Wednesday, May 30, 2012

DISERANG ANJING LIAR


Terkejut aku baca paper harian metro semalam. Seorang gembala lembu dijumpai mati dibaham anjing liar tak jauh dari rumahnya. Kat kluang, johor. 200 meter je dari rumahnya. Jumpa mayatnya dalam parit, kaki tinggal tulang, dagingnya habis diratah anjing. Ngeri sungguh. Orang melayu, islam. Jadi kita sedekahkan fatihah kat arwah dan berdoa agar rohnya dicucuri rahmat.

Pengalaman aku bila gembala kambing ni, memang ada kes diserang anjing liar. Bukan aku yang diserang, tapi kawanan kambinglah. Berterabur jugaklah kambing ni lari, berpecah sana sini, ada juga yang ikut anjing liar tu lari. Ke mana anjing liar tu pergi, kambing ni pun ikut juga. Bodoh sungguh.

Tetapi kambing ni berterabur bila dikejar sekumpulan anjing liar 4 – 5 ekor. Kalau anjing liar tu sekor sekor, tak berani dia menyalak dan kejar kambing ni. Biasanya anjing liar yang aku terserempak masa gembala ni tak berani kejar orang, atau lari sebaik sahaja ternampak gembala masa dia tengah sibuk dok planning macamana nak tangkap kambing. Tak pernah pula aku dengar kes anjing liar kejar gembala sampailah keluar berita semalam.

Pelik juga aku, kenapa jadi camtu? Mungkin dia sakit jantung terkejut, kemudian tergolek jatuh ke dalam parit, lepas tu anjing liar ambil kesempatan?

Dulu masa mula mula bela kambing, kerap juga kambing aku digigit sampai mati oleh anjing anjing liar ni. Masa tu aku tak gembala sangat, jaga 1 ke 2 jam, bila dah sampai tempat yang nampak ok, aku tinggalkan biar kambing tu meragut sendiri tanpa pengawasan. Memang selalu dikejar anjing liar, sedar sedar kambing semua dah balik kandang. Kira punya kira, tak cukup. Kalut mencari mana yang hilang. Sampai tengah malam mencari pun ada.

Biasanya kambing boerlah yang jadi mangsa. Perut bulat, kaki pendek, bila lari terkedek kedek slow. Tak cukup spring kaki dia. Kelakar betul tengok kambing boer ni berlari. Jamnapari pun sama. 'Elegan' macam ratu cantik, macam pakai kasut tumit tinggi. Sekali disergah anjing, habih. Kambing kampung je yang nampak ada 'spring' kat kaki dia bila berlari, berdesit. Kuranglah risiko mati digigit anjing.

Oleh kerana masa tu banyak juga kambing aku yang digigit anjing, aku jadi punyalah geram sampai aku pakat dengan kawan kawan indon dalam ladang tu guna umpan racun. Kepala ayam campur puradan. Adalah 2 -3 ekor anjing yang mati. Tukar puradan kepada methomyl – racun black market import dari siam – lagi berkesan, pasal tak nampak racun tu dan takde bau. Puradan warna ungu, methomyl warna putih. Bukan anjing je yang mati, dengan biawak biawak sekali tergolek.

Bila anjing anjing ni mati, rasa legalah sekejap. Rasa lega yang sekejap.

Aku pun lepas kambing sekali lagi tanpa pengawasan, ingat bila dah kena racun, berkurang drastiklah kes serangan anjing liar ni. Huh hampeh, banyak juga kambing yang mati digigit anjing, pasalnya anjing anjing liar ni sering berganti. Selalu meronda mencari kawasan memburu. Bila kita dah clear kawasan ni, masuk pula kawanan anjing dari tempat lain.

Salah aku sendiri, bodoh tak faham faham. Umpan racun bukan penyelesaian, panggil pejabat haiwan atau orang kampung datang tembak anjing ni pun bukan penyelesaiannya.

Jawapan terbaik kepada serangan anjing liar atau pemangsa pemangsa lain ialah menjadi gembala sepenuh masa, sepertimana yang Rasul rasul dok buat. Semua Rasul bela kambing, dan semuanya jadi gembala. Maknanya jaga kambing masa lepas meragut. Jadi pengawas, jadi observer yang teliti, jadi ketua kepada umat kambing ni. Mana ada yang main lepas tak berjaga.

Barulah menjadi usaha ternak aku, barulah penat lelah aku mendatangkan hasil, barulah nampak betapa signifikannya perbezaan prestasi ladang ternak yang gembala dengan tak gembala, barulah tak wujud serangan anjing liar ke atas kambing aku.

Tak wujud walau satu pun kes serangan anjing liar semenjak aku menjadi gembala sepenuh masa yang observant. (Kalau gembala, tapi sibuk dok main henpon, telepon sana sini, tak jadi tuan tuan.) Inilah jawapan yang terbaik, penyelesaian yang pasti mendatangkan hasil, jauh lebih baik dan berkesan dari alternatif lain – pagar letrik ka, guna anjing jadi gembala ka, umpan racun ka, tembak pemangsa2 ka, etc..

Gembala.

The single most influencing factor in ensuring a semi intensive breeder farm's success rate (amenda plak aku bantai cakap omputih ni?).

Gembala yang 100% observant. Kena disiplin tinggi, fokus tinggi, stamina tinggi, kesabaran tinggi. Memang melatih kita menjadi pemimpin. Pasal tu semua rasul masa muda muda di'training' jadi gembala kambing.

Dan ramai yang tak lepas, gagal bila nak mencapai taraf master herder, termasuk aku. Sibuk layan panggilan sana sini, visitor selalu datang kandang, jadi aku tak boleh fokus masa gembala. Jadi aku employ indonesian untuk ganti tempat aku jadi gembala. Masalahnya kadang kadang hilang juga fokus dia ni. Tu yang ada juga kes anak kambing hilang walau pun jarang jarang.

Takpa yang penting kita gembala. Barulah anjing anjing liar ni tak berani kacau. Kita bawaklah parang, asah tajam tajam, kalau ada anjing yang sergah, kita sergah dia balik sambil libas parang tu. Lari dia.

Nak lagi bagus, bawak sekali anjing kita jadi assistant gembala. Aku ada 2 ekor, satu jantan tulen, satu lagi jantan tak tulen (dah kena potong telur). Bila ada aje anjing liar, anjing 2 ekor ni pi kejar dan gigit. Lepas tu kita buatlah apa yang patut. Bunuh cepat cepat tak kisahlah macam mana. Gembala aku yang indon tu dah dapat 7 – 8 ekor jugaklah anjing liar bila bawak assistant gembala ni. Berkesan sungguh jadi gembala dan bawak anjing penggembala.

Jadi tuan tuan, inilah cara yang aku guna sekarang untuk mengatasi serangan anjing liar kat tempat aku. Jadi gembala sepenuh masa dan memang ada pengurangan drastik serangan anjing liar. Selain itu gembala sepenuh masa ni meningkatkan prestasi ladang kita secara signifikan walau pun kita mungkin tak sedar hakikat tersebut. Kita ambil contoh rasul rasul, kita tengok cara cara kaum pastoralis (penternak) yang telah terbukti zaman berzaman, generasi bergenerasi mendatangkan hasil.

Semuanya jadi gembala.

Gembala.

Mbekkk!!!

Monday, May 28, 2012

GARAM JILAT BERVITAMIN : PERLUKAH?


Aku nak bagi laluan dulu kepada berita persatuan pembiak kambing malaysia. Itu hari kitorang jumpa rombongan deputy minister kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah (KKLW) kat negeri sembilan. Seminggu lepas tu kita buat proper meeting di putrajaya. Dengan deputy ksu kklw.

Berita baiknya ialah kklw bersetuju menjalin kerjasama dengan ahli ahli ppkm. Diorang akan adopt program cluster yang kita cadangkan. Mentor akan dilantik (kitalah ahli ahli persatuan), kemudian orang kampung yang berminat boleh jadi mentee. Radius 10km dari ladang kita. Bilangan mentee maksimum 5 orang. 1 mentee dapat 20 - 25 ekor kambing breeding dari mentor.

Oklah tu bagi pembiak kecik macam aku dan kebanyakan ahli ahli persatuan. Majoriti pembiak kambing di malaysia ni bukannya besar besar tahap komersial. Sebaliknya kecik kecik. Kontrak yang nampak kecik bagi penternak besar sebenarnya bernilailah bagi orang kecik macam aku. Kali ni biarlah yang kecik kecik merasa keuntungan. Asyik yang besar je melahap semua ye tak?

Kali ni decentralization, kita bagi kepada ahli ahli persatuan. Err yang berkelayakanlah, takkan baru start menternak jadi mentor pula ye, kelam kabut nanti. Anyway, kerjasama kita dengan kklw ni akan menggalakkan peningkatan semula pasaran baka yang dah lama juga merudum ni. Adalah 'up' sikit suasana industri kita nanti. Baik baik...

Berita tamat.

Ok, masuk tajuk posting aku kali ini. Selain daripada menghidap sindrom asperger, aku juga menghidap sindrom “lemah satu badan teruja bila digoreng penjual ubat kambing”. Nama pendek sindrom ni aku aku tak tahu, puas cari kat internet tak jumpa lagi. Saintis saintis dalam dunia ni belum kasi nama lagi kat sindrom ni kot. Mungkin aku penghidap pertama sindrom ini dalam planet bumi hehe.

Sindrom “lemah satu badan teruja bila digoreng penjual ubat kambing” memang banyak menyusahkan aku, dan dalam masa yang sama menyedarkan aku, menggerakkan aku ke arah low input husbandry. Aku ni pantang masuk kedai jual ubat kambing atau gerai gerai ubat kambing dalam pameran pertanian, mulalah gatal tangan nak beli itu ini walau pun tak berduit.

Teruja sungguh nak try pelbagai jenis ubat yang kononnya boleh meningkatkan prestasi kambing, pasal dok fikir bila guna ubat dan suplemen ni boleh memberi pulangan lebih tinggi kepada usaha ternak aku. Macam macam ubat dan suplemen aku cuba dari A sampai Z, dah beribu ribu rm aku terbang, dan ini termasuklah garam jilat bervitamin yang aku nak cerita ni.

Garam jilat bervitamin ni biasanya ditambah vitamin A, D dan E. Ada macam macam brand, warna dan fesyen. Locally made ada, imported pun ada. Seperti kebiasaannya, menurut pengeluar, pelbagai fadilat boleh didapati bila menggunakan garam jilat bervitamin ni. Baik untuk fertiliti kambing, meningkatkan pengeluaran susu, mempercepatkan kenaikan berat badan dan bla bla bla bla (1000x).

Kali ni aku nak nyatakan satu benda yang ramai daripada kita golongan penternak tak tahu.

Vitamin sintetik yang ditambah ke dalam garam jilat adalah cepat rosak (fast degrading). Oxidation rate very fast. Kejap je dah rosak bila terdedah kepada udara. Rugi kita dibuatnya. Walau pun concentration dia tinggi dalam garam jilat tu (juta juta IU Per kg).

Kalau kita nak guna juga, takpa. Pastikan beli garam jilat yang freshly made (kurang 3 bulan dari tarikh dikilangkan), dan beli yang dibungkus secara kedap udara. Pembungkusan kedap udara memanjangkan hayat vitamin sintetik ADE dalam garam tu. Reject mana mana garam jilat bervitamin yang tak berbungkus kedap udara.

Macam mana garam jilat yang ditambah makro dan mikro mineral, tapi takdak vitamin?

Jenis tu tahan lasak sikit, lambat oxidation rate dia. Yang leceh ni yang bervitamin tu lah. Bagi aku lah bila masuk bab garam jilat ni, pastikan ianya fresh, fresh, fresh, fresh. Keep it fresh, baby!!

Ok. itu pasal oxidation rate. Satu lagi ceritanya ialah sifat sintetik vitamin yang ditambahkan itu. Biasanya vit ADE sintetik ini disintesis daripada coal tar, atau nak senang cerita, daripada 'gam' masa buat jalan raya bertar. Yang dok bakar bakar kasi jadi panas likat, lepas tu siram kat jalan. Menatang tu lah. Benda inorganic. Susah betul nak diserap oleh badan, banyak yang terbuang.

Kenapa disintesis daripada benda bukan organic macam coal tar?

Pasalnya murah, cepat dan senang keluarkan dalam kuantiti yang banyak. Kalau vitamin ADE yang organik (mudah diserap oleh badan), nak kena proses daripada lemak binatang atau lemak sayuran. Leceh dan mahal.

Mana yang lebih superior (berkualiti), vitamin sintetik atau organik?

Pastinya yang organik. Vitamin ADE ni bersifat fat soluble. Maknanya perlukan kehadiran lemak, baru senang diserap. Dan lemak bukan sebarang lemak. Lemak tepu (saturated fat), yang kita selalu ditakut takutkan jangan makan. Realitinya takdak lemak tepu, takdak vitamin ADE. Kalau kita tak makan makanan yang mengandungi lemak tepu, memang kita susah sangat serap vitamin ADE yang ada dalam makanan untuk masuk ke dalam badan kita.

Kehadiran lemak tepu bukan sahaja memudahkan penyerapan vitamin tetapi juga mineral, terutamanya kepada monogastrik. Ruminan macam kambing hanya perlukan sedikit kehadiran lemak tepu untuk mendapatkan vitamin ADE.

Vitamin sintetik mana ada datang sekali dengan lemak tepu, perasan tak? Main sedap bubuh aje ke dalam garam jilat tu. Manakala vitamin organik biasanya datang bersama lemak tepu, contohnya minyak hati ikan atau minyak sawit. Barulah senang diserap badan.

Pengalaman aku?

Bagi mereka yang lepaskan kambing meragut, tak payah guna garam jilat bervitamin. Membazir sebabnya kambing yang lepas ni boleh dapat vitamin A dan E organik yang cukup tinggi melalui pemakanan dedaun dan pucuk. Pucuk dan dedaun mengandungi vitamin A dan E organik lebih tinggi berbanding rumput. So kalau kambing dapat lepas meragut, bebas memilih pucuk dan dedaun, memang cantiklah tak yah risau pasal vitamin A dan E. Kena pula dapat makan biji sawit, fuh memang tinggi vitamin E organik dalam biji sawit tu.

Dalam masa yang sama, kambing lepas meragut dapat vitamin D yang lebih tinggi sebab lama terdedah kulitnya kepada cahaya matahari. Inilah sumber terbaik vitamin D dalam dunia ni, cahaya matahari. Dah la terbaik, free pula tu. Syukur kepada Tuhan.

So bila kambing lepas meragut, dia dapat semua vitamin ADE, juga vitamin K, dan juga B dan C. Dalam bentuk yang terbaik lagi alami. Apa pula nak susah susah beli garam jilat bervitamin atau tepung vitamin campur dalam dedak?

Hmm pengalaman aku ni berdasarkan usaha aku membiakkan kambing pedaging cara semi intensif. Kalau tenusu, lagi baiklah guna garam jilat bervitamin. Pasalnya daily requirement vitamin ni memang sangat tinggi untuk kambing tenusu. Guna aje walau pun susah diserap badan. Dapat gak sikit sikit.

Kalau kambing pedaging sistem intensif, duduk dalam kandang aje, tak jejak tanah, tak dapat cahaya matahari?

Bolehlah guna garam jilat bervitamin. Lebih baik guna sebabnya tahap vitamin ADE dalam badan kambing sistem intensif ni pasti jauh lebih rendah berbanding kambing dapat lepas meragut. Tapi belilah garam jilat bervitamin yang fresh fresh baru buat. Reject mana mana yang tak dak bungkusan kedap udara.

Pentingkah vitamin ADE untuk kesihatan dan prestasi kambing?

Sangat penting. Personally aku percaya kambing yang tip top mantap dan subur mempunyai kadar vitamin ADE dalam darah yang jauh lebih tinggi berbanding kambing yang selalu sakit, selalu problem. Tapi aku puas cari research yang mengkaji hubungan ini secara spesifik, tak jumpa jumpa baik local mahu pun international.

Kalau tuan tuan ada terjumpa research pasal ni, cepat cepat kongsi ngan aku. Sama sama kita belajar. Terima kasih.

Salam hormat.

Tuesday, May 22, 2012

CACING : RAWATAN TERBAIK ALERGI?


Dalam posting aku yang terdahulu : Rahsia Daun Ubi, aku ada cerita pasal kajian WHO yang mendapati penduduk desa dan ladang kurang mengalami asma, diabetes, dan johne's disease (sejenis penyakit usus) berbanding penduduk bandar. Fenomena ini disebabkan penduduk desa banyak bergelumang tanah, jadi wujud cacing dalam badan mereka. Kehadiran cacing ini menstimulasikan sistem imun badan, dan mengekalkan sistem imun badan dalam keadaan 'bersedia' (primed, ready, on, active).

Maknanya kehadiran cacing dalam jumlah yang terkawal membantu kesihatan manusia, dan semua jenis makhluk yang bertulang belakang (cacing dalam badan hanya wujud dalam vertebrata, takdak tulang belakang takdak cacing dalam badan).

Sekarang aku nak tambah satu lagi manfaat kehadiran cacing dalam badan kita ni.

Dalam tahun 2007 seorang lelaki British bernama Jesper Lawrence menjalankan satu eksperimen unik ke atas dirinya sendiri. Dia ni selalu masalah alergi, resdung dan asma. Kejap kejap kena penyakit ni, dan telah lama bertahun tahun menanggung sakit tersebut.

Dia pi cameroon, cari kawasan jamban di sebuah perkampungan dan berjalan jalan berkaki ayam di sekitar kawasan jamban tersebut. Berkaki ayam. Tujuannya ialah agar larva hookworm masuk ke dalam badan dia melalui tapak kakinya. Besar harapannya agar hookworm tu nanti membiak dalam badan dia dan akhirnya menyembuhkan sakit alergi, resdung dan asma yang telah sekian lama dihidapi.

Eksperimen dia berjaya. It works.

Sakit alergi, resdung dan asma dia hilang. Penyakit yang tidak dapat disembuhkan dengan kecanggihan dan kehebatan perubatan moden akhirnya disembuhkan dengan cara yang very simple, very low tech, dan low input.

La ni dia bukak bisnes jual hookworm pula kepada pesakit pesakit alergi, asma dan resdung. Worldwide, global. Untuk american dollar 3,000, setiap pesakit dapat 35 ekor larva hookworm. Letak larva tu pada balutan dan bungkus pada tangan. Dalam masa beberapa minit hookworm tu akan menembusi kulit dan masuk ke dalam badan.

Pehh 3,000 dollar, syok gak buat bisnes jual cacing ni ye. Banyak orang sibuk nak keluarkan cacing dari dalam badan sendiri dan juga ternakan masing masing, tapi si jesper lawrence ni terbalik pula. Bagus bagus contrarian approach ni pasti mendatangkan hasil walau pun mula mula tu ramai yang sangsi dan mengejek. Nabi Nuh pun sama, habih digelakkan kaum sendiri, dicerca gila pasal buat kapal besar besar dalam kawasan padang pasir, atas gunung pula tu. Lagi contrarian Nabi Nuh kita ni.

Rakan rakan pembiak kambing,

Sekiranya masa mula mula kita start menternak ni, kita dipandang sinis, digelakkan, disangsikan, diejek, dihina maka kita berada di landasan yang betul, kejayaan hampir dengan kita, cerah peluang untuk berjaya dalam usaha kita.

Akan tetapi sekiranya masa mula menternak kita dijulang, diberi bantuan sana sini, ramai yang bertepuk tangan, keluar dalam media massa itu ini, VIP memberi sokongan maka kita berada di landasan yang salah, probability untuk gagal adalah sangat tinggi.

Oleh itu bergembiralah, jangan bersedih bila kita diejek, dihina dan diketawakan. Lagi banyak diejek lagi bagus petanda kejayaan semakin hampir.

Inilah pengalaman semua usahawan yang berjaya.

Anyway, balik kepada bagusnya kehadiran cacing dalam badan kita dan juga dalam badan kambing, pengalaman aku pun serupa dengan si jesper ni (biasaklah aku, selalu terbabas dari tajuk posting). Dulu masa hidup di bandar aku resdung, dan alergik bila makan ketam, udang, belacan dan terus masuk wad kalau disengat lebah walau seekor. Doktor siap kata lagi, kalau aku kena sengat lebah lagi ada kemungkinan boleh mati.

Tetapi semenjak bela kambing dan menjadi penggembala yang sering berkaki ayam waktu lepaskan kambing ni, kesihatan aku bertambah baik. Takdak dah resdung ni, boleh dah makan ketam, udang, belacan hari hari, dan tak mengalami 'overreacting allergy' bila disengat lebah 3 – 4 ekor.

Berkaki ayam mencipta suatu rasa kebebasan (sense of freedom) sebab kita rasa dekat dengan bumi, rasa macam sirih pulang ke gagang. Lagi satu, ianya urutan rekfleksologi yang terbaik, memberi kesan kepada seluruh urat saraf kita. Memudahkan cacing masuk ke dalam badan pun ye (tapi janganlah hari hari pergi tempat kotor dan bernajis berkaki ayam, saja cari pasal dok buat lagu tu). 

Banyak juga faedahnya berkaki ayam. So janganlah kita memandang rendah dan hina kepada orang berkaki ayam, macam suku kaum asli di afrika sebab mereka tahu rahsia sebenar berkaki ayam ni. Tapi sebetulnya aku berkaki ayam masa gembala kambing je. Masa masa lain aku berkasutlah. Tak tahan panas jalan bertar tu.

Anyway, Alhamdulillah inilah salah satu hikmah Tuhan jadikan cacing cacing, parasit parasit. Rupanya bukan dia cipta saja saja, tapi bersebab yang manusia susah nak nampak. Dulu aku selalu dok wonder, termenung terfikir kenapa Tuhan jadikan parasit parasit ni. Sekarang aku dah enlightened dan memang aku takjub dengan kebijaksanaan Tuhan Yang Maha Pencipta. Aku bersyukur kerana aku sering nampak tanda tanda keagunganNya melalui ciptaanNya walau pun seekor cacing yang halus.

Maha Suci Tuhan...

*Apa agaknya cacing yang sesuai untuk merawat alergi aku kepada facebook hehe?

*MARDI dah setuju jalin kerjasama dengan persatuan pembiak kambing malaysia. Bulan depan kita meeting untuk hammer out the details. So aku menyeru ahli ahli persatuan untuk bersedia, menyimpan rekod ternakan kita sebaik mungkin. Rekod yang baik adalah batu loncatan untuk masa depan industri yang lebih baik!

Saturday, May 19, 2012

3 SERANGKAI : REALITINYA


Ada satu ubat favorite yang biasa digunakan pejabat haiwan dan penternak ruminan. Nama kampungnya ubat 3 serangkai untuk mengawal cacing, kutu dan kurap. Nama bandarnya macrocyclic lactone, merangkumi ivermectin, doramectin, moxidectin dan apa apa 'tin' kat hujung namanya tu. Jenama ada macam macam (ivomec, dectomax, cydectin bla bla bla) tapi 3 kelas macrocyclic lactone yang biasa ada kat malaysia yang tadi aku sebutlah – ivermetin, doramectin, dan moxidectin.

Macrocyclic lactone ni dikira dewormer generasi ketiga. Generasi pertama ialah benzimidazole (albendazole, oxfendazole, fenbendazole). Generasi kedua ialah imidathiazole (levamisole, tetramisole). Pening nak ingat ni hehe. Dan ada lagi jenis lain yang baru keluar macam nitroxynil dan ada yang under development. Tapi yang biasa ada kat malaysia 3 kumpulan ni – benzimidazole, imidathiazole dan macrocyclic lactone.

Masalah terbesar ubat 3 serangkai ni ialah terlalu popular dan selalu disalah guna. Baik pejabat haiwan mahu pun penternak sendiri. Asal kambing sakit aje, bantai 3 serangkai. Pasal nampak berkesan kan? Kurap hilang, kutu lari, dan kambing kurus jadi gemuk berkilat. Pulak tu belum nampak tanda tanda resistance terhadap 3 serangkai ni. Yelah diakan generasi baru. Benzimidazole generasi lama, dah berlaku widespread resistance.

Akan tetapi sebagaimana resistance wujud terhadap benzimidazole, resistance juga akan wujud terhadap macrocyclic lactone.

Pasti dan pasti dan pasti ia akan berlaku.

Kita dah banyak abuse 3 serangkai ni. Terlalu banyak. Kita selalu diasak dengan penggunaan dewormer sebagai jalan mudah untuk dapatkan tip top performance bila menternak kambing ni. Baik oleh pejabat haiwan, kedai jual ubat, dan tempat tempat kursus latihan kita. Dah melekat, asyik berlegar legar dalam kepala, kalau kambing bermasalah guna aje 3 serangkai ni. Buat 3 bulan sekali kepada semua kambing. Atau lagi cepat dari itu. Banyak sangat ladang yang over dependant kepada ubat 3 serangkai ni.

Realitinya aku di alwigoatfarm ni dah lebih 4 tahun tak guna 3 serangkai (macrocyclic lactone). Dan kambing kambing aku masih 'doing just fine' walau dah lama tak guna, walau pun aku melawan trend, walau pun aku melanggar nasihat 'pakar pakar'.

Dulu dulu masa zaman gelap, banyak jenis ubat cacing aku beli dan guna. Sanggup beli mahal mahal termasuklah jenis moxidectin pour on yang 2 liter sebotol harganya rm700. Buat mass deworming, bagi pada setiap kambing setiap 3 bulan. Siap beli drencher gun yang harganya rm400 untuk memudahkan kerja mass deworming ni.

Tapi bila dah masuk zaman enlightening ni, banyak teori teori kambing yang diajar kepada aku selama ni aku persoalkan dan aku beranikan diri untuk 'experimenting'. Buat research sendiri, banyak tanya orang, dan buat research balik. Aku masuk 'researcher mode', aku tanya banyak orang dan banyak soalan sampai bil tepon dan petrol aku melambung, aku tidur dengan research paper kat tangan, aku pi gembala kambing pun bawak research paper, sampai bini aku komplen aku dah lama sangat neglect kan dia. Alhamdulillah penat lelah aku berbaloi sebab aku masuk 'renaissance' period. Enlightened.

La ni moxidectin yang aku beli rm700 tu ada lagi, tak habih guna, dah lama expire pun . Aku punya drenching gun dah jadi bersawang, dah tersumbat agaknya. Dan banyak, berkotak kotak ubat ubat aku terpaksa buang dalam tong sampah pasal dah luput tarikh.

Yaa dengan knowledge, kita jadi powerful, kita jadi independent, kita nampak 'the big picture', kita nampak apa yang orang lain tak nampak. Ilmu ni sangat penting untuk dikejar. Kita kena kejar, bukan kita tunggu. Bukan kita tunggu pejabat haiwan buat kursus, bukan kita tunggu cikgu suap kita.

Knowledge, discipline, and charity. Inilah 3 serangkai yang pasti dan pasti akan membuahkan kejayaan kepada kita berbanding ubat 3 serangkai yang aku dok cerita tadi.

Hmm aku lupa nak cerita pasal apa aku tak guna ubat 3 serangkai ni (senang melencong aku ni, sorry tuan tuan). Ok ok macrocyclic lactone tak boleh cover tapeworm dan flukes, 2 jenis parasit yang menjadi ancaman unik di kawasan tropika. Haemonchus dia cover lah, lung worm dan strongyloid pun sama. Masalahnya macrocyclic lactone ni di dibuat, direka di australia, yang mana cuacanya panas dan kering. Tapeworm dan flukes bukannya banyak di zon cuaca macam ni. Tak menjadi ancaman prioriti pun kepada ruminan di sana.

Tapi kita ni kawasan tropika, panas dan lembap. Tapeworm dan flukes flourish, membiak pantas dan merupakan salah satu ancaman prioriti kepada ruminan kita. High level threat punya parasit ni kat tempat kita. Omputih mana dia tahu perbezaan unik ni. Bodoh gak omputih ni, aku pun bodoh gak pasal beli dia punya dewormer. Sama sama bodoh hahaha.

Anyway, ruminan dari zon panas dan kering ni tidak 'genetically resistant' kepada tapeworm dan fluke, pasalnya dia susah jumpa parasit ni kat tempat dia. Dan dia akan mewariskan sifat 'low resistance to tapeworm and flukes' kepada keturunannya. Berbeza dengan kambing indigenous kita, memang dah ada built in resistance terhadap tapeworm and flukes, pasal hari hari jumpa. Dia pula akan mewariskan sifat 'high resistance to tapeworm and flukes' kepada keturunannya. Dah ada program khas dalam gen dia macam mana nak counter, neutralize ancaman ni bila muncul.

Inilah satu sebab kenapa kambing dan lembu australia, atau daripada zon panas dan kering terkejut beruk, kacau bilau bila sampai malaysia yang panas dan lembap. Dahlah kawan tu heat stress, movement stress, feed change stress, parasite change stress. Kita bantai pula macrocyclic lactone yang tak berkesan pun untuk tape worm dan flukes. Habih tergolek dok kawan tu.

So tuan tuan aku tak recommend guna macrocyclic lactone (3 serangkai) sebagai dewormer. Marah orang jual ubat dengan aku nih, asyik tak recommend aje hahaha. Biar aje orang australia yang guna ubat tu, kita tak yah sibuk sibuk beli. Kita kena buat praktis kita sendiri sebab cuaca kita berbeza, peluang dan ancaman kita pun berbeza.

Knowledge is power!

Salam.

*Aku tak boleh sambung tulis dah, bini ajak makan. Chiow dulu!

Friday, May 18, 2012

VITAMIN B TAK YAH BAGI


Biasanya kita penternak dinasihatkan untuk inject b complex kat kambing kita bila nampak lemah dan kurang selera makan.

Aku tak buat dan aku tak recommend.

Ruminan macam kambing mampu menghasilkan sendiri vitamin B, termasuk B12. Diorang ada banyak mikrob dalam empat perut diorang yang menolong sintesis vitamin B ni. Mikrob tu sendiri adalah sumber vitamin B. Tak payah kita susah susah beli B complex dan inject kat kambing, walau pun ada masalah selera makan.

Berbeza dengan monogastrik (satu perut) macam babi yang tak mampu menghasilkan sendiri. So babi kena dapatkan B complex daripada makanan atau pun ubat.

Ada juga orang pejabat haiwan kata kat aku, gunalah b complex kat anak kambing. Lagi best tambah iron kat anak kambing tu. Baru best, cepat naik berat badan macam yang diorang buat kat babi.

Hmm b complex injection tak berguna utk ruminan. Iron (ferum, ferriate) memang ada kesan. Tapi aku cuma guna masa mula mula dulu, first year je. La ni takdak pun. Lagi senang cari garam jilat yang ada iron, bagi mak kambing tu jilat sendiri. Tak payah susah susah nak inject kat anak kambing. Biar aje dia minum susu maknya yang dah menjilat garam ber'iron' ni, adalah iron dalam susu tu.

Pengalaman kawan kawan yang bela kambing bawah sawit ni, kadang kadang ada kes kambing takde darah. Mula mula nampak tak bersemangat, lepas tu takde selera, tertinggal jauh kat belakang bila lepas ragut, dua tiga minggu lepas tu kiok. Bila sembelih takdak darah atau darah yang ada terlalu cair. Tak pekat, tak memancut. (Tak banyak kes ni)

Bila aku perhatikan, kes macam ni terjadi pada kambing bukan indigenous yang lepas bawah sawit. Dan tiada access kepada garam jilat ber'iron'. Cuma guna garam kosong. Ok, kalau kambing kampung yang dah berkurun biasa dengan vegetation kat sini, guna garam kosong pun dia boleh survive and reproduce lagi (walau pun tak secantik garam lengkap).

Tapi kambing yang dah menyeberangi zon cuaca, atau baka high performance, mana boleh guna garam kosong. Habih hilang dia punya advantage. Biasanya baka high performance ni lagi tinggi dan kompleks keperluan nutrisinya berbanding baka indigenous. Macam enjin biasa dibandingkan dengan enjin turbo. Enjin biasa boleh la guna minyak hitam biasa, mineral based 20w50. Tapi enjin turbo kenalah guna minyak hitam full synthetic 0w40 yang mahal tu. Baru kena pada tempatnya, baru dapat high performance tu.

Anyway iron injection yang biasa kita tengok ni adalah sintetik, bukannya natural. Ada kesan, tetapi kesan yang lebih baik (turbo effect) adalah dengan menggunakan darah juga. Maksud aku blood supplement dari kombinasi darah dan hati. Betul betul sintesis daripada natural, bukan buat kat makmal.

Baru boleh dapat essential amino acids. Ah sudah, pening nak cerita nih.

Dipendekkan cerita (kerana aku malas nak cerita, mengantuk sangat dah ni), kambing yang lemah takde selera makan ni, bukanlah pasal kekurangan vitamin B tetapi kekurangan essential amino acids. Protein yang badan tak boleh hasilkan sendiri, cuma boleh dapat melalui diet atau ubat.


Setakat ni, cuma ada satu je ubat macam tu kat malaysia. No rival yet.

Let me be clear on this. Aku jarang jarang guna ubat tu. Hanya kepada kambing yang sakit, yang aku dah tak tahu nak buat apa, baru bagi. Aku lebih tumpukan kepada pengurusan nutrisi berbanding guna ubat ni. Dan buat masa ni, aku tak dak mood nak guna ubat ni samada secara aktif atau pun reaktif.

Itu ubat, dari segi diet, fishmeal ada mengandungi essential amino acids, lebih daripada soybean meal. Pasalnya fishmeal dari ikan, dan ikan ada darah. Cuma soal palatibility yang menjadi masalah. Anak kambing dah tentu lagi suka soybean meal dari fishmeal. Dan aku tak guna pun fishmeal hehe. Cerita bukan main ye?

Dua dua aku tak guna, ubat dan diet. Bagi makan rumput cukup cukup sudah. Apa nak pening pening ya tuan tuan? Tapi kalau tuan tuan nak guna takpalah. Yang aku tak recommend tadi, kalau nak guna B complex untuk kambing kita.

Aiseh, asalnya aku nak cerita pendek je pasal vitamin B ni. Melalut lari dari tajuk. Oklah tuan tuan, aku mintak diri. 

Salam.

Thursday, May 17, 2012

MALAM BERGELAP LEBIH BAIK


Jangan pasang lampu di kandang kambing kita bila malam sudah sampai. Lagi terang lampu lagi merbahaya untuk kambing. Pemasangan lampu ketika waktu malam memberi kesan buruk kepada kambing kita dengan cara merendahkan libido (keinginan mengawan) seterusnya kadar kesuburan atau kelahiran.

Lagi terang kandang waktu malam, lagi rendah prestasi ladang kita dari segi kadar kelahiran.

Macam mana jadi lagu tu pula?

Hormon melatonin yang mempengaruhi hormon pembiakan, testosterone dan estrogen. Macam ni, kulit kita ni sebenarnya sensitif kepada cahaya. Sel sel kulit kita dipenuhi 'photo receptors' menjadikan kita ni sensitif kepada sebarang perubahan cahaya di keliling kita.

Bila malam menjelang, sel kulit ni mengesan kurangnya cahaya lalu menghantar isyarat kepada kelenjar pitutari yang merupakan 'master gland' untuk mula merembeskan melatonin. Melatonin ni chief function dia adalah pengawal jam biologi badan kita (circadian rhythm). Dia ni lah yang bagitahu sistem badan kita untuk slow down, untuk masuk fasa rehat dan tidur, dan bila nak aktif semula.

Makin gelap, makin banyak melatonin dirembeskan, makin mengantuk kita. Bila kita pasang lampu, pengeluaran hormon melatonin terganggu, sistem badan kita jadi kacau bilau dan stress, walau pun kita tak nampak dan tak perasan.

Semua sel dalam badan kita perlukan masa untuk rehat, untuk recharge, untuk repair dan maintenace, termasuklah organ pembiakan dan hormon yang terlibat. Tanpa melatonin untuk beritahu bila masa nak rehat, testis dan ovari tak boleh 'recharge'. Berlaku gangguan dramatik keseimbangan hormon testosteron dan estrogen ATAU hormon hormon ni tak cukup 'power' (juice).

Testis dan ovari masih keluarkan hormonnya tapi tak dak kick, tak dak kualiti pasal overworked. Kita kalau dah penat sangat memang cincai aje buat kerja, betul tak? Mana peduli pasal kualiti.

Dan kalau kita penat sangat, mana ada selera nak mengawan? Libido tarak.

Haaa sebab itu semua makhluk ada jam biologi (biological clock). Semua makhluk dijadikan Tuhan untuk membiak, dan untuk memastikan pembiakan itu optimum, jam biologi memainkan peranan besar dengan cara memberitahu masa rehat dan masa aktif, dan jam biologi adalah bergantung kepada kitaran siang dan malam.

Kalau makhluk 'nocturnal', jam biologi dia terbaliklah, tak sama macam kita. Siang dia tidur, malam dia berjaga. Melatonin dia banyak masa siang, masa malam kurang. Kita pulak, siang berjaga malam tidur. Siang melatonin kurang, malam melatonin banyak.

Ada pun Tuhan dah bagitahu kat kita, masa malam adalah rehat, dan masa siang masa mencari rezeki. Kita tak boleh lari dari kebenaran ayat Tuhan ni. Memang Tuhan tahu fitrah kita, dan semua sel dalam badan kita sedaya upaya mematuhi perintah Tuhan ini. Bila kita kacau fitrah ni, jadi kacau bilau kita.

Kita dok kata chemical (coloring, flavoring, pesticides, etc) yang kita ingest zaman moden ni jadi penyebab utama ketidak suburan, tapi kita terlupa semenjak terciptanya lampu elektriklah bermulanya gejala ketidak suburan yang semakin meninggi di kalangan manusia. Tok nenek kita dulu mana ada lampu elektrik, sekadar mengharapkan cahaya unggun api bila malam menjelang. Lepas tu lilin, dan cahaya lilin sama je terangnya dengan unggun api. So perembesan hormon melatonin tidak terganggu. Tok nenek kita masih tidur awal, dalam keadaan yang samar samar.

Kita ni yang canggih sangat, pasal tu kita bayar dengan harga yang tinggi untuk hidup canggih. Petik aje suis, menyala lampu terang benderang rumah. Banyak antara kita yang tidur lewat malam dan dengan memasang lampu cerah cerah. Ni yang mengganggu fertiliti kita. Kita melawan fitrah. Dan kedegilan kita menyebabkan umat manusia makin hilang keupayaan membiak. Makin lama makin tak subur.

Malam yang gelap dan tidur dalam gelap sangat penting bagi memelihara keupayaan pembiakan bagi manusia, dan bagi kambing kita. Jangan risau kambing tak nampak dalam gelap, pasal anak mata dia yang berbentuk empat segi tu sangat membantu dia untuk melihat dalam gelap. Penglihatannya lebih terang berbanding mata kita dalam gelap. Pejantan tu nampak je yang betina punya. Taulah dia, jangan risau.

Aku sendiri tak pernah pasang lampu kat kandang semenjak bela kambing 7 tahun yang lalu. Lebih baik bergelap bila malam, barulah kesuburan kambing kita terpelihara baik yang jantan mahu pun betina. Bila kesuburan terpelihara cantik, barulah kadar kelahiran tinggi. Dan kadar kelahiran yang tinggi membawa keuntungan kepada operasi kita sebagai pembiak.

Kesimpulannya bila malam, lebih baik bergelap.

Mbekkk!!!

Tuesday, May 15, 2012

MEETING DENGAN KKLW

Rombongan deputy minister baru sampai, banyak lagi yang tak nampak ni

Sebahagian rombongan sedang mendengar taklimat, sebahagian lagi sibuk dok tengok anak anak kambing, bukannya nak mendengar. Taklimat dalam kandang dikelilingi kambing. 'Feel' sungguh!

Pengerusi PPKM sedang menyuap idea idea persatuan pembiak kepada dato' deputy minister dan dato' ksu yang tengah 'concentrate'. Tak taulah masuk ke idak, yang confirm masuk rendang kambing puan fatimah hehe


Yaa baru balik meeting ngan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersama unit Pemandu Jabatan Perdana Menteri di ladang Boden milik hj zainal dan pn fatimah. La ni aku nak balik ke perak. Baru jumpa port sesuai nak tulis apa yang ada dalam fikiran aku.

Penat sungguh. Tapi lagi penat kita punya penganjur mesyuarat, hmm bukan mesyuarat sebenarnya. Sori sori ianya lebih kepada taklimat dan farm tour. Pasalnya deputy minister buat last minute decision untuk turut serta. Tu diaa rombongan yang ikut dia punyalah banyak. Patutnya 15 – 20 orang aje dalam agenda kali ni. Pehh membelon jadi 80 orang. Jadi farm tourlah jawabnya. Nak meeting macam mana.

Siap orang kampung pun gatecrash kita punya agenda, sibuk nak jumpa deputy minister. Diorang nak mintak apa aku pun tak tahu. Pilihanraya dah dekat, macam macam hajatlah yang ada tu. Yang aku tahu memang leceh, memang kalut kalau politician datang.

Takpa, kalut pun kalutlah, yang penting kita punya agenda untuk persatuan pembiak disampaikan dan difahami oleh orang sasaran kita. Dan yang pasti, dianya bukan deputy minister dan ahli rombongannya.

Ok, KKLW ada visi untuk membangunkan 21st century village (kampung abad 21). Detailnya aku terlepas tapi yang pentingnya KKLW hari ini dah setujulah untuk memasukkan ternakan kambing dalam usahanya membangunkan kampung abad 21 ni. Baguslah sebab ini akan kickstart pasaran baka yang dah lama monyok ni.

Kita cadangkan KKLW adopt program cluster. Ahli ahli persatuan pembiak yang dah mahir akan menjadi supplier kambing dan mentor untuk orang kampung sekeliling di setiap negeri di malaysia. Decentralization. Banyaklah kerja sikit, pening tapi takdelah monopoli oleh company tertentu sepertimana yang terjadi sebelum ini. Dia aje yang jadi pembekal ekslusif kepada agensi tertentu, ye tak?

So kambing yang akan digunakan ialah kambing kelahiran tempatan dari hasil pembiakan ahli ahli persatuan pembiak. Bukan kambing importlah. Tinggi sangat risiko bila kita nak buat pembiakan guna kambing import baru landing kat malaysia ni. Yang kononnya 'dah adapt atau acclimatize' pun too much risk. Yang mahir berpengalaman bela kambing pun jadi tunggang langgang apa lagi yang takde pengalaman. Dan genetik yang berkualiti akan digunakan. Mana mana ahli yang nak ikut serta program ni kena ikutlah SOP persatuan pembiak yang kita akan keluarkan. Kalau takda piawaian macam mana pula nak menghasilkan dan membekalkan genetik yang baik?

Kita juga cadangkan yang orang kampung bela secara part time bukannya full time. Kalau boleh free range, buat aje. Buat low input. Dan setiap orang kampung dapat tak lebih 30 ekor. Oklah tu sikit sikit. Part time bukannya full time.

Anyway kita akan fine tuning lagi kita punya proposal dalam meeting meeting ngan KKLW dan Pemandu yang berikutnya. Yang aku sebutkan tadi general ideas. Belum konkrit. Udahnya dari meeting bertukar taklimat. Politician punya pasal.

Benda macam ni ambik masa sebelum 'materialize'. Memang penat punya kerja ni, banyak masa dan duit kena curahkan. Tapi biasanya orang tak nampak, tak sabar. Ahli ahli pun tak nampak gak ye? Hehehe. Banyak sebenarnya isu yang perlu ditackle untuk kepentingan pembiak kambing tapi realiti pahitnya kita tak mampu buat semua sekarang. Kalau orang nak kritik kita, kita terima, kita ketap bibir, kita teruskan kerja kita.

Agenda kita tadi pun takde minta peruntukan dan bantuan untuk kambing atau kandang. Mesti ada yang kecewa ni. C'mon, look at the bright side. Kita persatuan bekerja untuk kepentingan keseluruhan pembiak dan industri. Kita expand market kita, kita kickstart market yang lesu, kita cipta iklim yang lebih sesuai. Dari situ buatlah apa yang patut. Subsidi subsidi kambing atau kandang ni hanya menguntungkan segelintir pihak je. Yang dapat memang seronoklah, tapi yang tak dapat tu tak adillah bagi dia. Tapi kalau subsidi makanan ternakan ok jugak kan? Semua orang benefit. We'll work on that eventually.

Oklah tuan tuan pembiak. Kalau ada input yang ingin dikongsi bersama, bolehlah ringan ringankan tangan untuk menulis. Lagi baik kalau mendaftar jadi ahli persatuan.

Yeah we need more members! 


*Tadi aku tengok ada press crew, Bernama dan RTM. Agaknya keluarlah berita tv malam ni kot. Paper cina besok. 

Sunday, May 13, 2012

ESOK MEETING RURAL MINISTRY


Besok persatuan pembiak kambing malaysia meeting ngan kementerian luar bandar (KKLW). Timbalan Menteri KKLW Dato' Hassan Malek pun ada, beserta Dato KSU dan pihak Pemandu JPM. Buat kat serting hilir, negeri sembilan. Lebih tepat lagi kat kandang kambing pengerusi kita haji zainal ghani. Hahaha buat high level meeting dikelilingi kambing kambing yang mengembek, bingitlah jawabnya. Dengan kambing kambing sekali bermesyuarat dan memberikan input. Pastinya suasana terbaik lagi kondusif!

Daripada apa yang aku tahu, KKLW dah setuju bekerjasama dengan kita, cumanya nak meninjau dan memahami dengan lebih jelas. EPU pun nampaknya dah setuju untuk release funding untuk ahli ahli persatuan, tinggal kita forwardkan mekanismenya dan technical details. Kita mesti tackle semua entiti dan stakeholder yang berkaitan dasar, pasalnya kita nak naikkan kemungkinan kejayaan kita mempengaruhi penggubalan polisi polisi ternakan dalam negara.

Tuan tuan

Dalam semua usaha kita bermesyuarat dengan entiti entiti tersebut dan apa jua entiti seterusnya, kita tak pernah minta peruntukan. Kita takde bising bising tahap emosional. Kita cari orang yang betul, dan kita cari cari cara terbaik berkomunikasi menyampaikan idea kita kepada mereka. Lembut dan berdiplomasi.

Dan ianya berkesan.

La ni aku faham banyak antara kita penternak yang ada menyimpan amarah dan benci kepada agensi dan individu tertentu, dan ada yang bukan tahap menggelegak lagi, tapi meluap luap macam pressure cooker nak meletup. Bagi mereka yang dah 'terkena', 'ditikam dari belakang', atau 'dilemaskan', memang patut dan natural berperasaan begitu.

Dan bila kita reaktif bersama amarah, kita memang rasa lega tapi objektif sebenar kita tak tercapai, yakni melihat masa depan industri ternakan yang lebih cerah. Biasanya bila kita melenting lenting, pihak satu lagi jadi sangat defensif, membatu dengar cakap kita tapi tak bergerak, banyak fail masuk tong sampah, macam macam alasan diberikan. Takde harapan nak majukan setingkat lagi.

Antara diplomasi dan konfrontasi, aku prefer diplomasi walau pun ego kita mesti letak tepi. Bila semua diplomacy avenue tak jalan, baru ambil langkah konfrontasi. Tapi assessment aku berdasarkan situasi sekarang, kita teruskan cara diplomasi, dan ada banyak lagi ruang untuk itu.

Anyway kita juga sedang bersiap untuk presentation kepada DMO. Dan kita minta JPV federal keluarkan senarai penternak di seluruh malaysia. Kelakarnya, nama aku takde dalam senarai penternak kambing di perak. Hahaha bukan aku sorang, banyak lagi geng pembiak nasib serupa. Takdak dalam senarai walau dah lama membiakkan kambing. Aduh laa pelik sungguh. Yang dah stop menternak, ada yang dah mati pun (jadi penternak hantu), ada pula dalam senarai kehkehkeh. Baik tuan tuan juga check balik betul betul, pastikan nama tuan tuan dalam senarai daftar pengundi eh sori penternak.

Very very very 'competent'.

Implikasinya semua data dan terbitan maklumat (perangkaan lepas, semasa dan future) JPV adalah tidak tepat, mungkin tak boleh guna.

Unreliable, unacceptable.

Nampaknya agensi kita mesti upgrade secepat mungkin sistem pengumpulan maklumat penternak ni. Tukar IT system, tukar metadologi, kena train staf untuk kerja ni, kena minta bantuan jabatan perangkaan untuk menafsir segala data yang dikumpul. Nak kena bersihkan senarai nama penternak hantu yang ada sekarang. Selagi direktori penternak ketinggalan zaman, selagi itu susah kita nak majukan industri ternakan ni. Yelah rekod tak sempurna, berterabur macamana nak buat keputusan tepat.

Aiseymann aku pula yang emosional ni. Sori sori. Oklah kena bersiap siap. Aku kena angkut anak bini sekali bila nak berjalan ke mana mana. Mana boleh tinggalkan diorang dalam ladang. Risau sungguh. Esok bila anak aku sekolah, dah susah nak angkut jalan jalan. Mungkin kena cari rumah lainlah yang dekat ngan sekolah. Ada kemudahan elektrik dan air paip. Lagi baik ada internet connection hehe.

OK. Salam kambing!

Friday, May 11, 2012

DEMAM MALTA


Tahun sudah aku ada dua orang customer yang hari hari beli susu kambing dengan aku. Diorang ni duduk langkap, 15km dari ladang aku. Seorang chinese guy yang menghidap kanser dan seorang lagi chinese lady yang anaknya ada lemah badan dan mental. Memang sanggup diorang datang hari hari beli susu kambing segar segar walau pun jauh. Masalahnya aku pula yang tak lalu nak perah susu sebab aku bela kambing pedaging, bukannya kambing susu. Banyak ekor nak kena perah so jadi leceh. Kalau kambing susu perah sekor dapat supply satu orang 2 – 3 hari. Oklah sikit takdelah penat badan, baik bagi aku atau pun customer aku.

Aku tanya chinese guy yang menghidap kanser ni, kenapa susah susah cari susu kambing kat ladang aku? Kan ada lagi orang bela kambing susu, memang betul betul fokus kat susu di sekitar kawasan aku ni? Chinese guy ni jawab untuk menyembuhkan kanser yang dihidapinya, dia mesti minum susu kambing segar yang mentah (unpasteurized) yang diperoleh dari kambing yang bebas meragut rumput. Kambing makan dedak dia tak mahu sebab tabib yang merawat dia kata susu kambing yang bebas meragut adalah makanan terbaik untuk melawan dan membuang kanser. 

Tabib yang merawat dia ni terkenal juga dalam kepakarannya merawat pesakit kanser cuma aku je yang dah lupa sapa dia ni. Kat kedah, ke kat penang? Tak ingatlah. Yang aku tahu tabib ni aliran naturopathy, dia advocate penggunaan dan pemakanan yang natural (alamiah).

Sepertimana yang nenek moyang kita buat dan makan.

Dan aku tanya chinese lady yang beli susu kambing untuk anak dia kenapa rajin sangat beli susu kambing aku? Awat susah payah? Dia jawab kawan dia rekemen, dan memang ada perubahan bila anaknya mula minum susu kambing hari hari. Kaki yang lembik jadi kuat, lebih 'attentive' kurang hiperaktif, dan masalah kulit hilang. Itu pasal dia sanggup datang ambil susu kambing jauh jauh dari langkap. Demi anak.

Aku perasan yang orang cina lebih terkehadapan bila masuk bab kebaikan susu kambing ni berbanding kaum kaum lain. Biasanya kalau tahap pendidikan tinggi, dia lebih banyak tahu khasiat susu kambing ni. Selama aku dok bela kambing ni, kaum cina yang banyak beli susu kambing dan jadi regular customer.

Tapi dalam masa yang sama aku perasan juga yang kaum cina ni vulnerable kepada demam kuning atau pun jaundis. Asal anak baru lahir je, kena kuning. Memang mudah kena kuning. Pasal kulit putih kot? Bila kulit putih ni, maknanya badan nak sangat vitamin D. Mungkin tahap vitamin D dalam badan ada peranan dalam sakit kuning ni.

Ada juga kes mati akibat demam kuning. Baby lah yang biasa. Tapi makcik aku umur 50 tahun meninggal disebabkan demam kuning. Ada juga kenalan aku umur 14 tahun mati kerana sebab yang sama. Hairan juga aku.

Anyway, kaum melayu ada sikit sikit anak kuning bila lahir. Ada jugalah yang beli susu kambing ngan aku. Tapi yang betul betul tahan sakit kuning ni kaum india lah kot. Pasalnya tak pernah ada seorang pun india yang beli susu kambing untuk anak kuning kat ladang aku. Tak pernah. Memang tinggi betul resistance dan resilience orang india ni kepada jaundis. Patut dibuat kajian ilmiah fenomena ni.

So itu demam kuning, bukannya demam malta. Mak aihh awat panjang lebar intro aku nih? Kalau exam karangan bahasa melayu, aku dah 'fail' ni. Ok ok.

Nak dijadikan cerita suatu hari dalam tahun sudah, chinese lady yang jadi regular customer susu kambing aku, beritahu aku kerisauannya pasal kualiti susu kambing aku. Menangis nangis. Dia tunjukkan artikel dalam the sun pasal kes demam malta kat penang. Dia risau sangat anak dia boleh kena penyakit yang sama. Aku check artikel tu, rupanya budak umur 5 tahun ni seminggu dah demam teruk masuk wad selepas minum susu kambing segar.

Aku selidik lebih dalam dan faktanya ialah pekerja ladang kambing ni perah susu daripada kambing yang keguguran. Mak budak ni beli dan bagi anaknya minum. Yelah mana mak budak ni tahu. Tak pasal pasal anaknya kena demam malta akibat susu yang tercemar.

Brucellosis adalah punca demam malta. Brucellosis ni menyebabkan kambing keguguran bila mengandung, disebabkan bakteria brucella. Bila kambing gugur disebabkan brucellosis, susu dia akan tercemar dengan bakteria ini. Boleh berjangkit pada manusia, ada risiko boleh memandulkan manusia baik lelaki mahu pun perempuan. Bila kita sebagai penternak kena handle (sembelih, lapah – uruskan karkas) kambing yang kena brucellosis ni, kena hati hati bila uruskan organ pembiakan. Kena buang (bakar), kena pakai sarung tangan.

Disebabkan brucellosis ni zoonotik (boleh pindah spesis), maka bila kambing kita keguguran, jangan minum susu dia. Apalagi perah jual kat orang. Jangan sesekali kita minum susu dia walau pun dia boleh keluarkan 2 – 4 liter susu sehari.

NEVER EVER CONSUME AND DISTRIBUTE MILK FROM GOATS THAT MISCARRY, whatever the reasons (brucellosis, meliodosis, vibriosis, etc).

Akan tetapi aku tak pasti pula (dah lupa sebenarnya) kalau susu yang dicemari bakteria ni selamat kalau dimasak atau dipasteurkan. Nak kena confirm dengan bakteriologis.

Prosedur biasa bila wujud brucellosis atau meliodosis dalam ladang kita ialah tembak mati kambing kambing ni. JPV punya kerja. Kalau banyak kambing yang berjangkitlah. Kalau sekor dua yang confirm ada penyakit ni kita sembelihlah. Nak makan dagingnya tak dak masalah, cuma kena hati hati, very cautious masa uruskan organ pembiakan.

Alhamdulillah, setakat ini brucellosis belum wujud kat ladang aku. Salah satu sebab aku tak pernah buat trading, cuma fokus membiak walau pun mencabar, adalah untuk mengurangkan risiko penyakit merbahaya kepada ternakan aku.

Hmm yang peliknya kat malaysia kita ni takde pula disimpan vaksin brucella ni. Negara negara lain ada je stok vaksin ni. Vaksin rev1 namanya, khas untuk mengawal penyakit brucellosis. Kenapa tak disimpan, kita kena tanya JPV lah.

Anyway balik kepada chinese lady yang dok menangis nangis kat kandang aku ni. Aku kata kat dia, polisi aku tak pernah perah dan jual susu daripada kambing yang keguguran. Dan aku beritahu pekerja aku juga jangan sesekali minum atau jual susu dari kambing yang gugur. Bagi kat anak kambing takpalah.

Aku geram juga penternak yang jual susu tercemar kat penang tu, tak pasal pasal aku pula yang kalut kat perak ni. Jadi tuan tuan pembiak yang bijaksana, bilamana ada kambing kita yang gugur, jangan minum atau jual susu dari kambing tersebut. Elakkan dari terkena demam malta yang merbahaya. Sama sama kita menjaga kualiti bisnes kita. Salam.  

Thursday, May 10, 2012

10,000 EKOR TAK YAH ZAKAT?

Kontroversi betul tajuk aku kali ni. Rilek rilek. Menurut pejabat agama tempat aku sekiranya kita BIAKkan kambing cara makan tanggung (intensif), tak perlu keluarkan zakat ternakan walau pun berapa banyak kambing kita ada, hatta 10,000 ekor, 20,000 ekor mahu pun sejuta ekor. Selagi kita potong rumput (cut and carry) atau pun menggunakan dedak pada kambing kambing kita atau membiak guna sistem intensif/makan tanggung, maka tidak jatuh kewajipan ke atas kita mengeluarkan zakat ternakan.

Tetapi sekiranya kita BIAKkan kambing dengan cara semi intensif atau ekstensif (lepas meragut sepenuhnya) maka wajib atas kita mengeluarkan zakat ternakan bila cukup haul dan nisab. Bilamana kambing itu meragut bebas rumput yang tumbuh di bumi Tuhan ini (tak perlu keluarkan banyak input - kos tenaga masa) maka kita perlu berzakat ternakan.

Bagi mereka yang berjual beli kambing (trading,importing), tak perlu keluarkan zakat ternakan tapi jatuh kewajipan zakat perniagaan. Mereka ini tidak membiak, jadi zakat ternakan tidak terpakai. Zakat ternakan terpakai kepada usaha membiakkan haiwan. Kalau membiakkan ayam, aku tak tahu pula apa hukumnya.

Zakat ternakan ni ada dua sifatnya iaitu cukup nisab (bilangan) DAN haul (tempoh). Makna haul tu cukup umurlah. Biasa yang kita dengar kambing ada 40 ekor maka zakatnya seekor. Kalau 80 ekor maka zakatnya 2 ekor. Kalau 120 ekor zakatnya 3 ekor. Kalau 200 ekor zakatnya 4 ekor. Kalau 300 ekor zakatnya 5 ekor. Lepas tu tiap tiap 100 ekor zakatnya seekor.

Tapi bila aku selidik mendalam sikit dan ada juga aku dengar pandangan ustaz azhar idrus berkenaan zakat ternakan, rupanya kita kena ambilkira nisab DAN haul. Maknanya kalau kita membiakkan dan ada 40 ekor yang cukup umur (bukannya semata mata bilangan 40 ekor) barulah kita keluarkan zakat ternakan 1 ekor.

Ada geng pembiak kata kat aku " susahlah nak kira berapa ekor anak yang ada, nak bezakan antara yang cukup umur dengan yang belum cukup umur. Lagi senang kira je berapa yang ada". Takpalah nak buat macam tu. Tapi yang sebetulnya kenapa malas nak kira? Apalagi nak simpan rekod?

Sebenarnya salah satu tujuan Allah turunkan perintah berzakat, selain menyucikan harta, adalah untuk memperbaiki usaha ternakan kita dan menjadikan kita berdaya maju dengan cara menyimpan rekod.

Kalau tuan tuan nak tahu lebih lanjut cubalah tanya orang pejabat agama negeri masing masing. Lain negeri lain juga pandangannya. Aku pun bukan tahu sangat hukum hakam ni. Tapi aku dah checklah kat tempat aku sini. Ok tuan tuan. Salam.