Tuesday, September 25, 2012

BERGMANN'S RULE!


“In warm blooded animals, races from warm regions are smaller than races from cold regions” - Bergmann pada tahun 1847.

Maksudnya bagi mamalia, spesis dan baka zon tropika lebih kecil daripada zon sejuk (artik, temperate, dan arid). 1847 dah keluar observation Bergmann ni yang menjadi rule. (Rule ni bawah sikit je daripada Law).

1847... kita 2012 pun tak faham faham lagi sifat mamalia setelah lebih 160 tahun keluar Bergmann's Rule ni. Aku rasa banyak juga researcher yang tak pernah jumpa atau dengar pasal ni, apalagi kita yang baru menternak. Cuba tuan tuan tanya doktor doktor haiwan yang dikenali, saja saja test diorang ni? Ke aku yang lambat tahu hahaha (aku tahu benda ni 2010, baru la ni terlintas nak tulis, sah sah aku yang ketinggalan)

Anyway kajian Mayr 1970 dan Searcy 1980 menyokong bergmann's rule. Diorang kata baka tropics saiz kecik sebabnya bila badan kecik, luas permukaan badan (body surface area) bertambah, justeru membolehkan lebih banyak haba badan dibebaskan. Yelah cuaca kita kan panas berwap, ditambah lagi solar radiation, memang badan kita sentiasa menyerap haba dari persekitaran dan ia perlukan mekanisme yang lebih cekap untuk membebaskan haba yang terlebih. So bila kulit luas, lebih mudah dan lebih cepatlah haba lebihan dibebaskan.

Sifat baka tropics yang luas body surface area – luas kulit – menerangkan juga kenapa nisbah berat hidup : karkas kita lebih rendah berbanding baka zon lain. Ye lah banyak kulit, betul tak?

Kajian Dayan 1991 juga meyokong Bergmann's rule di mana dia mengkaji fosil fosil mamalia di seluruh dunia dalam pelbagai zon cuaca. Memang mamalia zon tropics lebih kecik daripada mamalia zon sejuk.

Kajian alwigoatfarm 2010 juga (hehehehe – bukan akulah, rujuk post awal awal aku mystery of the shrinking sheep, dan heat stress untuk lebih understanding) menemui perkara serupa. Ruminan zon sejuk memerlukan rangka badan yang besar untuk menyimpan lebih banyak lemak kerana mereka perlu melalui suatu musim tanpa makanan yang cukup. Ruminan zon tropik pula tak perlu rangka badan besar kerana rumput hijau sentiasa ada, tak dak musim kekurangan makanan.

Selain itu, ruminan zon tropik juga berhadapan situasi very high parasitism berbanding ruminan zon cuaca lain. Ini kerana cuaca kita yang panas lembap sememangnya menggalakkan pertumbuhan rumput tetapi dalam masa yang sama menggalakkan pembiakan parasit. Badan yang kecik mengurangkan risiko chronic parasitism (cacing ni membiak dalam binatang bertulang belakang je, so bila kecik, tulang belakang pendeklah, dan itu memberi isyarat kepada cacing bahawa perumah bersaiz kecik, resource terhad, tak bolehlah nak membiak cepat cepat, tak bolehlah nak conquer perumah).

Tetapi Tuhan bagi jalan lain. Walaupun saiz ruminan tropik ni kecik, tapi pembiakannya pantas. Kat situ pula terbit advantage dia. So aku dok kira kira sebenarnya meat yield per acre of pasture sama je bagi ruminan tropic dengan zon cuaca lain. Alahh.. tak pun kurang sikiiiit je. Ntah ntah lebih baik. Belum jumpa kajian konklusif yang tak berat sebelah, sapa sapa tahu?

Anyway ruminan baka tropik ni efficient bab mengeluarkan haba lebihan, so susah nak dapat heat stress. Tapi senang pula cold stress. Bila sejuk – hujan contohnya, atau dibawa ke zon sejuk, dia pulak menggelabah. Udahnya badan direka untuk cepat membebaskan haba, bukannya mengekalkan haba. Badan mudah sejuk. Itu yang senang jadi selsema, pneumonia lah. Lung troubles. Sepertimana kajian Mack 1983, dan Horst 1984.

Ruminan zon sejuk pula takde masalah cold stress tapi heat stress lah pulak. Badan direka untuk maintain haba (macam thermos – baru boleh hidup selesa masa musim sejuk), bukannya direka untuk cepat membebaskan haba. Terbalik dengan kita. Tu yang terkejut banget bila masuk malaysia kita ni. Mampuih tunggang langgang body system dibuatnya.

Badan mudah panas, dan cenderung menyimpan kepanasan. Jawabnya dia rasa macam duduk dalam sauna lah. Panas berasap aje. Nak kahwin macam mana, tak selesa. Takde selera tengok betina, masing masing ketiak hangit berpeluh peluh.

Anyway, Bergmann's Rule ni aku rasa ada juga exception. Pasalnya seladang kita adalah lembu liar yang terbesar dalam dunia. Haaa... kita dok kata lembu amerika, lembu eropah, lembu british lembu perancis besar gila, tapi kan asal diorang ni semua adalah dari lembu liar auroch, lembu asal eropah.

Dan auroch adalah lebih kecil dari seladang. Begitu juga lembu liar amerika, mr bison. Masih kecil berbanding seladang kita. Diorang dok cross sana, cross sini, itu yang jadi macam macam baka lembu dan saiznya. Seladang kita memang lembu liar terbesar dalam dunia, yang pernah wujud dalam sejarah.

Aku pun pelik gak kenapa seladang defy bergmann's rule ni. Seladang kan ruminan tropika. Tapi satu possible explanation yang aku boleh bagi ialah kewujudan gen unik yang buat dia betul betul resistant dan resilient terhadap parasit tropika. Parasit luar dan parasit dalam, dua dua dia hampir kebal. So dia boleh mencapai saiz badan yang sangat besar. Dan aku harap ada lah pihak pihak yang dapat mengkaji dan buat gnome sequencing treasure unik kita, mr seladang ni.

Kita kenalpasti gen apa yang unik tu, dan apa yang switch on that gene. Dalam masa yang sama kita pun memburu gen apa yang mengawal ekspresi resistance dan resilience dalam kambing kita, dan kita bandingkan dengan seladang. Ni dah masuk bab kejuruteraan genetik, dan genetic engineering adalah the next frontier yang akan merevolusikan agriculture.

Tapi kita kena cepatlah. Jangan dok bagi omputih aje yang kaut. Dia pulak dapat nama, dapat paten, dapat duit, dapat monopoli. Takkan kita asyik nak berputih mata, asyik ketinggalan je, ye tak?

So tuan tuan pembiak kambing, bergmann's rule ni membantu kita lebih faham akan kenapa kambing kita, kambing tropika bersaiz kecik. Ini bukanlah fenomena luar biasa. Ada kekurangan dan ada kelebihan zon cuaca masing masing. Terpulanglah kepada kita mencorakkan baka yang sesuai, baka yang adaptable.

Oklah tuan tuan,

Bergmann's Rule!

8 comments:

  1. salam prof,kerap pulak prog update blog,ada line intrnet dah ke?hehe..yes totally agree dgn sgala yg prof trangkan..dari surface area for tropics smpaila ke seladang(gaur)..tp hairan knapa punya la banyak kajian pasal ni satu pun tak lekat kat meja JPV ye..kalau tak mungkin kegagalan projek ternakan Boer dapat dielakkan..

    seladang mmg haiwan tropika yg unik,first time tgk seladang dkat zoo melaka tahun 2011(giler kmpung aku nih)..bapakla besarnya saiz dia dkat 1tan-1.5tan rasanya..dulu ada jgak citer psal kacukn lembu+seladang=selembu skrg snyap jer..aku nk cari baka selembu utk di AI dgn lembu aku..bleh jadi ke?blum cube blum tau ye x..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdak line lagi, kena pi cc gak. Itupun 5 minit je kat cc. Memang macam ribut dibuatnya

      Delete
    2. selembu ada di zoo taiping kalo tak silap.

      Delete
    3. breeding stop kat selembu, generasi pertama je. Selembu kahwin selembu tak jadi.

      Delete
  2. rasenye bukan kambing je kan.orang asia pn kecik jgk saiznye.heh.

    ReplyDelete
  3. encik alwi takda internet atau sibuk kambing beranak ni :)

    lama tak ber update. hari2 den buka blog ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sibuk sangat ni ha sori la

      memang kambing tengah sibuk beranak

      Delete