuhkan “Institut Parasit Ruminan Malaysia”...

2 comments:

  1. aku bila baca bab parasit ni gerun jgak,smpaikan US ada mcm2 agensi khas untk study bab parasit nih.Tp research diorg lbih byk pd haemonchus contatus(btul ke ni,hehe) tak bnyak pasal fasciola hepatica.Smpai ke tahap aku lbih trasa msalah utama pd kmbing lepas ragut ni adalah Gastro Intestinal Nematode(GIN),bru bela 50ekor dh malas nk deworm,belum 300 lg.hehe..balik ni kena deworm secepat mungkin..

    betul tu prof,aku rasa utk kuantiti trnakn byak kaedah pling efficient perlu diambil kira.Risiko tinggi sgt nk tnggung kalu kesan tak seprti diharapkn guna herbal dewormer nih,mgkin sbgai kaedah pncegahan sampingan bolehla kot..

    hari2 org tnya ada kmbing utk akikah skrg,demand tinggi skrg.hrga kmbg import dh naik.kmbg tmpatan pulak jd murah.best..best..tp kmbg xde..kurg best laa..hehe

    ReplyDelete
  2. Kalau kita dapat cari cara mewujudkan harmoni ataupun keseimbangan antara cacing dan kambing supaya win win situation mungkin tak wujud fenomena resistance ni. Semua yang tertindas pasti akan jadi lebih lasak dan kuat.

    Macam kambing kampung, dah lama sangat orang perlekehkan. Sekarang ni macam dah nampak gelombang baru kambing kampung

    ReplyDelete