"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, February 29, 2012

PERBARISAN ANAK KAMBING

Gambar di atas menunjukkan barisan anak kambing umur 1.5 – 3 bulan tengah creep feeding di kandang aku. Ada lagi 30 ekor anak yang tak nampak dalam gambar. Dan ada lagi 40 ekor anak dalam petak beranak. Ada juga anak anak umur 2 bulan dah terlepas ikut mak diorang meragut.

Biasanya anak kambing umur 10 minggu ke atas ok bila lepas sekali ramai ramai. Yang jadi masalah bila bawah umur 10 minggu, kambing lain lompat parit, dia tercengang cengang.  Ada pula yang terjun ke dalam parit bukannya melompat. Kadang kadang tensen jugak kita dibuatnya.. 

Gambar ni pula menunjukkan anak anak kambing tengah makan foraj segar. Betul betul bawah palung rumput tu ada lagi anak anak kambing.  


Aku kurang gemar guna rumput napier atau guinea. Aku lebih senang guna campuran dedaun liar macam daun ubi dan daun pisang. Kalau daun sawit aku tak guna yang tua tua atau yang gugur sebab potong buah atau pruning. Aku cari pokok sawit liar kemudian cantas yang muda muda, yang cantik berkilat. Tapi kadang kadang sebat aje yang tua. Biasaklah kadang kadang datang juga malasnya tu.

Napier liar banyak kat tempat aku. Cumanya kena bersaing dengan penternak kambing, lembu dan rusa sekitar kawasan aku. Orang kandang jauh jauh pun datang cari rumput kat tempat aku, dari tapah ada, dari teluk intan pun ada, dari sungkai pun ada. Heran betul aku, jauh bebenor cari rumput. Aku biarkan aje takde gaduh gaduh walau pun diorang datang potong rumput betul betul sebelah kandang aku, pasal modus operandi aku memang tak guna rumput rampai tapi lebih kepada dedaun.

Aku cari dedaun pun bukannya untuk induk, atau jantan jantan yang sedang digemukkan, tapi untuk anak anak kambing yang belum pandai, belum cukup kuat untuk meragut. Campuran daun ubi liar  dan daun pisang liar ni sememangnya rangsum yang sangat digemari anak anak kambing aku. Punyalah berebut..   


Tuesday, February 28, 2012

SILAP KIRA DAA....


Itu hari aku dah silap kira dimensi kandang breeder aku. Gambar di atas menunjukkan keadaan terkini kandang. Sebelah kanan yang lama dibuat 2010, saiznya 40 kaki x 84 kaki. (Dimensi kandang disebut lebar x panjang, bukannya panjang x lebar)

Sebelah kiri expansion yang masih berlangsung, belum siap lagi, saiznya 40 kaki x 72 kaki. Maknanya total dimension kandang aku sekarang ialah 40 kaki x 152 kaki = 6080 kaki persegi. Berapa banyak nombor daa.. pening aku tengok.

Aku sememangnya lemah bila sampai bab matematik ni. Dulu masa kat sekolah memang sangap sikit, berpusing mata tengok nombor berderet deret (Dyslexia kot aku ni?) Kena pula cikgu matematik cikgu perempuan yang seksi. Cikgu tu pakai skirt panjang, tapi bagi budak lelaki umur aku dah kira seksa seksi tu. 

Aku hairan juga, member aku kata lagi cantik dan seksi cikgu yang mengajar lagi senang masuk dalam kepala ilmu yang diajar. Apasal aku tak macam tu? Lagi bengap ada. 

Berkat konsentrasi aku yang tidak berbelah bahagi (pada tempat yang tak sepatutnya), aku memang score F9 setiap kali ada test subjek matematik. Cikgu pun naik risau. Kena masuk tuisyen khas aku ni. Nasib baik masa SPM lulus, aku pun tak tau macam mana. Tima kasih banyak banyak la pada yang "merait" paper aku tu. Dapat gak masuk u.

Anyway, expansion kandang aku belum siap lagi. Underground drainage belum buat, palung makan dalam kandang belum buat, water system pun belum buat. Duit dah habis..

Yaa aku memerlukan rescue package. Bukan negeri greece sahaja yang perlu dibail out oleh kesatuan eropah, aku juga perlukan bantuan serupa hahaha.. Ada sesapa poket tebal nak jadi white knight atau venture capitalist (atau vulture capitalist?)

takpa takpa

Aku dah biasa terbengkalai projek ni. Bayaran kepada agrobank ni perlu distruktur semula demi menghidupkan sinar kepada projek expansion aku. Biasa la tak bayar agrobank sebulan dua hehehe..

(Kawan aku lagi berani... pinjam Tekun 50,000 terus tak bayar bayar, hahaha memang tongkat ali punya orang tua)

Rasa rasa mintak tolong dengan mak ment*** boleh tak? Kalau mak ment*** hulur  seringgit dua kat projek aku ni, boleh aku promote baik punya, positive publicity untuk counter negative publicity yang dihadapi mak ment*** sekarang.

Mak ment*** boleh tidur lena sikit.. kuranglah gugur rambut mak ment*** yang lawa berkaler kaler tu... 


MENGGELEGAK RAMAI RAMAI!

Kes ni baru lagi. 3 orang penternak lembu susu di negeri sembilan dapat lembu bantuan. Sorang dapat 2 ekor lembu drpd XYZ. Sebelum ni secara kolektifnya, 3 penternak  ni memang dah ada dekat 100 ekor lembu susu. Maknanya  dah established.

Nak dijadikan cerita, 3 hari lepas dapat lembu bantuan, kawanan 100 ekor lembu susu ni tumbang sekor demi sekor. Habih semua tumbang dalam seminggu. Rupa rupanya XYZ kasi lembu yang ada penyakit kuku dan mulut.

Kasihan penternak lembu susu 3 orang ni. Periuk nasi diorang habis rosak, hancur berkecai setelah sekian lama berjerih payah. Macam mana nak tanggung makan anak bini? Bukannya salah diorang. Salah XYZ yang sepatutnya melindungi dan memajukan golongan penternak macam kita ni.  

Penternak ni mati terbunuh akibat diberi pelukan dan ciuman beracun oleh kayu kayu reput dalam XYZ. Dan golongan kayu kayu reput ni sedang giat bercambah biak dalam XYZ. 

3 orang ni dah mula prosiding saman 1 juta ke atas pengarah XYZ NS (dah jadi bekas pengarah kot.. ntah ntah yg palsukan dokumen kenaikan pangkat tu?)

Aku menggelegak baca kisah penganiayaan terhadap  3 penternak ni. 

Itu cerita lembu. Cerita kambing pun serupa. Kisah benar bukannya aku reka reka. Bukan NS je, 1Malaysia. Banyak rakan rakan pembiak kambing ni yang tumbang setelah mendapat kambing bantuan. Bukan jadi makmur tapi jadi terlungkup oleh kerana kambing kambing bantuan ni ada penyakit berjangkit.

Aku pun dapat kambing bantuan walau pun tak apply. Dan aku buat blood test sebaik sahaja dapat kambing bantuan yang tak ikut spec ni. Kecik kecik belas belas kilo, lembik lembik. Aku hairan kenapa induk induk boer cross ni tak ikut breeder protocol. Ikut spec berat sepatutnya 32kg ke atas, tapi yang sampai kat tangan aku kecik kecik muda muda. XYZ bayar 1200 seekor kepada pembekal, tapi kenapa jadi macam ini? Kambing 17kg yang sakit, yang lembik nilainya rm1200? Sekilo rm70?

Dapat result blood test, aku terpaksa jual. Ni aku nak bagitahu tuan tuan. Semua kambing bantuan jenis boer import australia ni hanya buat 1 jenis ujian darah, untuk brucellosis sahaja. Lagi 3 - 4 penyakit yang wajib dibuat saringan, memang tak buat. Skandal betul..

Berderet deret member pembiak aku yang tumbang setelah mendapat kambing bantuan. Macam penternak lembu susu di atas. Banyak geng kita mati terbunuh akibat diberi pelukan dan ciuman beracun oleh kayu kayu reput dalam XYZ. Dan golongan kayu kayu reput ni sedang giat bercambah biak dalam XYZ.

Aku lebih menggelegak sebab kali ni bukan geng lembu je yang kena tapi aku sendiri terkena dan rakan rakan seangkatan.

Tapi kalau aku menggelegak sorang sorang, takat boleh buat nescafe atau teh tarik je. Geng geng kayu reput dan importer tamak ni pakat gelak ramai ramai lepas tu tidur lena macam biasa sambil bertilamkan wang ringgit hasil penderitaan penternak.

Sekarang aku join persatuan pembiak kambing malaysia (PPKM) yang ditubuhkan secara rasmi pada 31 Jan 2012. Baru lagi dan tiada kaitan dengan persatuan penternak kambing malaysia (ni pun ringkasan namanya ppkm juga, cuma aku tak tahu cerita diorang sekarang ni). Dalam blog aku ni PPKM merujuk Persatuan Pembiak Kambing Malaysia. Terbuka hanya kepada pembiak kambing.

Boleh menggelegak ramai ramai. Bila banyak yang menggelegak, dia jadi macam geyser kat yellowstone amerika sana nun! Memancut mancut nampak dari jauh, baru tak senang duduk geng kayu reput dan importer tamak ni, keluar jugak peluh jantan kat dahi tu, tidur pun dah tak berapa lena.

Dalam PPKM ni ada kepala kambing boer, ada kepala kambing jamna, kena kat aku kepala kambing kampung.  Tapi  tak kisah la selagi berdiri pada paksi yang sama iaitu sebagai pembiak kambing yang terancam hasil polisi karut marut kayu reput dalam XYZ ni.

Jadi tuan tuan, rakan rakan pembiak sekalian,

Jangan apply untuk kambing bantuan, jangan apply untuk lembu bantuan, tapi apply jadi ahli Persatuan Pembiak Kambing Malaysia. Yaa itulah yang sepatutnya kita lakukan tuan tuan.  Tak kisah walaupun kita baru start atau ada kambing sikit. Kita bergabung dalam PPKM, banyak yang kita boleh belajar, dan wujud harapan untuk mengubah suasana industri ke arah yang lebih cerah.

Mari menggelegak ramai ramai!

(Aku baru kena saman polis, lesen memandu mati. Memang tengah emosional la ni, posting kali ni memang kena tempias angin kuskus aku..)

Sunday, February 26, 2012

JARUM DISPOSABLE GUNA SEKALI JE...

Sekotak jarum (needle) pakai buang (disposable) panjang 1 inci harganya dalam rm11 – 13. Ada 100 batang. Maknanya harga sebatang jatuh 11 – 13 sen. Tak mahal pun.

Dan selalu aku jumpa situasi berikut.. Banyak penternak baru (yang lama pun ada) gemar buat cara ni bila nak bagi ubat jenis inject, guna sebatang jarum injection jenis disposable untuk 5 – 10 ekor kambing. Bila jarum dah tak lut atau bengkok, baru tukar kepada jarum lain.

JANGAN buat begini.

Sebaik sahaja sebatang jarum sudah memasuki kulit kambing no 1, ia sudah terpalit dengan darah kambing tersebut. Kalau kambing no 1 tu berpenyakit, alamat terpalit jugalah pada jarum itu. Bila kita guna jarum yang tercemar ni untuk tarik ubat dalam botol, maknanya ubat tersebut sudah tercemar juga. Kemudian kita guna juga jarum yang sama suntik pada kambing no 2. Kambing no 2 itu pun jadi tercemar dengan penyakit yang ada pada kambing no 1.

Kita pula berterusan guna jarum yang sama untuk 10 ekor kambing….

Habis punah kambing kita. Penyakit cepat merebak dan ubat kita rosak. Ini jimat tak bertempat, yang membawa kerosakan kepada usaha kita.

Jarum disposable guna sekali je ye… Setiap jarum untuk setiap suntikan sahaja.

Aku tak galakkan penggunaan jarum tahan lama (reusable needle). Pensterilan kena dilakukan setiap kali injection. Leceh daaa..

Thursday, February 23, 2012

KEMBUNG BUKAN PENYAKIT UTAMA KAMBING

Salam tuan tuan,

Biasanya para penternak kambing ni lepas kambing sebelah petang, bilamana kawasan ragut dah kering, bebas embun pasal nak mengelakkan kembung dan macam macam penyakit. Masa aku berkursus kambing dulu, memang dinasihatkan lepas kambing belah petang.

Tapi biasalah aku, anti establishment, sceptical, selalu mempersoalkan dan suka buat eksperimen (aku memang tak boleh masuk askar, sah sah asyik kena pelempang dengan encik sarjan, udahnya asyik menjawab…..)

Lagi satu sebab yang buatkan aku nak cuba lepas sebelah pagi, kat kawasan aku ni bila sampai musim hujan, dia suka turun belah petang. Hujan sikit sikit kambing aku tak kisah, dia makan elok je. Kena hujan lebat sangat macam dalam sinetron indonesia tu, tu dia kambing aku memecut balik, aku risau plak tak cukup makan.   Maka aku pun cuba cuba lepas kambing sebelah pagi, antara 9.30am hingga 10.00am.

Tuan tuan, tempat aku ni bawah sawit, banyak kawasan yang lembap, berpaya, basah, lecak. Kalau musim hujan, memang berair betul kawasan aku. Secara teorinya, situasi sebegini membahayakan kesihatan kambing. Udah la bawah sawit, lembap, hujan lagi, lepas kambing sebelah pagi plak tu… memang mula mula aku lepas kambing sebelah pagi, terasa sungguh cuaknya… maunya idak semua orang cakap bahaya lepas kambing pagi pagi ni… kembunglah, cacinglah, purulah dan macam macam lagi penyakit…

Kambing aku ni plak, memang cukup suka pucuk ubi liar dan daun pisang liar. Macam tak cukup mulut diorang ni makan. Yang aku perhatikan, kambing aku kurang suka rumput rumput termasuklah napier atau guinea. Diorang ni lagi suka dedaun daripada rumput.

Biasanya kalau aku halau diorang ke tempat yang banyak napier, banyak yang buat buat tak nampak rumput tu, malah ada yang merempit laju menonong je. Kadang kadang geram betul aku dengan kambing ni, eksen tak mahu makan napier yang cantik cantik menggoda. Penat aje halau ke situ… kambing punya kambing….

Tuan tuan, orang kata banyak sangat pucuk ubi bahaya boleh buat kembung… rumput basah sangat pun bahaya boleh buat kembung…. Tak elok lepas kambing bilamana hujan baru selesai nanti kambing kembung….

Pengalaman aku...

Kambing aku makan sepuas puasnya pucuk ubi liar dalam keadaan hujan lebat pada waktu pagi….

Takdak sekor pun kembung….

Realitinya kambing aku mati kembung seekor dua setiap tahun kerana terlebih dedak. Takdak seekor pun kembung kerana terlebih makan rumput basah basah…

Memang kembung bukan penyakit utama kambing, terutamanya bagi kambing jenis lepas. Kita tak perlu risau. Tapi bagi mereka yang bagi dedak pada kambing dewasa memang kena hati hati. Kambing dewasa yang terlebih dedak memang mudah kena kembung bilamana wujud situasi penukaran makanan.(Perhatikan ayat aku betul betul tuan..)

Anak kambing yang terlebih dedak tak kembung?

Pengalaman aku… takdak anak kambing yang mati kembung pasal terlebih dedak.Perut diorang ni lain macam sikit tak sama dengan yang dewasa.

Kalau kambing dah kembung apa ubatnya?

Senang je tuan tuan tak payah ubat mahal mahal. Kita guna sodium/natrium bikarbonat 100%. Garam bentuk tepung warna putih untuk menaikkan kek. Banyak jual kat kedai runcit, memang murah. Ambil satu sudu teh (sikit je guna) + air 100ml. Bagi minum kat kambing yang kembung tu.

Memang murah dan berkesan. Kejap je dah keluar kentutnya.

Tapi nak kena tahu lah, kena pandai bezakan kambing yang kembung atau tidak. Kembung ni bukan la tu juga dia jadi. Ambik masa nak menampakkan simptom kembung. Kalau ada perubahan dari rumput ke dedak biasanya akan jadi.

Kalau kambing dah tumbang tercungap cungap?

Jangan guna sodium bikarbonat, terus guna trokar. (masa awal awal bela kambing dulu, memang aku pernah guna teknik ni, tapi sekarang tidak lagi… pasal aku dah boleh kenalpasti kambing tu kembung ke tidak di peringkat awal)

So tuan tuan jangan risau pasal kambing kembung kalau kita tahu maklumat yang sebenarnya. Ada lagi rahsia pasal kembung yang belum aku paparkan yang tak banyak orang tahu, terhad kepada pembiak yang mahir. Kalau nak tahu, daftarlah menjadi ahli persatuan pembiak kambing malaysia, kita boleh berjumpa nanti, kita boleh cerita lebih panjang…


Salam.

Karnival di RTC

Baru baru ni aku ke karnival RTC (Rural Transformation Centre) di Gopeng, Perak. Aku pergi sebelah petang pasal pagi aku sibuk ngan kambing kambing aku. 18 Feb aku pi, aku kena patah balik pasal hujan lebat sangat, traffic jam, kereta bersusun berkiloooooometer panjang. Rupanya PM merasmikan hari itu, aku tak perasanlah plak.

Esoknya aku pi balik, belah petang sebab pagi memang kena menghadap maharaja kambing dulu. Orang memang ramai betul, yang jual makanan dan minuman semua hilang anak mata, ganti dengan rm, rm, rm, macam mesin slot kat genting sana nun. Haha memang syoklah sapa sapa yang buka gerai makan kat situ, seluar semua nak terlondeh nampak 'spender' pasal poket penuh sangat dengan ringgit malaysia dan syiling malaysia.

Makanan yang paling best kat situ ialah kambing golek. HS Nada yang buat. Aku heran gak, pasal setahu aku HS Nada ni lebih menjurus kepada lembu lembu dan produk daging lembu. Tak perasan plak aku bila dia start main kambing nih. Tak kisahlah janji kambing golek dia sedap.

RTC ni dulunya Terminal Agribisnes Negara. Dulunya lagi Terminal Makanan Negara (TeMaN). Asyik tukar nama je, pening rakyat macam aku nih. Kalau tak silap aku, kos pembangunan TeMaN ni sekitar 200 juta. Idea kementerian Pertanian (FAMA kot?). Memang untung besau kontraktor pembinaan yang dapat projek TeMaN nih.

Tujuan? Ntah, aku pun tak tahu. Yang aku tahu kawasan tu kosong, sepi. Pemborong pemborong sayur, ikan, daging tak mahu masuk situ. Sunyi sungguh. Memang hampir mencapai status gajah putih. La ni, banyak pejabat kerajaan terpaksa ditempatkan kat situ bagi menarik minat lebih ramai rakyat termasuklah yang terbaru ni agensi agensi di bawah Kementerian Luar Bandar. Pasal tu nama terbaru dia RTC (Rural Transformation Centre).

Karnival itu hari aku tengok booth agensi agensi Kementerian Pertanian belah belah hujung, macam terpinggir je. Projek mega TeMaN Kementerian Pertanian yang tak jadi jadi dah diambilalih Kementerian Luar Bandar, itulah yang aku dok hitung hitung.

Serahkan kepada mereka yang lebih cekap kot? Yelah takkan nak biarkan jadi gajah putih. Karang jadi macam Pusat Fidlot Nasional, makin hilanglah kepercayaan rakyat bawahan macam aku ni. Yang aku nampak, kontraktor yang bina projek mega mega nilah yang untung besar, yang gelak sakan bila tengok akaun banknya makin membukit.

Kita petani dan penternak apa yang dapat ye? Dok telan air liur je, bila nak telan yang sedap sikit?

Kat TV, suratkhabar bukan main peruntukan yang diwarwarkan. Pak menteri umum dana sana sini. Tapi yang dapat jerung besar, pulak tu salah guna peruntukan. Ikan bilis kecik macam aku ni terlopong tengok kerakusan jerung jerung nih. Hahaha..

Cuba bayangkan, N** dapat soft loan 20 tahun. Bunga 2% je setahun. Grace period 3 tahun, takde cagaran. Siap bagi kawasan lagi… Mak aihh….

Kita renung pinjaman yang disediakan untuk penternak kecik macam aku ni.. tempoh pinjaman 5 tahun, Bunga 4-5% setahun, grace period kalau luluslah setahun je.. Sebulan terlepas bayar, telepon dah berdering…

Setahu aku polisi kementerian kewangan ni memberikan pinjaman pada 2% + BLR. Maknanya N** dapat pinjaman di bawah kadar kos. Terma terma pinjaman kepada N** ni betul betul soft, betul betul fleksibel, tak menyerupai pinjaman, serupa hulur duit suruh enjoy je..

Terlopong… terlopong ikan bilis… 

Wednesday, February 15, 2012

AKU SUKA LADANG KECIK!


Apa khabar tuan tuan pengunjung blog aku nih? Semoga sihat dan Body Mass Index (BMI) anda sentiasa berada di tahap yang optimum hehe! (Tak susah nak BMI kita cemerlang tuan tuan, ikut aje belakang kambing masa lepas tuh, mana dia pergi kita pun pergi, aku gerenti BMI kita sentiasa cemerlang dan gemilang!)

Tuan tuan,

Aku sebenarnya lagi suka berkawan dengan pembiak kambing yang kecik kecik nih, yang modalnya tak seberapa, kandang tak lawa, yang lebih banyak jerih payahnya dari senang lenangnya, pasal aku dulu pun macam tu.

Inspirasi aku, semangat aku  datang daripada pembiak yang kecik kecik ni, yang sanggup ikat perut, yang sanggup meredah hujan lebat dan berpanas bersama sama kambing, dan yang istiqamah/teguh meneruskan usaha walaupun dipandang sinis/diketawakan oleh orang sekeliling, walau pun dugaan silih berganti. Kekentalan semangat rakan rakan pembiak yang kecik ni lah yang sentiasa menaikkan semangat aku walau pun banyak kali juga aku rasa putus asa.

Aku terkenang masa dulu, makan nasi berlaukkan kangkung/pucuk paku/pucuk ubi/jantung pisang/terung belanda ngan sambal belacan hari hari. (kawasan sekitar ladang aku memang kaya dengan ulam liar nih, rembat je, memang tak bertuan). Nak berjimat punya pasal, nak bagi kambing makan sedap sedap berulamkan dedak sampaikan tuan punya kambing makan pun macam kambing hahaha.. agaknya kalau rumput nyonya tu boleh dibuat ulam, aku dah sebat buat lauk!

Memang BMI aku sangat cemerlang masa awal awal menceburkan diri dalam dunia pembiakan kambing nih. (Sekarang BMI dah lari, kuli aje yang buat semua kerja, dulu pinggang aku 28/29 sekarang 33, cipet betul…)

Masa mula mula aku biakkan kambing ni tahun 2005, aku ada 13 ekor ibu/induk je dalam tahun tu. Mula mula 5 ekor ibu kampung (semuanya sakit sakit masa tu akibat kecacingan serius, aku tak perasan plak, yelah beli kambing dah gelap maghrib), kemudian aku tambah sebulan seekor ibu. Takdak duit masa tu, pinjaman agrobank belum dapat lagi.

Tapi dalam tahun pertama juga, 3 anak betina kampung yang lahir kat kandang aku dah jadi ibu juga. Maknanya tahun pertama aku ada 16 ekor ibu/induk/bibit. Anak dapat 26 ekor. Kadar mati 35%, biasalah tu pasal langsung tak ada ilmu pembiakan kambing masa tu. Ingatkan kalau dah pandai tangkap kambing, pandai inject kambing, dah kenal ubat ubat, dah kenal dedak dedak, dah kira terer pasal kambing…hahahaha… memang sangap aku masa tuh…

Lepas dari tu, aku takde dah beli kambing betina buat induk tuan tuan. Aku biakkan je dari apa yang ada. Itu yang aku makan sayur hari hari tu, jadi vegetarian sekejap. Iyelah aku start sikit sangat. Aku tak rekemen bakal bakal pembiak sepenuh masa buat macam aku nih, elok start 50 ekor induk. Lagi baik 100 induk. Tapi tulah, modal tinggilah pula kan?

Bila dapat pinjaman agrobank rm30,000 tahun 2006, aku ambil 10,000 buat beli boer. Masa tu dah ada berita berita yang sampai kat telinga aku, kata hati hati ngan kambing boer ni ada banyak masalah. Tapi biasalahkan aku baru menternak, jadi memang terpesona dengan saiz kambing boer ni, kena plak kat suratkhabar dan tv tengah rancak promosi kambing boer. Aku pun buat keputusan untuk test biak kambing boer nih.  

Tapi aku ambil langkah berjaga jaga, aku tak beli boer yang baru masuk dari australia, aku beli boer local breeding (lahir kat malaysia, dibesarkan kat malaysia, kemudian beranak lagi kat malaysia gak). So aku beli 9 ekor, 2 pejantan dan 7 betina dari sebuah ladang pembiakan boer milik kerajaan. Kat ladang kerajaan nih, boer betina lepas aje bawah sawit, diorang tanam rumput guinea celah pokok pokok sawit tu, manakala yang jantan diasingkan. Jadi aku punya andaian, kalau aku beli boer kat situ, lagi selamat, kurang risiko kat aku. Yelah, local breeding, dah biasa lepas bawah sawit plak tu.(andaian yang bakal bertukar jadi mimpi ngeri…)

Seminggu lepas sampai pejantan 55kg yang aku beli dengan harga 1500 tak boleh kencing, mati.

Pejantan kedua 33kg, sebagai spare, rupanya tak mahu kahwin kahwin, gagal menjalankan tanggungjawab. Memang jadi spare,…… spare tyre…

7 ekor betina boer, beli harga rm900 seekor, menggemuk dengan sangat sempurna di tempat aku walaupun tanpa dedak hinggakan semua pelawat kandang aku kata boer betina aku sarat mengandung walhal baru je beranak semalam. Memang jadi bulat, cantik berkilat kilat, berat 55 – 60kg, tapi gagal membiak seperti yang aku harapkan. Lepas 2 tahun lebih bela boer hasilnya tidak memberangsangkan. Tak berkembang pun.

Kambing kampung 5 ekor yang aku beli rm300 seekor (sakit sakit plak tu) dah jadi berganda. Mendatangkan hasil untuk menampung pakej menyelamat boer yang tak jadi jadi.

(Konsultan pertama – ko ni awi, kambing boer tu kan ambil masa nak adapt dengan cuaca kita?)
Jawapan aku – amendenya, aku beli semua local breeding, generasi ke 3 dan ke atas.

(Konsultan kedua – boer jangan lepas bawah sawit, parasit banyak, elok makan tanggung).
Jawapan aku – aku beli boer yang dah biasa lepas bawah sawit, aku bagi boer boer ni dewormer tiap 3 bulan, lagipun bulat bulat boer aku ni cukup makan, australia dan south africa tempat asal boer ni takde plak buat makan tanggung, apasal sampai tempat kita nak makan tanggung?

(Konsultan ketiga – boer kena bagi suntikan dan suplemen vitamin/mineral tambahan).
Jawapan aku – ni bertambah banyak input, duit, tenaga, masa….

(Konsultan keempat – boer bila beranak dua, asingkan salah satu bagi minum botol susu, baru cukup susu maknya, takdelah kes bantut)
Jawapan aku – mak aihh lagi bertambah input, duit, tenaga, masa…..

(Konsultan kelima – boer kena tengok bila nak beranak, bantu/jadi bidan bila nampak lain macam)
Jawapan aku – aku tak pernah jadi bidan untuk kambing kampung, dah dekat 800 kelahiran, rilek je dia beranak.

(Konsultan keenam – boer jangan bagi gemuk sangat, susah mengandung dan beranak).
Jawapan aku – boer aku walau pun bulat bulat, tapi tak obes. Memang fit, cergas pasal bila lepas, jauh tu berjalan dalam 3 – 10km setiap hari.

(Konsultan ketujuh – tendang keluar semua boer ni, kita tengok macam mana?)
Jawapan aku – ya betul, nasihat yang sangat baik! (walaupun sayang tengok boer boer ni kerana gemuk bulat berkilat)


Akhirnya aku jual kesemua boer yang aku ada, tinggallah kambing yang berdarah kacukan kampung. Yang bestnya tu, lepas jual semua boer,kadar kelahiran terus meningkat semakin baik. Bertambah bagus produktiviti ladang aku. Rupanya kambing boer selama ini menjatuhkan KPI (Key Performance Index) ladang aku.

Importer/trader boer dan mereka yang pro boer mesti sakit hati bila baca statement aku nih. Tapi yang aku cerita ni pengalaman aku sendiri, dan pengalaman rakan rakan pembiak yang lain. Banyak yang tumbang sebaik sahaja diorang buat keputusan untuk membiakkan baka import bersaiz besar nih, bukan boer sahaja, jamnapari pun. Atau lain lain baka bersaiz besar untuk dijadikan kambing pedaging.

Lantaklah korang menggelegak berasap pun tapi tunjukkan rekod pembiakan anda sekiranya mahu menyanggah/menafikan/membangkang statement saya ni. Jangan tunjuk rekod berat je, tunjukkan rekod kelahiran dan kematian.

(Kalau tuan tuan nak tahu, agensi kerajaan yang menyelidik kesesuaian boer kat tempat kita nih yang aku namakan XXXXX dan XXXX rupa rupanya berpandukan prestasi kenaikan berat badan sahaja semasa buat keputusan samada kambing boer ni sesuai ke tidak kat malaysia nih…… aduhaiii…… ada yang simpan rekod lahir/mati tapi setakat raw data, tiada analisis selanjutnya……..)

Tetapi kalau boer/jamna/etc dikacukkan dengan darah tempatan/kampung/pribumi lain pula ceritanya. Wujud hybrid vigor (kesegaran kacukan). Ni memang best. Walau pun tak sepantas pembiakan kambing kacang dan tak secepat kenaikan berat baka boer, tapi kita ada keseimbangan yang menepati objektif pembiakan kambing pedaging kita. (yang aku boldkan tu nak kena baca slow slow, kena fahamkan betul betul tuan).

Jadi untuk meningkatkan kemungkinan kejayaan kita dalam pembiakan kambing pedaging ni, aku galakkan kacukan/crosses/campuran. Cari pejantan boer/jamna/nubian yang beratnya sederhana 50-60kg (tak perlu fullblood) kemudian kahwinkan dengan betina kampung. Semua pembiak kambing pedaging yang masih bertahan hingga sekarang (veteran) semuanya buat macam ni – ni short term solution yang berkesan.

Kepada pembiak baru, aku faham sangat sangat kalau korang tak mahu dengar cakap aku. Sebab aku dulu pun macam tu, memang terpesona dengan kehebatan infrastruktur kandang, memang terpana dengan saiz kambing, lagi besar lagi syok tengok. Cenderung kepada ladang ladang komersil ni. Tapi bila aku dah terhantuk (nasib baik tak pengsan), barulah aku sedar di mana realiti, di mana kunci kejayaan seorang pembiak kambing pedaging.

Darah kita adalah penyelamat kita tuan tuan, darah kita pasti dan pasti tidak akan menghampakan kita, yakinlah pada kehebatan darah sendiri!

Salam.



  



 

   



Tuesday, February 14, 2012

TAHI KUDA SEBAGAI AROMATERAPI?


Fuhh… semenjak aku bela kuda nan seekor ni, rasa macam masuk spa hari hari. Dia punya harum semerbak, bukak aje pintu rumah, terus meluru mengisi paru paru aku nih. Memang baik punya aromaterapi tuan tuan, aku syorkan tuan tuan bela jugak barang seekor dua. Kalah sifat aromaterapi daripada taik 300 ekor kambing. Tu baru seekor kuda punya taik, kalau sepuluh ekor kuda?

Yaa memang sihat kita bila bela kuda nih, aroma taiknya melancarkan pernafasan, mengejutkan paru paru yang lesu, memberi satu kelainan perasaan yang menggetarkan jiwa. Sangat baik untuk perokok tegar yang mengalami bronkitis. Sewajarnya tahi kuda diangkat menjadi suatu alternatif aromaterapi yang berpotensi.

Banyak juga ilham yang datang selepas mengalami aromaterapi taik kuda….

Aku hari hari free aromaterapi kuikuikui………

Monday, February 13, 2012

AKU SEDANG MENCARI MAHAGURU!

AKU SEDANG MENCARI MAHAGURU!

Ya betul tu, aku sedang mencari seorang master breeder yang sama sistem dan kepercayaan dengan aku. Aku nak melanjutkan pelajaran dalam ilmu pembiakan kambing ni ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi aku seorang master breeder yang aku tengah tercari cari ni mempunyai ciri ciri berikut :

1)    Tak buat trading, tapi fokus pada pembiakan samada pedaging atau baka (tapi lebih baik pedaginglah pasal aku pun fokus pedaging). Pembiakan adalah jalan yang paling mencabar bagi seorang penternak. Dan golongan pembiaklah yang sebenarnya menyahut cabaran meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara tetapi selalu dipinggirkan, dimanipulasi, ditindas dan dibunuh oleh geng importer/trader yang bersekongkol dengan kayu reput dalam agensi kerajaan. Kolaborasi diorang ni yang sentiasa melilau mencari keuntungan segeralah yang berterusan menghasilkan polisi penternakan yang membawa bencana demi bencana kepada industri kita nih, bukannya membina, ATAU selalu buat projek besar besar yang gah tapi tak memberi manfaat kepada kebanyakan penternak, yang akhirnya menjadi gajah putih. Betul kan tuan tuan?    

2)    Modal awal biasa biasa, rm300,000 ke bawah, bukan juta juta. (Lagi sengkek initial investment, lagi aku respek). Modal juta juta bukan menjamin kejayaan, lagi senang lingkup ada. Dah bersepah sepah kandang kambing juta juta ni gagal/bankrap dalam malaysia kita ni. Lagi pun aku mana mampu nak ikut yang modal juta juta nih, aku bukannya jutawan. Hutang pun keliling pinggang ni tapi takde la terdesak sangat sampai nak pinjam along.Mintak mintaklah dijauhkan drpd along nih fuh! Fuh! Fuh! Lagi satu, aku dah tak heran dengan infra yang hebat hebat pasal semuanya tu hanya untuk mengkagumkan mata yang memandang, tapi menelan belanja yang sangat besar, ntah bila nak pulang modal tuh.


3)    Berdiri dengan kaki sendiri, takde tongkat tongkat. Maksud aku takde bantuan/dana kerajaan, takde soft loan, tak mengharapkan kontrak drpd mana mana agensi kerajaan. Jadi dia bersifat independent, tidak takut buat keputusan yang mencabar status quo. Berani berhadapan dengan gerombolan jerung jerung yang telah banyak membaham rakan pembiak aku.

4)    Sama kepercayaan dengan aku : pro darah tempatan. Percaya dengan kehebatan dan keunikan darah yang mengalir dalam tubuh sendiri.


5)    Sama sistem dengan aku : semi intensif (separuh lepas). Aku kurang percaya dengan sistem intensif untuk pembiakan. Tinggi sangat input. Banyak ladang pembiak yang tumbang sebab input tinggi sangat.

6)    Lebih lama operasi dari aku. Aku dah masuk tahun ketujuh. Biarlah bakal mahaguru aku tu betul betul otai, lebih 10 tahun pengalaman sebagai pembiak. Lagi lama lagi bagus. Lebih 10 tahun sebagai importer/trader? Sorry,tak mahulah. Banyak nasihat yang salah dari betul. Bila aku tanya yang kompleks sikit, tercengang cengang atau pun mereka reka jawapan yang berpusing pusing. Bagi aku lah kan, yang patut buat kursus kepada bakal bakal penternak ialah golongan pembiak/breeder yang telah beroperasi lebih dari 10 tahun. Baru betul betul class! Barulah jadi harimau mengajar anak memburu, bukannya ketam mengajar anak berjalan. Ni yang aku tengok, banyak yang buka tempat kursus ni baru 2-4 tahun dalam bidang ternakan, pulak tu bukannya pembiak tapi lebih kepada penggemuk/trader/importer. Kadar kelahiran pun tak reti kira/tak pernah ambil tahu dah diiktiraf  sebagai tempat kursus. Ketam betul……

7)    Lebih banyak kambing dari aku : >300 ekor.  

8)    Menyimpan rekod ternakan yang teratur dan wujud analisis daripada data/rekod tersebut. Kalau ada varians, sisihan piawai, keluk, atau apa apa statistic tool lagi bagus. Dapatlah lagi banyak maklumat yang berguna atau pola pola unik yang mencerminkan situasi industri tempatan. Itu yang aku nak belajar. Aku dah bosan berkiblatkan hasil penyelidikan dari luar.

Kalau tuan tuan nak tahu, aku ada hantar laporan prestasi pembiakan ladang aku ke ladang ladang lain, dengan harapan dapat bertukar maklumat, menambahkan ilmu dan meningkatkan prestasi . Ada ladang besar, ada ladang kecik. Daripada berpuluh yang aku hantar, setakat ni cuma ada satu ladang je yang berani menunjukkan laporan prestasinya kat aku. Nama ladang ni BODEN kat bahau, N9. Pembiak boer +-1200 ekor. Terima kasih aku ucapkan kepada pemilik BODEN kerana sudi bertukar maklumat ladang dengan aku. Aku galakkan penternak kambing untuk ke sana kerana pemilik BODEN iaitu Tn Hj Zainal dan Puan Fatimah memiliki rekod ternakan yang komprehensif walaupun pakai microsoft excel je cam aku gak. Diorang ni juga very knowledgeable breeder. Tak rugi ke sana.

Yang lain lain macam mana yek? Lama jugak aku menunggu response diorang nih.

Kepada ladang yang selalu berkokok/cakap besar, tapi takde simpan rekod pembiakan (banyak yang camni tuan tuan, itulah realitinya), di mata saya anda telah hilang kredibiliti. Hahaha.. teruskanlah kokokan anda selagi masih larat.. 

Dan aku ambil kesempatan ni untuk bagitahu kepada semua pelajar sekolah/ kolej/universiti pertanian, kalau sekolah korang tak menyimpan, menganalisis dan mengajar rekod rekod pembiakan (bukan rekod berat aje), maka korang semua wajib berdemo untuk merombak kurikulum korang. Aku tekankan di sini, rekod ladang adalah batu asas untuk memajukan industri. Tanpa rekod, semua usaha akan jadi debu. Kita akan sentiasa di takuk lama.       
  
9)    Kadar pembiakan (kadar kelahiran tolak kadar kematian) secara konsisten berada pada paras 1.8 atau lebih per tahun selama 4 tahun sekurang kurangnya.

Apasal 4 tahun pula? Haaa.. kalau tuan tuan nak tahu, 4 tahun kita biak kambing dalam kawasan tanah yang sama, bila kadar pembiakan baik, tiada kematian besar besaran berlaku, maknanya kambing/sistem kita ngam dengan tempat tu, sesuai, boleh teruskan usaha pembiakan kat situ. 4 tahun adalah tempoh kritikal untuk pastikan kesesuaian tanah dan sumber di situ dengan baka kambing/ sistem kita. Selepas 4 tahun kambing rilek je, normal membiak maka teruskanlah. Ini tip untuk pembiak, bukannya trader. Kalau trader, boleh belasah je apa jenis tempat pun.

Sebab tu, kalau master breeder tu dapat maintain kadar pembiakan yang tinggi buat sekurang2nya 4 tahun, aku consider dia berkelayakanlah. Kalau lebih 2.0 setahun atau >200% per tahun untuk lebih 4 tahun lagi otailah.

So kalau tuan tuan ada kenal sapa sapa yang menepati syarat tersebut, harap dapat bantu aku untuk berkenalan dengan master breeder tersebut. Jasa tuan akan dihargai. Nanti aku belanjalah minum teh o ais ka, nescafe ais ka kat mana manalah. Orait!     

Monday, February 6, 2012

CARA HUBUNGI SAYA

Ya apa khabar tuan tuan,

Kepada sesiapa yang nak menghubungi saya, lebih baik telefon handphone. Kalau e mel atau ikut blog memang lambat saya balas. Pasal rumah saya tiada akses internet. Usah kata internet, elektrik ngan air paip pun takde. Orang Asli lagi canggih dari aku daaa… aku update blog pun kat kafe siber, yang paling dekat nun 15km jauh dari rumah samada kat pekan bidor atau langkap. Lagi peluang nak update blog bila aku balik rumah mak bapak aku kat bangi. Rumah diorang ada unifi. Dah terbalik plak. Patut rumah anak yang canggih manggih, haha…

Walau pun akses internet tak wujud, tapi akses ke kandang kambing memang senang, pasal rumah aku memang sebelah kandang. Istilah traffic jam nak pergi tempat kerja memang tak wujud dalam kamus hidup aku semenjak jadi pembiak kambing nih, hahaha. Tak payah sibuk sibuk nak mandi pagi, pakai minyak rambut, sikat cantik cantik (aku memang takde rambut), pakai minyak wangi, pakai deodoran, pakai tali leher nak pegi ofis. Nak pakai tuala pi kandang? Takdak masalah. Tak pakai apa apa nak ke kandang pun takdak masalah walau pun aku tak buat lagi camni. Bahaya jugak weh aurat kena jaga, karang lain macam je kambing nengok aku dari atas sampai bawah.

Nampak senang hati yek?

Itu dari sudut nak pi tempat kerja. Tapi kalau korang nak tahu, aku punya office hour start 6 pagi. 5.30 pagi dah bangun. Pukul 6 pagi dah masuk kandang. Gelap gelap macam tu dah start keje. Kuli pun tengah syok tidur lagi. Check kambing. Pakai lampu kepala cap eveready yang jenis LED tuh. Pembuat lampu kepala ni kata lampu dia tahan ribu ribu jam tapi bila aku pakai rasa cam kejap aje dah rosak. LEDnya tahan tapi kat dalam dah berkarat. Amende camni, dah la mahal. Nak guna lampu carbide macam orang dulu dulu tapi takut! Ada sesapa tahu mana nak cari lampu kepala jenama yang betul betul lasak?