Monday, May 28, 2012

GARAM JILAT BERVITAMIN : PERLUKAH?


Aku nak bagi laluan dulu kepada berita persatuan pembiak kambing malaysia. Itu hari kitorang jumpa rombongan deputy minister kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah (KKLW) kat negeri sembilan. Seminggu lepas tu kita buat proper meeting di putrajaya. Dengan deputy ksu kklw.

Berita baiknya ialah kklw bersetuju menjalin kerjasama dengan ahli ahli ppkm. Diorang akan adopt program cluster yang kita cadangkan. Mentor akan dilantik (kitalah ahli ahli persatuan), kemudian orang kampung yang berminat boleh jadi mentee. Radius 10km dari ladang kita. Bilangan mentee maksimum 5 orang. 1 mentee dapat 20 - 25 ekor kambing breeding dari mentor.

Oklah tu bagi pembiak kecik macam aku dan kebanyakan ahli ahli persatuan. Majoriti pembiak kambing di malaysia ni bukannya besar besar tahap komersial. Sebaliknya kecik kecik. Kontrak yang nampak kecik bagi penternak besar sebenarnya bernilailah bagi orang kecik macam aku. Kali ni biarlah yang kecik kecik merasa keuntungan. Asyik yang besar je melahap semua ye tak?

Kali ni decentralization, kita bagi kepada ahli ahli persatuan. Err yang berkelayakanlah, takkan baru start menternak jadi mentor pula ye, kelam kabut nanti. Anyway, kerjasama kita dengan kklw ni akan menggalakkan peningkatan semula pasaran baka yang dah lama juga merudum ni. Adalah 'up' sikit suasana industri kita nanti. Baik baik...

Berita tamat.

Ok, masuk tajuk posting aku kali ini. Selain daripada menghidap sindrom asperger, aku juga menghidap sindrom “lemah satu badan teruja bila digoreng penjual ubat kambing”. Nama pendek sindrom ni aku aku tak tahu, puas cari kat internet tak jumpa lagi. Saintis saintis dalam dunia ni belum kasi nama lagi kat sindrom ni kot. Mungkin aku penghidap pertama sindrom ini dalam planet bumi hehe.

Sindrom “lemah satu badan teruja bila digoreng penjual ubat kambing” memang banyak menyusahkan aku, dan dalam masa yang sama menyedarkan aku, menggerakkan aku ke arah low input husbandry. Aku ni pantang masuk kedai jual ubat kambing atau gerai gerai ubat kambing dalam pameran pertanian, mulalah gatal tangan nak beli itu ini walau pun tak berduit.

Teruja sungguh nak try pelbagai jenis ubat yang kononnya boleh meningkatkan prestasi kambing, pasal dok fikir bila guna ubat dan suplemen ni boleh memberi pulangan lebih tinggi kepada usaha ternak aku. Macam macam ubat dan suplemen aku cuba dari A sampai Z, dah beribu ribu rm aku terbang, dan ini termasuklah garam jilat bervitamin yang aku nak cerita ni.

Garam jilat bervitamin ni biasanya ditambah vitamin A, D dan E. Ada macam macam brand, warna dan fesyen. Locally made ada, imported pun ada. Seperti kebiasaannya, menurut pengeluar, pelbagai fadilat boleh didapati bila menggunakan garam jilat bervitamin ni. Baik untuk fertiliti kambing, meningkatkan pengeluaran susu, mempercepatkan kenaikan berat badan dan bla bla bla bla (1000x).

Kali ni aku nak nyatakan satu benda yang ramai daripada kita golongan penternak tak tahu.

Vitamin sintetik yang ditambah ke dalam garam jilat adalah cepat rosak (fast degrading). Oxidation rate very fast. Kejap je dah rosak bila terdedah kepada udara. Rugi kita dibuatnya. Walau pun concentration dia tinggi dalam garam jilat tu (juta juta IU Per kg).

Kalau kita nak guna juga, takpa. Pastikan beli garam jilat yang freshly made (kurang 3 bulan dari tarikh dikilangkan), dan beli yang dibungkus secara kedap udara. Pembungkusan kedap udara memanjangkan hayat vitamin sintetik ADE dalam garam tu. Reject mana mana garam jilat bervitamin yang tak berbungkus kedap udara.

Macam mana garam jilat yang ditambah makro dan mikro mineral, tapi takdak vitamin?

Jenis tu tahan lasak sikit, lambat oxidation rate dia. Yang leceh ni yang bervitamin tu lah. Bagi aku lah bila masuk bab garam jilat ni, pastikan ianya fresh, fresh, fresh, fresh. Keep it fresh, baby!!

Ok. itu pasal oxidation rate. Satu lagi ceritanya ialah sifat sintetik vitamin yang ditambahkan itu. Biasanya vit ADE sintetik ini disintesis daripada coal tar, atau nak senang cerita, daripada 'gam' masa buat jalan raya bertar. Yang dok bakar bakar kasi jadi panas likat, lepas tu siram kat jalan. Menatang tu lah. Benda inorganic. Susah betul nak diserap oleh badan, banyak yang terbuang.

Kenapa disintesis daripada benda bukan organic macam coal tar?

Pasalnya murah, cepat dan senang keluarkan dalam kuantiti yang banyak. Kalau vitamin ADE yang organik (mudah diserap oleh badan), nak kena proses daripada lemak binatang atau lemak sayuran. Leceh dan mahal.

Mana yang lebih superior (berkualiti), vitamin sintetik atau organik?

Pastinya yang organik. Vitamin ADE ni bersifat fat soluble. Maknanya perlukan kehadiran lemak, baru senang diserap. Dan lemak bukan sebarang lemak. Lemak tepu (saturated fat), yang kita selalu ditakut takutkan jangan makan. Realitinya takdak lemak tepu, takdak vitamin ADE. Kalau kita tak makan makanan yang mengandungi lemak tepu, memang kita susah sangat serap vitamin ADE yang ada dalam makanan untuk masuk ke dalam badan kita.

Kehadiran lemak tepu bukan sahaja memudahkan penyerapan vitamin tetapi juga mineral, terutamanya kepada monogastrik. Ruminan macam kambing hanya perlukan sedikit kehadiran lemak tepu untuk mendapatkan vitamin ADE.

Vitamin sintetik mana ada datang sekali dengan lemak tepu, perasan tak? Main sedap bubuh aje ke dalam garam jilat tu. Manakala vitamin organik biasanya datang bersama lemak tepu, contohnya minyak hati ikan atau minyak sawit. Barulah senang diserap badan.

Pengalaman aku?

Bagi mereka yang lepaskan kambing meragut, tak payah guna garam jilat bervitamin. Membazir sebabnya kambing yang lepas ni boleh dapat vitamin A dan E organik yang cukup tinggi melalui pemakanan dedaun dan pucuk. Pucuk dan dedaun mengandungi vitamin A dan E organik lebih tinggi berbanding rumput. So kalau kambing dapat lepas meragut, bebas memilih pucuk dan dedaun, memang cantiklah tak yah risau pasal vitamin A dan E. Kena pula dapat makan biji sawit, fuh memang tinggi vitamin E organik dalam biji sawit tu.

Dalam masa yang sama, kambing lepas meragut dapat vitamin D yang lebih tinggi sebab lama terdedah kulitnya kepada cahaya matahari. Inilah sumber terbaik vitamin D dalam dunia ni, cahaya matahari. Dah la terbaik, free pula tu. Syukur kepada Tuhan.

So bila kambing lepas meragut, dia dapat semua vitamin ADE, juga vitamin K, dan juga B dan C. Dalam bentuk yang terbaik lagi alami. Apa pula nak susah susah beli garam jilat bervitamin atau tepung vitamin campur dalam dedak?

Hmm pengalaman aku ni berdasarkan usaha aku membiakkan kambing pedaging cara semi intensif. Kalau tenusu, lagi baiklah guna garam jilat bervitamin. Pasalnya daily requirement vitamin ni memang sangat tinggi untuk kambing tenusu. Guna aje walau pun susah diserap badan. Dapat gak sikit sikit.

Kalau kambing pedaging sistem intensif, duduk dalam kandang aje, tak jejak tanah, tak dapat cahaya matahari?

Bolehlah guna garam jilat bervitamin. Lebih baik guna sebabnya tahap vitamin ADE dalam badan kambing sistem intensif ni pasti jauh lebih rendah berbanding kambing dapat lepas meragut. Tapi belilah garam jilat bervitamin yang fresh fresh baru buat. Reject mana mana yang tak dak bungkusan kedap udara.

Pentingkah vitamin ADE untuk kesihatan dan prestasi kambing?

Sangat penting. Personally aku percaya kambing yang tip top mantap dan subur mempunyai kadar vitamin ADE dalam darah yang jauh lebih tinggi berbanding kambing yang selalu sakit, selalu problem. Tapi aku puas cari research yang mengkaji hubungan ini secara spesifik, tak jumpa jumpa baik local mahu pun international.

Kalau tuan tuan ada terjumpa research pasal ni, cepat cepat kongsi ngan aku. Sama sama kita belajar. Terima kasih.

Salam hormat.

21 comments:

  1. Assalamu'alaikum Wrmbth,

    Kalau macam tu, orang gemuk banyak vitamin A D dan E lah ya. Hehe.

    ReplyDelete
  2. 2nd! nk jd mantee la nt cm best je progrm nie....kaki xsbar nk kejar kmbg ni dah lama bertapa atas katil ni bro

    sistem semi intensif juga yang terbaik good information..tq bro Alwi...bro isal..kami perlukan anda utk lgkapkan penyakit komen 3serangkai..cepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. La aku ingat ko dah pulih anuar. Rupanya atas katil lagi. Takpa takpa janji semangat. Aku doakan ko cepat pulih boleh kejar kambing.

      Delete
    2. Ko kene tanduk dengan boer ke sampai atas katil tu. Aku ingat sebab tidur. Allahu Yashfik (Semoga Allah menyembuhkanmu)

      Delete
    3. terima kasih bro alwi dan bro fairul dah 90 peratus ok dah..bkn kne tanduk..sje buat experimnt mguji ketahanan kereta buatan malaysia..ternyata mcm tin milo

      Delete
  3. Salam, maksud aku lagi fit dan cergas seseorang, lagi tinggi tahap vitamin ADEK dalam darah. Badan gemuk atau obes biasanya rendah vit ADEK dalam darah.

    ReplyDelete
  4. makksudnya kmbing2 yg lepas ragut xprlulah vitamin tmbahan dlm bntuk garam tu ye prof.alwi..tp cmner dgn Selenium sprti yg prof bgtau dlu amt pnting utk fertility kmbing..

    n aku ade bca ttg kpntingn Selenium ni pd kmbg nih.rjuk http://nutriweb.org.my/publications/mjn0016/Shanti(edSP)187-193.pdf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selenium ni mikromineral. Cari garam yang ada makro mineral dan mikro mineral. Lagi bagus yeasted selenium, tapi mahal. Kalau ada darah tempatan, selenium biasa dah cukup.

      Delete
    2. Assalamu'alaikum Wrmbth, Makro mineral tu mineral yang diperlukan dalam kuantiti banyak ke? Mikro tu kuantiti kecil? Nanti aku cari2.. kalo dapat kongsi pun alhamdulillah

      Delete
  5. rsenye btul dh tu fairul..makro utk knttiti byk n mikro utk kntt kecil..cth makro nutrien mcm vitamin ADEK n BC..n mikro mcm Selenium,iodin,cobalt dll..btul x prof??haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam skim mikro kredit pulak. Siapa belajar bisnes mesti pernah dengan mikro dan makro ekonomi.

      Delete
    2. ini alwi expert laa..bab2 ekonomi..aku pnah amek ekonomi asas je mse SPM..

      Delete
  6. Memang ada makroekonomi dan mikroekonomi masa aku belajar bisnes dulu, tapi semua dah lupa. Aku pun tak tahu apa yang aku belajar dulu haha semua masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Satu je yang aku belajar lama lama kat universiti, ilmu kena cari sendiri.. yep the greatest lesson

    ReplyDelete
    Replies
    1. stuasi aku hmpir same dgn alwi..aku hlang punca d UPM xtau ape aku bt slame 3tahun dsitu.kuliah jrg g,main game,tgok anime,lyan drama korea,g melagho..grad pun ckup2 mkan je..ble dkenang2 balik algkah ruginye mse aku kt ctu.haha..

      tp tula kita bljr dr ksilapan..ksilpn mse lalu jdikn pngajarn utk mse akn dtg.tu la mse skrg aku nmpk laju je bt projek.hehe..

      Delete
    2. Kajian mendapati 80% student di universiti menghadapi college blues. Depression yang disebabkan gabungan beberapa faktor. Patutlah aku hilang punca masa kat u dulu..

      Delete
    3. pergh istilah yg bru aku dgr "college blues"..tp syndrom aku rsenye tlah lme djmpai dknali sbgai "malas blues"..hehe

      Delete
  7. College blues memang ada diterangkan dalam buku psikologi. Antara simptom dia 'malas blues' lah hahaha. Sistem pendidikan di malaysia yang terlalu mementingkan exam perlu dirombak semula. Tak menggalakkan imaginasi, membunuh kreativiti, menambahkan tekanan perasaan kepada pelajar pelajar. Manifestasi depression ni masa masuk u lah, dok lama terkumpul dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah. Sampai u meletuplah dia.

    Aku ni memang kena college blues... hampeh sungguh dulu..

    ReplyDelete
  8. Orang kata benih yang baik campak di mana pun jadi baik. Insyaallah, satu hari nanti jika allah swt izinkan aku pun nak jadi pakar kambing juga. Tak nak buat alasan lagi, buat kerja lebih je. Alwi dah buktikan penternakan kambing ni boleh di Malaysia jika kena caranya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik baik aku jadi bersemangat tengok ko punya semangat. Kita yang muda muda ni alhamdulillah ada satu advantage besar yakn masa. Kalau tersadung, boleh bangun balik, betulkan kesilapan lalu.

      Aku seronok betul bila ada geng yang sama sama memburu ilmu, best best!

      Delete
    2. ALhamdulillah..smuge jemaah kambing kita beroleh keberkatan dr Allah.aku doakan semoga semua brjaya dlm arena penternakan nih..sma2 sling bntu mmbantu.."Majulah industri Kambing untuk Negara"...:-)

      Delete
  9. Askm...ada sapa2 pernah guna garam mineral himalaya.....apa mineral dgn vitamin saya tak tahu...tapi experimen kambing yg melepek tak larat bangun alhamdullah....saya asingkan kambing tu dan bagi dia jilat puas2....hee

    ReplyDelete