Wednesday, September 12, 2012

MARDI KENA DIPECAHKAN


Aku lebih percaya dengan research and development berbanding pemberian subsidi atau pawah. Jauh lebih percaya walau pun R n D ni lambat nak nampak pulangannya. Gagal pun boleh. Tapi yang aku pasti ada rate of success dan itu berkait rapat dengan saiz peruntukan untuk R n D.

Lagi banyak dana dicurahkan, lagi banyak research boleh buat, lagi tinggi rate of success.

Bilamana masuk bab pertanian, institut penyelidikan yang tersohor kat tanah air kita ni ialah Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia. Macam macam bidang pertanian diselidiknya termasuklah ternakan. Hampir semua jenis ternakan pula tu. Rumput (pastura) pun dia selidik. Makanan ternakan pun dia selidik. Terlalu banyak bidang, susah nak fokus.

Bila kita jadi F1 racing driver, kita kena ada absolute focus. Kena masuk dalam 'zen zone', di mana kita lupa semua benda kecuali apa yang kita tumpukan. Dan yang membezakan world champion dengan driver yang tak menang menang ialah sejauh mana dia terapung dalam zen zone. Lagi dalam zen zone, lagi dalam fokus, lagi tinggi kemungkinan nak berjaya.

Fokus. Dan fokus hanya boleh dicapai bila tenang, tak berserabut macam macam nak buat, macam macam nak fikir. MARDI sekarang terlalu banyak beban dan tanggungjawab, banyak sangat research, actually jadi slow, and slower, and slower.... Dah jatuh rate of success dia dalam bidang penyelidikan pertanian. Itulah persepsi aku sekarang (orang lain sama juga kot?)

Now, Veterinary Research Institute (VRI) milik JPV, dan aku tahu yang dia pun ada buat penyelidikan ternakan. Tapi aku rasa budget dia tak sebesar MARDI, dan tumpuannya lebih kepada penyakit penyakit ternakan. Yang buat tak bestnya, tertakluk kepada JPV federal. So tak cukup autoriti, tak cukup independence macam MARDI.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pun ada unit penyelidikan ternakan. Kat Keratong, tu kambing punya research. In fact MPOB juga ada Energy and Protein Centre, fasiliti penyelidikan makanan ternakan yang sangat advance, melebihi fasiliti MARDI aku rasa. Tapi underutilised, senyap je. Well, mungkin industri ayam je lah yang banyak terlibat kot. Takpa nanti aku check balik.

UPM, UM dan U U lain pun ada buat research kambing, cuma peruntukanlah tak sebesar MARDI, dan sekali lagi, tak cukup autoriti dan independence.

Hakikatnya, di malaysia apa yang aku nampak, rate of research dalam agriculture, kambing khasnya is way too slow. Rasa macam tengok siput babi panjat pokok serai belakang rumah aku. Berjam jam tengok siput babi tu jalan inci demi inci. Exciting betul.. ;)

Untuk itu aku propose suatu badan penyelidikan khas yang independent, atau Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik kat MARDI tu diasingkan, dinaik taraf ke Institut. Contohnya 'Institut Penyelidikan Kambing Malaysia', atau nak lagi best 'Institut Penyelidikan Kambing Hibrid Malaysia'. Pecahkan lagi kepada 'Institut Penyelidikan Makanan Ternakan Malaysia', atau 'Institut Kemajuan Pastura Malaysia'.

Bila buat macam ni, baru terbit fokus. Ada misi spesifik. Makanya lebih banyak mission specific research boleh dibuat, dan lebih tinggi rate of success, dan pastinya faster rate of research. Semua negara maju bidang agriculture buat macam tu. Contohnya China yang termaju industri padinya dalam dunia. Dia ada 'China National Hybrid Rice Research and Development Institute' – betul betul fokus kepada padi hibrid, tak dak benda lain.

Pasal tu rate of progress dalam research padi hibrid di sana jadi outstanding. Wujud absolute focus. Director General tak perlu jawab isu isu lain, jawab cerita padi hibrid dan perkembangannya sahaja. Kat MARDI sekarang, Ketua Pengarah kena jawab cerita ayam, lembu, kambing, kenaf, bunga raya, orkid, belacan, kerepek pisang, pkc pke... Pehh serabut serabut serabut....

Yaaa... MARDI should have a structural shake up to better develop our industry. Harapnya adalah policymaker yang dengar dengar dan setuju ngan idea aku ni. Boleh ke?

Salam.

1 comment:

  1. jgn RnD syok sendiri, researcher pakai nama anak bini sudah..

    ReplyDelete