Tuesday, November 11, 2014

RAKAN PEMBIAK : PAK LAH

Parit Buntar. 

Selepas mendarat di ladang Tuan Satar Lajeh, aku mendarat di ladang Pak Lah. Yang ni memang aku 'crashland'. Takdak appointment. Main langgar aje. Macam Mars Rover. Takdak bagi salam kepada planet Marikh sebelum mem'parachute'kan diri. 

Pak Lah ni muda lagi. Awal 30an. Baru bela kambing. Small scale. Dulu kerja oil n gas di Kerteh, tapi bila emaknya dah tinggal sorang, rumah asyik kena pecah, Pak Lah buat keputusan balik kampung duduk kampung buat kerja kampung. Jaga emak dia.

Pak Lah rajin baca blog aku. Dah khatam. Tu pasai aku landing tempat dia. Satu cara menghargai pembaca tegar blog. 

Kawasan ladang kambing Pak Lah sebenarnya sawah padi. Keliling sawah, lepas tu satu belah ada rumah teres. Luas kawasan 2 ekar. 

Pak Lah usahakan sendiri tanah ni. Semuanya do-it-yourself DIY. Tangan sendiri. Kudrat sendiri. Sawitnya, arnabnya, ayamnya, lembunya, kandangnya, kambingnya. Pehhhh.... berapa juta kalori atau megajoule dah belanja untuk usahakan semua ni? 

Orait. Kita tengok gambar gambarnya.

Aku suka angin bendang...


Tukang sendiri kandang. Kemas juga. Tahniah! 

Kecik kecik pun kos material $5000. Kayu mahal la ni.

Ada chopper. Ada gerabak untuk rumput. Kandang lembu di sebelah.

Oppss feral! Tapi ni bukan Pak Lah punya. Kawan dia tumpang. Kandang runtuh. Pasal bila bawak masuk feral, diorang dok bergaduh sampai roboh kandang dibuatnya. Memang ganas macam barbarian bangsa feral ni. 

Mati dah sekoq. Biasaklah feral. Suka mati mengejut. Mana buleh simpan lama lama feral. Ada je yang tak kena. Pak Lah ni pun kira handal, baru sekoq je mati. Banyak rakan rakan pengalaman lagi pahit dengan feral. 

Sebenarnya kambing yang tidak ditundukkan tiada keinginan untuk dikurung manusia. Naluri merayau tinggi mengatasi naluri bertuankan manusia. Pasal tu feral banyak masalah kalau simpan lama. 

Sapa yang nak main feral, kena sentiasa bersedia dengan pisau sembelih 24 jam. On call. Elok ada rumah sembelih sendiri, bagi senang nak sembelih feral yang suka buat suicide mission nih.

Pak Lah punya kambing kampung. 




Tangki air minum kambing. DIY. Gunakan apa sahaja yang ada. Atap tu memang lawa. Pesen sekarang light steel kot. Lagi rendah kos daripada kayu.

Inilah Pak Lah. Muda lagi orangnya. Bini baru satu. Anak baru dua hehe..


Anak lembu main sorok sorok dengan aku. Susah betul nak potretkan dia ni.

Ok. Aku rasa cukup kot setakat ni. Bagi sapa sapa yang nak dapatkan bekalan kambing dari Pak Lah buleh call 0194175207. Semoga usaha ternak beliau semakin maju dan diberkati Yang Maha Pemurah!

Salam hormat!




3 comments:

  1. Alwi cukup fobia dengan feral......

    ReplyDelete
  2. Memang patut pun fobia feral, terutama kalau nak buat korban dan aqiqah!!! Geng penternak semua wajib halang impot kambing liar dan perosak niii!! (Es Emdi)

    ReplyDelete