Tuesday, September 11, 2012

HYBRID : IT'S THE ANSWER


1 + 1 = 2.3
1 + 1 = 2.5
1 + 1 = 3.0

Itulah hybrid vigor atau kesegaran kacukan. Bila satu tambah satu dia jadi lebih dari dua. Sama macam maksud sinergi. Wujud advantage yang tak disangka sangka. Sekiranya kacukan dibuat dengan betullah.

Sekarang cerita kat China pula. Itu hari US dan Cambodia. Ok. China buat masa ini mencapai tahap self sufficient dalam padi. Menakjubkan sebabnya ada 1.1 billion rakyat (20% penduduk bumi) dan tanah untuk padi ni cuma 7% daripada tanah boleh diairi dunia (arable land).

Maknanya dengan tanah subur yang terhad, China boleh memberi makanan asasi yang cukup kepada rakyatnya yang merupakan 1/5 penduduk bumi. Hasil menggunakan padi hibrid dan penyelidikan yang sangat 'intense' dalam bidang tersebut. China merupakan negara termaju dalam teknologi padi hibrid, no 1 dunia dalam pengggunaan dan pengeluaran padi hibrid, jauh terkehadapan meninggalkan semua negara termasuk negara negara maju.

Padi hibrid.

Padi kacukan.

Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan padi hidbrid ni ialah Yuan Longping. Dan Yuan Longping berhadapan dengan kesukaran demi kesukaran dalam usahanya membuat 'breakthrough' dalam penyelidikan padi hibrid. Hanya apabila beliau mengkacukkan dengan genetik tempatan, nenek moyang padi yang tumbuh meliar (wild ancestor), barulah projek hibrid beliau menjadi. Padi yang tinggi produktivitinya, yang tahan lasak dengan cuaca, penyakit dan masih mendatangkan hasil walau ditanam pada tanah kurang subur.

Kacukan dengan genetik yang tumbuh meliar.

Kacukan tempatan – local cross.

Yang mewujudkan hybrid vigor (kesegaran kacukan)

Dan ini naturally membawa aku kepada kambing. Boer yang dikenali sebagai premier meat breed pun adalah kacukan kambing susu european dengan kambing orang asli di afrika selatan. Boleh rujuk post aku sebelum ni 'asal usul boer: kenapa kita tak nampak?'.

Kacuk mengkacuk ini sebenarnya perkara biasa bagi nenek moyang kita. Menjadi amalan. Ni kira genetic engineering juga. Dah beribu ribu baka terhasil, baik untuk binatang ternakan, mahu pun tanaman. Macam macam fungsi, macam macam warna, macam macam sifat. Diversity enrichment, yang bukan sahaja memberikan kepelbagaian rasa dan kepuasan, tapi meningkatkan ketahanan spesis terhadap risiko kepupusan.

Spesis sama juga, cuma baka yang banyak berbeza. Dan Tuhan memberikan kebebasan kepada kita untuk merekabentuk baka baka menurut keperluan kita. Terserah. Baka baka baru akan senantiasa wujud. Berterusan.

Tapi ada satu yang constant. Semua baka baka ini tertakluk kepada iklim masing masing. Tidak ada satu baka pun yang boleh claim dia lah yang terbaik dalam dunia, sesuai untuk semua zon iklim. Ada limitation juga lah. Sebab itu kalau ada penternak yang cakap, baka boer adalah baka pedaging terbaik dunia, atau baka shami adalah baka susu terbaik dunia, dia tidak berpegang kepada tali yang kukuh. Belum nampak yang tersirat, hanya nampak yang tersurat. Belum faham peranan cuaca, tanah dan fisiologi ruminan sepenuhnya.

Boer pedaging terbaik zon panas dan kering (arid)? Possibly. Shami baka susu terbaik zon empat musim (temperate)? Possibly.

Dan untuk menghasilkan baka yang terbaik bagi sesuatu zon iklim, nak tak nak kena masukkan (kacuk) genetik tempatan. That is the way forward. Baru dapat produktiviti yang memuaskan. Baru dapat kesegaran kacukan. Baru dapat extra enhancement yang tak disangka sangka. Baru dapat sinergi.

Itulah yang dibuat Yuan Longping. Itulah yang dibuat oleh pengasas baka boer. Itulah yang dibuat oleh nenek moyang kita yang arif dalam ternakan dan tanaman.

Kenapa kita dok berpusing pusing tak nampak? Tak dapat menilai treasure depan mata kita? Tak sedar akan kehebatan darah dalam tubuh sendiri?

Hybrid, and its vigor.

Kacukan, dan kesegarannya.

Dengan darah kita, itulah jawapannya untuk bergerak ke arah self sufficiency.

Boleh dapat 1+1 = 3.

Darah kita yang terbaik untuk tanah dan cuaca kita! 

2 comments:

  1. Yessza..hybrid vigorrr..akua da pertnyaan la prof..kalu kambing yg jnis seasonal breeder ni kalau kita bwak msuk negara yg bkan temperate dia msih mngekalkan sifat dia tu ke?n kalu dikacukkn dgn kmbing yg jnis mngawan spnjg tahun mcm kampung baka yg terhasil mcm maner prof..

    ReplyDelete
  2. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat :)
    Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino

    - Adu Q
    - Bandar Q
    - Bandar Sakong
    - Bandar Poker
    - Poker
    - Domino 99
    - Capsa Susun
    - BANDAR66 / ADU BALAK ( GAME TERBARU )

    Contact Us
    Website arena-domio.net
    WA : +855964967353
    Kami Siap Melayani anda 24 jam Nonstop

    ReplyDelete