Thursday, September 6, 2012

CALCIUM : PHOSPORUS (Ca:P)


Duduk di KL meningkatkan risiko urinary calculi (batu karang), atau penyakit susah kencing. Bayangkan, pagi pagi nak pergi kerja dah banyak traffic jam berkiloooometer. Balik kerja pun sama, traffic jam berkiloooometer. Kita terpaksa duduk dalam kereta berjam jam menahan kencing. Dan ini pastinya mengundang masalah kesihatan bila amalan menahan kencing ini berterusan.

Nasib baik aku berumah sebelah kandang kambing aku. Tiada langsung traffic jam bila nak ke tempat kerja. Dan persekitaran aku dikelilingi pokok pokok sawit yang menjadi tempat 'convenient' untuk membuang air kecil. Bukan sahaja aku tak perlu bayar sesen bila menyahut seruan alam, aku juga berpeluang memberi kata kata perangsang kepada pokok sawit yang menerima input pertanian aku.

Yaa duduk di ladang memberi aku peluang untuk lebih mesra alam, lebih dekat dengan nature. Aku tak pernah nampak orang bandar berinteraksi dengan toilet mereka. Semua pakat buang cepat cepat. I wonder where all those urea rich, sterilized water goes? Hmmm... Kalau kat tempat aku, memang aku tahulah ke mana perginya. Jelas memanfaatkan alam sekitar.

Well, duduk di ladang bukan sahaja menjaga kesihatan organ perkumuhan aku, tapi juga melestarikan alam, dan memelihara aku punya kesihatan emosi. This is what we called symbiotic relationship, well, sort of....

Ok. Cerita pasal urinary calculi, atau batu karang yang biasanya terjadi pada kambing jantan. Batu karang ni boleh menyebabkan kambing jantan mati, so membawa kerugian. Apalagi kalau pejantan yang mahal mahal, macam yang terjadi kat aku dulu. Jadi kita kena 'guard', berhati hati dengan penyakit ini.

Stres berpanjangan, atau stress mengejut yang 'severe' boleh menyebabkan batu karang pada kambing. Ini kerana ketika dalam keadaan stres, keseimbangan kalsium : fosforus dalam darah boleh lari. Lari jauh.

Bila tahap fosforus tinggi dalam darah (stress hormones can induce this), kalsium dalam darah akan digunakan untuk mengembalikan keseimbangan Ca : P. Kalau tak cukup kalsium, badan akan tarik kalsium dalam tulang. Bila kalsium dalam darah tinggi, ada yang akan didepositkan ke dinding salur darah, dan mula mem'block' salur darah tersebut, terutamanya di ginjal dan pundi kencing. Bermulalah pembinaan calcium deposit yang akhirnya menjadi batu karang.

Bukan sahaja stress, tapi nutrisi juga memainkan peranan dalam pembentukan batu karang ni. In fact, nutrition especially bila kita kuat guna dedak, lebih berisiko membentuk batu karang berbanding stress.

Rumput atau dedaun biasanya memiliki nisbah Ca : P pada 6:1 hingga 20:1. Maknanya makanan semulajadi kambing ni memang tinggi nisbah kalsiumnya berbanding fosforus. Jadi kambing yang total diet dia rumput, tiada risiko urinary calculi, melainkan under stress. Tetapi dedak, atau konsentrat, biasanya fosforus pula yang tinggi berbanding kalsium. Terbalik dengan rumput. Memang meningkatkan risiko batu karang.

Semua jenis dedak dan konsentrat, samada bijirin atau bukan bijirin, samada kering atau basah, menghadapi masalah nisbah Ca : P yang tidak seimbang`. Semua jenis melainkan soyahull. Maknanya dedak yang kita gunakan mestilah dirawat dulu, dipastikan Ca : P pada tahap sekurang kurangnya 2:1.

Sekurang kurangnya 2:1.

Pasal tu aku tak galakkan kita buat sendiri dedak untuk kambing kita. Banyak aspek nutrition dan protokol yang mesti kita tahu dan lalui sebelum boleh menghasilkan makanan yang sesuai untuk kambing kita. Bukan senang nak menghasilkan makanan yang boleh memberikan prestasi terbaik untuk jangka panjang, bertahun tahun, tanpa memudaratkan.

Makanan penggemuk senang, boleh bantai aje macam macam, pasalnya sekejap je. 2 – 3 bulan, tak seimbang pun takpe. Bukan senang oo buat sendiri, banyak kena ambik tahu. Pearson Square, nisbah makromineral dan mikromineral, vitamin itu ini, New York Times Square, Tahrir Square... pehhh berpusing kepala otak.

Jangan buang masa atau ambil risiko bereksperimen masa kita baru menternak, copy dan fotostat aje kaedah yang dah established dan terbukti. Banyak sumber kita akan terbuang (masa, tenaga, duit) bila kita nak buat macam macam masa mula menternak. Kalau dah fokus nak breed kambing, fokus betul betul kat situ. Beli aje makanan ternakan yang certified dan sudah lama digunakan. Serahkan pembuatan makanan ternakan kepada mereka yang lebih expert.

Besok dah stabil, boleh afford kegagalan dalam eksperimen, bolehlah try macam macam.

Anyway, cerita balik Ca : P ni. Kadang kadang calcium deposit ni takdelah betul betul block salur pundi kencing atau ginjal, dia boleh juga block sikit je. Tapi yang block sikit ni membawa kepada luka dalam salur darah, jadi infection dan inflammation. Boleh berdarah darah memancut mancut kencing kambing tu. Aku pernah kena dan aku bagi antibiotik, kambing tu oklah.

Kalau serius punya block, memang nasib tak baik. Boleh try ubat tabib cina, pasal kawan aku ada try dan berkesan juga. Lebih baik kita elakkan daripada berlaku, samada guna dedak terawat atau kita tambah ammonium …...... (amende plak ni, aku dah lupa, ammonium nitrat kot, kena check balik – tanya vet lah lagi senang) ke dalam diet kambing kita yang biasa makan dedak.

Kalau makan rumput aje, tak payahlah susah susah cari calcium supplement atau risaukan nisbah Ca : P ni. Yang kita risau, kambing jantan yang makan dedak atau pun sedang stress. So hati hati tuan tuan.

Salam.

*Coca cola tinggi fosforus. Dia tarik kalsium dalam tulang. Memang tulang cepat reput. Daripada kita sibuk nak ambil makanan high calcium, lebih baik kita cut down makanan dan minuman yang high phosporus. Itu lebih baik.

Nenek moyang kita calcium intake average 800mg je sehari. Tapi zaman moden kita ni, iklan susu sana sini sibuk sarankan minimum requirement 1200mg ke 1800mg sehari. Very misleading!

4 comments:

  1. Assalamualaikum Prof.Alwi..

    Prof dah mcm buku yg brgerak,banyak gila ilmu yang aku sndiri tak pernah dngar.Nisbah Ca:P?dari penyakit urinary calculi smpai ke nisbah Ca:P pun prof kaji.perghhh..serius aku rasa kalu prof.smbg pngajian ni mmg taraf Professor penuh dah nih..

    aku pun nak start bagi dedak utk kmbing jantan,buat cara prof la,pagi bg mkn dedak sikit,petang lepas.Tngh survey hrga n jenis pelet di Kilang Pelet Serting.Kena jaga elok2 ni takut kena batu karang nanti.haha..

    tq share ilmu berguna..terbaekkk..

    ReplyDelete
  2. Nisbah Ca:P bukan sahaja mempengaruhi buah pinggang dan pundi kencing, tapi pelbagai fisiologi lain. Muscle, hearts, mammary glands, dll.

    Feedmaker yang reputable biasanya takde masalah kalau kita minta analisis kasar dedak buatan diorang. In fact diorang kena bagi kalau kita minta. Setiap 6 bulan dedak akan dibuat lab test.

    ReplyDelete
  3. Dedak. Sebenarnya perlu atau tidak? Kalau kita ada rumput fresh.

    ReplyDelete
  4. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat :)
    Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino

    - Adu Q
    - Bandar Q
    - Bandar Sakong
    - Bandar Poker
    - Poker
    - Domino 99
    - Capsa Susun
    - BANDAR66 / ADU BALAK ( GAME TERBARU )

    Contact Us
    Website arena-domio.net
    WA : +855964967353
    Kami Siap Melayani anda 24 jam Nonstop

    ReplyDelete