Tuesday, December 2, 2014

MUSIM KAMBING TEMPANG

Aku perasan setiap kali musim hujan dan kawasan ragut jadi becak lecah, insiden kambing tempang kaki meningkat. Biasanya takde sekor pun kambing dewasa yang tinggal di kandang bila tiba masa meragut. Tapi kali ni 4-5 ekor 'on leave'. Terpaksa aku makan tanggung. 

Dan aku tak suka.

Bukan pasal duri sawit. Tapi agaknya disebabkan bakteria. Atau virus. Yang hidup bila tanah lecah. Well.... I don't know. I really don't know.

Tempang tak menyebabkan kematian, tapi meninggikan kos operasi. Adusss.... Dah macam macam jenis antibiotik aku cucuk kat kambing tempang, tapi dok tempang juga. Macam mano nak bueng ni jang?

Aku tak mahu buat seperti kebiasaan. Biarkan sebulan dua. Nanti surut sendiri. Nope. Kali ni nak tahu apa rawatan yang sesuai.

Mohon tunjuk ajar dari siapa siapa yang berpengalaman. 




Kambing tempang tak ikut meragut. Jadi aku bagi dedak sikit, lepas tu biar aje turun naik sendiri kandang. Meragut berhampiran kandang. 

No comments:

Post a Comment