"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, April 8, 2015

PELAWAT

Sekalikan ajo. Sonang kojo pakcik.


Haji Rahim dan Hajah Zabedah dari RZ Berkatjaya di Sungai Buloh. Aku dah tak ingat kali ke berapa diorang datang melawat aku. Tapi apa yang aku tahu, pasangan suami isteri ni memang hardcore kambing.

Cakap serupa bikin. Haaa....

Dalam industri sekarang ni, banyak yang cakap tak serupa bikin. Dan ramai orang baru dalam industri terjebak dalam perangkap geng geng cakap tak serupa bikin. 

RZ Berkatjaya ni elok dijadikan pembakar semangat. Kambing 300 ekor biak cara intensif betul betul keliling rumah orang. Dah 7 tahun pun. Memang terserlah kehandalannya. 

Elok sangatlah kita menuntut ilmu daripada mereka berdua ni. 

Sapa sapa yang nak dapatkan bekalan kambing aqiqah atau qurban atau apa apa tujuan di sekitar kawasan Sg Buloh, bolehlah hubungi Hj Rahim 0193565517. 


Yang ni pula Sharifah dan adiknya Amir dari Puncak Alam. Baru sahaja terterjun ke dalam industri, dan seperti biasa terkena getah perangkap. Diorang berdua ni sektor oil n gas. 

Dan... diorang berdua ni masih bujang. (ishhh apa aku menyibuk macam makcik kampung nihh??)

Kepada sapa sapa yang nak cari kambing sekitar kawasan Puncak Alam, boleh hubungi..... aku. Nanti aku pass kat diorang.

Orait. Thanks for the visit!!

No comments:

Post a Comment