Sunday, September 23, 2012

THE POISON


Adapun satu penternak super veteran yang pernah aku jumpa (benggali bela lembu susu), dia pernah cakap, dia bubuh binatang berbisa ke dalam garam jilat lembu susu dia. Antara binatang berbisa tersebut ialah tebuan atau kala jengking. Tapi favorite dia adalah anak ular tedung selar. Masa tu garam biasa atau garam putih je yang ada, bubuh dalam buluh. Dia bubuh anak ular tu dalam buluh hidup hidup dan biarkan ia mati dan mereput, sebati dengan garam tu.

Katanya memang berkilat bulu lembu dibuatnya, susu pun banyak, tak pernah datang kurap, tak payah bagi ubat cacing. Masa zaman dia ni, ubat cacing yang popular dan berkesan ialah Nilzan (tetramisole), tapi la ni Km Vet dah tak bawak masuk. India mari punya ubat, aku pun tak tahu apa sebab ntah tak nak bawamasuk lagi – mahal sangat kot.

Anyway, bila masuk cerita bisa, ianya adalah neurotoxin. Dan komponen utamanya adalah mikromineral, atau pun trace mineral, atau pun unsur surih. Kuantiti betul betul minute (sikit sangat) tapi kesannya samada sangat besar atau pun mendadak. Boleh jadi copper, selenium, zink ataupun apa apa unsur lagi.

Garam putih biasa memang takde unsur mikromineral ni, so ada juga benarnya sebab musabab si benggali veteran ni campurkan binatang berbisa ke dalam garam jilat dia. Nak dapatkan trace minerals.

Biasanya kekurangan trace minerals tak nampak kesan immediate. 1-4 tahun kemudian baru nampak manifestasi kekurangan trace minerals dalam diet ternakan kita. Masa tu walaupun makan cukup, kambing gemuk gemuk tapi boleh mati tiba tiba berderet deret ataupun kadar pembiakan tiba tiba jatuh menjunam. Mengandung gugur, atau anak anak banyak mati.

So kita kena hati hati. Kalau nak maintain performance kambing kita, pastikan garam jilat ada makro dan mikro mineral. Bilamana setahun dua awal projek elok aje kambing, tapi tahun ketiga keempat tiba tiba banyak masalah kesihatan kambing, mungkin disebabkan inilah.

Kalau kambing high performance, dia punya intake makro dan mikro mineral pun tinggi, kita kena jaga betul betul. Kambing susu pun sama.

Tapi kalau kambing biasa dah berkurun duduk iklim tropika ni, dia punya intake makro dan mikro mineral pun tak setinggi high performance punya breed. Ada defisit, atau pun tak dak langsung, dia boleh survive lagi. Kita masih boleh extract sikit sikit performance dari dia.

Mmm.. tapikan aku tengah terfikir (teori aku sendiri je ni), mungkin mikro minerals ni tak directly affect resistance dan resilience level ternakan kita kepada parasit. Mungkin dia boleh switch on and off gen gen tertentu, yang kemudian merembeskan protein protein khas yang mengawal parasit parasit ni.

Begitu juga dengan herba herba. Biasanya kita ingat compound (komponen) herba ni macam condensed tannin ada hubungan terus dengan tahap parasit dalam badan. Tapi macam mana kalau dia setakat kawal gen resistance dan resilience ni?

Pasalnya ada kajian ke atas herba herba tempatan ni, tak dak pun jumpa compounds yang bersifat anthelmintic (anticacing). Tapi bila kita bagi kat ternakan, memang nampak hilang beban cacing. Mungkin dalam dos tertentu atau gabungan tertentu, dia switch on gen ketahanan terhadap cacing.

Haha aku saje je nak peningkan kepala sendiri, dan tuan tuan. Tapi kalau ada pandangan boleh gak kongsi ngan aku.

Ada tak research local kita yang dapat identify mana satu gen, atau kombinasi gen yang mengawal tahap ekspresi resistance dan resilience terhadap parasit?

Sapa sapa tahu?  

No comments:

Post a Comment