Monday, October 20, 2014

TIKUS MENIKUS


Selamat pagi semua!

Kucing aku beranak empat. Tiga ekor anaknya hidup sampai sekarang. Alhamdulillah. Aku suka sangat kucing aku membiak kerana aku perlukan dia sebagai agen kawalan biologi. 

Lagipun dia dah tinggal seekor dia. Lagi tiga ekor kawannya dah mati. Jadi keberkesanan mengawal populasi tikus di ladang adalah terhad. Sangat terhad.

Dan berdasarkan pengalaman aku, adalah sangat sangat penting ada kucing, atau pun setidak tidaknya burung hantu (tapi burung hantu cuma mengawal populasi tikus sekitar kandang, manakala kucing boleh kawal populasi tikus dalam kandang).

Tikus tak boleh dibiarkan. Kalau kita buat dunno ajo, memang jadi tinggi tahap pencemaran dalam kandang. Dalam kes aku, bilamana kucing takde, atau keberkesanannya terhad - tikus bermaharajalela. Langsung tak takut kehadiran manusia. Habih garam jilat, palung makan, tangki air diberak dan dikencingnya. 

Leptospirosis.

Dan dah beberapa kali aku mengalami kambing cirit birit, demam panas, mati mengejut, dan paling tak best - keguguran mengejut berturut turut. Tak pasal pasal rugi besar dari segi kadar pembiakan. 

Tobat. Tobat. 

Sekarang kucing aku ni aku rumahkan dia kat kandang. Tidur kat kandang bersama anak anaknya. Biar dia training anak anak dia dari kecik lagi untuk tangkap tikus. Kucing aku ni bukannya pandai sangat tangkap tikus. Tetapi yang penting, kehadirannya sahaja dah cukup untuk menikuskan tikus tikus yang ada.

Takdak lah berani tunjuk samseng dengan kita lagi. 

Biar tikus menikus. Jangan kita yang menikus.

Assalam!            

3 comments:

  1. tikus memang masalah besar. mati mengejut kebanyakan dtg dr kencing tikus. kalau bleh dedak kambing perlu dihabiskan diwaktu siang bg ibu kambing baru beranak utk mengelakkan kedatangan tikus ni.

    ReplyDelete
  2. Mouser mmg perlu utk operasi sesebuah ladang.

    ReplyDelete
  3. Ooo....baru tw, pasal function kucing kt kandang.. Ingtkn kt rumah je nk halau tikus..

    ReplyDelete