Sunday, September 16, 2012

LEMBU BRITISH VS LEMBU FRENCH


Omputih kuat makan daging merah – lembu dan kambing. Tempat diorang memang sesuai atau kondusif untuk penternakan. Cuaca empat musim di mana kurang parasit dan kandungan dry matter yang tinggi dalam foraj adalah sebahagian advantage berbanding cuaca tropika.

Kita dalam zon tropika, dimana tiada musim kemarau, so ada rumput sepanjang masa. Tetapi parasit banyak dan kandungan dry matter yang rendah dalam rumput, so kurang sesuai untuk penternakan ruminan. Kita juga adalah negara maritim, dikelilingi laut. So diet kita cenderung ke arah ikan dan hasil laut. Kita dah biasa sangat dengan ikan turun temurun. Jadi kita lebih arif, lebih pakar, lebih pandai menilai rasa ikan berbanding omputih.

Omputih pula lebih banyak makan daging berbanding ikan, turun temurun. Jadi diorang lebih arif dalam bab rasa daging, potongan terbaik, dan cara masakan yang terbaik. Antara orang Perancis dan orang British, yang lebih pandai bab daging adalah orang British.

Perancis memang sangat terkenal dengan gastronomic delights, fine cuisine, banyak restoran 3 michelin, banyak world class chef, ibukota makanan dunia. Tetapi dengan sebab ada banyak sangat pilihan cuisine, diorang tak sepandai orang British dalam bab daging.

Orang British pula terhad pilihan cuisinenya. Balik balik steak, chops dan beer. Memang sedih jadi orang British ;)), tetapi dengan sebab itulah mereka lebih pandai menilai rasa daging, dan lebih tahu cara menghasilkan daging yang terbaik.

Orang British tahu macam mana nak bela lembu terbaik, membesarkan cara terbaik, dan menghasilkan daging yang terbaik dan tersedap. Lebih daripada orang Perancis.

Now, orang Perancis ada baka lembu Limosin, Charolais, dan Blonde d'Aquitane. Memang terkenal dengan saiz dan beratnya. Maybe antara baka lembu terbesar dunia. French breeders lebih menumpukan kepada produktiviti – berapa banyak daging dapat dihasilkan. Jadi bagi diorang, membiakkan baka terbesar menjadi prioriti demi keuntungan yang lebih tinggi. Di samping itu, diorang menumpukan kepada penghasilan susu dan keju, which the French is very famous for. So tiada absolute focus untuk lembu baka pedaging. Fokus memang fokus, tapi tak sebaik British.

Orang British pula ada baka Angus, Shorthorn, Longhorn, dan Galloway. Kalau kita perhatikan kat mana mana pameran, memang lebih kecil daripada lembu baka Perancis. Kali pertama aku tengok baka Angus yang warna hitam tu, takdelah besar mana pun. Besar sikit dari lembu KK je.

Ok, British breeders prefer lembu pedaging yang kecik (small), tak agresif (docile), dan cepat matang (fast maturing)- macam sifat lembu kk je, atau kambing kacang ye tak?. Sebabnya lembu saiz kecik lebih mudah untuk digembirakan berbanding baka besar.

Gembira, happy – sememangnya mendatangkan kesan ke atas kualiti daging. Dan ruminan sangat gembira kalau dapat lepas bebas, dapat makan rumput, dapat hirup udara luar, dapat cahaya matahari.

Anyway, cepat matang pula bermakna dagingnya kurang urat (nerves), dan kurang urat menjadikan daging bertambah lembut dan sedap. Dan British breeders tahu fungsi lemak – lemak memberikan rasa kepada daging. Bila cepat matang (baka kecik cepat matanglah), daging berlemak lebih mudah dihasilkan (fatty meat).

Lean beef is not good, is not tasty. It is the fat that makes the beef keep for longer, can be matured longer, and give the taste. Kemampuan menghasilkan daging berlemak adalah penting dalam pemilihan baka pedaging bermutu tinggi – trait untuk rasa lah, bukannya trait untuk saiz.

So tuan tuan, kita ada 2 pilihanlah bila bela kambing pedaging ni, kalau kita ambil lesson di atas. Samada nak menuju kepada saiz, atau menuju kepada kesedapan daging. Selama ni kita disuruh pergi kepada kuantiti (saiz dan berat badan), tapi sebetulnya ada option untuk ke arah kualiti (kesedapan daging).

Terpulanglah.

Dan British beef adalah sangat popular di seluruh pasaran eropah, highly prized by various top chefs, for their more exquisite taste. Hmmm...

Salam.

8 comments:

  1. Salam Tuan
    Dari segi cepat matang dan kesedapan daging apa pendapat tuan tentang Kambing dengan biri2?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daging muda memang sedap tak kisah baka apa pun, tak kisah spesis apa pun

      Delete
  2. agak2 daging Diego mcm gmbar kat atas tu yg pnuh urat sedap tak prof?haha..lembu pun kaji jgak ke,hebat2..aku yg mnternak lembu nipun tak kaji pun.malas tul laa..hihi

    kualiti or kuantiti,kalu dlm visi dan misi mana2 company wajib ada dua2 nih.So tak leh ke kita pilih dua2.gila tamak aku nih.haha..tp sebut pasal daging rasanya daging Wagyu paling top dan mahal.tak silap aku USD200 per kilo,kualiti paling baik.Kat Mlaysia aku rasa sma mcm France lebih kpd produktiviti tinggi,sbb kwsn tak luas so kna maksimumkan output.Mgkin boleh beralih kpd kualiti tp orang kita tak sanggup rasanya nk byar lebih utk itu.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kobe beef dari baka wagyu.

      leceh betul nak bela, way too much input. memang patut harga mahal

      Delete
  3. Tuan Alwi pergi pantau kambing dia guna diego ni ke?
    perhhh..Mcm Koboi power lah...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak guna diego, pasal tinggi sangat, tak lepas dia ni kalau pokok sawit rendah.

      lompat parit pun tak berani, racing boleh le.

      saje buat suka suka bela dia ni, lawnmower sekali

      Delete
    2. Nanti kalau sempat, aku hantar contoh rekod. Tak pun mintak dengan isal je, dia always online.

      Delete