Thursday, October 30, 2014

HARI INI AKU GEMBALA!

Huiiii dah lama sangat aku tak gembala. Berbulan bulan. Semalam gembala aku demam tak kebah kebah. Jadi aku takeover tugas gembala. Rasanya hari ni pun aku kena gembala. Tengok gaya macam tak larat lagi gembala aku. Biasanya kalau demam demam ni, puncanya ais kotor (cina punya ais manyak kotor weh! - selalunya aku supply pekerja aku dengan ais yang aku buat sendiri, tapi kadang kadang terlupa nak bawa), atau pun tikus punya kencing dan tahi yang melekat kat pinggan periuk kuali. 

Ok. Mari saksikan ke mana aku bawak kambing kambing ini hari! (Kamera aku mana ntah hilang. Kena guna smartphone punya kamera. Tak cantik gambarnya!)

Freedom starts here.. Cuma mak kambing dan bapak kambing yang dibawa gembala. Diorang aje lah yang freedom. Budak budak dok rumah diam diam. Atau bising bising memekik mekik. Suka hati lah...


Woii woiii hangpa melencong ke mana?? Daun sawit sikit aje kat situ.. Ke depan ke depan.. Ada banyak daun sawit dihadapan. Mana tongkat aku ni?


Tak pernah parit kecik ni sebanyak air macam ni.. Dah bertahun tahun aku perhatikan. Tahun ni luar biasa cuaca kita. 


It's wet. And it's not wet season yet. Basah merata rata. Patutnya tahun ni El Nino cuaca kering melampau. Tapi dah jadi basah melampau. Aku rasa tahun ni banjir besar seluruh Malaysia. Kena bersedia..


Temon!! Hang buat apa tu? Sibuk pulak kejar tupai. Pi jaga kambing sana nun!

Shrub slayers in action. It's very quiet here. Silent. And silence recharge my soul. Thank you God!


Ahaaa... kebun nangka yang tak berapa dijaga. Tinggi semak samun rumput rampai. Splendid vegetation. Mari kita masukkan kambing ke dalam kebun nangka ni, dan kita saksikan adakah semua pokok nangka yang muda muda cantik cantik bergetah ni ranap atau tidak dikerjakan kambing!

Errr.. takdak apa pun. Takde pula ada kambing yang dok sibuk khusyuk makan daun nangka. Takdak seekor pun. Takat sehelai dua adalah. Itu pun tiga empat ekor kambing je. 

Masing masing lebih suka mencekik rumput rampai keliling pokok. Sapa kata kambing suka makan daun nangka ye?... 

Perhatikan jenis vegetation yang dimakan kambing tu. Aku tak tahu jenis apa. Tapi kambing boleh leka boleh mamai bagaikan di alam khayalan kalau jumpa rumput tu..

 Close up...  foraj apa ni? Sapa sapa tahu?


Satu lagi jenis foraj yang mengkhayalkan kambing kambing. Suka bebenor dia dapat makan foraj ni.. aku saja saja halau diorang ni pergi tempat lain. Hmm datang balik ke situ semuanya. 


Ok. Kebun nangka ni luasnya 6 ekar. Tapi untuk kambing, aku cuma guna 3 ekar. Dan kambing 100 ekor lebih ni menghabiskan 1.5 jam di sini sebelum diorang rasa bosan, dan kepanasan. So.. off to shadier vegetation!


Ahh redupnya. Lega sikit kulit aku. Nanti balik rumah tak daklah bini aku komplen kulit hangus hangit kik kik. Kawasan ni luas 6 ekar. Rumput rampai tak banyak mana. Tapi baru potong buah, jadi ada banyak juga pelepah sawit. Kambing menghabiskan masa di sini selama 2.5 jam. Aku rilek je baca suratkhabar. 

Jadi total acreage meragut hari ni cuma 9 ekar. Untuk lebih 100 ekor kambing. Nice!

(Kepada semua peserta peserta pelatih pelatih gembala - kalau gembala dengan aku, memang senang hidup. Aku tak bawak jauh jauh pusing sana pusing sini. Tapi kalau ikut belajar gembala dengan gembala aku... pehhh... sampai  terkoyak tapak kasut dibuatnya). 


Ahhhh lauk lunch hari ini. Mee goreng. Bini masak. Lovely!

Paris Hilton sedang cuba membaca suratkhabar. Secara terbalik. Maybe... dogs can really read..

Aku ada 6 ekor anjing. Dan tiada minat nak sentuh mereka. Tak yah lah pening pening sibuk nak sentuh. Elok aje pun diorang hidup bahagia. Dah bertahun tahun pun.

Temon takes a dive. Good for you.

Paris Hilton pun join sekali mandi. Where's your bikini?

Bersedia untuk balik.


I'm coming home.. I'm coming home.. Tell the world I'm coming home..

Kereta kena berenti bagi laluan. Yaa pejalan kaki mesti diutamakan walaupun bukan jalan raya hik hik..


The march of freedom.. or to be more precise.. the march back into prison. Well.. whatever.


The Long March. Sayupnya kambing di hadapan.

Ok. Itu sahaja buat kali ini. Terima kasih semua!

Tiadalah semua ini wujud tanpa kekuatan dan upaya dari Yang Maha Perkasa!!







Wednesday, October 29, 2014

INILAH FERAL

Kepada sesiapa yang belum kenal kambing feral atau kambing liar dari Australia, inilah dia. Kambing perosak. Kambing reject. Kambing yang tidak ditundukkan. Kambing yang tidak sesuai dipersembahkan kepada Yang Maha Esa. 






Tanduk panjang melengkung. Bulu panjang berjurai jurai. Hensem. Macam Neanderthal. Macam Bigfoot. 

Inilah kambing liar di Australia yang dianggap perosak lagi parasit oleh petani petani penternak penternak di sana. Feral ini tiada nilai buat mereka. Crap goat. Ditembak sahaja. Mereka lebih sanggup untuk bersusah payah membiakkan kambing (dan menurut sunnah para rasul kita walaupun berlainan agama dengan kita) dari bersenang lenang tembak dan makan kambing feral ni.

Feral ni nampak aje besar, tapi bila kita sembelih dan lapah, sikit je dagingnya. 

Perolehan karkas (carcass yield) feral cuma 30% - 42%. Lebih lebih pun 45%. Itu kalau dah simpan dan gemukkan berbulan bulan. Masalahnya takde sapa yang berani bela feral lama lama pasal risiko mati mendadak terlalu tinggi. Kambing kacang kita yang kecik molek tu pun boleh dapat karkas 48%. Kalau boer (atau jenis baka pedaging yang dibiakkan) boleh dapat sehingga 55%-60%.

Dan feral ni semua kambing tua tua. Terlajak umur. Liat dagingnya. Keras kherkung. Tak sedap. Berbau hamis. Kalau masak kuah ok sikit (tapi tak sedap juga!). Kalau panggang atau golek - lagilah tak sesuai. 

Feral ni kalau kita buat makan saja saja, boleh lagi diterima. Tapi kalau untuk upacara agama, apalagi untuk dipersembahkan kepada Yang Maha Agung - elakkan kambing feral yang jahat lagi degil ni. 

Kita ada pilihan yang lebih baik, sebagaimana yang diamalkan oleh Habil dan para Rasul Allah selepasnya. Kita ada kambing yang dibiakkan yang dijinakkan yang ditundukkan.

Sebagaimana kita semua ibu bapa sanggup bersusah payah membesarkan anak anak kesayangan kita, maka aqiqahkan anak anak yang kita dengan kambing yang bersusah payah ditundukkan dibiakkan dibesarkan dengan kasih sayang. Berikan yang terbaik buat mereka. 

Aqiqahkan anak anak kita dengan kambing yang menjadi pilihan para anbiya', pilihan Habil Alaihissalam, pilihan Ibrahim Alaihissalam, dan pilihan Nabi Agung kita - Muhammad SAW. 

Aqiqahkan anak anak kita dengan kambing yang ditundukkan!

Bebaskan diri kita daripada penjajahan feral!

Bebaskan diri kita dari kebergantungan kepada golongan kafir dalam upacara agama kita!

Kita junjung kembali sunnah para anbiya' yang sebenar benarnya!

Into freedommmm!!


Tuesday, October 21, 2014

FERAL SHOOTER

Sepupu aku mastautin di Australia. Jurutera. Hobi masa lapangnya - pikul senapang dan tembak kambing feral, anjing feral, unta feral, dan segala macam binatang feral (liar). Buat masa ni dia diberi lesen untuk menembak di sebuah ladang lembu dan kambing yang seluas 220,000 ekar. Aku tak dapat bayangkan 220,000 ekar besar mana, tapi..... gamaknya seluas KL kot. Ke lagi luas dari KL? I don't know.

Dan sepupu aku kata pemilik ladang beri kebebasan sepenuhnya kepada dia untuk tembak sepuas puasnya. Suka hati. 

Just... shoot.

Shoot the god damn ferals!

Bagi pemilik ladang, lembu dan kambing yang diternak dan dibiakkannya adalah jauh lebih bernilai daripada kambing feral, unta feral, dan segala macam binatang feral. Semua binatang feral ini ditembak dan dibiarkan begitu sahaja. 

Dianggap perosak. Parasit. Tidak bernilai. Bukan untuk... dimakan. 

Dan sepupu aku rasa ralat bila melihat ada kambing kambing feral ini dieksport ke negara luar. It's something that is so pathetic, such low quality, such.... worthlessness that it should be banned from being exported. 

Malangnya negara Islam adalah pengimport terbesar kambing feral. Dan Malaysia adalah no 1. Dan lebih malang ada pihak yang bermati matian mempertahankan kebergantungan kepada kambing feral dari kafir australia.

Kambing Feral = Kambing Qabil.

Kan lebih baik kita ikut jalan Habil? Jalan para rasul?

Sanggup bersusah payah menghasilkan yang terbaik? Membiakkan yang terbaik?

Oh anak anak Habil! Bebaskan diri kita dari kebergantungan!


Monday, October 20, 2014

TIKUS MENIKUS


Selamat pagi semua!

Kucing aku beranak empat. Tiga ekor anaknya hidup sampai sekarang. Alhamdulillah. Aku suka sangat kucing aku membiak kerana aku perlukan dia sebagai agen kawalan biologi. 

Lagipun dia dah tinggal seekor dia. Lagi tiga ekor kawannya dah mati. Jadi keberkesanan mengawal populasi tikus di ladang adalah terhad. Sangat terhad.

Dan berdasarkan pengalaman aku, adalah sangat sangat penting ada kucing, atau pun setidak tidaknya burung hantu (tapi burung hantu cuma mengawal populasi tikus sekitar kandang, manakala kucing boleh kawal populasi tikus dalam kandang).

Tikus tak boleh dibiarkan. Kalau kita buat dunno ajo, memang jadi tinggi tahap pencemaran dalam kandang. Dalam kes aku, bilamana kucing takde, atau keberkesanannya terhad - tikus bermaharajalela. Langsung tak takut kehadiran manusia. Habih garam jilat, palung makan, tangki air diberak dan dikencingnya. 

Leptospirosis.

Dan dah beberapa kali aku mengalami kambing cirit birit, demam panas, mati mengejut, dan paling tak best - keguguran mengejut berturut turut. Tak pasal pasal rugi besar dari segi kadar pembiakan. 

Tobat. Tobat. 

Sekarang kucing aku ni aku rumahkan dia kat kandang. Tidur kat kandang bersama anak anaknya. Biar dia training anak anak dia dari kecik lagi untuk tangkap tikus. Kucing aku ni bukannya pandai sangat tangkap tikus. Tetapi yang penting, kehadirannya sahaja dah cukup untuk menikuskan tikus tikus yang ada.

Takdak lah berani tunjuk samseng dengan kita lagi. 

Biar tikus menikus. Jangan kita yang menikus.

Assalam!            

Sunday, October 19, 2014

BEWARE OF WHEAT BRAN!

Kulit gandum. Ada juga yang panggil wheat pollard. Aku panggil nestum. 

Aku setuju dengan komen Telaga Emas Agrofarm dalam facebook. Komennya "Den dah surrender bagi wheat pollard kat bebiri den. Banyak jadi kes kaki belakang lari alignment". Oopppsss... kita tak mahu situasi itu terjadi kepada kambing kita.

Baik. Aku kena terangkan dengan lebih jelas sebelum ada orang yang ikut aku. Pertama sekali, aku sentiasa sedar makanan ternakan rumusan manusia tidak akan mampu menandingi kehebatan kesimbangan makanan ciptaan Tuhan dalam memelihara kekuatan pembiakan. 

Apa sahaja yang kita cipta memang lari habih keseimbangan. Kena adjust sana adjust sini, repair sana repair sini, upgrade sana downgrade sini. Nak gemukkan atau bina badan ternakan jangka pendek boleh, nak maintain potensi pembiakan jangka panjang? 

Semua gagal. Fail. Dengan sangat cemerlang. Distinction. Anugerah dekan berturut turut. 

Jadi kulit gandum ni aku cuma gunakan jangka pendek. Untuk anak anak kambing yang dah cerai susu hinggalah mereka boleh ikut gembala. Dalam 3-5 bulan tempoh penggunaan. Untuk anak jantan dalam proses penggemukan pun aku guna. Tapi sekejap juga lah. 

Aku tak guna kulit gandum untuk pejantan, dan untuk anak anak yang menyusu, dan juga betina yang menyusukan, dan juga betina betina dewasa. Walaupun kulit gandum ni tinggi vitamin E. (Sepatutnya boleh bantu dalam libido kambing dewasa - masalahnya vitamin E dalam kulit gandum cepat rosak. Melainkan kita dapat supply kulit gandum yang betul betul fresh. Atau dalam bentuk minyak. Wheatgerm oil. Haa barulah ada nilai vitamin E nya). 

Aku utamakan kualiti fiber pada kulit gandum berbanding zatnya bilamana aku bagi pada kambing. Nak memudahkan tugas aku, yang secara semulajadinya malas cari rumput. Dan nak mengurangkan kes kekembungan. Memang jarang kes kembung. Tapi nak bagi jarang lagi. 

Dan... aku campurkan dengan dedak kambing pada nisbah 3:1. Dedak kambing 3 : kulit gandum 1. Aku memang bercadang nak tingkatkan nisbah ni. Dalam ertikata lain, mengurangkan kulit gandum dalam rumusan anak anak kambing cerai susu. Mungkin ke tahap antara 5:1 hingga 7:1. 

Apa pun, ini masih dalam peringkat eksperimen. Besok besok kalau aku tengok kambing lain macam aje, aku berenti guna kulit gandum. 

Ok. Selesai satu benda. Kemudiannya Puan Nurul Akmar dari Brunei ada bertanyakan "berapa umur anak kambing yang boleh diturunkan untuk gembala?".

Haaa..... sebenarnya umur seminggu dua pun boleh. Kalau kambing sikit. Kalau dah banyak, sekali turun lebih 100 ekor - tak lalu nak jaga anak anak kambing kecik molek ni masa gembala. Kambing lain boleh lompat parit. Kena turn dia melompat, dia tak mahu melompat. Pehhh terkejar sana sini nak tangkap dia bagi lepas ke seberang parit. 

Anak kambing yang kecik kecik ni lincah. Susah nak tangkap. Pernah sekali aku main kejar kejar dengan 12 ekor anak kambing kecik kecik ni. Semua tak nak lompat parit. Puncanya kawan seorang tak ikut lompat. Lagi 11 ekor pun tak nak ikut.

Fuhhh sesak perut sesak dada sesak nafas kembang kuncup ventrikel kiri kanan jantung aku dibuatnya main kejar kejar dengan bebudak ni. Adehhhh ..... Last last aku tinggalkan je. Bilamana dah sampai masa balik gembala, ikut jalan pergi tadi. Jadi bebudak kecik ni jumpa balik dengan maknya. Tapi tu lah saspen juga tinggalkan berjam jam takde sapa tengok. Bahaya. 

Jadi pengalaman aku, anak anak kambing umur 10 minggu dan ke atas - BARU boleh ikut gembala. Dia dah pandai melompat. Dah kurang sifat penakutnya. Senang. 

Ok. Selesai benda kedua. 

Yang ketiganya. Ada seorang pembaca bertanya :

"Hi prof.....hope you're fine. Just want to find out, in your latest update you mentioned about wheat pollard.....mind to ask is it actually a brew that we are getting from Carlsberg factory, I mean it's also called hampas gandum right?

And another doubt is this wheat pollard is having high fibre as well as protein is it?

Sorry prof, just want to learn a bit more with regards to wheat waste before feeding my goats.

Thank you."

Terima kasih. Aku copy paste aje soalan dia di sini. 

Bagi aku, secara teknikalnya hampas bru, atau sisa bru dari kilang Carlsberg ni sama kategori dengan hampas soya basah. Boleh guna jangka pendek. Tapi ada masalah kalau guna jangka panjang. Kambing memang boleh gemuk berkilat tapi potensi pembiakan menurun. 

Kalau nak guna jangka panjang, memang kena upgrade. Salah satu masalah utama sisa bru ialah ketidakseimbangan kalsium:fosforus. Antara makanan ternakan yang paling tak seimbang Ca:P. 

Terlalu tinggi fosforusnya. Way too high. Kena repair dulu. Kena tambah kalsium dalam makanan, atau calcium free choice kat kandang. Biar kambing jilat kalsium sepuas puasnya. (Tapi tu lah takde jaminan setiap kambing dapat cukup kalsium bila buat free choice ni). 

Apa pun cerita pasal sisa bru ni kena bab lain. Aku tak sempat nak tulis panjang panjang. Ada hal pula ni. So cerita lain kali. Atau pun,boleh bertanyakan pakar nutrisi ternakan macam mana nak bagi ok sikit sisa bru ni. 

Salam hormat!


Saturday, October 18, 2014

123 LEKUK

Lama tak update gambar kambing di kandang. Semalam punya gambar. Yang di atas ialah anak anak kambing. Kebanyakannya anak betina. Tengah syok mencekik. 

Mak kambing semuanya dah lepas digembala. Tinggallah budak budak nih. Yang jenis penakut dan kurang 'sense of adventure'. Dan ada lagi anak anak dalam petak beranak. Ada yang pandai turun kandang sendiri, ada yang takut takut terketar ketar, ada juga yang tak nak turun turun kandang (geram aku dibuatnya - rasa nak jentik jentik je bebudak penakut nih).

Buat masa sekarang, aku tengah eksperimen dedak kambing + kulit gandum. Kesan utama yang aku nampak - kurang kes kembung. Kulit gandum kan tinggi fiber. Macam kulit kacang soya juga. Jadi kepada anak anak kambing yang tak reti turun kandang (jadi tak dapat makan rumput, dan tak dapat fiber - adalah juga sumber fiber dari kulit gandum). Legalah sikit aktiviti angin dalam perut dia.

Aku tak cari rumput atau dedaun utk kambing. Malas ah buehehe. Beli ajo kulit gandum. Jimat masa.. (Jangan ikut aku yang malas ni weh!!)


Friday, October 17, 2014

PROJEK IKANG STORJANG

 A sturgeon farm right in the middle of a priceless tropical forest. Only in Malaysia.

Damn! It's so stupid it is ROYALLY stupid.
_____________________________________

Gila betul orang yang terlalu kejarkan duit ni. Nampak duit aje sampai tak nampak ancaman bencana kepada keselamatan khazanah biodiversiti negara. Bukan masa sekarang aje ancamannya, tapi berterusan kekal. Permanent damage.

Untung yang dikejar sebenarnya sedikit. Hanya menguntungkan segelintir orang. Hanya jangka pendek. Tak padan langsung dengan bencana yang bakal dilepaskan. Jangka panjang. Besar magnitud kerosakannya.

Telur ikan sturgeon yang dipanggil caviar sangat menguntungkan? Tebal 'profit margin'? Vladimir Putin terhangguk hangguk kepalanya beri sokongan?

Lagi baik telur ikan tembakul. Atau telur ikan keli. Atau ikan empurau. Atau ikan kelah. Atau apa sahajalah telur ikan tropika yang termampu kita pikirkan. 

Mari kita lihat contoh Australia dan negara negara maju atau negara negara yang sedar akan kepentingan melindungi ekosistem mereka.

Macam cerita kambing boer kat australia.

Dalam usaha Australia meninggikan kualiti genetik kambing di negeri mereka, mereka  cari genetik boer dari South Africa (SA). Ye... orang aussie tahu kambing feral di negeri mereka kualiti sampah sarap. Tak boleh pakai. Takde standard. Toksik. Tak boleh dibiakkan. 

Jadi mereka bersusah payah memburu genetik kambing yang bersesuaian. Dan mereka tahu, mereka sangat tahu, mereka sangat jelas - yang mereka mesti buru genetik yang sama cuaca dengan negeri mereka. Cuaca panas dan kering. Baru ada harapan membiak dengan elok. Dan sempurna.

South Africa memiliki cuaca yang sama dengan Australia. Panas. Kering. Dan program pembangunan boer telah pun mencapai tahap yang mengkagumkan di South Africa. Jadi mereka pun dengan gembiranya mengimport genetik boer dari South Africa.

Sekarang, perhatikan betul betul...

Adakah Australia bawak masuk kambing boer hidup dari SA? Adakah Australia bersusah payah bawak masuk kambing boer berkapal kapal dari SA walaupun cuaca negeri masing masing sama?

TIDAK SAMA SEKALI.

Australia eksperimen. Test dulu. Dia pilih sebuah ladang pembiak kambing di Aussie yang ketat sekuritinya, dan.... cuma embrio boer SA yang dibawa masuk. Takdak satu pun kambing boer hidup yang dibawa masuk. 

Ok. Embrio tu telur jantan yang telah pun bersenyawa dengan telur betina. Bila dah besar sedikit, dipindahkan masuk ke rahim ibu tumpang. Ni kita panggil embryo transplant. Bila lahir, memang boer betul lah walaupun ibu tumpangnya berlainan baka. 

Dan boer yang lahir di aussie ini DIKUARANTIN selama SEPULUH TAHUN. Tidak dibiarkan bebas atau keluar dari ladang dalam tempoh tersebut.

10 tahun yang lama.... walau pun cuaca sama, dan menggunakan embryo transplant. Aussie cuba mengurangkan risiko masalah adaptabiliti dengan membesarkan embrio boer dalam ibu tumpang yang native (pribumi). 

Dan kuarantin selama 10 tahun... rugi tak rugi... excited tak excited... ekosistem tempatan mesti dilindungi. Aussie dah belajar dari kesilapan anjing liar (dingo) dan kambing liar (feral) dan segala macam binatang yang terlepas masuk ke benua australia. Yang pada mulanya jinak manja 'harmless' tapi kemudiannya bertukar menjadi parasit predator perosak. Bencana kepada ekosistem pribumi. 

Perhatikan bagaimana ketatnya sekuriti dan protokol yang digunapakai untuk memperkenalkan spesis baru dalam ekosistem. 

Kenapa kita sambil lewa dengan projek ikan sturgeon ni? 

Dah la berlainan cuaca, ikan 'storjang' ni pula predator. Makan ikan lain. Top of the food chain. Yang pro projek sturgeon kata buat dalam sangkar kebal. Jangan risau katanya. Huh hampeh mana ada sangkar kebal. Mesti terlepas punya. Kalau ada banjir? Kalau ada bencana? 

Habih punah keseimbangan ekosistem tempatan kalau ikan storjang ni terlepas. Generasi akan datang yang menanggung akibatnya. 

Udah udah la terpedaya dengan omputih. Apa kata kita pula yang kelentong omputih? Biar kita bergegak gempita bergendang dengan kehebatan ikan kelah dan ikan empurau. Biar omputih pula ternganga terlopong dengan kesedapan kemanisan ikan ikan tropika ni. Biar diorang  pula kelam kabut beratur atur nak biakkan ikan tropika ni. 

Haaa... instead of us being royally stupid, make them look 'emperorally' stupid. Yeah... it should be that way..

Katakan tidak kepada ladang sturgeon di Taman Negara!

Lindungi keselamatan biodiversiti kita!


FUH BERSAWANG SAWANG!

Hai! Dah lama sangat aku tak buka blog, facebook, dan email. Memang tak ambik tahu. Yang aku tahu aku tengah sibuk main game Dragon Age Origins dan Neverwinter Nights II (takdak kerja lain aku ni - 'lagho' memanjang). 

Wokeh, first order of the day. Aku ucap tahniah kepada Isal dari Keratong Agro yang telah berjaya melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya baru baru ini. Tahniah! Dan selamat datang ke Kelab Perut...... Lawa (tak nak ah kutuk perut sendiri). 

Biasanya bila aku lama tak update, Isal akan jadi orang pertama yang bertanya apa terjadi pada aku. Tapi kali ini fungsi tersebut gagal. Yeahh aku faham Isal baru kahwin. Jadi dia sukar untuk ingat perkara perkara lain. Biasaklah tu.. orang baru kahwin..

Second order of the day... terima kasih kepada semua pelanggan pelanggan, pelawat pelawat, pembaca pembaca, rakan rakan penternak dan pembiak yang tak putus putus 'menyibukkan' aku pagi petang siang malam. Terima kasih atas perhatian dan sokongan anda semua. Semoga Yang Maha Perkasa merahmati kalian. 

Third order of the day..... hmmm... takdak.. Pasalnya aku nak warm up sebelum tulis yang berat berat. Let's see.. apa aku nak tulis..

Bersambung..