Sunday, September 9, 2012

FOOD SECURITY : THE ELITE'S INSANITY


Hunger is the best sauce in the world”
- Don Quixote (bukannya Don Jenal, penternak kambing muda di kuala ketil, kedah ;)

Ayat cantik. Tapi aku pasti tiada manusia yang rela hati melalui kelaparan, apalagi mereka yang ada anak anak kecil. Memang tertekan perasaan kalau tengok budak budak yang kelaparan, kurus melidi sampai tak mampu menghalau lalat yang menghurung di bibir.

Sekarang US mengalami kemarau yang teruk. Ekonomi pun teruk, Debt:GDP pada 3:1 (Malaysia 0.52:1 - dah hampiri siling), unemployment 17 -18% (ke dah lebih?). Maknanya pengeluaran makanan terjejas dan banyak yang takde kerja.

Menurut Jabatan Pertanian Amerika, 17 juta rakyat Amerika daripada 320 juta populasi, mengalami situasi 'low food security' pada tahun sudah. 2011 lah. Maknanya 17 juta rakyat yang merupakan 5.5% penduduk Amerika tidak boleh makan dalam sehari kerana tak cukup duit.

Tak boleh makan dalam sehari. Selang sehari makan. Laaagi teruk daripada puasa Ramadhan. 17 juta rakyat yang makan selang sehari. Bukan tahap miskin dah ni, dah jadi fakir. Dalam negara yang menjadi pengeluar dan pengeksport makanan terbesar dunia.

Itu tahun sudah. Tahun ni rakyat Amerika yang mendaftar masuk Food Stamp, program anti kelaparan utama Amerika, mencapai 46.7 juta pada bulan Jun baru baru ini. Rekod tertinggi dalam sejarah Amerika.

Kerajaan Amerika adalah gila kerana membenarkan perkara ini terjadi. Amerika adalah negara pengeluar dan pengeksport makanan terbesar dunia, negara yang termaju teknologinya, dan negara yang terkuat kuasa tenteranya, dan dalam masa yang sama membenarkan rakyatnya kelaparan dan kebuluran.

Insane, bukan tahap bengong dah ni. Sama je macam Korea Utara. Belanjawan perang tinggi menggunung boleh pula disokong – malah ditambah tambah, tapi belanjawan asasi untuk rakyat marhain, rakyat bawahan dibiarkan – malah nak dipotong potong.

Dan kalau Parti Republikan menang pilihanraya kali ini, Amerika akan menjadi semakin gila. Mitt Romney dan Paul Ryan hanya memikirkan kebajikan kelas atasan, dan meminggirkan tanpa belas kasihan akan kelas bawahan. Pengecualian cukai (tax break) yang tinggi bagi orang orang kaya, dan pemotongan peruntukan bantuan – makanan, perubatan, perumahan – yang lebih lebih tinggi ke atas rakyat bawahan.

Yang kaya dibantu, yang miskin dibunuh.

Tuhan pasti akan turunkan malapetaka bila ini berterusan.

Sebenarnya tuan tuan, kerajaan yang adil akan memastikan food security kepada setiap rakyatnya. Barulah betul betul menjadi masyarakat makmur. JANGAN sekali kali kata kita tak boleh buat. JANGAN sekali kali kita kata bantuan makanan, perubatan dan perumahan kepada rakyat yang kesusahan memakan belanja yang sangat tinggi. Jangan sekali kali kita kata peruntukan bantuan ini sepatutnya lebih baik digunakan untuk program pembangunan yang lebih bermanfaat.

Sebabnya kita boleh buat.

Sekarang ni yang aku nampak masalahnya ialah bila makanan asasi (bijirinlah) dieksport tanpa kawalan. Contohnya US ni yang menjadi pengeluar dan pengeksport gandum dan jagung terbesar dunia. Walaupun diserang kemarau yang terburuk, namun US masih ada lebihan pengeluaran. Maknanya untuk penggunaan domestik, atau rakyat tempatan, lebih dari cukuplah.

Tapi dia bantai eksport juga, sebab boleh dapat lebih banyak duit. Kalau eksport dihentikan sementara, biar rakyat tempatan yang makan, tu diaa, terus jatuh harga makanan asasi tempatan – roti. Maka lebih banyaklah rakyat kelas bawahan mampu membeli makanan, takdelah sampai ke situasi sekarang.

Pasaran makanan asasi mesti ada heavy intervention (campurtangan, dan campurkaki) daripada kerajaan. Tidak boleh dibiarkan beroperasi secara free market – harga pasaran ditentukan supply dan demand. Udah le production makanan asasi ni banyak disubsidi, tapi manfaatnya pergi ke pihak yang salah. Karut betul. Memang Zionis.

Kerajaan mesti kawal aliran makanan asasi (control flow of basic food), apalagi ketika pengeluarannya terjejas samada disebabkan cuaca, penyakit, perang dsb. Bukannya susah sangat kan? Tapi itulah bilamana production makanan asasi dikuasai syarikat gergasi yang mempunyai kuasa melobi yang melampau, politicians boleh dibeli, jadi polisi makanan negara boleh dibentuk oleh tangan tangan tamak ini.

Dan aku nampak US dah gagal dalam menjaga kebajikan rakyatnya, gagal dalam perkara yang sangat asas iaitu food security kepada rakyat kelas bawah. Pentadbiran US memandang ringan perkara ini, maklumlah golongan fakir miskin yang tak sekuat mana impak politiknya. Tapi sepertimana sejarah senantiasa berulang, semua kerajaan yang tumbang semenjak Adam diturunkan, bermula dengan memandang ringan kebajikan rakyat yang paling lemah.

Bilamana survival of strongest diutamakan lebih daripada survival of weakest, bermulalah saat kejatuhan tamadun.

Yaa bilamana yang kaya dibantu dan dibantu, dan yang fakir miskin dipinggir dan ditindas, empayar terkuat dan terkaya pun akan runtuh.

Pasti.

Salam. 

3 comments:

  1. Food security mmg lama dh bnda ni brkumandang di dunia,yang ketara masa harga beras mencanak naik tahun 2008 hri tu,pastu tak turun2 dah.Skrg lg best dgrnya Thai,Vietnam,Kemboja,Mynmar dan Laos nk mmbentuk kartel beras antarabangsa peringkt ASEAN.Naik pulak harga nanti.perghh..

    US ni apa je yg diorg buat akn beri effect pd ekonomi dunia dan pasaran saham tentunya.Jobless rate dia naik,manufacturing dia trun smua data ni ditunggu2 smua ahli ekonomi dunia.Hutang dkat 150% brbnding GDP pun diorg tak heran sbb duit dia boleh cetak,negara lain akan beli duit dia sbgai Reserve Currency.DUlu EURO dilihat mmpu menggugat peranan USD sbgai reserve currncy tp skrg EURO pun dh nazak.Semua pakat jual EURO tak nak simpan dah.(adakah ini agenda Freemason,hehe)..tapi YUAN China plak amek tmpat EURO,ok la ada pencabar USD ni..

    setuju prof..keperluan asasi mcm mkanan perlu diutamakan..hehe

    ReplyDelete
  2. Bagus ada China ni. Historically, China ni tak seagresif tamadun atau empayar lain. Lebih suka domestic matter, tak macam amerika yang sibuk sangat bab foreign policy ni.

    Sikit lagi boleh jadi world power yang seimbang dengan US

    Takdelah unipolar

    ReplyDelete
  3. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat :)
    Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino

    - Adu Q
    - Bandar Q
    - Bandar Sakong
    - Bandar Poker
    - Poker
    - Domino 99
    - Capsa Susun
    - BANDAR66 / ADU BALAK ( GAME TERBARU )

    Contact Us
    Website arena-domio.net
    WA : +855964967353
    Kami Siap Melayani anda 24 jam Nonstop

    ReplyDelete