"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, July 16, 2012

THE FUNCTION


Adalah sangat membantu sekiranya kita tahu fungsi seorang penternak yang memilih untuk menjadi pembiak. Dalam banyak banyak jenis penternak, pembiaklah memikul tugas paling mencabar. Di pundaknyalah tergantung harapan rakyat untuk meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara.

Tetapi kita jarang dihargai. Pandangan kita sering diperlekehkan, kebajikan kita selalu diabaikan, dan kita kerap ditipu dan ditindas. Apalagi kita seorang pembiak kecil. Sememangnya mencabar tugas kita. Lebih baik kita masuk persatuan, sekurang kurangnya nasib kita terbela. Kepada mana mana pembiak kambing yang terbaca blog aku ni, boleh la join Persatuan Pembiak Kambing Malaysia. Boleh emel aku untuk maklumat lanjut dan borang keahlian.

Kita teruskan cerita. Jadi apakah fungsi seorang pembiak?

Assist those who are weak.

Bantu mana yang lemah.

Inilah fungsi kita, kenalpasti dan bantu mana mana kambing yang lemah. Bantu mereka untuk meneruskan kehidupan. Dalam kehidupan semulajadi atau liar, yang lemah ni akan mati. Yang kuat akan terus hidup. Natural selection favor survival of the fittest.

Tetapi sebaik sahaja kambing ini jadi ternakan kita, realitinya law of nature ini tidak lagi terpakai. Survival of the fittest bertukar menjadi survival of the weakest. Kita akan gunakan segala resource dan input yang termampu untuk membantu mereka yang lemah ini meneruskan kehidupan agar dapat memberi keuntungan kepada kita.

Dalam sesuatu gerompok ternakan, terbahagi kepada 3 golongan – 10% elite performer, 70% median performer, 20% low performer. Dan biasanya kita peruntukkan 80% masa rawatan kita kepada 20% yang low performer atau lemah ni. Normal.

Yang tak normalnya bila kita sibuk menghabiskan masa kita dengan 10% elite performer. Patutnya jangan kacau, sibuk sibuk nak bagi ubat atau dedak lebih atau perhatian lebih kepada kambing elit. Biarkan je diorang ni mendapat input yang sama seperti median performer.

Fungsi kita bukannya membantu kambing yang kuat tetapi membantu kambing yang lemah.

Adakah patut kita menakai (cull) kambing yang low performer ni?

Tak perlu bagi pembiak yang belum mencapai full running capacity. Lagi pun kita bela kambing pedaging, bukannya nak buat baka. Dan dengan kecanggihan rawatan dan makanan yang available kepada seorang pembiak sekarang, kita masih boleh mendapat hasil yang berpatutan daripada kambing low performer ni. Tinggikan sikit input kita, kita masih dapat output yang masih menguntungkan kita (kambing pedaging kacukan tempatan, lain lain baka hmmm I don't know).

Boleh ke kita meninggikan peratusan kambing elit dalam gerompok kita?

Bilangan boleh tapi peratusan tetap sama. 10%:70%:20% tetap tak lari. Akan sentiasa ada kambing yang low performer dalam gerompok kita. Sebabnya? Ok, katakan kita kahwinkan pejantan elit dan induk elit, adakah semua anaknya elit juga? Tak. 10% je anak dia yang elit, 70% median, 20% low.

Ia akan terus berulang. Itulah sifat pembiakan seksual atau 'mating', tak seperti pembiakan aseksual yang menghasilkan klon, sebijik macam induk asal.

Kita tak boleh kata ini kecacatan pembiakan seksual, pasti bersebab kenapa Tuhan jadikan macam tu. Kita dok kata kambing tu low performer berdasarkan kehendak kita (contohnya aspek kenaikan berat badan). Tapi mana tahu tiba tiba ada wabak penyakit baru yang menyerang kambing, yang kambing elit habih semua vulnerable tapi yang kambing low performer ni ada daya tahan pula. Mana tahu kan?

Hmm aku rasa itu ajelah kot cerita aku kali ni. Salam hormat.

Wednesday, July 11, 2012

CIK MEK DAISY


Ada pun kajian ini aku terjumpa 6 tahun yang dulu. Sape yang mengkaji aku dah lupa. Tetapi ianya dibuat di negara bawah laut Belanda aka Holland. Belanda ni walau pun seluas Pahang je, tapi produktiviti agro dan agro based industry dia memang dasat betul. Tak padan dengan negaranya yang kecik banget. Pelabuhan rotterdam pun pelabuhan no 1 dalam dunia, paling sibuk dan menjadi pintu masuk ke benua eropah.

Kajian tadi dilakukan ke atas lembu susu, yang bernama dan tidak bernama. Tak silap aku kajian dilakukan selama 4 ke 5 tahun. Didapati lembu susu yang ada nama lebih tinggi penghasilan susunya antara 3% ke 4% semasa tempoh laktasi berbanding lembu susu yang tiada nama.

Inikan senang punya cerita. Bagi nama dan produktiviti lebih tinggi. Maka aku pun sibuklah bagi nama nama kat kambing aku dengan harapan produktiviti kambing kambing aku lebih tinggi. Selalu juga bertekak dengan bini aku nama apa yang sesuai. Pasalnya kitorang belum ada anak masa tu – baru kahwin, so aku engage bini aku jadi mandur kandang sementara aku jadi gembala. Jadi bini banyak masa kat kambing kambing, senang nak bagi nama kat anak anak kambing ni.

Tapi bila kambing dah banyak, pening jadinya nak bagi nama tiap tiap ekor. Tak lalu dah. Bini aku pun malas dah nak campur tangan. Kena pula dah ada anak sendiri. Dan anak perempuan aku tak boleh naik kandang kambing, jadi gatal gatal satu badan. So bini aku dah tak jenguk kandang kambing walau pun sebelah rumah. Aku pun jadi tak bersemangat nak bagi nama.

Pasang tag aje jadilah. Bagi nama kat betina je. Itu pun kalau dah beranak. Dan jujurnya aku sendiri tak pasti samada memberi nama kepada setiap kambing meninggikan produktiviti atau tidak. Aku kan buat kambing pedaging, bukannya lembu susu.

Kajian kat belanda tu ke atas lembu susu je, yang sedang laktasi. Takde pula dibuat ke atas lembu pedaging atau pun kambing susu atau pun kambing pedaging. Tapi yang pasti bagi aku, bila bagi nama kat kambing ni memang memudahkan kita kenalpasti kambing kita.

Dan kajian tu menyatakan sekiranya kita beri nama yang 'feminine' atau tinggi darjah keperempuanannya – hahaha amende ayat aku ni, ia lebih baik untuk lembu susu tersebut. Slightly higher productivity, tinggi sikit tapi tak banyak berbanding yang ada nama. Macam nama yang berkaitan bunga bunga. Talk about flower power!

Dan kajian tu mendapati nama yang paling popular untuk lembu susu di belanda (dan juga amerika) ialah nama sejenis bunga yang dipanggil daisy. Bersepah bersepah cik mek daisy kat dua negara ni. Tak tau pula aku kenapa daisy yang popular.

Aku pun tak kenal mana satu bunga daisy ni. Tapi yang aku tahu mungkin elok bagi nama bunga kat kambing betina kita, mana tahu tinggi produktivitinya. Kita pun ada macam macam bunga – orkid, anggerik, ros, rosemary, bunga raya, nyonya, taik ayam (bunga juga kan?) dan macam macam lagi. Kena jadi pakar bunga, pakar botani, atau landscaper baru lagi senang nak bagi nama kat kambing kita ni.

Pemberian nama membentuk immediate attachment dengan subjek kita. Closer bond, which can be advantageous yet bring disadvantage. Kekurangannya ialah kita jadi susah nak berpisah dengan kambing kita bila sampai masanya, samada masa nak jual atau pun masa nak sembelih.

Dulu aku selalu juga bertekak ngan bini aku (tak le sampai bergaduh weh) bila aku nak jual kambing, dia pula tak nak. Sayanglah, penat jaga tengok dia membesar dari kecil, simpanlah dulu, etc. Padahal nak pakai duit ni, tak jual mana nak cekau duit. Orang perempuan memang sayang betul ngan kambing, itulah jadinya bila bagi dia jaga, kena pula ada nama kambing kambing ni.

So untuk sekarang, kambing jantan aku tak bagi nama. Senang masa nak jual atau sembelih, takde rasa sedih sangat. Kambing betina pun sama, kecuali masa dia beranak kali pertama. Baru aku bagi call sign. Bila kita bela kambing pedaging ni, hakikatnya kita selalu berdepan saat saat perpisahan, so kita kena kurangkan rasa sedih tu dengan mengambil langkah langkah yang patut. Tak macam bela kambing susu atau lembu susu.

Mungkin ini salah satu sebab lagi rasul rasul semuanya jadi gembala kambing. Belajar menghadapi saat saat menyakitkan masa berpisah, masa kematian, mengorbankan sebilangan tertentu untuk survival gerompok utama. Belajar mengendalikan perasaan sedih ini dengan binatang ternak sebelum betul betul menjadi pemimpin ummah.

Ok lah tuan tuan. Itu saja kali ni. I am signing off! Roger and out!

*3% lebih kuantiti susu yang dihasilkan sebenarnya banyak tu. Bukan susah pun, bagi nama je kat lembu. Gosok hari hari sebut nama dia. Tapi tu lah, takde pula kajian ke atas kambing pedaging. Aku sendiri pun tak pasti, tak konklusif bila aku buat sendiri kat ladang aku. Mungkin kurang sesuai untuk kambing pedaging, mana lalu nak sebut gosok gosok sebut nama bila kambing beratus ekor? Pengalaman tuan tuan macam mana?

Wednesday, July 4, 2012

THE KEY PART II


Rujuk post sebelum ini 'the key'. Bila kita tahu kadar kelahiran, mortaliti, dan pembiakan ianya memudahkan kita mengira dan meramal potensi untung rugi operasi pembiakan kita. Situasi sebenar, dalam negara kita, dalam cuaca tropika kita, dengan cabaran cabaran uniknya. Barulah kita nampak realitinya. Sekarang ni kabur banyak jerebu industri kita ni, pasalnya banyak penternak tak simpan rekod, jadi semua keputusan dibuat dalam keadaan kabur, agak agak, dibantu cahaya lampu suluh negara luar yang terang malap malap. Tu yang banyak accident, tinggi mortaliti di kalangan pembiak dalam negara kita.

Dan bila masing masing simpan rekod, baik yang bela baka boer, jamna, kacang, anglo, kacukan, saanen, bawah sawit, intensif, semi intensif, atas bukit, lembah berpaya, tepi pantai, atas gunung bla bla bla– semuanya bandingkan rekod masing masing, maka kita kita akan mendapat keseragaman, yang membolehkan kita menerbitkan piawaian untuk industri kita. Barulah terang benderang, ada spotlight 20,000 watt dalam industri kita. Barulah keputusan dan polisi dibuat dalam keadaan terang dan jelas. Barulah jadi betul. Barulah kita bergerak ke arah 'self sufficiency'.

So, dalam operasi aku sekarang, setiap ekor ibu atau induk akan menghasilkan potensi untung kasar (dah tolak opex) sebanyak rm793 setahun. Parameter utama (bukan andaian ye – ni current situation ladang aku) yang digunakan ialah harga jualan rm18 per kilo, buat sistem semi intensif, ada penggemukan, seorang pekerja, dan bilangan kambing 300 – 400 ekor.

Kos seekor ibu ialah rm300 – aku beli 13 ibu tahun pertama operasi. Lepas tu takde beli dah. Masa tu memang murah, udahnya kena kelentong terbeli kambing sakit sakit. Biasak la kan, penternak baru memang kena goreng sampai hangitlah jawabnya.

So kos awal per ekor rm300, tapi potensi pulangan untung kasar setiap tahun ialah rm793. Oklah tu kan? 

Tapi kalau beli induk harga ribu ribu, pulak tu opex tinggi, kadar pembiakan rendah, habih tergolek kita dibuatnya, mana boleh recover initial cost. Even kalau opex kita rendah, bila bela baka yang bersaiz besar besar ni (darah asing atau bukan), kenyataannya adalah kadar pembiakan yang sangat rendah, tak menepati objektif dan requirement seorang pembiak kambing pedaging. Kalau tak percaya, boleh guna formula yang aku dah bagi untuk calculate, gantikan je nilai kadar kelahiran tu.

Tapi kalau beli baka kacukan tempatan dengan opex tinggi rm1.50 per ekor per hari, masih ada untung iaitu rm383.70 per tahun. Cumanya lambatlah nak recover initial outlay kita. Yang pentingnya bagi operasi pembiakan kambing pedaging, kita mesti cari baka yang sesuai dengan objektif kita sebagai pembiak kambing pedaging. Beli baka saiz sederhana, opex pun sederhana, barulah dapat menjual harga sederhana, harga sesuai untuk kambing pedaging. Barulah namanya jadi pembiak kambing pedaging.

Developmental cost untuk anak kambing yang nak dijadikan induk?

Ok, berdasarkan rekod ternakan aku (boleh rujuk parity record dalam laporan prestasi ladang aku kepada sape sape yang dah dapat), kambing betina aku first kidding pada purata 13.9 bulan. Kira rasmilah jadi ibu masa tu. So 0.3x30x13.9 = rm125.10. (Ni makan rumput je ye, kalau bagi suplemen walau pun kos tinggi sikit tapi cepat jadi ibu, so ada timbal balik). 

Nampak tak? Ada kos bila simpan anak betina untuk dijadikan induk. Tapi dalam kes aku developmental cost rendah, iaitu rm125.10. Masih jauh lebih murah berbanding kalau aku beli induk baru. In fact masih murah berbanding kos beli induk asal aku yang rm300 tu. Tapi bila kita simpan kambing untuk expansion, kita hilang potential income, memang buat dilema. Inilah salah satu keputusan sukar yang pasti dihadapi seorang pembiak. Apatah lagi pembiak sepenuh masa yang tiada income lain. 

Tapi bila kita dah mencapai kapasiti penuh (samada kandang penuh atau capai target bilangan induk), kita akan jual semua anak yang dihasilkan. Kita simpan sedikit je utk replacement program. Masa ni memang best, cashflow memang cantik. Betul betul untung. Memang rasa berbaloi jadi seorang pembiak. Inilah jalan yang biasa dilalui seorang pembiak kecil kecilan tanpa modal besar. 

Now, bagi seorang pembiak baru yang nak menceburkan diri sepenuh masa (takde income lain, betul betul harapkan pembiakan kambing), ada satu tip aku boleh bagi. Kita kena kurangkan masa menunggu penghasilan anak. Berdasarkan rekod aku (kacukan tempatan ye, baka lain aku tak tahu), induk betina mula masuk fasa tinggi produktiviti bila mencecah umur 22 bulan. Masa ni dia dah pernah beranak, dah pandai jaga anak, beranak lebih banyak, susu lebih banyak, kurang masalah. Lagi produktif masa umur dia cecah 30 bulan, maknanya 2.5 tahun.

Makanya aku menggalakkan pembiak baru yang nak buat sepenuh masa (tak dak income lain) untuk membeli induk kacukan tempatan yang berusia 22 ke 30 bulan. Takpe bayar mahal sikit 600 ke 800 pun. Sebabnya pulangan lebih cepat, dah profitable tahun pertama lagi (well, kalau rajin buru ilmu, berdisiplin, dan rajin bersedekahlah - takdak 3 benda ni tak jadi juga). Aku tak berapa galakkan beli dara melainkan untuk pembiak yang boleh menunggu atau ada income lain. 

Tapi ada orang kata betina ni produktiviti dia sampai umur 4 tahun je, lepas tu kena replace? Nanti rugilah kalau beli yang umur 2.5 tahun, umur 4 tahun dah retire, so 1.5 tahun je masa penghasilan?

Kelakar juga ni, tapi kenyataan ni datang daripada importer dan trader, atau daripada mereka yang kurang pengalaman. Kambing betina mana ada menopause, selagi ada jantan dia akan terus mengawan dan beranak. Cuma produktiviti dia jadi slower seiring peningkatan usia. Kenyataannya bagi kambing yang dibela cara intensif, purata jangka hayat ialah 6 ke 10 tahun, manakala semi intensif atau ekstensif mencapai 12 ke 20 tahun. It's down to fitness level and happiness level. Lagi fit dan happy, lagi sihat, lagi produktif, lebih panjang umur.

Now, barangkali ada penternak yang akan mengatakan, kalau kambing si alwigoatfarm ni kadar pembiakan dia 2.1 per tahun, kambing aku lagi hebat pasal setiap 6 bulan beranak, dan bila beranak kembar pula tu, so aku dapat 4 anak per tahun.

Hello, janganlah tengok 10 induk terbaik yang ada di ladang tu, buat rekod baik baik semua sekali, observe untuk setahun penuh, kirakan semuanya, kira berapa kelahiran tahun tersebut, kira berapa ibu tahun tersebut, barulah realistik. Dalam satu satu masa mana mungkin semua induk peak performance, mesti ada low performer, mesti ada median performer, mesti ada elite performer. Dan ada yang baru first kidding, ada yang fourth kidding, ada yang 12th kidding. Itu semua mesti diambilkira. Adalah pelbagai sebab untuk kenapa performance level macam tu. 

Tuan tuan, sebaik sahaja aku mendengar seorang penternak describe prestasi ladang dia dengan menyatakan kambing dia beranak 6 bulan sekali (ada juga yang claim 5 bulan sekali hahaha), aku terus reject dia sebagai knowledgeable breeder, unworthy to be a mentor. Lantaklah kambing beratus ekor pun, lantaklah berderet deret orang masuk kursus dia pun, lantaklah macam mana hebat pun infra ladang dia, lantaklah macam mana mashyur pun dia. Bila ketam mengajar anak berjalan, habih semua anak murid tunggang langgang tergolek terlingkup. Sorilah aku terbakar plak ni. Geram pun ye dengan penternak macam ni. 

Ada plak kadar kelahiran 6 bulan sekali? Bila masa dikira macam ni? Pening sampai tahap migrain kalau nak kira kadar pembiakan berdasarkan cakap cakap aje. Bayangkan ada 100 ekor kambing. Cuba cerita kat aku, macam mana nak kira, macam mana nak forecast kalau kata kambing beranak 6 bulan sekali? Ada yang beranak satu, ada yang dua, ada yang tiga, ada yang mandul, ada yang dara, ada yang sakit.. haa macam mana nak dapatkan gambaran dan perkiraan yang tepat, yang reliable, which can be forecasted several years ahead?

Sori sori aku tetiba naik angin, ntah kenapa rasa 'highly flammable' betul bila sampai bab bab ni. Dah lama terpendam kot.

So, cara terbaik nak mengukur prestasi ladang ialah dengan menyimpan rekod kelahiran dan kematian dengan teliti. Dari situ boleh kira kidding rate per year, boleh juga terbitkan parity record. Tak payah guna pun software husbandry. Sebat aje open office punya spreadsheet. Free. Barulah bercakap bersandarkan fakta dan kebenaran. Ini cakap bukan main besar, berdegar degar tapi bila kita mintak rekod, huh hampeh macam macam alasan. 

Ok, bagi pembiak kambing yang duduk di klang, macam fairul, ada dua advantage besar kat situ. Pertama supply dedak boleh dapat murah kat port klang. Yang kedua harga jualan kambing lebih mahal. Bukannya purata rm520 macam kat ladang aku sekarang. So kalau kena caranya, walau pun ada kekangan kawasan, masih boleh untung sebagai pembiak kambing. 

Bagi aku, selagi kadar pembiakan tinggi, tak jadi masalah besar kalau opex tinggi. Masih boleh untung. Geng kita yang banyak tergolek pasal kadar pembiakan rendah sangat. Tak cukup anak anak kambing untuk dijual, takdelah income. Demand cantik, bukannya tak boleh jual. Lebih menjurus kepada macamana nak meningkatkan supply, bukannya macamana nak meningkatkan demand. 

So itu sajalah aku nak berkongsi kali ini tuan tuan. Jumpa lagi.