Tuesday, December 2, 2014

PELAWAT ALWIGOATFARM SELASA SEMALAM

Terlebih dahulu aku mohon maaf kepada pelawat dan pelanggan hari isnin. Aku terlupa nak amik gambar. Pasal kelam kabut. Harapnya mereka tidak tersinggung. Aku bukan pilih kasih. Aku tak sempat.

Baik. Selasa semalam aku ada dua pelawat. Tengah syok minum kopi kat kedai pagi pagi (pagilah sangat, pukui 10 dah pun!), tiba tiba  dikejutkan dengan panggilan pekerja aku. Ada orang datang katanya. Pelawat terjah la ni. Takpa takpa aku pun biasa main terjah juga buehehe.

Ok. Group pertama semuanya abang soldadu. Tentera darat. Yang attach dengan kem PLKN di Sungkai. Dari kiri Din, Yusri dari Kelantan, dan Azman dari Perlis.

Abg Azman nak pencen tak lama lagi. Dalam proses persaraan. Cadang nak buat kambing di kampung dia di Chuping, Perlis. Ada tanah 7 ekar. Nak pagar semua katanya.

Haa elok gak tu. Tak yah susah susah gembala full time. Sesak sesak ada hal buleh je tinggal kambing makan meragut dalam pagar. 

Ok. Sebenarnya aku perhatikan prestasi kambing masih lebih baik jika digembala walau pun dalam kawasan berpagar. Kehadiran 'master' yang kawanan kambing boleh nampak, akan menambahkan elemen sekuriti. Kambing akan rasa lebih selamat. Kambing akan lebih tunduk. Kambing akan lebih perform.

Tak nak gembala pun takpa. Biar je dalam pagar. Tapi tak dapat ekstrak potensi sepenuhnya lah.

Kambing sebenarnya Tuhan jadikan ada 'bond' atau 'relationship' istimewa dengan manusia. Kambing perlukan kehadiran manusia, dan manusia pun perlukan kambing sebagai makanan dan pelbagai manfaat lain. 

And the greater the bonding (the more time spent with the goats), the greater the performance.

Ini kepercayaan aku. Ok. Abg Azman bercadang nak berkursus dengan aku selama 6 bulan. Uihh lama betul. Realitinya aku segan nak bagi orang kursus dengan aku. Sebabnya? Aku penternak terburuk dalam sejarah.

Ill discipline. Ye aku kurang disiplin. Banyak lagi penternak yang jauh lebih berdisiplin dari aku dalam bab bela kambing. Baik pergi kursus dengan diorang.

Kena pula askar. Dah tentu disiplin no 1. Jauh beza dengan aku. Bagai langit dengan bumi. Aku punya disiplin gred sampah sarap. Macam kambing feral jugak ni buehehe.

Tak bley tak bley tak bley....

Aku tak layak dijadikan panduan. Malu aaa..

Ok. Itu pelawat pertama. Pelawat kedua ialah geng penternak berdekatan. 

Ok. Belah kiri ustaz Borhan. Bela kambing kat Padang Tembak, teluk Intan. Belah kanan ialah Mat, bela kambing kat...... dekat dekat dengan Syed Kodiang punya tempat. Yang tengah tu... ishhh blackout pula memori aku nih. Sedara Mat. Sori aku tak ingat. 

Ni semua geng AlMunir. Sekolah agama AlMunir. Aku pun bakal masuk geng ni. Pasal tahun depan anak sulung aku sekolah di situ. Baik baik. Syabas syabas. 

Ustaz Borhan rasanya baru tahun ni ternak kambing. Manakala Mat dah lama. Dah season. Biasanya geng ternak Teluk Intan kenal lah si Mat ni. 

Ok. Nak cerita lebih lanjut aku pun tak sampai lagi kandang Mat. Ustaz Borhan punya kandang aku dah sampai, tapi ntah mana aku parking gambar gambar kambing dia. Kena melawat lagi lah nampak gayanya. Nasib baik dekat rumah nenek aku je. Takpa nanti ada masa aku update. 

Terima kasih semua!

No comments:

Post a Comment