Wednesday, November 12, 2014

DISONDOL BABI

Tidaklah akan aku panggil babi dengan pelbagai nama timangan  seperti arbi, atau vavi. Tetaplah aku nak panggil babi dengan nama asalnya. Babi. Dan aku fikir tidaklah ini mendatangkan kemaluan, baik kemaluan bersaiz S atau pun XXL. 

Tu dia... awat puitis semacam lingua aku ni. Terpengaruh dengan geng 'poet' mana plak ni hehe..

Orait.. balik kepada stail asal. Pagi semalam  semasa 'on the way' ke ladang, aku mendapat panggilan kecemasan. Seorang pekerja aku disondol babi liar yang tengah gila babi mengamuk. Pekerja aku dapat bunuh babi tersebut, tapi dia cedera semasa bersilat dengan babi yang menggila.

Bila aku meninjau bangkai babi tersebut, barulah aku paham kenapa babi tersebut gila babi mengamuk kejar kambing yang sedang digembala, dan gila babi mengamuk menyerang pekerja aku.

Rupanya babi tersebut cedera dijerat. Luka parah pada muncungnya. Dan dia akan 'charge' pada apa sahaja yang bergerak. Malangnya kawanan kambing yang sedang digembala, adalah objek pertama yang babi ni nampak. Aiiii.... 

It's not a pig. It's a boar. One big angry wild boar.

Anggaran berat 40kg ++. Dan bagi babi, ini suatu momentum yang cukup untuk membunuh kita. Babi ni bersiung. 

Anjing aku si Temon yang ikut gembala tak boleh buat apa apa. Tak mampu menyaingi kekuatan sang babi yang mengamuk.

The killing blow. Pekerja aku gunakan sabit sawit untuk menetak babi ni. Malangnya dia cedera semasa bertempur dengan babi gila ini.

Babi liar ada sifat 'berserk'. Ada kekuatan tambahan walaupun dah banyak kali kena 'mortal wounds'. Dah banyak kali kena tetak pun, steady aje dia 'charge'. 

Sekarang aku lebih faham, apa maksud 'gila babi'.

Rupanya dia cedera dijerat. Muncungnya hancur akibat jerat yang tak cukup kuat. Padanlah mengamuk gila babi dia ni. Dan aku tak boleh salahkan babi ni. Sebab biasanya banyak kali aku jumpa babi masa gembala, dan tiada fenomena babi kejar kambing sampai lah sekarang. 

It's one unfortunate accident.. 

Patutnya apek yang pasang jerat ni yang kena maki. Pasang macam mana.. 

It's very painful for him, and has been put out of misery by my worker. 

Good bye mr boar. You can rest in peace now.

Pekerja aku yang cedera tak mau pergi hospital tak mau pergi klinik. Takut jarum takut kena inject. Gila babi takut. Pehhh... Puas aku mengajaknya, tak mahu juga pergi. Aku terpaksa beli ubat kat farmasi. Dan terima kasih kepada Dr Zul, seorang doktor kerajaan yang juga rakan pembiak kambing di Kedah atas saranan ubat yang diperlukan.

Terima kasih semua..

4 comments:

  1. Ini yang nak kena berjaga-jaga...Kat kebun getah ni pun banyak babi hutan...Even kat dusun LRGF pun dah kena serang jugak...Adalah geng-geng India yang datang buru,...tapi produksi babi ni lebih cepat mengatasi jumlah yang kena buru!!! Macam-macam cara dah cuba,..tapi kurang berkesan!! Mungkin ada kekawan yang ada idea?? (Es Emdi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pak es. ada satu cara saya dengar. biasanya untuk elak anak sawit kena makan/sondol. ada petani yang akan tabur rambut sekeliling pokok tu. jadi kalau kebun ada pagar, boleh cuba petua ni

      Delete
  2. Fuyoooo!,gila babi punya penangan.

    ReplyDelete
  3. Jangan DR zul tukar ke DR haiwan sudah..kik..kik....

    ReplyDelete