Friday, August 29, 2014

KAMBING AKU KENA CURI!

Rasa nak give up bela kambing! Tawar hati.... Oh Tuhan!

Dan kecewa itu bertukar menjadi marah. Kalau aku jumpa pencurinya, aku nak ikat kat pokok sawit, bogelkan dia, dan lepas tu bubuh kerengga banyak banyak kat telur dia. Atau pun sapu tuna dalam tin banyak banyak kat telur dia, lepas tu panggil 3 ekor anjing aku suruh gigit sebuas buasnya. Geram betul aku dibuatnya.... 

Aku hilang tiga ekor anak kambing umur sebulan. Masing masing diambil daripada 3 ibu yang beranak kembar. Dua ibu beranak kembar dua, satu ibu beranak kembar tiga. 

Aku pelik juga kenapa anak kambing umur sebulan yang dikebas. Ni mesti naik motor aje. 

Masa hilang ialah bermula selepas lawatan Aqil Farm (lewat petang Khamis baru ni) hinggalah Jumaat pagi. Maknanya tengah malam si pencuri ni buat kerja. 

Geram betul lah!

(Yang di atas ialah perasaan aku. Tetapi akalku berkata sebegini --- Alhamdulillah.. ini sebenarnya peringatan Tuhan suruh aku jaga solat dan jaga sedekah dan selalu baca Quran - kebelakangan ni aku cuai jaga tiga benda ni. Aku mohon keampunan dari Mu Ya Allah Tuhan Maha Agung!)


HARI YANG SAMA..

Pagi orang Oman datang, petang orang Teluk Intan, dan orang Tanjung Karang datang.

Mula mula geng Tuan Aziz dan Tuan Mail dari Kampung Banjar Teluk Intan. Dekat je ngan rumah nenek aku. Kampung sebelah. Diorang baru menternak. Shipment kambing sampai bulan 9. Kandang tumpang orang dulu (kandang tinggal). Haaa... aku takdak masalah macam ni. Jimat kos. Kandang yang paling tak masuk akal kosnya bila bab bela kambing ni. Daripada bina baru baik sewa aje. 

Besok dah mahir kambing, return dah stabil, boleh buat kandang sendiri.

Lama juga diorang ni kat kandang aku. Habih semua lubang dan lekuk kayu kat kandang aku diperhati dan dibincangkan. 

Oh! Masa diorang datang, ada anak ular tedung melintas dekat parit, dan Tuan Mail bantu aku bunuh ular tersebut. Thanks! 

Apa pun, selamat datang ke alam kambing diucapkan kepada Tuan Aziz dan Tuan Mail!


Yang ni geng Tanjung Karang. Dah lama juga bela kambing. Baju hitam Tuan Ismail. Baju biru Cikgu Nasir. Order kambing dah lama. Siap bayar deposit. Tahun sudah. Tahun ni baru sempat ambik kambingnya hahaha..

Kambing dalam guni tu, nampak je kecik tapi beratnya 35kg. Lenguh juga tangan memikul dari kandang dampai ke pikap. Adalah dalam 100 meter. 

Tg Karang adalah dalam 100km kut dari ladang aku.

Tuan Ismail main main pakaikan topi kepada Diego. 

Thanks everyone!

Thursday, August 28, 2014

BILA ORANG OMAN DATANG

Prof Dr Abdullah. Mantan Menteri Sains dan Inovasi Oman. Sekarang terlibat dalam penetapan polisi makanan negara Oman. Rakan Tuan Hj Mat Taib.

Kiri ialah Dr Abdullah. Kanan ialah Tn Hj Mat Taib, geng pembiak kambing berhampiran. 

Ok. Dr Abdullah datang dengan keluarganya. Lawatan tidak rasmi. Tapi sambil menyelam minum air. Sambil bercuti sambil mencari peluang pelaburan di Malaysia. Dan dia melawat projek projek pertanian small scale di Malaysia untuk lebih nampak situasi sebenar. Tanpa make up make up. Tanpa touch up touch up. Yang 'hands on'. Yang mula dengan modal kecik. Yang tidak mendapat bantuan atau subsidi kerajaan.

Secara amnya, Oman ialah negara yang sangat bergantung kepada hasil minyak dan gas. Kaya tetapi malangnya sektor pertanian ketinggalan. Mereka sangat bergantung kepada import. 90% makanan rakyat Oman adalah diimport. 

Dan ini merisaukan Dr Abdullah dan rakan rakan pembuat polisi makanan Oman. Mereka tahu mereka kena berbuat sesuatu untuk mengurangkan kebergantungan import makanan. Situasi mereka adalah sangat hampir dengan Egypt. Sangat terdedah kepada manipulasi kuasa asing dan kafir disebabkan kebergantungan tersebut.

Dan jujurnya soalan soalan Dr Abdullah kepada aku sangat 'strategik'. Dia memang ada Bachelor in Agriculture dari UK, dan Master juga PhD dalam..... sori aku dah tak ingat. Jadi soalannya bukan jenis ringan ringan. Semua tahap heavyweights. 

Soalan soalannya berkisar kepada prestasi pembiakan ladang aku, dan prestasi kewangan ladang aku, dan bagaimana aku nak replicate apa yang aku buat kepada penternak penternak lain, dan bagaimana pengembangan operasi aku akan datang.  Dan aku kena menjawab dalam bahasa omputih. Dan aku sebenarnya demam. Tak larat. Tak tidur semalaman kerana batuk dan selsema berhari hari akibat 'caffeine overload'.

Pehhh berpeluh peluh aku menjawab soalan Dr Abdullah walaupun dia melawat ketika suasana awal pagi yang masih sejuk sesejuk Cameron Highlands. 

mmm... aku kurang bersedia. Lain kali tak boleh buat macam ni. Kena jaga badan aku, kena jaga masa tidur dan rehat. Kena ada disiplin kesihatan. Kena... kurangkan ambilan kafein dengan drastik. Baru badan dan minda sentiasa sihat. Baru lancar sikit menjawab. 

Ok. Secara pendeknya aku terangkan kepada dia ada beza besar prestasi ladang sebelum digembala dan selepas digembala. Juga aku sedang masuk 'territory' baru semenjak mengamalkan ayat 39 surah AlKahfi. Juga kepercayaan teguh aku kepada genetik tempatan sebagai asas operasi pembiakan.

Aku juga sempat mengetahui serba sedikit tentang situasi pertanian di negara Oman. Antaranya ialah hakikat kewujudan subsidi yang sangat besar di Oman. Subsidi pertanian. Rupanya jagung sebagai makanan ternakan di Oman disubsidi kerajaan pada amaun yang sangat besar. Harga dedak kambing cuma 1/3 di Malaysia. Kalau kita $50, di Oman cuma $15. Tapi harga kambing sama atau lebih 1 dinar di sana. 

Humakkk aihhhh syoknya penternak kambing di sana.... subsidi punya pasal.

Ok. Cerita subsidi sikit. Aku sebenarnya tak berapa nak sokong amalan subsidi. Tapi aku perhatikan semua negara maju memang subsidize para petani dan penternak di negara mereka. Pendapatan yang mereka dapat dari sektor lain dibelanjakan untuk melindungi para petani dan penternak di negara mereka, dalam usaha mereka mencapai sekuriti makanan, DAN mengeksport makanan.

Contohnya Amerika. Gudang gandum jagung soybean dunia. Global powerhouse in food production. Berapa banyak negara yang bergantung kepada Amerika dalam bab makanan. Amerika tak kisah subsidize para petani mereka kerana mereka nampak ini adalah suatu jalan untuk menguasai dunia. Bukan sahaja bergantung kepada kuasa ketenteraan. 

Dan di UK pun sama. Pengalaman mereka berperang dengan Nazi dimana tahap sara diri mereka ketika Perang Dunia yang cuma 1/3 dijadikan panduan untuk mengelak kesilapan sama. 

France? Germany? Sama je. Sektor pertanian kena pula yang industri strategik macam bijirin dan daging - memang ada mekanisme perlindungan dan galakan. 

Jadi ini membuatkan aku terfikir dan menilai semula pandangan aku. Aku sebagai pengembala kambing adalah berbangga dengan kemampuan 'independence' tetapi dari pandangan mata pembuat dasar - lebih baik industri tempatan terus wujud dan dilindungi. Subsidi tak subsidi - mesti ada mekanisme yang akan terus melindungi kewujudan dan kemapanan sektor makanan strategik. 

In a sense.... yes, heavy government intervention is perhaps necessary. 

Baik. Balik semula kepada Dr Abdullah. Apa lagi ceritanya ye.... ahhh pasal kambing pribumi Oman. Di sana kambing native biasa diberi makan tamar. Dagingnya manis. Susunya manis. Orang Oman memang suka makan manis. Sweet tooth. (Ini sebenarnya budaya ke? atau dah 'genetically programmed'?).

Hmm.. apa lagi.... aku dah tak boleh ingat. Ada tekanan masa. Nak pergi sana sini. Tulis ni pun under pressure banyak gangguan. Apa pun terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj Mat Taib dan Dr Abdullah yang sudi melawat ladang aku. Maaf atas segala kekurangan dan ketidaksediaan. 

Terima kasih!!




AKU SUKA KOMEN INI

Kerana ianya menjentik semangat ingin tahu kepada aku. 

Baik. Komen yang diberikan oleh seorang pembaca blog. Agaknya ditaip guna smartphone. Memang penyabar orangnya sebab aku tahu bukan senang nak taip panjang panjang macam ni. (This comment is slightly edited for easier understanding. No words are changed or added. Just paragraphing).

"Salam bro alwi. Aku dh baca blog bro dlm 2minggu ni. Mmg info yg bmanfaat. Aku dulu pernah ambil subjek ptanian dan pternakan sebagai subjek elektif krn minat yg mdalam dlm ptanian. Apa yg bro buat tu adalah betul. Ternak kambing kmpg. 

Apa yg aku belajar dulu, kalau ikut kualiti tanah dunia. Tanah malaysia adalah jenis tanah lama. Tanah yg tak subur sebenarnya. Tp kita bnasib baik krn dgn taburan hujan yg tinggi, pokok dpt hidup 'subur ' TETAPI kandungan SERAT nya TINGGI (hujan yg bnyk) dan KURANG PROTEIN (tjadi bila ptumbuhan cepat akibat hujan tinggi dan tanah kurang subur). 

Itu la antara penyebab baka haiwan kita kecil krn telah adaptasi dgn sumber protein yg ada. Tmasuk dgn sume ttg daya tahanan penyakit. Baka darah tempatan yg plg bgs utk pbiakan. 

Di australia tanah jenis baru, subur, kurang hujan sbbkan rumput lmbt tumbuh hingga kandungan protein nya tinggi. Rumput pun wangi.Tanah di India mengalami kemarau sbbkan tanahnya merekah (dan memerangkap baja kompos/ rumput kering) dan bila hujan tanah akan tertutup buatkan tanah di india sentiasa subur. Ini adalah apa yg aku belajar di upm dulu pd tahun 2003. 

Kalau dikacukkan, kita bleh dptkan baka superior yg besar, tahan pyakit tetapi ia perlukan protein yg tinggi. Adakah rumput atau dedaun kita cukup protein? Mmg xcukup pun. Tu yg kena bg mkn tamb n tingkatkan kos mcm yg bro alwi bgtau. Lgpun kalau ikut saiz kmbg kmpg kita, ia adalah harga mampu dibeli krn saiz kecil dan murah.  

Tkasih, krn anda telah mendidik ramai org akan ksilapan yg perlu dielakkan. Skrg ni rasa mcm nk ternak kmbg pun ada hehe. Kalau bleh, sy cdgkan bro alwi cdgkan pada blog nanti pada bakal pkaji,master, atau phd supaya kaji jenis2 dedaun yg kmbg kita mkn. Tanam pokok2 tu dan bleh supply pada pternak kmbg. 

Atau kaji tumbuhan yg dimakan oleh seladang. Cth haiwan ruminan kita yg besar berotot. Mesti ada tumbuhan yg dimkn mungkin bprotein tinggi hingga seladang dpt surviveg Lebih baik rasanya drpd asyik kaji baka luar /rumput luar. Rumput luar kalau dibw ke msia pun kandungan protein akan jatuh juga krn hujan yg tinggi. Kalau kurang baja lg la sama dgn rumput kita gak, serat tinggi protein kurang."

.......

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengkomen ini.

Kualiti tanah dunia..... hey that is new subject to me! Excellent! I'm going to study this. Assalam!

Wednesday, August 27, 2014

PERMIT PREPAID?

Terima kasih kepada staf JPV yang ingatkan aku pasal permit bilamana jual beli kambing dilakukan. Dan untuk pengetahuan semua rakan penternak, adalah wajib ada permit kebenaran dari JPV bagi setiap ekor kambing yang dibawa keluar dari ladang kita. 

Untuk kambing yang dijual dalam negeri, permitnya $1 per ekor kambing. Tak payah ujian darah.  Untuk yang nak dijual di luar negeri, hendaklah ada ujian darah terlebih dahulu. Barulah permit diluluskan. Sekiranya ujian darah ok. 

Baik. Pejabat JPV yang terdekat adalah 25km dari ladang aku. Hari Sabtu dan Ahad tutup. Customer macam macam ragam. Ada yang suka hati pindah tarikh. Ada yang tiba tiba nak tambah bilangan kambing yang diorder. Dan dan tu juga.

Ada juga yang main datang mengejut terus beli kambing.

Realitinya aku tak lalu nak pergi JPV untuk dapatkan permit setiap kali kambing nak dijual. 
Kos minyak tinggi. Masa aku banyak terbuang. Untuk dapatkan kebenaran yang bernilai cuma $1 per ekor. 

Dan bukan aku sahaja cerita macam ni. Juga rakan ternak yang lain. 

Wujud underground movement yang sangat besar dan tersembunyi tanpa pengetahuan JPV. Dan juga wujud peluang income yang besar untuk JPV... sekiranya JPV memudahkan urusan pengeluaran permit dalam negeri.

Aku cadangkan permit dalam negeri boleh dibuat secara prepaid. Penternak boleh beli $10 dulu ke, $20 dulu ke, atau $50 dulu ke, atau apa apalah amaun yang difikirkan sesuai. 

Aku dengan rela hati jiwa raga menjadi pembeli permit prepaid yang pertama. Masa aku jimat, kos aku jimat, aku tak risau status pembeli kalau kena tahan polis atau penguatkuasa, dan JPV juga dapat kutip amaun yang lebih besar berbanding sekarang.

Pasti lebih besar lebih signifikan. Pasti.

Aku cadangkan permit prepaid diwujudkan. Ada sokongan?

OFF INTO BESOUT!

And terribly off odour for days..

The deal : Pelanggan datang amik kambing jantan kat ladang aku.

The real deal : Atas sebab sebab tertentu, aku kena hantar empat ekor jantan. 50km jauhnya. Dalam keta aku. Dan ini adalah keputusan buruk. Sebabnya empat empat kencing sepuas puasnya dalam keta. Baik punya kencing. Baik punya hancing. Baik punya pening aku dibuatnya.... Dang!

WWE's The Four Horsemen. Stinkin' bad ass!

Febreeze kurang berkesan. Febreeze kurang power. Agaknya Baygon aerosol racun kelas 3 lebih baik kot..... 

TAKZIAH

Minta maaf di atas kelewatan ucapan takziah ini.

Takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, ADUN Pengkalan Kubor di Kelantan. Juga merupakan ketua Umno Bahagian Tumpat. Beliau pergi meninggalkan kita baru baru ini. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman. 



Beliau ialah ayahanda kepada rakan penternak kita merangkap penulis blog House of Goats, El Cabras Hambriento. Semoga rakan kita dan ahli keluarganya diberi kekuatan dan kesabaran ketika menempuhi saat saat sukar ini. 

Al Fatihah.


Saturday, August 16, 2014

MAK DATUK! BESARNYA ANGRY BIRD!!!

Uh oh... Apa nak buat? Apa nak buat? Sapa sapa tahu macam mana nak buat?

A normal 'angry bird'...

A not-so-normal angry bird, or rather... an angry bird on steroid

That's one huuuge angry bird man!

Bottom view..

This guy is in terrible pain..

Ok. Ini kes kedua sepanjang sejarah hidup aku sebagai breeder. Kes pertama aku tak sempat buat rawatan. Aku balik kampung. Tau tau gembala aku report kambing dah mati. 

Kali ni aku asingkan dia. Bagi FDNP dan terramycin serentak. Aku harap aku ada ubat anti inflammatory - samada non steroid atau steroid based. Masalahnya aku tak dak. Arsenal ubatan aku adalah terhad. Dan sebenarnya aku bukan pakar penyakit. Aku tidak arif sebenarnya apa yang perlu dibuat dalam kes sebegini.

Punca? Apalagi... dedak soon soon 5180 lah. Ada yang tak kena dengan dedak 5180 tu, ATAU kambing aku memang secara genetiknya tak rasi langsung dengan 5180. 

Kalau 5811 FFM punya ok aje. Takde pun timbul masalah macam ni. 

Mohon tunjuk ajar sesiapa yang lebih arif, boleh?

Ubat apa yang sesuai? Prospect of recovery?




JATUHNYA RAJA METHANA

Dulu aku raja. Raja gas. Raja methana. Raja angin. Kalau minum susu. Baik susu kambing mahu pun susu lembu. Yang mentah mahu pun yang dimasak. Melainkan kalau susu tersebut diperam dijadikan yoghurt. Baru aku ok. 

Dan semenjak ada susu merah, aku telah kehilangan takhta Raja Methana. Aku kini rakyat marhain. Duduk diam diam. Menyumbang kepada bumi yang lebih sejuk. Atau melambatkan pemanasan bumi.

 The King of Methane quietly, calmly, gratefully, thankfully accept his ouster from the throne. (Itu botol ketiga susu merah yang ditelan. Maknanya dah 1.5 liter. Tak yah lunch dah aku. Kenyang dengan susu merah). 

Dan saintis mendapati (dan aku pernah cerita dalam post dulu dulu tapi bukan detail), bebiri yang diberi makanan bercampur kari didapati kurang kentut dan kurang gas methana yang dilepaskan. Dan kari ada ketumbar, jintan, dan kunyit.

 Kalau kita guna ketumbar (coriander) - produksi methana berkurang sebanyak 40%. Awesome!

Jintan (cumin)? Methana berkurang sebanyak 22%. Great!

Kunyit (turmeric)? Methana jatuh sebanyak 30%. Cool!

Dan rupa rupanya 12% tenaga yang terkandung dalam makanan bebiri bertukar menjadi methana. Banyakkkk..... Kalau kari digunakan, ianya akan menambahkan kecekapan penghadaman, justeru mengurangkan kuantiti makanan yang perlu diberikan.

Sebenarnya kan, ini menunjukkan bangsa Asia yang kuat makan kari sebenarnya adalah pemelihara dan penyelamat Bumi. Kita lebih baik dan lebih berkesan daripada bangsa Barat yang sibuk bising guruh gemuruh kata kita banyak sangat melepaskan methana. Padahal diorang yang melampau lampau produksi methana.

Lebih sudu dari kuah omputih ni!

WAK BOM!!

Yo Wak Bom! What's up? How ye doing? Gimme paiiiiiiffff!!

Mampuih aku kena pelempang si Wak Bom kalau dia baca post aku kali ni. Harapnya dia tak baca. Yeah... aku rasa dia tak baca. Buang masa ajo baca blog aku ni. Banyak lagi kerja masak masak nak dibuatnya. 

Ok. Wak Bom ni dulu polis unit pemusnah bom. Bila pencen bukak bisnes katering. Dan yang dikateringkan termasuklah kambing panggang. The real kambing panggang. Masak dulu dalam oven boss! Lepas tu nak golek tak nak golek suka hati lah. 

Sekarang hidup Wak Bom rendah risiko. Kalau dulu masa jadi skuad pemusnah bom, aku tak dapat nak bayangkan risiko yang terpaksa dihadapinya. Memang kena berani mati semua geng 'bomb destroyer' nih! Tabik boss!

Baik. Wak Bom ni antara pelanggan tetap aku. Tapi niche market. Bagi dia lah. Dia anggap aku niche supplier. Kalau ada pelanggan yang nak kambing special, atau kambing muda, atau jenis yang tak berkira pasal duit janji daging paling sedap - Wak Bom akan cari aku. 

Wak Bom beli aje kambing orang lain. Selalu. Tapi bila sampai 'special occasion' dimana citarasa yang lebih tinggi diperlukan - I am there for him.

Dan pesen Wak Bom ni, dari dulu sampai sekarang, tak pernah bagi early warning kat aku. Main terjah aje ladang aku. Dah berbuih buih Febreeze Dynamo Daia Airwick Ridsect Baygon mulut aku ni bagitau dia - bagitau awal awal senang cerita. Tapi tu lah aku sorang aje lah yang berbuih terus masuk longkang. Dia buat dunno aje. Biasaklah geng veteran. Pemusnah bom pula tu. Apa kisah buih muih kuih muih donat lepat karipap kat mulut aku hahaha..

Ok. Gambar Wak Bom. 

Yaa itulah Wak Bom the Bomb Destroyer.  Belah kanan. Yang kiri tu menantunya Iwan. Terima kasih Wak Bom kerana sudi beli kambing aku! Thanks again!

Gimmme paiiiffffff!!!!


Thursday, August 14, 2014

MISTERI SUSU MERAH..

Pertama kali aku berjumpa situasi ini. Barangkali penternak kambing susu biasa alami kes sebegini. Jadi kepada sesiapa yang berpengalaman, harap boleh tunjuk ajar. 

Ok. Sekarang aku ada lebihan susu kambing. Aku ingat aku mampu nak habiskan seorang diri, masalahnya aku bukan peminum. Secara genetiknya aku mampu minum susu mentah, TAPI aku tak mampu hadamkan dengan sempurna. Aku termasuk dalam golongan bangsa Asia yang tidak memiliki dan mengeluarkan enzim spesifik untuk mencernakan susu. Berbeza dengan bangsa Eropah yang biasanya tiada masalah menghadamkan susu.

Oh crap! Aku terpaksa bekukan lebihan susu kambing aku. (Tu lah, mengada ngada sangat nak guna oxytocin. Sekarang sesak melimpah peti ais aku. Jeng kreng!). 

Dan, muncul suatu misteri bila aku bekukan susu mentah kambing aku..

ianya bertukar menjadi kemerahan! tak pernah terjadi sebelum ini. Dan sebelum tuan puan kata ada darah... Bukan bukan bukan! Susu ini tiada 'off taste' atau 'bad odour'. Tapi sedap dan tiada bau. Perfectly normal. Cuma kalernya yang mengejutkan. Dan....

Bila ianya dicairkan, warnanya jadi putih kembali sama seperti baru diperah. Dan....

bila dibekukan buat kali kedua, warna kemerahan muncul balik tapi kurang pekat.

Perbandingan kaler susu kambing baru masuk peti ais dan setelah semalaman dibekukan (yang kemerahan tu). Kontras betul kalernya. 

Dan untuk pengetahuan tuan puan, aku sebenarnya pesen mudah berangin bila mengkonsumi susu. I can easily become the world's foremost producer of methane, and a major factor in global warming, even if I consume just a glass of raw milk. Yes. I'm that kind of badass. Tapi dengan susu yang merah ni, aku minum 1 liter susu mentah sekali harung - takdak masalah! Senyaaaapppp je. Very quiet. 

Langsung tak bergelodak perut aku. Sesenyap jirat cina di malam hari. (isshhhh takdak contoh lain ka aku ni?). 

Tapi gitulah perumpamaannya. 

Ada sesiapa yang boleh jelaskan fenomena ini?

Makaseyyyyyyyy!!!



Wednesday, August 13, 2014

PELAWAT DAN PELANGGAN

Antara. Baru baru ni. Aku mohon maaf kepada mereka mereka yang aku tak amik gambar dan tak jelaskan di sini. Aku harap tuan puan tak baca blog aku. Terima kasih semua!

Siva. Beli empat ekor kambing. And no. Diego is not for sale. 

Cucu Hj Muhd dari Besout. Main main dengan anak kambing umur tiga hari. 

Hj Muhd sedang meneliti kambing kambing jantan yang ada. Dah biasa pilih kambing. Pro ni. Tak yah aku sibuk sibuk cerita itu cerita ini. 

Kumpulan cikgu dari SK Jernang, sebuah sekolah orang asli. Jauh ke dalam Sungkai. Tengah mencari kambing muda untuk jamuan raya cikgu cikgu.

Sebenarnya pertama kali masuk kandang kambing geng cikgu ni.

Lagi kes aku kena paksa perah susu kambing. Korang ni lah... buahaha. Nasib baik ada payment, dan duit raya. Thanks bro!

It's raw..

It's natural..

It's damn full of goodness!

Thank you everybody!



ISHHH SORRY.. AKU LUPA ADA JERMASIA

Jermasia alternatif kepada program pembiakan kambing pedaging di Malaysia. Yeah bukan sahaja boer + kacang seperti yang Mardi nak buat dalam RMK 11. Boleh plak aku lupa menatang ni.. Terima kasih kepada mereka yang mengingatkan.

Ok. Pasukan UM (Dr Noraida) yang buat research kat ladang aku adalah dalam kumpulan 'originator' atau 'developer' baka Jermasia. Kemudian Prof Ramli (ladangnya nama Rumpun Asia di Batang Kali, dan blognya student dia yang buat - Cinta Penternak Kambing. Ada dalam senarai rakan blog aku) ambil alih program pengkomersialan Jermasia.

Cerita 'takeover' dan sebab musabab aku tak tahu, dan tak nak ambik tahu. Malas ahh nak korek cerita lama. Tapi yang aku nampak, Jermasia commercialization got stuck. Tersangkut. Jermasia masih ada, tapi dalam bilangan yang sangat sedikit. 

Sangat sukar, dan sangat lama  untuk dikembangkan kepada tahap komersial, melainkan ada seorang atau kumpulan pembiak yang mahir dan berduit untuk meneruskan survivabiliti ketulenan baka Jermasia.

That is my frank assessment. 

Dan pengembangan baka Jermasia akan berdepan saingan, sebab ada 'conflict of interest'. Mardi nak majukan baka baka tertentu, UM pun nak majukan baka baka dia. Setiap penyelidik akan berusaha menaikkan nama masing masing. Dan ini adalah normal. 

Advantage pada Mardi. Sebab Mardi memiliki sokongan lebih besar dan dana lebih besar. Senang senang tenggelamkan UM punya dana.

Melainkan tiba tiba Mardi buat keputusan aneh - nak bangunkan baka Jermasia pula. 

Kebarangkalian itu terjadi? Agaknya sama macam kebarangkalian Siti Nurhaliza pakai skirt pendek buat konsert.. (sorry, aku tak sempat nak pikir contoh kebarangkalian yang lebih baik).

Jermasia betina

Jermasia jantan

*Prestasi kadar kelahiran Jermasia sebenarnya tidak diketahui (barangkali Dr Noraida atau Prof Ramli tahu) berbanding prestasi kadar kelahiran kambing aku yang jenis campuran Siam + Kacang (2.33 per year, dan boleh lebih dari itu), tapi aku pikir Jermasia memang ada potensi.

Heyyy aku minat dengan darah Jermasia! 


Tuesday, August 12, 2014

I LIKE THIS GUY

Dapat dari group whatsapp. Sebuah keratan artikel berkenaan isu ternakan kambing dalam sebuah suratkhabar.

Pengarah Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik MARDI, Dr Shanmugavelu,  telah mencadangkan dalam RMK 11, agar MARDI diberi peruntukan untuk memajukan baka campuran Boer dengan Kacang.

Ahhhh... nice! Keep on rolling'!

Genetik tempatan sebagai paksi atau anchor dalam usaha memajukan program pembiakan ruminan di Malaysia. Terbaik!!

A step in the right direction.

Aiseyman... kurang jelas nih. Gambar bawah pulak..

terus gambar passport!

Thanks all MARDI guys and girls! MARDI rocks! Keep on rocking babehhhh!!


THE NEVER GRADUATING ALQASSAM

Pejuang AlQassam Palestin diwajibkan solat berjemaah setiap lima waktu.
Pejuang AlQassam Palestin diwajibkan membaca AlQuran setiap hari.

Sebab itu mereka 'invincible'. Ditakuti Zionis yang memiliki kuasa militari yang jauh lebih besar. 

AlQassam sama sekali tidak akan tertakluk. Tidak mampu dikalahkan. 

Mereka akan berterusan menjadi jadi bara api yang kekal menyalakan inspirasi kepada para mukmin seluruh dunia. 

Aku tidak kagum dengan perhimpunan jutawan dan bilionair seluruh dunia. Tidak sama sekali. Tetapi aku akan sentiasa kagum dengan barisan anak muda yang bersedia untuk syahid, meninggalkan segala kelazatan dunia, demi bertemu Tuhan yang mereka sebut sebut setiap hari. 

Aku belum mampu menjadi seperti mereka. Solat aku tidak terjaga. AlQuran tidak aku baca setiap hari. Tuhan tidak aku sebut setiap saat. 

Aku masih AlQassam 'in training'. Belum ada harapan untuk graduasi. 

To AlQassam, real and wannabe, and jihadist all over the world, surely The Lord of All Worlds will reward every single drop of your blood!

Into the gates of Heaven!

This guy is pretty much hopeless when it comes to spirit of jihad. And his tiny Rambo knife is just good for skinning tilapia fish.

Again this guy is very much hopeless. His chosen ride into the gates of Heaven, the horse named Diego, does not share the same wavelength. Preferring instead to ride into a field of cowgrass... and munching them. Sheesshhh..


Monday, August 11, 2014

THE DRINK

Aku selari dengan pandangan House of Goats berkenaan pentingnya menjaga kualiti sumber air minuman untuk kambing kambing. Dan aku perasan bila sampai musim kering, kualiti air minuman kambing jatuh menjunam.

Bila kambing digembala masa musim hujan, kambing kambing aku tak akan minum daripada air takungan culvert bawah sawit. Air ini biasanya disimpan untuk aktiviti meracun. Kambing aku mendapat air yang cukup dari foraj yang basah basah.

Tapi bila musim kering, semua kambing dahaga dan akan minum dari air takungan culvert atau mana mana lopak air yang wujud, ketika digembala.  Aku pasti konsentrasi parasit dan cacing dan patogen adalah tinggi dalam air yang bertakung ini. Sebab itu banyak kambing aku anemik dan menunjukkan simptom kecacingan ketika musim kering. 

Sumber air minuman mereka yang jadi punca. Apa yang mereka minum ketika digembala.

Sebenarnya musim hujan menjadikan konsentrasi parasit lebih tinggi pada rumput dan lebih rendah pada air minuman. Tapi kan, kambing makan pucuk, dan ini tidak mendatangkan masalah beban cacing. Tambahan pula banyaaaakkkkk pucuk muncul ketika musim basah. 

Tapi bila sampai musim kering, konsentrasi parasit kurang pada rumput, dan tinggi pula dalam air minuman. Kambing kambing sangat dahaga ketika digembala, dan mereka memang bantai aje minum. Semua minum. Maka wujud risiko beban cacing.

Ini menerangkan kenapa kambing aku dari dulu ok aje musim hujan, tapi 'problematic' bila musim kering. Memang berbeza dengan pandangan yang kata kambing banyak masalah musim hujan. Agaknya senario itu untuk kambing makan tanggung. Atau bebiri. Yep.

Kambing digembala? Terbalik lah kot..

Apa pula pengalaman rakan rakan penternak yang lain?

SONS AND DAUGHTERS OF ALWIGOATFARM

Some of the kids! (Tak larat ahhh nak amik gambar semua)

Kembar tiga. Yang mata biru kena pinkeye. Kesian.. kecik kecik dah sakit mata. Harapnya wabak pinkeye akan berhenti di ladang aku.

Terjenguk jenguk..

Ada kembar tapi dah kiok. Anak kepada Si Oren yang phobia melintas titi. And I think 'titiphobia' can be passed down into generations.

Anak betina  kepada 107 atau Dini. Kembarnya jantan. Dan aku terpaksa letak kat luar sebab kembarnya yang habih kebas semua susu si Dini. Langsung tak bagi chance kepada adik pompuannya.

Nilah dia si jantan kaki kebas susu.

Anak kepada 565..

Anak anak kepada 210 atau Halimah..

Anak anak 235..



Anak kepada 121 atau Heliza. Dan Heliza ialah ibu kepada Halimah. Aku pernah dapat 3 generasi beranak serentak pada hari yang sama. Nenek, mak, cucu. Tiga tiga beranak sekali. Dan aku letak sebelah menyebelah. 

Tak ingat dah sapa mak diorang nih..

I like their pose!

Petak sebelah. Putih juga kalernya.

Petak sebelah sebelah. Kena pinkeye. Terpaksa pakai 'celak'..

Anak anak daripada Si Bisu. Dan Si Bisu telahpun berbelas kali melahirkan. Si Bisu antara yang paling veteran dalam kawanan kambing aku. Senyap. Bukan kaki gaduh. Tak mencari perhatian. Tapi 'keep on producing'. Truly a workgoat! Segala puji kepada Tuhan yang menundukkan kambing untuk manfaat kita semua!

Anak anak 452

Anak anak 521. Dan 521 mengalami komplikasi kelahiran. Hampir syahid. Jangkitan kuman agaknya. Aku menggunakan kelas antibiotik yang aku tak pernah guna sebelum ini. FDNP. Terramycin LA kurang berkesan untuk kes kes komplikasi kelahiran. 

Observasi aku (dan berdasarkan rekod aku), bulan 7 DAN tahun El Nino ATAU tahun tahun yang kering - ancaman mortaliti dan kesihatan lebih tinggi kepada kambing kambing aku. 

Biasanya ada sedikit hujan setiap kali datang bulan 7, dan mortaliti kambing boleh diterima (pahit juga). Tapi tahun ni takde. Bulan 8 baru ada hujan. sedikit.  Dan sebaik hujan, ada beza dramatik kepada kambing kambing. Mortaliti berhenti. 

Yaa... kambing aku perform lebih baik dalam musim hujan. Kambing aku kurang perform musim kering. 

It's probably down to heat stress... Pengalaman kawan kawan macam mana?

Anak anak 268. Dan 268 turut alami komplikasi kelahiran. Aku guna FDNP untuk atasi masalah luka postpartum nya yang serius. Alhamdulillah 268 dah recover. 

Anak anak 393. Yang putih tu bukan anak dia. Tapi anak 64 Purdey. Dan Purdey mati sehari selepas melahirkan. Uterine prolapse. Rahim jatuh. Kes pertama kali dalam sejarah hidup aku sebagai breeder. Bulan 7 memang mencabar. 

Ni anak....... sapa ntah. Aku tak boleh recall.


Oh ye anak kepada 450. Dan 450 turut alami komplikasi walaupun tak seserius 268 atau 521. Tapi aku tetap saspen sebab nampak dia monyok dan murung aje selepas kelahiran. 



Bisingnya! Nak lollipop?


Lenanya tidur...



Aku dah tak mampu nak ingat sapa mak sapa anak.. Kejap lagi kena pasang tag telinga semua budak budak nih.

Whose your mama kid?




Newborn..

Anak kepada 464 dan 464 ialah anak kepada 30 Oren. 

Ok. Cukup setakat ini sahaja edisi anak anak lelaki dan perempuan di alwigoatfarm. Thanks for reading! 

Assalam!