Sunday, September 23, 2012

PAHIT


Semalam aku pergi 4 ladang kambing. Dah lama tak buat lawatan. 4 penternak ni lebih lama dari aku. Semuanya bela kambing sebagai sumber pendapatan, dan ada yang guna kerete mercedes baru. So aku pelik gak bila ada pihak yang tak yakin boleh survive dengan menternak kambing semata mata.

Aku rasa pihak yang underestimate industri kambing ni tak cukup buat lawatan muhibbah ke kandang lama lama. Tak kisahlah buruk mana pun kandang, hatta nak runtuh sekali pun, tapi penternak veteran ni ada banyak valuable insight, walau pun kadang kadang pedas kebenaran yang disampaikan.

Yaa kebenaran selalunya membuatkan kita berasa tak selesa, panas buntut, tercabar ego. Tetapi tanpa kebenaran kita tak boleh maju.

Dan JPV biasanya tidak mengambilkira input pastoralist berpengalaman ni dalam formulasi polisi. Adalah menjadi suatu kebiasaan juga penternak berpengalaman ni diblacklist oleh JPV kerana kepedasan suara mereka. Penternak baru yang tak cukup pengalaman tapi pandai mengampu atau kaki kipas dapatlah banyak projek dengan JPV – supplier atau importer kambing pawah, atau menjadi tempat kursus, atau menjadi pengurus projek projek berimpak tinggi.

Unfortunately for the industry, they keep failing, big time and scandalously.

Patutnya lantiklah yang betul betul berpengalaman untuk menguruskan projek, atau pun jadi konsultan walau pun tak sebulu, walau pun takde keluar sebaris pun ayat manis manis. Semuanya nampak pahit aje, macam susah nak berjaya projek. Tapi kebiasaannya, bila permulaan projek nampak sukar, macam sekelumit je harapan, itulah yang berjaya akhirnya.

Susah dulu, senang senang kemudian. Berpahit pahit duluan, bermanis manis kemudian, ye tak?

Anyway, ada satu penternak veteran semalam ni yang buat penggemukan kepada kambing jantan pedaging cara fidlot. Jantan jantan ni tak turun kandang, sebaliknya 24 jam atas kandang dan diberi makan ad libitum. Maknanya dedak senantiasa ada, tak habih habih. Dedaknya berasaskan fresh palm kernel cake (beli kat kilang sawit dalam bentuk serbuk) + kulit gandum + kalsium karbonat + rumput.

PKC ni (atau PKE – cara proses je lain) harganya rm530 per tan. Wangi. Kulit gandum mahal juga (tak ingatlah berapa harga). Tapi lagi mahallah dari pkc.

Yang mengejutkan aku ialah kadar kenaikan berat pada 3 – 3.5kg sebulan. Fidlot, ad libitum.

Tak cukup.Tak patut. Tak cekap. Shockingly inefficient.

That is the trouble kalau ration penggemuk kita takde grain (jagung, gandum, padi, barli, etc).

Tuan tuan, kambing jantan aku baka biasa je. Local cross. Ibu 30kg, jantan 55kg. Bukannya saiz besar besar yang beri advantage dari aspek weight gain rate. Tapi aku guna dedak yang ada campuran jagung.

Dan aku tak buat fidlot, aku tak beri dedak secara ad libitum. Secara teorinya, lambatlah kambing jantan aku nak digemukkan. Banyak disadvantage. Tetapi kenaikan berat per bulan yang dapat dicapai adalah 4.5kg – 6.5kg.

Maknanya walau pun nampak mahal dedak yang aku gunakan, tetapi dari segi kecekapan menggemukkan, ianya lebih baik dari pkc/pke 90 – 100%. Actually kos menggemukkan jantan aku adalah lebih rendah. Aku tak bagi ad libitum, aku tak yah cari rumput, takyah chop rumput, takyah penat penat campur sana campur sini. Input penggemukan aku tak setinggi dia, manakala output lebih baik.

Jadi aku rasa lebih baik kita tak yah pening pening buat dedak sendiri, beli aje yang dah siap khas untuk penggemuk. Biar orang yang buat dedak tu yang pening. Kita tumpukan pada usaha pembiakan kambing kita.

Itu lebih baik.

Salam.

2 comments:

  1. BIasa masa mula menternak memang semua benda nak buat. Macam semua yang orang lama buat silap. Haha

    ReplyDelete
  2. semi intensif & darah tempatan adalah kunci kejayaan. hehe.

    ReplyDelete