Thursday, August 28, 2014

AKU SUKA KOMEN INI

Kerana ianya menjentik semangat ingin tahu kepada aku. 

Baik. Komen yang diberikan oleh seorang pembaca blog. Agaknya ditaip guna smartphone. Memang penyabar orangnya sebab aku tahu bukan senang nak taip panjang panjang macam ni. (This comment is slightly edited for easier understanding. No words are changed or added. Just paragraphing).

"Salam bro alwi. Aku dh baca blog bro dlm 2minggu ni. Mmg info yg bmanfaat. Aku dulu pernah ambil subjek ptanian dan pternakan sebagai subjek elektif krn minat yg mdalam dlm ptanian. Apa yg bro buat tu adalah betul. Ternak kambing kmpg. 

Apa yg aku belajar dulu, kalau ikut kualiti tanah dunia. Tanah malaysia adalah jenis tanah lama. Tanah yg tak subur sebenarnya. Tp kita bnasib baik krn dgn taburan hujan yg tinggi, pokok dpt hidup 'subur ' TETAPI kandungan SERAT nya TINGGI (hujan yg bnyk) dan KURANG PROTEIN (tjadi bila ptumbuhan cepat akibat hujan tinggi dan tanah kurang subur). 

Itu la antara penyebab baka haiwan kita kecil krn telah adaptasi dgn sumber protein yg ada. Tmasuk dgn sume ttg daya tahanan penyakit. Baka darah tempatan yg plg bgs utk pbiakan. 

Di australia tanah jenis baru, subur, kurang hujan sbbkan rumput lmbt tumbuh hingga kandungan protein nya tinggi. Rumput pun wangi.Tanah di India mengalami kemarau sbbkan tanahnya merekah (dan memerangkap baja kompos/ rumput kering) dan bila hujan tanah akan tertutup buatkan tanah di india sentiasa subur. Ini adalah apa yg aku belajar di upm dulu pd tahun 2003. 

Kalau dikacukkan, kita bleh dptkan baka superior yg besar, tahan pyakit tetapi ia perlukan protein yg tinggi. Adakah rumput atau dedaun kita cukup protein? Mmg xcukup pun. Tu yg kena bg mkn tamb n tingkatkan kos mcm yg bro alwi bgtau. Lgpun kalau ikut saiz kmbg kmpg kita, ia adalah harga mampu dibeli krn saiz kecil dan murah.  

Tkasih, krn anda telah mendidik ramai org akan ksilapan yg perlu dielakkan. Skrg ni rasa mcm nk ternak kmbg pun ada hehe. Kalau bleh, sy cdgkan bro alwi cdgkan pada blog nanti pada bakal pkaji,master, atau phd supaya kaji jenis2 dedaun yg kmbg kita mkn. Tanam pokok2 tu dan bleh supply pada pternak kmbg. 

Atau kaji tumbuhan yg dimakan oleh seladang. Cth haiwan ruminan kita yg besar berotot. Mesti ada tumbuhan yg dimkn mungkin bprotein tinggi hingga seladang dpt surviveg Lebih baik rasanya drpd asyik kaji baka luar /rumput luar. Rumput luar kalau dibw ke msia pun kandungan protein akan jatuh juga krn hujan yg tinggi. Kalau kurang baja lg la sama dgn rumput kita gak, serat tinggi protein kurang."

.......

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengkomen ini.

Kualiti tanah dunia..... hey that is new subject to me! Excellent! I'm going to study this. Assalam!

No comments:

Post a Comment