Friday, May 11, 2012

DEMAM MALTA


Tahun sudah aku ada dua orang customer yang hari hari beli susu kambing dengan aku. Diorang ni duduk langkap, 15km dari ladang aku. Seorang chinese guy yang menghidap kanser dan seorang lagi chinese lady yang anaknya ada lemah badan dan mental. Memang sanggup diorang datang hari hari beli susu kambing segar segar walau pun jauh. Masalahnya aku pula yang tak lalu nak perah susu sebab aku bela kambing pedaging, bukannya kambing susu. Banyak ekor nak kena perah so jadi leceh. Kalau kambing susu perah sekor dapat supply satu orang 2 – 3 hari. Oklah sikit takdelah penat badan, baik bagi aku atau pun customer aku.

Aku tanya chinese guy yang menghidap kanser ni, kenapa susah susah cari susu kambing kat ladang aku? Kan ada lagi orang bela kambing susu, memang betul betul fokus kat susu di sekitar kawasan aku ni? Chinese guy ni jawab untuk menyembuhkan kanser yang dihidapinya, dia mesti minum susu kambing segar yang mentah (unpasteurized) yang diperoleh dari kambing yang bebas meragut rumput. Kambing makan dedak dia tak mahu sebab tabib yang merawat dia kata susu kambing yang bebas meragut adalah makanan terbaik untuk melawan dan membuang kanser. 

Tabib yang merawat dia ni terkenal juga dalam kepakarannya merawat pesakit kanser cuma aku je yang dah lupa sapa dia ni. Kat kedah, ke kat penang? Tak ingatlah. Yang aku tahu tabib ni aliran naturopathy, dia advocate penggunaan dan pemakanan yang natural (alamiah).

Sepertimana yang nenek moyang kita buat dan makan.

Dan aku tanya chinese lady yang beli susu kambing untuk anak dia kenapa rajin sangat beli susu kambing aku? Awat susah payah? Dia jawab kawan dia rekemen, dan memang ada perubahan bila anaknya mula minum susu kambing hari hari. Kaki yang lembik jadi kuat, lebih 'attentive' kurang hiperaktif, dan masalah kulit hilang. Itu pasal dia sanggup datang ambil susu kambing jauh jauh dari langkap. Demi anak.

Aku perasan yang orang cina lebih terkehadapan bila masuk bab kebaikan susu kambing ni berbanding kaum kaum lain. Biasanya kalau tahap pendidikan tinggi, dia lebih banyak tahu khasiat susu kambing ni. Selama aku dok bela kambing ni, kaum cina yang banyak beli susu kambing dan jadi regular customer.

Tapi dalam masa yang sama aku perasan juga yang kaum cina ni vulnerable kepada demam kuning atau pun jaundis. Asal anak baru lahir je, kena kuning. Memang mudah kena kuning. Pasal kulit putih kot? Bila kulit putih ni, maknanya badan nak sangat vitamin D. Mungkin tahap vitamin D dalam badan ada peranan dalam sakit kuning ni.

Ada juga kes mati akibat demam kuning. Baby lah yang biasa. Tapi makcik aku umur 50 tahun meninggal disebabkan demam kuning. Ada juga kenalan aku umur 14 tahun mati kerana sebab yang sama. Hairan juga aku.

Anyway, kaum melayu ada sikit sikit anak kuning bila lahir. Ada jugalah yang beli susu kambing ngan aku. Tapi yang betul betul tahan sakit kuning ni kaum india lah kot. Pasalnya tak pernah ada seorang pun india yang beli susu kambing untuk anak kuning kat ladang aku. Tak pernah. Memang tinggi betul resistance dan resilience orang india ni kepada jaundis. Patut dibuat kajian ilmiah fenomena ni.

So itu demam kuning, bukannya demam malta. Mak aihh awat panjang lebar intro aku nih? Kalau exam karangan bahasa melayu, aku dah 'fail' ni. Ok ok.

Nak dijadikan cerita suatu hari dalam tahun sudah, chinese lady yang jadi regular customer susu kambing aku, beritahu aku kerisauannya pasal kualiti susu kambing aku. Menangis nangis. Dia tunjukkan artikel dalam the sun pasal kes demam malta kat penang. Dia risau sangat anak dia boleh kena penyakit yang sama. Aku check artikel tu, rupanya budak umur 5 tahun ni seminggu dah demam teruk masuk wad selepas minum susu kambing segar.

Aku selidik lebih dalam dan faktanya ialah pekerja ladang kambing ni perah susu daripada kambing yang keguguran. Mak budak ni beli dan bagi anaknya minum. Yelah mana mak budak ni tahu. Tak pasal pasal anaknya kena demam malta akibat susu yang tercemar.

Brucellosis adalah punca demam malta. Brucellosis ni menyebabkan kambing keguguran bila mengandung, disebabkan bakteria brucella. Bila kambing gugur disebabkan brucellosis, susu dia akan tercemar dengan bakteria ini. Boleh berjangkit pada manusia, ada risiko boleh memandulkan manusia baik lelaki mahu pun perempuan. Bila kita sebagai penternak kena handle (sembelih, lapah – uruskan karkas) kambing yang kena brucellosis ni, kena hati hati bila uruskan organ pembiakan. Kena buang (bakar), kena pakai sarung tangan.

Disebabkan brucellosis ni zoonotik (boleh pindah spesis), maka bila kambing kita keguguran, jangan minum susu dia. Apalagi perah jual kat orang. Jangan sesekali kita minum susu dia walau pun dia boleh keluarkan 2 – 4 liter susu sehari.

NEVER EVER CONSUME AND DISTRIBUTE MILK FROM GOATS THAT MISCARRY, whatever the reasons (brucellosis, meliodosis, vibriosis, etc).

Akan tetapi aku tak pasti pula (dah lupa sebenarnya) kalau susu yang dicemari bakteria ni selamat kalau dimasak atau dipasteurkan. Nak kena confirm dengan bakteriologis.

Prosedur biasa bila wujud brucellosis atau meliodosis dalam ladang kita ialah tembak mati kambing kambing ni. JPV punya kerja. Kalau banyak kambing yang berjangkitlah. Kalau sekor dua yang confirm ada penyakit ni kita sembelihlah. Nak makan dagingnya tak dak masalah, cuma kena hati hati, very cautious masa uruskan organ pembiakan.

Alhamdulillah, setakat ini brucellosis belum wujud kat ladang aku. Salah satu sebab aku tak pernah buat trading, cuma fokus membiak walau pun mencabar, adalah untuk mengurangkan risiko penyakit merbahaya kepada ternakan aku.

Hmm yang peliknya kat malaysia kita ni takde pula disimpan vaksin brucella ni. Negara negara lain ada je stok vaksin ni. Vaksin rev1 namanya, khas untuk mengawal penyakit brucellosis. Kenapa tak disimpan, kita kena tanya JPV lah.

Anyway balik kepada chinese lady yang dok menangis nangis kat kandang aku ni. Aku kata kat dia, polisi aku tak pernah perah dan jual susu daripada kambing yang keguguran. Dan aku beritahu pekerja aku juga jangan sesekali minum atau jual susu dari kambing yang gugur. Bagi kat anak kambing takpalah.

Aku geram juga penternak yang jual susu tercemar kat penang tu, tak pasal pasal aku pula yang kalut kat perak ni. Jadi tuan tuan pembiak yang bijaksana, bilamana ada kambing kita yang gugur, jangan minum atau jual susu dari kambing tersebut. Elakkan dari terkena demam malta yang merbahaya. Sama sama kita menjaga kualiti bisnes kita. Salam.  

6 comments:

  1. Assalamu'alaikum wrmbth Tuan,

    Aku rasa mentaliti mamat penang tu tak sama macam ko jenis menyelidik. Mana la nak pernah dengar pasal bruselosi vibrio dan sebagainya. Hehe. Kadang2 tu aku pun hairan mana la ko selidik benda2 ni semua.

    Terima kasih kerana berkongsi ilmu ni. Aku nampak rakan yang boleh dibuat benchmarking dan paling bersyukur tu orang islam dan seagama. Teruskan istiqamah tuan

    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..stuju dgn fairul,mnela ko dpt info2 mnarik cmni..dlm nota2 JPV,MOA pun aku xprnh jmpe lg bnde cmni..mmg btul2 Maste of Knowledge la.kalu wat kajian psal kmbg maybe ko dh tarf PhD dh ni,kne pnggl Prof.Alwi dh ni.hehe..

      Alhamdulillah truskn prkongsian ilmu2 yg bgune ni Prof..

      Delete
    2. yaa... Sama sama kita menuntut ilmu kambing ke tahap PhD atau pun sehingga negeri china.. atau ke mana mana sahaja di bumi ini..

      Delete
  2. susu kambing panaskan..so, kalau anak SEDANG demam, blh ke x bg dia minum susu kambing? ker kena tungguh demam kebah dulu baru bleh bagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bagi anak minum susu kambing walau pun demam.

      kalau nak minum mentah, kena pastikan sumber dan cara dia perah.

      kolostrum akan curdle, tak sedap bagi sesetengah orang

      Delete
  3. Alhamdulillah. Tq for the info. Tiap tiap malam saya minum susu kambing.yang kami bela sendiri. Kena waspada skarang ni.

    Saje nak tambah sini PROF Alwi dan para pembaca, efek minum susu kambing asli (raw, unpastuerised) ni paling ketara untuk saya dan isteri ialah bila minum pada waktu malam (around 150ml je), esok pagi badan rasa cukup bertenaga, walaupun tido 5 - hingga 6 jam.

    Seriously, saya dah ketagih minium susu kambing ni. Sedap, berkrim, kadang kadang dgn curdle curdle tu pun tibai masuk tekak.

    Prof Alwi, nak tanya jugak, seekor kambing prof dpt keluarkan berapa litre susu?

    ReplyDelete